Friday, 22 February 2019

Siapa Sheikh Imran Hosein?



Beliau di lahirkan di Trinidad yang terletak di kepulauan Caribbean pada tahun 1942. Keluarganya berasal dari India yang datang bekerja sebagai buruh di sana. 

Beliau merupakan graduan dari Institut Aleemiyah di Karachi. Selain dari itu beliau juga graduan dari beberapa Universiti termasuk Universiti Karachi, Universiti West Indies, Universiti Al Azhar dan Institut Hubungan Antarabangsa yang bertempat di Switzerland.

Beliau bertugas selama beberapa tahun sebagai pegawai kedutaan di Jabatan Perhubungan Antarabangsa dengan kerajaan Trinidad dan Tobago. 

Tetapi beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 1985 demi untuk menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah .

Beliau tinggal di New York selama sepuluh tahun semasa bertugas sebagai Pengarah Pengajian Islam untuk Jawatankuasa Persatuan Muslim untuk kawasan New York. 

Beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang Islam di beberapa universiti, kolej, gereja, rumah ibadat Yahudi, penjara-penjara dan lain-lain tempat di kawasan Amerika dan Kanada. 

Beliau juga terlibat dalam dialog antara agama dengan ulamak Kristian dan Yahudi sebagai mewakili Islam semasa dia USA. 

Beliau juga merupakan seorang imam untuk beberapa ketika semasa di Masjid Dar al-Quran di Kepulauan Long di New York. 

Beliau juga merupakan Imam solat Jumaat dan pernah menyampaikan ceramah di ibu pejabat United Nations di Manhattan sekali sebulan selama sepuluh tahun berturut-turut.

Beliau merupakan bekas Pengetua Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan. Selain dari itu beliau juga merupakan seorang Direktor Kajian Kongress Muslim Sedunia di Karachi, Pakistan. 

Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Islamik untuk Pelajaran dan Kajian di Miami, Florida dan juga sebagai Direktor Dakwah untuk Tanzeem-e-Islami di Amerika Utara.

Dalam menyampaikan ceramah, beliau berterusan bermusafir ke seluruh dunia sejak menjadi graduan dari Institut Aleemiyah dalam Pengajian Islam pada 1971 dan semenjak berumur 29 tahun.

Beliau telah mengarang lebih dari 12 buah buku dalam topik Islam dan mendapat banyak pengiktirafan. Bahkan buku " Jurusalem dalam Quran - Pandangan Islam terhadap halatuju Jurusalem atau "Jerusalem in the Qur'an - An Islamic View of the Destiny of Jerusalem " telah menjadi buku jualan terlaris dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.

Dr. Abul Fahl Mohsin Ebrahim, Profesor Pengajian Islam, Universiti Durban-Westville, Afrika Selatan telah menulis di bahagian Prakata dalam buku tersebut telah menulis sebagaimana berikut:

"Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Quran dan hadith dengan meyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah s.w.t adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah kelak.

Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek politik dunia. 

Jerusalem di dalam al-Quran merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang bergelar 'Ahli Kitab'."

Wednesday, 13 February 2019

Protokol Zionis ditulis di rumah Rothschild tahun 1773

Protocol of Zions (Protokol Zionis) merupakan salah satu dokumen yang paling kontroversi di dunia. Ramai yang menganggap Protokol merupakan sebuah dokumen palsu yang sengaja di buat-buat demi menguntungkan kumpulan anti Semitik, pandangan ini diwakili oleh kaum Zionis-Yahudi dan para pendukungnya.


Dalam bukunya The International Jew ( 1976), Henry Ford menyatakan, " Jika saya ditanya tentang keaslian Protokol Zionis, maka saya tidak akan terlibat ke dalam perdebatan yang panjang itu. Satu-satunya perkara yang ingin saya katakan berkenaan dengannya adalah semua kejadian yang ada di dunia ini selaras dengannya ... " SUMBER
Salah sebuah Rumah Rothschild 

Thursday, 7 February 2019

Vatican City Yang Tidak Anda Tahu

Statistik dikeluarkan PBB menunjukkan Vatican City di Rome, Itali, adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara ‘merdeka’ yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia iaitu 460 orang. 

