Skip to main content

Rahsia Keadilan Allah SWT

Assalamu'alaikum wbt kpd semua sahabatku dunia akhirat.. Sedikit wadah utk meraih redho Allah swt.. Mohon redho Allah.. Aamiin.

*RAHSIA KEADILAN ALLAH SWT*

Ketika Nabi Musa bermunajat di bukit Tursina, baginda berdoa, "Ya Allah, Engkau Maha Adil, tunjukkanlah keadilan-Mu kpdku".

Allah SWT menjawab, "Hai Musa, jika Aku tunjukkan keadilan-Ku kpdmu, engkau tidak akan sabar dan tergesa- gesa menyalahkan Ku".

Lalu nabi Musa menjawab, "Dgn taufik-Mu, aku akan sabar menerima dan menyaksikan keadilan-Mu ."

Allah berfirman, "Pergilah engkau ke sebuah mata air, bersembunyilah dekatnya dan saksikan apa yg akan terjadi".

Nabi Musa pun pergi ke mata air yg dimaksudkan. Tidak lama kemudian, datanglah seorang penunggang kuda, lalu turun utk minum air. Saat itu si penunggang kuda sedang membawa sekantong wang. Dengan tergesa-gesa, ia pergi sehingga lupa membawa kantong wangnya.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang anak kecil utk mengambil air. Dia melihat kantong itu lalu anak itu mengambilnya dan terus pergi. Setelah anak itu pergi, datanglah seorang tua buta. Orang tua buta mengambil air utk berwuduk dan beribadah.

Selesai beribadah datanglah penunggang kuda tadi yg bermaksud mengambil kantong wangnya, namun ia hanya menemukan orang tua buta yg sedang bergerak pergi.

"Wahai orang tua, kamu pasti yg mengambil kantong wang?" bentak si penunggang kuda. Terkejut orang tua buta, lalu berkata, "Bagaimana saya dapat mengambil kantong wang kamu, sementara saya ini buta?"

"Jangan kamu berdusta" bentak si penunggang kuda.

Setelah bertegang leher, orang tua itu pun dibunuhnya. Kemudian dia menggeledah baju namun tidak menemukan apa-apa.

Saat melihat kejadian tersebut Nabi Musa AS bertanya kpd Allah SWT, "Ya Allah, hamba sungguh tidak sabar melihat kejadian ini. Namun hamba yakin Engkau Maha Adil. Mengapa ini harus terjadi?"

Lalu Allah mengutus Malaikat Jibril utk menjelaskan, "Wahai Musa, Allah Maha Mengetahui hal-hal ghaib yg tidak engkau ketahui. Anak kecil itu sebenarnya mengambil haknya sendiri. Dahulu ayahnya pernah bekerja dgn si penunggang kuda, tetapi jerih payahnya tidak dibayar. Jumlah yg harus dibayarkan sama dgn yg diambil anak itu. Sementara orang tua buta adalah orang yg membunuh ayah anak kecil itu sebelum ia mengalami kebutaan".

Saudaraku, betapa pentingnya kita mengenal (makrifat) kpd Allah, agar hati kita selalu bersangka baik kpd-Nya. Kerana terbatasnya pengetahuan manusia, maka tidak mampu membaca keadilan Allah secara tepat. Ia menganggap Allah tidak adil kerana keputusan-Nya dirasakan merugikannya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu." Surah Al-Baqarah ayat 216.

Allah Maha Adil dan memberikan sesuatu kpd manusia dgn jalan terbaik menurut kehendak-Nya, bukan menurut nafsu atau kepentingan kita.

Jadi tidak ada satu pun ketentuan Allah yg gagal dan buruk. Namun kitalah yg belum mengerti hakikatnya.

Subhanallah Maha Kuasa dan Maha Suci Allah dgn segala perbuatan-Nya.

Semoga mendapat iktibar.

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat