Thursday, 30 May 2019

Siapa Qarin? Awasi Diri Anda Dari Qarin....

Siapakah Qarin? Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun malam.

Qarin ini akan mengajak kita melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia maka ianya digelar Qarin atau Jin pendamping manusia.




Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia

Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin qarin.

Rasulullah SAW ada bersabda :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ


“Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”
(Abdullah bin Mas’ud RA)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ianya sebagai “kembar” setiap manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.


Qarin mendorong manusia ke arah kejahatan (gambar hiasan sahaja)

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong manusia membuat kejahatan. Sebagai contoh dalam situasi kita hari ini, qarin akan sering membisikkan was-was, melalaikan solat, berasa berat hendak membaca al-Quran, terasa manisnya tatkala melakukan maksiat dan sebagainya. Malah ia akan bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya daripada membuat ibadah dan kebaikan.

Maka dengan itu, untuk mengimbangi usaha qarin ini lalu Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.


Amalan zikir menjadi pendinding manusia daripada gangguan syaitan

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sayyidatina Aisyah menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:

“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa yang terjadi, apakah yang menyebabkan engkau cemburu?”

Maka Aisyah berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”

Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aisyah bertanya lagi : “Apakah aku juga mempunyai syaitan?”

Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aisyah bertanya : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”

Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

فُضِّلْتُ عَلَى آدَمَ بِخَصْلَتَيْنِ كَانَ شَيْطَانِي كَافِرًا فَأَعَانَنِي اللهُ عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ وَكَانَ أَزْوَاجِي عَوْنًا لِي وَكَانَ شَيْطَانُ آدَمَ كَافِرًا وَزَوْجَتُهُ عَوْنًا على خَطِيئَتِهِ

“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam AS dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantunya membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi pula menceritakan: “Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk.

Maka ditanya mengapa engkau kurus? Jawab syaitan tadi “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, tatkala makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Seterusnya, Qarin hanya akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia itu meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang.

Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Oleh yang demikian, sebagai manusia biasa pastinya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Manusia yang diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana baik dan buruk. Andai kita terpesong, maka tugas kita dianggap belum selesai jika tidak kembali kepada Allah kerana di akhirat nanti kita akan disoal olehNya tetapi Qarin terlepas.. maka siapakah yang rugi di sini.

Renung-renungkanlah…


Sunday, 12 May 2019

Kerana facebook, curang dengan suami

Sudah tiga tahun saya berkahwin. Walaupun suami sentiasa sibuk dengan urusannya di pejabat namun kami bahagia sepanjang masa.

Disebabkan kurangnya masa bersama saya, ditambah pula masih belum dikurniakan zuriat, suami membelikan sebuah komputer riba jenama Toshiba dan telefon bimbit Samsung untuk saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Bila dihadiahkan dengan dua gajet tersebut, saya memang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mana taknya, sebagai wanita kampung, saya tidak didedahkan dengan semua koleksi hebat sebegini.

Bila sudah mahir, saya kerap mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia Islam. Aplikasi facebook, whatsapp dan macam-macam lagi sudah berjaya dikuasai. Ramai kenalan baru di facebook dan kami sering  berbual di alam maya hampir setiap hari.

Suatu hari, saya berkenalan dengan seorang pemuda di facebook, namanya Farid. Kami berchating tanpa mengira masa dan paling best, kami bertukar gambar dan saya bagaikan terpukau dengan kekacakan Farid.

Setiap hari, setiap malam, kerja saya hanya berchating dengan dia. Timbul rasa suka dan cinta pada Farid. 

Suami mula perasan dengan perubahan diri ini. Bila ditanya, saya beritahu perkara sebenar. Suami terkejut dan dia terus ceraikan saya disebabkan keterlanjuran antara saya dengan Farid. Saya menyesal dengan apa yang terjadi. Ini semua gara-gara gajet yang diberi. Jika bukan gajet itu, saya masih bahagia dengan suami sampai sekarang.

suri rumah
Sinar


Monday, 6 May 2019

YANG MEMBUAT ALLAH SENANG



1. Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang ? Apakah SOLAT?