Lagi Rujuk disini tentang asal usul Vatican City

Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar). Kawasan yang terletak dalam wilayah Kota Vatican adalah Dataran St. Peter, Basilika St. Peter dan Istana Apostolik. Wilayah berkenaan dikelilingi satu tembok yang juga sempadan antarabangsa antara Vatican City dengan Itali.

Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran yang ditandatangani Catero Gaspari yang mewakili pusat Pentadbiran gereja roman katolik dan Benito Mussolini yang mewakili Kerajaan Itali.

Vatican City adalah sebuah kota yang terdapat muzium serta taman tinggalan Empayar Rom yang diisytiharkan Taman Warisan Dunia oleh Unicef. Sumber kewangan negara ini adalah berpunca daripada sumbangan yang dikenali sebagai Peter’s Pence yang didermakan oleh individu atau syarikat penganut Roman Katolik dari seluruh pelusuk dunia.

Sebahagian pendapatan juga dihasilkan melalui penjualan setem, jualan cenderahati, kutipan muzium dan hasil penerbitan. Negara ini tidak mempunyai lebuh raya, landasan kereta api atau lapangan terbang.

Berikutan ia sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh bandaraya Rome, negara ini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Itali untuk laluan masuk ke Vatican City. Vatican City adalah pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik dunia. Ketua negaranya adalah Pope Benedict XVI. 

Umat Tak Faham Peranan Masjid Yang Sebenarnya

Peranan dan Fungsi Masjid Nabawi , Masjid di Zaman Rasulullah S.A.W.

Masjid Nabawi di zaman Nabi S.A.W digunakan untuk pelbagai tujuan. Di antara kegunaan masjid selain dari solat dan iktikaf di zaman itu adalah:
  • Pusat pendidikan utama;
  • Tempat perjumpaan dan interaksi semua Muslimin di mana perayaan-perayaan, riadah dan acara sukan diadakan;
  • Pengkalan untuk membuat persiapan bagi peperangan dan tempat merawat mujahid-mujahid yang cedera. Tawanan perang ditahan di kawasan bersebelahannya;
  • Mahkamah dan tempat hukuman dilaksanakan;
  • Pusat pentadbiran dan politik, serta juga merupakan tempat di mana perwakilan-perwakilan asing disambut dan dilayan;
  • Pusat kebajikan bagi golongan miskin dan sebagai tempat berteduh bagi golongan yang tiada tempat tinggal;
  • Tempat di mana beberapa urusan jual-beli atau ekonomi di jalankan.

Konsep Masjid Sebagai Tempat Tumpuan Masyarakat

Sirah dan hadith Rasulullah S.A.W. memberi gambaran jelas mengenai kedudukan masjid sebagai tempat tumpuan hidup bermasyarakat di zaman Rasulullah S.A.W. Harus di ingatkan bahawa masjid di zaman Rasulullah S.A.W. menjadi tempat tumpuan masyarakat dan tempat pelbagai aktiviti berhubungkait dengan:

Ø Konsep kesyumulan agama Islam
Ø Peribadi dan kepimpinan Rasulullah S.A.W.

Secara ringkasnya Islam adalah satu cara hidup yang sempurna di mana keseluruhan aktiviti kehidupan dianggap sebagai ibadat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan di akhirat. Dengan itu segala urusan hidup seseorang muslim seperti jual-beli (ekonomi), sosial, kebajikan, pendidikan, perundangan dan sebagainya, termasuk juga riadah mempunyai hubungan langsung dengan persediaan untuk hidup di akhirat. Budaya hidup muslimin tidak memisahkan di antara kegiatan-kegiatan duniawi (sekular) dengan persediaan untuk akhirat.

Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa masjid menjadi tumpuan masyarakat pada masa itu kerana ianya merupakan tempat berpusatnya kebanyakan daripada kegiatan sosio-budaya masyarakat Islam di masa itu. Hakikat bahawa masjid pada masa kini digunakan hampir secara khusus untuk ibadat ritualistik sahaja mungkin timbul dari meluasnya pengaruh sekularisma dalam masyarakat kini yang memisahkan secara jelas di antara aktiviti agama dengan aspek-aspek kehidupan lain yang dianggap duniawi.

