Skip to main content

Kenapa Pemimpin Zalim Tak Kena Bala?

SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA -
BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH
Diriwayatkan dalam sebuah hadis Qudsi:
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sepanjang hidupnya hanya melakukan maksiat dan zalim.
Kemudian , dia jatuh sakit.
Para tabib meminta agar raja mengucapkan selamat tinggal sahaja.
Sebabnya, dia tidak dapat disembuhkan kecuali dengan sejenis ikan.
Padahal, pada ketika itu, bukan musimnya ikan itu muncul di permukaan laut.
Tuhan mendengarnya, lalu memerintahkan para – malaikat-Nya untuk membawa ikan tersebut agar muncul di permukaan.
Raja akhirnya dapat memakan ikan itu dan dia pun sembuh.
Pada saat yang sama, di negeri yang lain ada seorang raja yang adil dan soleh jatuh sakit.
Para tabib juga mengatakan bahawa ubat penyakitnya adalah ikan yang sama.
Tetapi jangan khuatir, sekarang musim ikan itu muncul di permukaan laut.
Sangat mudah memperoleh ikan itu.
Namun, Tuhan telah memerintahkan para malaikat-Nya untuk membawa ikan itu masuk ke sarangnya.
Akhirnya, raja yang adil itu menghembuskan nafas yang terakhir.
Menurut kisah, para malaikat keliru seperti kita juga…
Mengapa doa raja yang soleh itu tidak dipenuhi, sedangkan doa raja yang zalim itu dipenuhi?
Kemudian Tuhan berkata, “ Walaupun raja yang zalim ini banyak melakukan dosa, pernah juga dia berbuat baik.
Demi kasih sayang-Ku , Aku beri pahala amal baiknya sebelum dia meninggal dunia., supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan membawa dosanya.
Demikian juga dengan raja yang soleh itu,
Walaupun dia banyak berbuat baik, dia juga pernah melakukan keburukan.
Aku balas keburukannya dengan musibah.
Ketika hampir kematiannya masih ada dosanya yang belum Ku balas.
Maka, aku tolak doanya untuk sembuh supaya apabila dia datang kepada-Ku, dia hanya membawa amal solehnya sahaja.”
Dahulu kita berasal dari Allah dalam keadaan suci, kemudian kembali kepada-Nya semestinya dalam keadaan suci juga.
Berbaik sangkalah terhadap Allah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat