Baru-baru ni aku ada tengok satu video daripada seorang ustazah ni. Bercakap isu diluar kotak sikit. Aku rasa, korang perlu tau perkara ni untuk renungan dan muhasabah diri. Bacalah walaupun panjang. Mana tahu dapat manfaat dan ada disituasi ini.
Kata ustazah tu, ada sorang hamba Allah jumpa dia. Minta pandangan dia. Hamba Allah ni isteri orang. Dah ada berapa orang anak tah. Dia tanya Ustazah, anak nombor tiga dia perempuan. Nak kahwin. Tapi ada satu rahsia yang dia perlu bagitau ustazah ni supaya dapat bagi pandangan untuk masalah dia. Katanya, sampai sekarang suami dia tak tahu. Yang anak nombor 3 tu anak hasil persetubuhan dia dengan lelaki lain.
Ustazah tu tanya kenapa dia boleh confirm cakap macam tu? Dia kata, dia dah buat check medical bagai, memang konfem bukan hasil daripada hubungan dia dengan suami dia. Anak tu hasil persetubuhan haram dia bersama skandal dia waktu suami dia outstation. Jalan yang ustazah tu bagi, senang je. Memandangkan si hamba Allah ni betul-betul dah bertaubat dan menginsafi perbuatan lampau dia. Ustazah tu kata kena jujur dengan suami dia status anak tu yang anak tu bukan anak kepada suami dia.
Tercengang kejap hamba Allah tu. Tapi memandangkan dia betul-betul dah bertaubat. Dia ambil langkah untuk terus terang dengan suami dia. Akhirnya si suami ceraikan dia dan anak perempuan tu pula terus bencikan dia. Dia redha. Atas kesilapan yang dia dah lakukan.
Jom kita perhalusi lagi kes macam ni tuan-tuan.
Kalau aku lepak dengan kawan-kawan lelaki yang jauh lebih muda, aku suka ingatkan perkara ni. Kita lelaki. Kita pemimpin. Makna pemimpin tu sendiri melangkaui banyak perkara. Termasuk perkara-perkara remeh yang kesannya besar pada rumahtangga.
Bayangkan kes di atas. Isteri simpan rahsia sampai sikitpun suami tak perasan dan tak syak langsung. Berpuluh tahun. Aktiviti haram yang berlaku tak tahu berapa kali dibelakang suaminya. Dan beberapa tahun berlarutan dengan aktiviti maksiat. Maknanya sepanjang perkahwinan tu, isteri tetap melayani suami dia dengan baik, sebab si suami langsung tak datang syak pada si isteri. Macam mana suami nak tahu? Payah. Nak tanya? Sampai mati tak akan mengaku. Last sekali isteri menangis cakap kita dah tak sayang dia. Kita pun sejuk hati dan konfiden semula. Melainkan ada bukti nyata. Kalau kita tanya si suami pun, silap-silap suami cakap.
"Sungguh, saya tak sangka. Isteri saya cukup baik. Tak masuk akal dia boleh buat macam ni pada saya. "
Kalau ikut pada apa Ustazah tu cakap lagi, ikut kajian dia tentang isu ni. Dia sendiri terkejut dengan apa yang dia kaji, tuan-tuan. Semua ni dah macam trend. Hari ini dia jumpa terlalu ramai isteri-isteri orang yang sangat baik tapi buat servis melayani nafsu lelaki lain demi menampung ekonomi suaminya tanpa suami dia tahupun. Niat perempuan nak bantu suami dia tu baik tak, tuan-tuan?
Baik!
Bila dia ada niat nak bantu suami dia tu maknanya apa tuan-tuan? Maknanya dia sayang suami dia. Dia buat servis macam tu, upah dia anggaran RM200 - RM500 sekali servis. Itu baru sorang. Mewah tak?
Mewah! Dan gila!
Okey kita pandang sudut sini pula. Niat isteri tu baik, si isteri pula sayang betul dengan suami dia. Tapi dia boleh ke arah tu. Mana logik dia tuan-tuan? Ini cerita yang servis lah. Belum cerita suka sama suka, cerita ketagih seks, dahagakan perhatian dan lain-lain. Tak masuk juga isu rindu dengan bekas pasangan yang jumpa semula di reunion.
Tuan-tuan, segala kegilaan ini ambil tahu tuan-tuan. Kelak esok menyesal tak sudah. Suka aku nak tanya, sepanjang perkahwinan ni pernah ambil tahu tak handphone isteri? Pernah ambil tahu tak berapa ramai lelaki yang bini whatsapp dan ada terlayan lebih-lebih? Apa? Privasi isteri? Islam tak pernah ajar ada privasi isteri bagai melibatkan sosial ni tuan-tuan. Lagi-lagi melibatkan bukan mahram.
