Sunday, 18 November 2018

Isteri Gemok membalas kesetiaan suami

Selepas Dua Tahun Bersabar Diejek Sebab Kahwin Dengan Gadis Gemuk, Akhirnya Penantian Yang Sangat Berbaloi. Wanita yang sangat hebat. Dove yang berusia 22 tahun adalah seorang gadis yang gemuk sejak dari zaman kanak-kanak lagi kerana dia suka makan pencuci mulut dan makanan ringan, membuatkan berat badannya cecah 200 kilogram bila sampai dewasa.

Tidak kira sama ada kek, coklat atau biskut, Dove tidak dapat tahan semua jenis makanan ini, semua nak masuk mulut.

Berat badan ini menyebabkan Dove tidak mempunyai banyak kawan sejak dari kecil, dan kadang-kadang di sekolah akan dibuli oleh rakan sekelas.

Tetapi dia tidak sangka bahawa dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang tidak menghiraukan berat badannya dan jatuh cinta kepadanya. Kedua-duanya akhirnya berkahwin.

Di majlis perkahwinan itu, banyak tetamu lelaki mengatakan bahawa mereka tidak dapat memahami mengapa lelaki itu mahu mengambil seorang wanita yang gemuk sebagai isteri, malah jatuhkan maruah di depan Dove.

Hati Dove sudah pasti tidak selesa, tetapi pada masa ini, dia sangat berpuas hati dengan adanya cinta dari suaminya.

Setelah berkahwin, Dove berfikir untuk jangka masa yang agak panjang. Untuk membalas cinta suaminya dan mahu suaminya “bermaruah” semasa di luar, dia mula mengawal pemakanannya. Dia tidak lagi makan makanan ringan kalori tinggi dan mengambil inisiatif untuk keluar untuk bersenam.

“Harus mengutamakan kesihatan, jangan merosakkan kesihatan demi untuk menguruskan badan”

Selepas lima tahun berlepas, Dove benar-benar telah mengubah dirinya sendiri, dan tidak ada orang yang mengenalinya tidak tertarik dengan penampilannya dan personaliti yang ceria. Ramai orang mengatakan bahawa mereka cemburu dengan suaminya. Tetapi suaminya mengatakan bahawa dia cinta Dove adalah disebabkan hatinya yang baik dari mula.

Penampilan seseorang akan menjadi tua suatu hari, tetapi hati yang baik dan cinta seseorang tidak akan mempunyai had. Dapat lihat kebaikan seseorang adalah perkara yang paling penting untuk pasangan yang saling mencintai.

Thursday, 15 November 2018

Akal Fikiranmu Jangan Sampai Rosak

Islam telah menitik beratkan umatnya untuk sentiasa menjaga akal fikiran agar tidak mudah mudah dipesongkan oleh agenda doktrinisasi jahat yang dijalankan oleh musuh musuh islam.

Di dalam maqasid syariah, akal fikiran adalah merupakan diantara lima perkara asas yang wajib dijaga oleh setiap muslim. Ini kerana, akal fikiran adalah merupakan pemacu penting yang akan memacu perlakuan seseorang itu ke arah melakukan kebaikan atau melakukan keburukan.

Maka tidak hairanlah di dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut tentang "ulul albab" pada banyak ayat yang mengingatkan kita bahawa pentingnya pemikiran yang sihat atau dalam erti kata yang lain menjadi orang yang berakal.

Kegagalan menjaga akal fikiran sehingga menyebabkan diri terpesong jauh daripada landasan fitrah manusia akan menjerumuskan seseorang itu ke dalam lembah manusia yang hilang pertimbangan dan pedoman di dalam kehidupan. Lalu menjadilah mereka itu dari kalangan mereka yang lebih hina berbanding haiwan.

Ini dijelaskan oleh As Syahid Sayyid Qutb di dalam tafsir Fizilalil Qurannya ketika menafsirkan ayat daripada Surah At Tin yang bermaksud : "Kemudian Kami kembalikannya ke tingkat yang sebawah bawahnya".

Kata beliau "Manusia mempunyai potensi untuk merosot jatuh ke darjat sebawah bawahnya yang tidak pernah dialami oleh mana mana makhluk lain, iaitu merosot ke darjat yang membuat haiwan haiwan itu lebih tinggi dan lebih baik darinya kerana haiwan haiwan itu hidup menuruti fitrahnya yang benar."

