Wednesday, 1 October 2014

Filem Soekarno Ditayangkan Dengan Lagu Negaraku

KUALA LUMPUR: Filem yang  berkisarkan biografi Presiden pertama Indonesia, Soekarno membuka tirainya dengan babak yang berlatarbelakangkan lagu ‘Terang Bulan’ iaitu irama asal lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Filem yang turut mencetuskan kontroversi di negaranya ini bakal ditayangkan di pawagam terpilih  bermula 2 Oktober ini.

Soekarno (Extended Version), berdurasi 2 jam 30 minit ini hasil karya pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo.

Soekarno telah ditayangkan di Indonesia pada akhir tahun 2013, pada awalnya mendapat tentangan dari keluarga Bapa Kemerdekaan Indonesia itu terutamanya anaknya, Rachmawati Soekarnoputri.

Kontroversi tercetus apabila filem berkenaan diarahkan agar dihentikan tayangannya di Indonesia kerana watak Soekarno dikatakan  tidak sesuai dilakonkan oleh Ario Bayu.