Thursday, 30 March 2017

Kutbah Terbaik Dari Timbalan Mufti Perak

Terus berpecah: Paku terakhir di keranda umat Islam
July 18, 2015

BERIKUT ADALAH TEKS KHUTBAH AIDILFITRI YANG DISEDIAKAN OLEH TIMBALAN MUFTI PERAK, SAHIBUS FADILAH USTAZ HAJI ZAMRI HASHIM, YANG JUGA YANG DIPERTUA ISMA CAWANGAN IPOH.

Hari ini kita berkumpul untuk melahirkan syukur kita kepada Allah SWT kerana berjaya melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan. Ramadhan 1436 telah meninggalkan kita dan tidak lagi menoleh. Kita semua diberi peluang yang sama dari awal Ramadhan tetapi mungkin natijahnya berbeza-beza. Apa pun kita berdoa agar segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan di beri peluang untuk menemui Ramadan 1437.

Kesan didikan Ramadhan akan lebih terjelma apabila Ramadhan itu telah berlalu. Hubungan kita dengan al Quran, hubungan kita dengan surau dan masjid, hubungan kita dengan masyarakat akan terasa kelainannya selepas berlalunya Ramadhan.

Mari kita kekalkan stamina ketaatan kita kepada Islam kerana ia bukanlah barang hiasan yang kita  boleh pilih ikut selera  hati. Kita bertanggungjawab terhadap Islam dan kita akan dikebumikan bersamanya.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Ramadhan mengajak  kita merasai kesusahan dan keperitan orang lain. Seorang Raja juga berpuasa, seorang menteri juga berpuasa, seorang ulama juga berpuasa, si kaya juga berpuasa bahkan si miskin meneruskan kebiasaannya berlapar dengan sama-sama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Apabila setiap anggota masyarakat mengambil kira kesusahan orang lain sebagai neraca membuat keputusan dan tindakan,  maka makin mengecillah jurang persengkitaan akibat rasa tidak puas hati. Meletakkan kepentingan orang lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Rasa bersaudara kembarnya adalah kegembiraan dan kesusahan dapat dikongsi bersama. Bukannya kegembiraan dinikmati bersendirian tetapi kesusahan dipaksa kongsi bersama.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Seorang ulama akan memberi nasihat yang benar bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan.
Ketika Tatar menyerang dan dana diperlukan oleh negara, al Malik al Zahir berhasrat mengumpulkan harta rakyat untuk membiayai bala tentera menghadapi musuh dan berjihad tetapi ditegur hasrat baginda oleh al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H):
Setahu saya tuan dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepada tuan lalu diangkat tuan menjadi seorang raja. Saya dengar tuan memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Tuan juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika tuan belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelaki tuan hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuan tuan hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka saya akan fatwakan untuk tuan keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Seorang pemimpin akan membuat polisi  bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan.
Pengurusan sikap sebagai pemimpin oleh Umar al Khattab ketika menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing sangat baik dijadikan teladan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika berlaku krisis ekonomi yang berlaku selama 9 bulan bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, baginda juga cemerlang dalam pendirian dan sikap. Baginda r.a  tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Dalam ungkapannya yang lain :“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Kita mesti berkongsi rasa,  saat  rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, berkira-kira untuk membeli sebotol ubat batuk , dulu makan berlebih lauk tapi kali ini berlebih kuah, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, Janganlah hati kita menjadi kematu lantaran hidup sentiasa senang.

Garis ukur kita sebagai  ‘berjiwa rakyat’, bukan sekadar makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Tetapi  rasailah apa yang rakyat rasai.
Pengampunan DYMM  Sultan  terhadap 11 orang bekas penghuni Penjara Tapah pada hari pertama Ramadhan supaya dapat dikongsi gembira oleh anggota keluarga dan titah Tuanku agar sambutan hari pertabalan ditiadakan pembaziran tentu akan terus dibanggai oleh rakyat negeri ini.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Rakyat biasa yang sering berkongsi rasa susah, tidak akan kekok menghulurkan bantuan walaupun dirinya juga susah.

Rakyat Acheh yang tidaklah semewah mana hidup mereka tetapi tatkala beberapa negara berkira-kira untuk menyelamatkan bahtera hanyut etnik Ronghinya di awal krisis dahulu, merekalah yang paling awal menghulurkan bantuan seadanya.