Penjagaan akal fikiran itu pada jasmaninya perlulah pada pengambilan makanan yang sihat dan tidak merosakkan, tetapi bagaimana pula penjagaan akal fikiran dari sudut rohani?

Justeru, untuk memastikan akal fikiran kita sihat dan diketegorikan sebagai "ulul albab" (orang yang berakal), maka hendaklah akal fikiran kita sentiasa menuruti panduan Al Quran dan As Sunnah. Bahkan begitulah fitrah yang sebenar bagi akal fikiran kita yang dikurniakan oleh Allah ini.

Akal fikiran sangat menagih kepada peringatan, motivasi, galakan, perkara ghaib serta peristiwa umat terdahulu. Dengan memahami kesemuanya itu, akal fikiran dapat menapis lalu membezakan segala macam keburukan dan kebobrokkan yang perlu dijauhi dan memilih untuk melakukan hanya perkara perkara yang bertepatan dengan ajaran daripada Al Quran dan As Sunnah.

Pastikanlah kita menjaga akal fikiran kita dengan baik kerana kita sedang berada pada satu zaman kebejatan umat yang telah dirosakkan akal fikirannya sehingga jauhlah mereka daripada fitrah kemanusiaan.

Lihatlah betapa banyaknya kekejaman dan kezaliman telah berlaku. Kerosakan akidah, tidak percaya tuhan, pembuangan bayi, rogol, pembunuhan anak kecil, kerosakan alam sekitar dan banyak lagi untuk disenaraikan. Ini semua adalah berpunca daripada kegagalan mengurus dan menjaga akal fikiran dengan baik yang bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasul. Wallahu'alam.

Wednesday, 14 November 2018

Adakah Rakyat Lari Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya?

Kadangkala kita sebagai penyokong tegar PH perlu bijaksana dan berhemah dalam menyantuni rakyat yang sedang merajuk atau berkecil hati dengan kerajaan.

Sebaik baiknya kita jangan memaki hamun atau menghina rakyat yang sedang melampiaskan kemarahan mereka.

Mereka ada hak untuk bersuara kerana mereka menyokong PH atas janji yang diberi oleh PH sebelum Pru dulu.

Menghina mereka bukan jalan penyelesaian...

Mengulangi kesilapan blogger dedak umno dahulu bukanlah tindakan yang bijak...

Kesilapan pemimpin kita ialah menabur janji sewaktu kempen dahulu dan jangan ditambah lagi kesilapan dengan memaki hamun rakyat yang menuntut janji...

Kadangkala saya ada juga terfikir...

Adakah mereka juga seperti blogger dedak umno yang taksub kerana mendapat sesuatu?

Entahlah...

Dulu kita meluat dengan blogger umno kerana blogger dedak memaki hamun dan memperlekehkan rakyat...

Sekarang...

Nampaknya lebih kurang juga...

Menunjuk keangkuhan kita kepada rakyat membuatkan rakyat semakin meluat kepada kerajaan...

Kita sebagai penyokong perlu lebih sopan dan menggunakan strategi memujuk untuk mengurangkan suhu kepanasan hati rakyat...

Kebiasaannya untuk menegur kesilapan musuh adalah lebih mudah berbanding menegur kesilapan rakan kita sendiri...

Rakan kita lebih mudah menyentap dan terus menganggap kita sebagai musuh apabila ditegur...

Kita harus insaf bahawa kemenangan PH pada pru lepas adalah kerana perubahan sokongan 6% ke 10% pengundi melayu di beberapa kawasan...

Margin itu adalah terlalu kecil dan boleh berubah sekelip mata...

Seandainya setiap tahun peratusan sokongan berkurangan maka pru akan datang kita berkemungkinan akan kalah.

Ditambah pula dengan masalah dalaman di dalam parti PKR dan PPBM yang membuatkan  rakyat menggelengkan kepala.

Rakyat memilih kita dan memperjudikan pilihan mereka pada pru lepas supaya kita dapat memperbaiki pentadbiran negara ini dan bukannya berebut jawatan dan kuasa.