ALLAH : Solatmu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

2. Nabi Musa ZIKIR ?

Allah: Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.

3. Nabi Musa: PUASA ?

ALLAH : Puasa Mu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

4. Nabi Musa : Lalu apa ibadahku (manusia) yang membuat hatiMu senang Ya Allah ?

ALLAH : SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK kamu.

Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU HADIR di sampingnya.
Dan AKU akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali Ganda (Al-Baqarah 261-262)

Sekarang, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu,maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain,maka itu tandanya kamu mencintai Allah dan tentu Allah senang kerananya.

Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan RAHMATNYA dengan membuat KEHIDUPAN KAMU TERASA TENANG dan BAHAGIA.

(Kitab Mukasyafatul Qulub: Karya Imam Al Ghazali)

Sunday, 5 May 2019

Nikmatnya Rasuah

Kakitangan kerajaan pun seperti sekolah berasrama juga yakni meninggalkan legasi senior kepada junior...

Di sekolah berasrama, senior akan mengajar juniornya bagaimana untuk panjat pagar sekolah dan kaedah mendera yang menceriakan para senior...

Manakala penjawat awam pula, si senior akan meninggalkan legasi bagaimana mahu mengambil rasuah tanpa mengecilkan hati bos...

Kadangkala kita pun boleh jadi keliru dan terdiam bila berhujah dengan pemakan rasuah ni.

Hujah mereka nampak begitu cerdik tetapi sedikit jahat.

Alasan mereka,
"kalau aku tak ambil pun orang lain tetap akan ambil. Kalau kau duduk tempat aku pun kau akan ambil..."

Kita pulak disalahkannya...

Hujahannya lagi, diantara sebab terima rasuah sebab kalau tak ambil rasuah mereka akan dipulaukan oleh rakan sekerja, bos akan memberi tekanan, duit gaji tak cukup untuk menampung kos sara hidup ( salah kerajaan kerana tak kawal harga barang) dan bla bla bla bla....

Satu pun takde alasan sebab diri sendiri... Semuanya menyalahkan orang lain....

Yang paling saspen sekali ialah bila pekerja gomen yang dah pencen berhujah didalam kawasan masjid berkenaan bab rasuah.

Kalau dengarkan sembang memang takut juga, bila dia cerita bagaimana cara cara bos mereka makan rasuah...

Tapi bab mereka makan mereka tak cerita lah pulak...

Mana boleh cerita, maklum lah skang dah jadi orang masjid...

Tapi setelah mendengar cerita dari kedua dua pihak yakni si pemakan rasuah dengan si pemberi rasuah, punca terjadinya rasuah ialah kerana nak hidup senang...

Dah senang maka bila pencen boleh lah menunaikan haji dan umrah berkali kali sambil berselfie di depan kaabah...

Sembang orang berduit ni lain sedikit dari orang tak berduit. Malah ustaz yang ada duit pun berbeza cakapnya dengan ustaz yang tak ada duit....

Begitulah peranannya duit dalam memberi keyakinan kepada diri seseorang...

Ada juga yang kata melayu ni kuat makan rasuah...

Sebenarnya melayu kelihatan ramai makan rasuah kerana kita hanya berurusan dengan kakitangan kerajaan kebetulannya ramai berbangsa melayu.

Sekiranya kita banyak berurusan dengan pihak swasta sebenarnya bangsa lain lebih kuat makan rasuah sampai ada company yang bangkrap kerana pekerjanya terlalu kuat makan...

Rasuah ni bukan terletak pada bangsa seseorang tetapi sebenarnya terletak kepada jawatan yang disandang oleh seseorang...

Sekiranya takde jawatan memang takkan la makan rasuah seumur hidup tapi makan sedekah sahaja...