Bayangkan betapa indahnya jika tiga serangkai ini ulama-umara-rakyat mempunyai rahmah kasih sayang yang luarbiasa maka hidup kita akan menjadi rukun damai jauh dari persengketaan. Persengkitaan amat mudah tercetus apabila masyarakat merasa tersisih dan rasa tidak diadili dan penuh rasa tidak puas hati.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Ramadhan membawa erti persaudaraan , bukan dikatakan mukmin jika sentiasa hidup dalam perbalahan sedangkan kekufuran itu menangguk kegembiraan di atas perpecahan sesama muslim.
Kita mungkin berbeza pendapat dalam ideologi kepartian namun tidak sepatutnya memisahkan hubungan persaudaraan sesama mukmin.

Kecelaruan dan kelemahan kuasa politik umat  di negara ini disebabkan persengketaan yang tali menali bukan sahaja telah menjemput kaum kafir untuk merebut kuasa, tetapi juga telah mengundang pertembungan budaya yang semakin sengit.Tidak hairanlah jika budaya songsang semakin berani diketengahkan oleh puak liberal yang berselindung di sebalik ‘hak asasi dan keterbukaan’.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penghinaan kepada pegangan, ibadat dan amalan orang Islam, kini muncul pula pejuang hak untuk minum arak secara terbuka, pesta mabuk dan terkini hak telanjang di khalayak ramai.Kita akan menyaksikan kegiatan-kegiatan songsang yang lebih menggila pada masa akan datang.

Puak yang memperjuangkan budaya bebas dan athies ini, sekalipun bercanggah dengan norma dan akhlak rakyat Malaysia, mereka tetap bebas kerana mendapat dukungan daripada badan hak asasi antarabangsa, disokong media liberal dan agensi asing yang berselindung di sebalik nama “demokrasi dan keterbukaan”, walaupun perjuangan mereka jelas salah di sisi undang-undang negara.
“Manakala orang yang menentang kegiatan tersebut pula – walaupun selaras dengan undang undang dan perlembagaan – dicop ektsremis dan jumud.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Ramadhan akan datang lagi tahun hadapan. Syawal pun tidak pernah gagal menemui kita namun yang pasti, adalah kita yang gagal menggunakan kesempatan yang dianugerahkan Allah untuk membina kekuatan diri dan yang lebih – lebih lagi sebagai peluang terakhir untuk membina kekuatan umat Islam di tanah air ini. Awas jangan sampai kita sedang mengilang bilah-bilah paku yang akan menjadi paku terakhir di keranda umat ini di tanah airnya sendiri.
إِنَّ ٱلأَرضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِن عِبَادِهِۦ‌ وَٱلعَـٰقِبَةُ لِلمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa,”(QS al Araf 128)

KHUTBAH KEDUA
Taqwa yang disasarkan di dalam ibadah puasa bukan hanya memberikan pengalaman rohani peribadi malah ia membawa kesan kepada survival umat Islam khususnya di negara ini. Dengarkan baik
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Bahkan lawan kepada taqwa adalah maksiat. Dan secara tegas dosa yang dituai dari maksiat  adalah perosak kepada kemakmuran negeri. Dengarkan lagi  Allah SWT berfirman:
“Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?”

Jangan kata tiada kaitan antara dosa dan pahala , istighfar dan taubat dalam susunatur kemakmuran negeri. Mari  kita ambil formula Nabi Hud AS di dalam menambah pendapatan negeri sedia ada kepada yang lebih banyak:
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!

Taubat dan istighfar hendaklah dijadikan satu kaedah penting dalam mentadbir negeri kerana ia akan menambahkan pendapatan negeri dan menyelamatkan negeri dari kehancuran.

Sama-samalah kita berusaha mengajak rakyat untuk kembali kepada Allah dan sentiasa jijik kepada maksiat dan dosa. Sifarkan program yang mengandungi unsur syirik, khurafat dan melalaikan dalam masyarakat nescaya Allah SWT akan tambahkan sumber pendapatan negeri sedia ada.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami masih menderhakai Mu Ya Allah.
Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih kasih sayang-Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan pula untuk memaksiati Mu Ya Allah.

