Statistik dikeluarkan PBB menunjukkan Vatican City di Rome, Itali, adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara ‘merdeka’ yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia iaitu 460 orang.
Lagi Rujuk disini tentang asal usul Vatican City
Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar). Kawasan yang terletak dalam wilayah Kota Vatican adalah Dataran St. Peter, Basilika St. Peter dan Istana Apostolik. Wilayah berkenaan dikelilingi satu tembok yang juga sempadan antarabangsa antara Vatican City dengan Itali.
Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran yang ditandatangani Catero Gaspari yang mewakili pusat Pentadbiran gereja roman katolik dan Benito Mussolini yang mewakili Kerajaan Itali.
Vatican City adalah sebuah kota yang terdapat muzium serta taman tinggalan Empayar Rom yang diisytiharkan Taman Warisan Dunia oleh Unicef. Sumber kewangan negara ini adalah berpunca daripada sumbangan yang dikenali sebagai Peter’s Pence yang didermakan oleh individu atau syarikat penganut Roman Katolik dari seluruh pelusuk dunia.
Sebahagian pendapatan juga dihasilkan melalui penjualan setem, jualan cenderahati, kutipan muzium dan hasil penerbitan. Negara ini tidak mempunyai lebuh raya, landasan kereta api atau lapangan terbang.
Berikutan ia sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh bandaraya Rome, negara ini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Itali untuk laluan masuk ke Vatican City. Vatican City adalah pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik dunia. Ketua negaranya adalah Pope Benedict XVI.

No comments:
Post a Comment