Parti bersatu semakin kucar kacir semenjak Muhyidin mengkhianati Tun dalam mencapai cita citanya menjadi Perdana Menteri.
Ini satu pengajaran yang amat bermkna buat semua orang. Antara pengajarannya ialah:
1. Jangan buat buat merajuk untuk berhenti sekiranya bukan itu niat sebenar. Tektik Tun buat buat merajuk dan melepaskan jawatan telah memakan dirinya sendiri.
2. Sekiranya mahu menjadi perdana menteri kepada wakil wakil rakyat yang terdiri dari perompak dan penyamun maka satu formula padu perlu difikirkan.
Ini kerana perompak dan penyamun biasanya hanya mementingkan diri dan bukan mementingkan parti, bangsa atau agamanya.
Kegagalan Muhyidin mengawal rebutan kuasa di peringkat negeri telah membuatkan kedah dan johor jatuh ke tangan umno manakala perak pula sedang di asak siang malam untuk perambat bersatu keluar.
Nampaknya bersatu lebih selamat semasa bersama Dap berbanding semasa bersama umno yang masih lagi bersifat serigala.