Ya Allah engkau maha tahu betapa berdosa nya hamba hamba-Mu ini namun Engkau masih melimpahi nikmat nikmat-Mu kepada kami. Engkau masih memberi peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.
Ya Allah di awal pagi yang penuh dengan kasih sayang dan pengampunan-Mu, kami menadah tangan merintih pengampunan Mu. Ya Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah.

Sambutlah permohonan kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya Neraka Mu walaupun kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurga Mu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu melalui pintu Rayyan.

Ya Allah ampuni dosa dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan, Ya Allah kembalikan sikap tegas dan berani kepada kami.

Ya Allah kami memohon ampun kepada Mu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa yang kami ingin jawab di hadapan Mu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan Allah nanti. “Ya Allah apa mereka lakukan kepada kami”.

Ya Allah kami memohon ampun kepada Mu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami, Isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri- isteri kami. Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu Ya Allah.

Ya مثبت القلوب tetapkan hati-hati saudara-saudara kami etnik Ronghinya dan Rakhine di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria, saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar mana pun ujian yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkan lah kami semuanya di dalam syurga-Mu Ya Allah.

Ya Allah kami semua yang hadir ini memohon restu Mu agar mengurniakan taufiq , inayah serta riayah kepada Raja DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizuddin Shah  ibni al Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah al Maghfur lah  serta DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.

Ya Allah kurniakanlah kebijaksanaan luar biasa kepada baginda dalam membuat keputusan dan tindakan.

Ya Allah bantulah hamba-hamba Mu itu membentengi agama-Mu di negeri ini. Kurniakanlah kepada hamba- hamba Mu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain.

Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba- hamba Mu ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini.

Wednesday, 29 March 2017

Al Imam Akhbar Perintis melawan penjajah

Al-Imam sebagai perintis

Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Ramai sejarawan bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada tahun 1906 adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam.

Al-Imam bukan satu majalah biasa yang mengutarakan isu-isu yang remeh- temeh, tetapi merupakan satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang alpa ketika itu.

Justeru Al-Imam selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran Melayu. Untuk melihat sejauh mana Al-Imam memainkan peranan sebagai perintis, kita perlu melihat 2 perkara yang penting.

Pertama ialah bagaimana Al-Imam memanipulasi isu yang diutarakan iaitu sejauh mana isu yang diutarakan mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dan sejauh mana Al-Imam memberi kesedaran masyarakat tentang masalah mereka.

Pada dasarnya perhatian Al-Imam adalah pada masalah agama. Namun seperti halnya pemikiran Jamaluddin Afgani dan Muhammad Abduh jurnal ini juga menyinggung masalah politik.

Al-Imam dalam setiap terbitannya sentiasa menyebutkan sebab-sebab kemunduran umat Islam terutamanya bangsa Melayu, dan mengecam sifat-sifat bangsa Melayu yang terkebelakang, dijajah bangsa lain, pemalas, puas dengan dirinya sendiri dan suka berselisih.

Menurut Abd. Aziz Mat Ton, Al-Imam memang menitikberatkan masalah sosial, ekonomi dan politik.

Disini dapat disimpulkan bahawa perkara pokok yang cuba diketengahkan adalah mengenai kemunduran orang Melayu ketika itu dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Berdasarkan artikel dalam Al-Imam aspek utama kemunduran orang Melayu ialah ekonomi. Orang melayu memang amat tertinggal dalam bidang ekonomi walaupun tinggal dalam negeri sendiri.

Kemunduran dalam ekonomi inilah telah meyebabkan mereka mundur dalam semua hal. Orang melayu mundur dalam bidang sosial, mereka juga mundur dalam bidang politik.

Mengapa kemunduran ekonomi telah mempengaruhi kesemua aspek lain?

Hal ini kerana kuasa ekonomi itu telah menjadi satu senjata yang cukup ampuh.
Orang yang menguasai ekonomi adalah orang yang kuat seperti kaum penjajah dan kaum imigran.

Tetapi orang Melayu boleh dikatakan menumpang ekonomi orang luar ini. Mereka menumpang kerana bergantung kepada golongan ini.