Aku bagi point sikit lagi.
Tuan-tuan, kita yang lelaki ni sepanjang kita keluar berdepan jutaan manusia. Bila kita pandang perempuan yang sedap mata kita pandang, yang kita rasa geram tu. Kita pernah peduli ke isteri orang atau tak?
Tenang, aku nak kita nampak sudut yang lebih jelas sahaja.
Sepanjang di tempat kerja, kita mengusik, kita pandang dada perempuan dekat Office sama, yang kita cerita dekat kenalan kita pasal si perempuan yang kita geram tengok tu, kita pernah ambil tahu ke itu isteri orang?
Aku nak tanya lagi, tuan-tuan. Kita sebagai lelaki ni. Kalau tanya kita, perempuan ni senang ke nak ngorat? Majoriti kita cakap mudahkan tuan-tuan?
Pandang lagi diri kita. Sepanjang bekerja, bila ada perempuan jadi seronok ke tak seronok tuan-tuan? Best tak dapat buat kelakar dan bagi perempuan ketawa? Lagi-lagi perempuan yang kita tengok rasa geram. Kita pernah fikir dia isteri orang atau tidak ke tuan-tuan?
Semua yang kita fikir ni tuan-tuan, semua yang kita buat ni tuan-tuan. Semua lelaki buat perkara sama dan berlaku pada isteri kita di luar sana. Ada yang geram tengok isteri kita, ada yang membayangkan dapat bersetubuh dengan isteri kita, ada yang membayangkan dapat macam-macam lagi daripada isteri kita.
Nampak tak tuan-tuan apa yang kita perlu perinci lagi bila melibatkan rumahtangga ni?
Lagi-lagi kita di zaman teknologi tanpa batas. Segalanya dihujung jari. Hari ni kita bergaduh dengan isteri kita, isteri kita up posting di fB mengadu. Ramailah kenalan dia yang ambik kisah. Terutama sekali kawan lelaki. Bahaya tak tuan-tuan? Ramai lelaki buat perkara sama, tuan-tuan.
Hari jadi isteri, kita buat tak peduli. Kita kata isteri kita dah biasa tak sambut. Bila isteri kita keluar pergi kerja, ada kawan-kawan dia diluar sana termasuk lelaki-lelaki yang lama geram dengan isteri kita ni sambut birthday isteri kita siap nyanyi lagu selamat hari jadi. Sini saja sudah 1-0. Perempuan ini suka dihargai tuan-tuan. Perempuan sukakan perhatian.
Semoga kita selalu ambil tahu segala hal remeh diluar jangka ini. Berbalik pada islam, Islam ajar kita dah tuan-tuan. Tugas mencari nafkah tu diletakkan total atas lelaki. Bukan isteri tau tuan-tuan. Atas lelaki. Isteri pula nak keluar rumah waimah nak pergi masjid sekalipun wajib minta izin suami. Tengok sudut islam melarang pula isteri orang yang duduk berduaan dengan lelaki lain. Kalau suami izinkan sekalipun suami dikira dayus. Lengkap dah tuan-tuan.
Bukan suka-suka tu tuan-tuan. Perempuan ni perhiasan. Cantik. Potensi berlaku ke arah zina sangat tinggi. Tuan-tuan, kita duduk berdua dengan perempuan je lah tuan-tuan. Bersembang berdua. Jantung dup dap tak? Peduli tak dia isteri orang? Nak dijadikan cerita, dia pulak cantik. Dia punya perfume tu semerbak buat bulu roma tegak. Secara jujurlah tuan-tuan, masa tu si perempuan tu pandang tempat lain sekejap, mata kita tertumpu ke bahagian anggota badan dia yang mana tuan-tuan?
Cabaran sebagai suami tak mudah, tuan-tuan. Paling baik ialah kita jaga diri kita, jaga pandangan kita, inshaAllah Tuhan balaskan kebaikan pada kita semula. Nafsu ni dia tak kira siapapun, tuan-tuan. Takda alasan. Baik tok aji, baik pakar perubatan islam, baik yang nampak macam budak skema tak kenal pada seks ataupun lelaki berpengaruh yang banyak beri motivasi tentang akhlak sekalipun.
Nafsu adalah nafsu.
Ingat lagi kisah ahli ibadah yang hidupnya puluhan tahun beribadah kepada Allah semata akhirnya kecundang dengan nafsu shahwat bila termakan godaan wanita untuk melakukan zina?
Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau
P/s : Perubahan zaman membawa lelaki kepada tanggungjawab yang lebih berat. Kita leka, risiko atas kita semakin besar. Selalu ingat, macam mana kita geram tengok isteri orang lain, orang lain sedang buat perkara sama pada isteri kita. Semoga dijauhkan semuanya pada rumahtangga kita.