KONSEP PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM
  • Di antara aktiviti-aktiviti dan aspek-aspek yang ditekankan di dalam masjid ini ialah:
  • Meningkatkan daya kefahaman serta daya intelek tentang Islam;
  • Mewujudkan suasana penghayatan Islam yang menyeluruh;
  • Menjalinkan semangat persaudaraan dan ukhuwah diantara umat Islam;
  • Membina kebahagiaan dan kedamaian di dalam institusi keluarga Islam.

Wednesday, 6 February 2019

Kerjasama Melayu Liberal dan Anti Melayu

Manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat TEPAT pada sasarannya.

Bukan lah nak puji dap...

Tapi lihat bagaimana tangkas nya mereka bangun pertahankan bangsa mereka apabila kepentingan bangsa mereka terancam...

Yang lebih mengejutkan lagi ada exco dap yang menggunakan nama nabi kita dalam menghalalkan membeli barangan bukan Islam...

Ini berbeza dengan sebahagian dari kita yang kononnya mahu kelihatan liberal seperti dap tapi tidak mahu meneladani dap dalam perjuangkan hak bangsa sendiri....

Strategi dap sebenarnya agak mudah tetapi malangnya orang melayu begitu payah nak faham...

Mereka akan meminta hak sama rata sekiranya mereka dapati hak mereka kurang daripada hak orang melayu.
Sekiranya hak mereka yang berlebihan pula mereka akan pertahankan atas dasar hak kebebasan sebagai warganegara malaysia.

Maksudnya hak mereka adalah hak mereka dan hak orang juga perlu dikongsi juga dengan mereka....

Sebahagian besar orang melayu mampu untuk hidup sederhana dan mempunyai rumah dan kereta adalah kerana mereka bekerja di jabatan kerajaan.

Untuk memastikan orang melayu tidak mempunyai lebih dari sepatutnya maka mereka perlu diajar untuk berhutang...

Kerajaan dilihat mahu menghapuskan bayaran pencen dengan alasan ia membebankan kerajaan...

Sebenarnya pencen wakil wakil rakyat dan bekas bekas menteri juga terlalu banyak untuk ditanggung oleh kerajaan...

Sepatutnya bekas bekas wakil rakyat dn bekas menteri yang sudah kaya raya tidak perlu mendapat bantuan pencen lagi...

Takkan lah rakyat perlu menanggung mereka lagi sedangkan mereka sudah terlalu kaya...

Ramai bekas bekas menteri yang mempunyai anak anak yang bertaraf jutawan, rasanya mereka ini tidak perlu lagi dibayar pencen oleh kerajaan. Anak anak mereka pun lebih dari mampu untuk menanggung perbelanjaan mereka setiap bulan.

Takkanlah masih mahu memerah wang kerajaan lagi...???

Kita mahu menjadi liberal tapi korbankan terlalu banyak hak kita... Mereka pula menjadi liberal dengan menambah lagi hak kepunyaan mereka...

Kadangkala terlihat melayu mahu menjadi liberal kerana tidak mahu di kongkong oleh agama.

Mereka sebenarnya mahu murtad tapi masih belum ada keberanian kerana umat Islam masih lagi ramai yang sensitif dalam perkara ini.

Langkah pertama sebelum murtad secara sembunyi ialah memperjuangkan liberalisasi...

Kelebihan puak liberal ini ialah mereka amat bersatu dalam prinsip mereka walaupun mereka berlainan bangsa.

Ini berbeza dengan umat Islam yang begitu berbeza pendapat walaupun bersolat dibelakang imam yang sama...

Sunday, 3 February 2019

Fadhilat Surah Al Fatihah Yang Tidak Diketahui Ramai

1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking - Isi gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakan surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian, berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan. Racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa - Tulis surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain yang bersih lagi suci. Lalu tuangkan air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian beri minum kepada orang yang selalu pelupa.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu bacakan surah al Fatihah kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian, basuh kedua-dua tangan, kedua-dua kaki, muka, kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air tersebut. Penyakit yang dialami akan sembuh. Amalkanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata - Baca surah al Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian, usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Pesakit akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini. 


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...