Keruntuhan dalam bidang ini telah menyebabkan minda orang melayu tertutup, seterusnya mereka terus tertinggal dalam semua bidang. Al-Imam cuba mengupas semua masalah ini supaya dapat diatasi.

Perkara sosial yang disentuh ialah pendidikan orang Melayu, kemajuan madrasah-madrasah, emansipasi wanita dan perpaduan orang Melayu.

Dari awal lagi Al-Imam telah menekankan akan pentingnya pelajaran terutamanya pengetahuan mengenai ilmu sejarah yang menurutnya merupakan sebagai kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa.

Al-Imam memberikan banyak cadangan untuk memajukan pendidikan orang Melayu.

Antaranya meminta kerajaan membina sebuah atau lebih sekolah pada tiap-tiap negeri untuk kegunaan anak negeri sahaja.

Kerajaan juga mestilah membiayai sekolah-sekolah itu sepenuhnya iaitu gaji gurunya, belanja buku-buku dan keperluan sekolah yang lain.

Al-Imam juga mencadangkan sistem sekolah ditukar kepada sistem yang lebih baik iaitu terdapat peringkat-peringkat sekolah yang memudahkan sistem pengajian.

Al-Imam juga menegur bangsa Melayu yang tidak mahu bersatu padu.

Menurut Al-Imam apa yang menyebabkan mereka tidak bersatu padu ialah kejahilan mereka dalam memahami kehendak agama Islam yang sebenarnya, dan juga sikap orang Melayu sendiri yang suka sentiasa bergantung kepada usaha-usaha bangsa lain dalam kebanyakkan hal terutamanya mengenai ekonomi.

Ini merupakan penyakit bangsa Melayu yang telah menyebabkan mereka tidak bersatu, hasad dengki, dan tamak.

Dari aspek politik pula, Al-Imam memang menyindir pihak penjajah British serta raja-raja dan pembesar Melayu.

Mereka diingatkan untuk memelihara kepentingan orang Melayu.

Hal ini berkaitan dengan masalah-masalah orang Melayu yang disebutkan tadi.

Faktor lain yang menyebabkan melayu mundur ialah sikap raja dan pembesar Melayu yang tidak bertanggungjawab.

Mereka hanya mementingkan pangkat dan wang sahaja sehinggakan mereka sanggup menjadi hamba penjajah.

Al-Imam menegaskan bahawa, oleh kerana mereka meninggalkan tanggungjawab yang sebenarnya maka telah meninggalkan balak yang menimpa diatas kita dan mendatangkan beberapa tuduhan orang diatas umat kita.

Al-Imam dilihat menyalahkan kedua-dua pihak.

Penjajah dikatakan salah kerana mereka hanya menjajah dan mengaut kesemua hasil negeri-negeri Melayu.

Manakala raja-raja Melayu disalahkan kerana mereka ini bodoh.

Mereka tidak mampu berfikir lebih tinggi sedikit pun daripada kanak-kanak kecil.

Mengapa boleh berkata demikian?

Hal ini mereka hanya mementingkan kesenangan mereka tanpa memikirkan keadaan rakyat.

Mereka sanggup menggadai negeri sendiri seolah-oleh mereka ini tidak tahu membezakan buruk dan baik sesuatu perkara itu.

Satu lagi saya ingin tambah ialah sikap raja Melayu yang dikatakan ’berjiwa rakyat’ itu tidak pernah tahu berkorban untuk negara.

Yang mereka tahu ialah rakyat yang perlu berkorban untuk negara.

Al-Imam telah mengecam sikap raja Melayu yang begitu suka menggunakan kedudukannya.

Pembesar juga telah menggunakan kuasa mereka, kedudukan mereka dan kemudahan yang ada pada mereka dengan sewenang-wenangnya sehingga menganiayai rakyat sendiri.

Rasuah pula sudah menjadi perkara biasa dan mereka tidak memikirkan akan akibatnya asalkan wang ringgit banyak saja jadinya.

Kecaman Al-Imam mengenai rasuah ini walaupun nampaknya disampaikan secara lembut, sebenarnya kecaman itu adalah merupakan kritikan yang tajam lagi pedas keatas pemerintah Melayu dan secara tidak langsung kepada pihak British.