Hanya pemakan rasuah sahaja yang faham nikmatnya makan rasuah...
Ia seperti juga yang makan babi sahaja tahu betapa sedapnya daging babi...

Si pemakan babi menunjukkan sedapnya daging babi dengan makan secara gelojoh manakala si pemakan rasuah menunjukkan sedapnya dengan berbelanja mewah...

Diantara persamaan dikalangan si pemakan rasuah ialah mereka suka bercakap tinggi diri dan berbelanja mewah...

Kalau menderma pun suka menunjuk nunjuk... Maklum la duit mudah dapat...


Wednesday, 1 May 2019

Antara Calon, Parti Dan Pilihanraya

Disamping umat Islam yang berasa tidak selesa dengan kelunakan kerajaan terhadap musuh Islam yang sengaja membuat provokasi terhadap umat Islam, terdapat juga bekas bekas menteri (yang sedang/akan  dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah dan tidak membayar cukai), dilihat bersungguh sungguh mahu menukar kerajaan dengan apa cara sekalipun dengan tujuan untuk terlepas dari hukuman.

Rasanya lebih baik dipercepatkan pendakwaan dan selepas selesai kes mahkamah barulah  Parlimen dibubarkan.

Jika tidak, rakyat seolah olah tidak diberi pilihan untuk mengundi calon yang baik kerana kedua dua belah pihak pun lebih kurang sama saja halatuju mereka.

Ini kerana dipihak kerajaan sendiri terdapat ahli politik yang bukan Islam yang begitu memusuhi Islam dan dilihat mahu Perdana Menteri mengikut telunjuk mereka.

Manakaka ahli politik yang beragama Islam pula seolah olah menjadi benteng kepada musuh musuh Islam.

Maka saya merasakan ada juga baiknya sewaktu pilihanraya nanti ahli ahli politik yang merasakan orang melayu sebagai tidak penting ini bertandinglah dikawasan yang tidak ada pengundi melayu supaya pengundi tidak menjadi pening untuk memilih calon yang baik dan parti yang benar benar mewakili kehendak orang melayu.

Kita boleh bertolak ansur namun janganlah beransur ansur pula kita ditolak...

Presiden presiden semua parti melayu juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam memilih calon calon yang benar benar berkhidmat untuk bangsanya kerana parti mereka disokong adalah kerana mereka membawa perjuangan melayu.

Sekiranya mereka mahu menjadi liberal maka ada baiknya mereka menyertai parti dap atau pkr yang membuka ruangan untuk semua kaum tapi secara tidak langsung mereka memberi syarat tidak boleh terlalu bercakap soal melayu dan Islam.

Bagi yang mempunyai anak yang ramai sudah pasti pernah mengalami situasi dimana anak anak bergaduh dan si kakak menjerit jerit pada si adik...

Maka kita pun secara spontan terus memarahi si kakak kerana membuat bising.

Setelah disiasat barulah kita tahu sebenarnya si adik yang memulakan dahulu mengganggu si kakak hingga membuatkan si kakak hilang sabar dan menjerit pada si adik.

Begitulah perumpamaannya yang berlaku didalam negara kita pada hari ini dimana kita pula dipersalahkan apabila menjerit marah setelah diganggu.

Sebenarnya hak kita telah dirampas 100% sewaktu dijajah dan masih lagi tiada hak walaupun setelah merdeka.

Kita hanya mendapat hak 30% setelah berlaku insiden 13 mei dibawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abd Razak.

Malangnya dengan 30% itu tidak mencukupi untuk membantu seluruh umat melayu kerana rakyat marhaen perlu bersaing dengan ahli ahli politik dan keluarga para bangsawan.

Dan kerana 30% itu jugalah boleh dikatakan seluruh ahli politik melayu mampu menjadi kaya raya sehingga ke anak cucu dan golongan rakyat biasa pula perlu bekerja lebih kuat sedikit sekiranya mereka mahu menikmati lelehan 30% tersebut.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...