Tuesday 18 October 2016

3 penyakit yang kita warisi dari Bani Israel

Tiga penyakit Bani Israel ini telah dirakamkan oleh Allah SWT ini dalam Surah Al Baqarah untuk menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita.

Jika Bani Israel menolak kebenaran Kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s, diakhir zaman ini manusia menolak bahkan menentang isi Al Quran dan As Sunnah yang sepatutnya menjadi panduan kehidupan mereka.

Jika Bani Israel membuat helah dan tipu daya agar mereka boleh melakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah, umat manusia diakhir zaman ini juga punya penyakit yang sama. 

Pelbagai helah dan tipu daya dilakukan demi untuk mengaburi mata manusia untuk merealisasikan agenda nafsu masing masing. 

Iman dan moral tidak lagi menjadi timbang tara dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga "matlamat menghalalkan cara".

Jika Bani Israel banyak bertanya perkara perkara yang cerewet dengan tujuan untuk tidak mahu melakukan perintah Allah, penyakit ini juga dihidapi oleh umat manusia diakhir zaman. 

Ketika diminta untuk melaksakan syariat yang ditetapkan oleh Allah, ada sahaja alasan dan pertanyaan yang diberikan dengan niat untuk tidak mahu melaksanakan perintah tersebut.

Jika ketiga tiga penyakit Bani Israel ini telah wujud dan sedang dihidapi oleh umat manusia diakhir zaman, maka tidaklah pelik lambakan manusia yang jahil tentang agama sehingga tidak mampu membeza antara dosa dan pahala. 

Tidaklah pelik juga ramainya manusia yang hilang pedoman dan panduan hidup tidak ketahuan.

Ketiga tiga penyakit ini hanya boleh diubati dengan manusia kembali kepada ajaran yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah. 

Jika manusia masih juga begik atau degil, selayaknya mereka kekal dengan hati yang keras lebih keras daripada batu tanpa mendapat cahaya hidayah Allah. 

Wal'iyyazubillah.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...