Seterusnya dalam kecaman-kecaman itu Al-Imam telah menyoal adakah raja-raja Melayu tidak sedar akan apa yang dilakukan oleh orang besar-besarnya serta menteri-menterinya yang semata-mata zalim dan kebanyakkannya a Moncery of Justice.

Al-Imam menjelaskan bahawa oleh kerana raja-raja terlalu mewah hidupnya maka tidak sedar akan hal rakyat mereka sendiri, seolah-olah rakyat itu dianggap sebagai orang yang senang seperti mereka juga, padahal yang sebenar-benarnya adalah tidak sekali-kali.

Tambahan pula tidak ada sungutan atau aduan daripada rakyat yang secara terus terang dan secara langsung.

Lagipun mereka sengaja tidak mahu memahami keadaan sebenar hidup rakyat.

Begitulah Al-Imam menggambarkan keadaan raja Melayu dan masyarakat Melayu ketika itu.

Semua yang dihuraikan diatas ialah antara perkara yang diutarakan oleh Al-Imam. Secara kritis, Al-Imam telah mengupas mengenai masalah orang Melayu.

Akhbar ini merupakan akhbar melayu pertama yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan.

Keberanian Al-Imam juga terserlah apabila berani mempertikaikan peranan raja yang hanya pada nama itu sahaja.

Berbeza dengan majalah Melayu yang terbit sebelum ini, tidak ada satu asas yang kukuh untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Terdapat banyak majalah dan surat khabar Melayu ang terbit sebelum Al-Imam.

Dalam tempoh 30 ahun selepas 1876, terdapat tidak kurang daripada 16 buah surat khabar dan majalah dalam bahasa Melayu yang diterbitkan, tujuh buah di Singapura, lima buah di Pulai Pinang dan empat buah di Perak.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa akhbar lain sebelum Al-Imam memberi sumbangan, tetapi akhbar ini tidak boleh dikatakan perintis.

Hal ini kerana isu yang diutarakan tidak memberi kesan yang mendalam kepada masyarakatnya. Al-Imam itu boleh diibaratkan cahaya.

Dalam tahun 1906 apabila Al-Imam menuliskan 26 macam faedahnya surat khabar termasuk diantaranya:

Cahaya akal dan gemala fikiran...
cermin bagi yang berlaku...
dan
Pelayan segala hikmah dan
pengingat bagi yang lalai...
dan petunjuk bagi yang sesat...
dan penolong orang yang lemah dan penjaga segala umat...
dan permedanan bagi segala perbahasan.

Al-Imam dikatakan perintis kerana mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat. Dalam kontek ini pengaruh Al-Imam bukan sahaja terdapat di negeri-negeri Melayu, malah telah tersebar keseluruh Nusantara.

Sambutan kepada seruan Al-Imam itu jelas dapat dilihat dari banyaknya wakil pengedar untuk menjadi langganan majalah tersebut.

Malah sambutan tersebut memungkinkan Al-Imam di cetak di mabtaahnya sendiri iaitu tiga bulan selepas muncul jilid yang pertama.

Melalui mabtaah ini juga Haji Abbas Mohd Taha menerbitkan bukunya yang pertama pada tahun 1906 yang berjudul Kitab Sempurnaan Pelajaran.

Begitu juga dengan Syed Sheikh al-Hadi, bukunya Pemeliharaan dan Pelajaran diterbitkan melalui Al-Imam Printing Co. Ltd. Pada tahun 1908.

Kesan daripada penerbitan Al-Imam adalah amat besar.

Al-Imam mendorong kepada penulisan buku oleh pengarang Melayu. Sambutan hangat juga menunjukkan Al-Imam telah berjaya menyebarkan kritikan dan saranan kaum muda terhadap masyarakat Melayu.

Selain itu majalah atau akhbar sebelum Al-Imam tidak membincangkan masalah orang Melayu secara menyeluruh.

Maknanya, masalah mengenai orang Melayu hanyalah dibicarakan secara luaran.

Tetapi dalam Al-Imam masalah yang diutarakan ini meliputi semua aspek kehidupan masyarakat.

Masyarakat perlu sedar tentang keadaan mereka sebenar. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang lain semata-mata.

Al-Imam berjaya menyampaikan mesej ini kepada masyarakat Melayu.