Sedarkah kita bahawa ramai penyokong penyokong tegar PH telah mula merajuk dan ramai juga rakyat semakin hilang keyakinan kepada kerajaan?

Sebab merajuk berpunca dari perbagai sebab...

Namun jika dibiarkan merajuk ini akan menjadi meluat sepertimana yang pernah terjadi kepada umno dahulu...

Masalah dalaman di dalam pkr mahupun ppbm nampak seperti lebih terarah kepada rebutan pengaruh dan kuasa.

Buat masa ini rakyat masih lagi menyokong hanya kerana mahu menjaga muka Tun Mahathir.

Namun begitu sampai bila rakyat mampu bersabar dengan kerenah menteri menteri dan kerenah kerenah pentaksub parti yang semakin lama semakin biadap dan angkuh?

Saya secara peribadi sudah mula mahu menjarakkan diri dari dunia maya yang membawa cerita politik.

Semakin membuka fb semakin meluat pula melihat di sana sini masing masing memuja muja paymaster masing masing....

Dulu kita mengata blogger dedak umno yang berperangai begitu tapi hari ini kawan kita pun dah seperti mendedak tak tentu pasal...

Lebih lalang dari padi
Lebih lajak dari laju
Lebih bilang dari beri
Lebih bijak dari tahu

Tuesday, 13 November 2018

10 fakta kenapa babi haram dalam Islam

10 fakta yang membuat kita mengambil hikmah tentang haramnya babi.

1. Dalam daging babi terdapat cacing pita

Memakan daging babi memiliki risiko terkena jangkitan cacing pita (sistiserkosis). Kerana daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia yang boleh berpindah ke tubuh manusia yang memakannya.

2. Kantung urine babi sering bocor

Prof. A.V. Nalbandov menyebutkan bahawa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urinenya meresap ke dalam daging.

3. Babi tidak memiliki leher

Secara fisiologis, babi tidak boleh disembelih. Sebabnya, babi tidak memiliki leher. Sedangkan Islam mensyariatkan penyembelihan binatang pada lehernya.

4. Babi haiwan yang paling rakus

Babi melahap makanan apa pun yang ada di depannya. Ia merupakan haiwan paling rakus di dunia. Bahkan jika makanannya telah habis, ia memuntahkan makanan dalam perutnya dan memakannya kembali demi memuaskan kerakusannya.

5. Babi haiwan paling pengotor

Jika di depan babi ada sampah, ia akan makan sampah tersebut. Bahkan babi juga melahap kotoran. Hingga kotorannya sendiri pun dilahapnya.

6. Babi menampung banyak penyakit berjangkit

Selain mengandungi cacing pita (Taenia solium), babi juga mengandungi cacing spiral (Trichinella spiralis), cacing tambang (Ancylostoma duodenale), cacing paru (Paragonimus pulmonaris), hingga bakteri kolera (Salmonella choleraesuis) dan virus kudis (Scabies).

7. DNA babi mirip manusia

Ditemukannya fakta DNA babi paling mirip dengan manusia, memakan babi dapat dengan mudah menularkan perilaku buruk babi kepada manusia. Selain rakus, perilaku babi yang pernah diobservasi oleh Muhammad Abduh adalah tidak memiliki cemburu. Ketika dua ekor babi jantan dan seekor babi betina dimasukkan kandang, dua babi jantan itu tidak saling berebut tetapi justeru saling membantu untuk berasmara dengan babi betina.

8. Daging babi payahdicerna manusia

Meskipun empuk, ternyata daging babi payah dicerna oleh pencernaan manusia. Ini kerana daging babi mengandung lemak berbahaya.

9. Babi merupakan carrier virus Flu Babi

Di dalam tubuh babi, virus AI yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas dan menular kepada manusia.

10. Daging babi penyebab utama kanser anus dan kolon

Potensi penderita kanser anus dan kolon meningkat drastis di negara-negara yang penduduknya memakan babi, terutama di negara-negara Eropa, Amerika, Cina dan India. Sedangkan di negara-negara Muslim, pontensinya sangat rendah.

Demikian 10 Fakta Ilmiah Kenapa Babi Haram dalam Islam. Semoga semakin menguatkan keislaman kita dan senantiasa berusaha mentaati aturan-Nya.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...