Jadi inilah perintis yang dimaksudkan. Perintis yang memberikan sumbangan yang besar. Sumbangan yang terkesan dalam masyarakat.

Al-Imam terpaksa diberhentikan selepas 3 tahun iaitu Disember 1908. Tetapi semangat yang dibawakan oleh Al-Imam tidak padam begitu sahaja.

Semangat yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh pelopornya dalam beberapa akhbar lain seperti

Neraca (1911-1915),
al-Ikhwan (1926-1928), dan
Saudara (1928-1940).

Akhbar Neraca juga diterbitkan di Singapura dan Saudara diterbitkan di Pulau Pinang setelah Syed Sheikh berpindah kesana.

Ketiadaan konkongan ketat daripada ulama tua yang wujud di negeri-negeri beraja membolehkan Kaum Muda bergerak bebas di jajahan selat.

Walaupun nama Al-Imam telah mati, tetapi al-Imam tetap wujud.

Apa yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh akhbar yang terbit selepasnya. Al-Imam juga mempengaruhi tokoh pemikir Melayu seperti Za’ba. Za’ba mula terlibat secara serius dalam penulisan majalah mulai awal 1917.

Melalui penulisanya Za’ba juga menggesa orang Melayu mengubah sikap dan tidak mempercayai tafsiran ulama-ulama tua yang menyatakan bahawa meniru orang kafir itu berdosa.

Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah Al-Imam adalah merupakan anak tangga pertama dalam gerakan nasionalis Melayu di negeri-negeri Melayu.

Dan adalah kurang tepat kalau kita katakan bahawa skop perjuangannya hanya semata-mata terhad dalam bidang agama sahaja.

Sebagai lidah rasmi gerakan nasionalis yang pertama, Al-Imam telah berjasa kerana memberi kesan yang besar dalam perkembangan pemikiran masyarakat Melayu.

Al-Imam menjadi perintis kepada persuratkhabaran Melayu kerana Al-Imamlah majalah yang mengerakkan semangat perjuangan orang Melayu. 

Monday, 27 March 2017

Isteri ditumbuk bila suami kantoi



Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang isteri bilamana dia dibelasah suami dan dihalau keluar dari rumah apabila suaminya kantoi membawa kekasih gelap ke rumah mereka di Jinjang.
Isterinya yang berumur 21 tahun yang sedang hamil 6 bulan itu ditumbuk dan ditendang di bahagian perut menyebabkan isterinya tersungkur mengerang kesakitan.
Ekoran dari itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Menurut mangsa, dia pulang ke rumah pada jam 8.30 pagi selepas beberapa hari di rumah keluarganya tanpa mengesyaki apa-apa terhadap suaminya.
Malangnya, bila sampai di rumah, suami tidak mengizinkan mangsa masuk menyebabkan dia pelik. Ditambah pula suaminya berulang kali meminta mangsa pulang kembali ke rumah keluarganya.
Sikap pelik suaminya itu akhirnya menimbulkan rasa marah si isteri sehingga mereka berdua bertengkar sebelum si isteri merempuh masuk ke dalam rumah dan menyebabkan suaminya berlari ke sebuah bilik dan mengunci pintu.
Mengesyaki sesuatu, mangsa mengetuk pintu bilik beberapa kali dan suaminya membuka pintu tidak lama kemudian dan kelihatan ada seorang wanita lain di dalam bilik berkenaan.
Lebih teruk lagi, si suami mengaku dia telah menjalinkan hubungan dengan wanita terbabit.
Mangsa yang berang dengan tindakan suami yang curang terhadapnya menyebabkan mereka berdua bertengkar. Namun, lelaki itu pula bertindak ganas menumbuk dan menendang muka isterinya selama beberapa minit.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Wednesday, 22 March 2017

Rahsia Kehebatan Genghis Khan

Selain sebagai panglima perang yang hebat, ternyata Genghis Khan juga memiliki keteladanan yang sesungguhnya membuat kita berdecak kagum seperti:

1. Berbakti terhadap orang tua
2. Kesetiaan dan cinta terhadap pasangan hidup
3. Kesetiaan dalam persahabatan
4. Memiliki sikap spiritual yang tinggi
5. Tidak pernah melupakan pertolongan orang lain
6. Sifat kepeduliannya terhadap orang bawahan

Genghis khan adalah sosok pemimpin yang tidak tamak harta, visioner dan memiliki kemampuan dalam mengelola emosi dengan baik.

Setiap kali peperangan, Genghis Khan selalu membagikan 9/10 bagian harta rampasan perang kepada prajurit-prajurit yang berada di bawah kendalinya, sementara itu ia hanya menikmati 1/10 bagian sisanya.

Meskipun Genghis Khan dibesarkan dalam kebudayaan nomadic, pada masa kepemimpinanya Ia membangunkan ibu kota kerajaan permanen, Karakorum menjadi tempat pilihannya dan ia ingin menjadikannya sebagai pusat dagangan dan budaya yang besar.

Genghis Khan ingin bangsanya sejahtera dari penaklukan yang dilakukannya. Ia menginginkan rakyatnya memakan daging yang empuk, hidup dalam tenda yang indah dan mengembalakan ternak-ternak mereka di tanah yang subur.

Genghis Khan adalah seorang yang buta huruf tetapi ia faham betul dengan kekuatan tulisan dan ia tidak menginginkan rakyatnya seperti itu dan memerintahkan agar warisan kekuasaannya tercatat untuk generasi mendatang.

Untuk mensejahterakan rakyatnya Genghis Khan mengimpot ilmu pengetahuan dan teknologi militer dari China, mendirikan korps pelatihan medis dengan tabib-tabib China, memerintahkan pengikutnya untuk melakukan kodifikasi atas catatan dan peraturan darinya sebagai cikal bakal hukum dan perundangan di masa kekaisarannya.

Pada masa kekuasanaanya tidak seorangpun diperbolehkan memiliki budak dari bangsa Mongol, dan tiap suku diberikan kebebasan untuk menentukan tanahnya sendiri.

Genghis Khan juga merupakan seseorang yang mampu mengelola emosinya dengan baik. Setiap penumpasan yang kejam dan tanpa ampun selalu ia lakukan dengan penuh kesedaran atas manfaat dan akibatnya, bukan dengan keadaan membabi buta. 

Ia tahu bila harus membalas dendam dan bila harus memaafkan seseorang meskipun orang tersebut telah menyiksanya.

Monday, 13 March 2017

Jenis Jenis Tidur

Apakah itu Hailulah, Qoilulah dan A'ilulah ???

1- Hailulah ialah tidur selepas solat subuh (orang yang tidak bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam)   
 
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

4- Paklah pula ialah jenis tidur keempat yang kini menjadi trend kepada perdana menteri terkini.

Kongsikan dengan rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan supaya tak lalai.

Thursday, 9 March 2017

Perbezaan Layanan Antara Muslimin Dan Kafirin

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. 

Namun, bila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. 

Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang di akhir zaman ini. 
Berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. 

Di antaranya:





Bila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya.




Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar.




Bila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.




Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas.




Apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.




Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme.




Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.




Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.




Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.




Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.



Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-nya.



Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.



Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender.


Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.




Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.



Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak.




Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.



Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan keatas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.




Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.



Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.



Namun, bila orang Palestina melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim.



Bila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh.



Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun.

Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman? 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Tuesday, 7 March 2017

8 Koleksi MESEJ LAWAK

Pesanan ringkas sudah menjadi trend dan hampir setiap orang pun menggunakannya tidak kisah lah guna sms atau applikasi jaringan internet bagi memudahkan komunikasi.

Penghantaran pesanan ringkas digunakan dalam setiap aspek komunikasi seperti menyampaikan maklumat, memujuk dan bergurau.


Disini kami kongsikan beberapa koleksi mesej yang buat anda gelak sorang – sorang. KREDIT SINAR FM.

#1 Masalah AUTOCORRECT yang tiada kesudahan


#2 Ini dipanggil TRAGEDI

#3 Tak dapat bayangkan macam mana rupa ‘POSTAGE’ tu.

#4 Maaf Lisa anda tak bernasib baik

#5 Jangan lupa baca doa sebelum tido tau.


#6 Bermimpi di siang hari ke bang?


#7 Failed Chia Chia Chia


#8 Agak – agak kena tido luar tak ?

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...