Saturday, 23 January 2016

GILA!!! Tawar Seks Dari Rumah Ke Rumah

KUALA TERENGGANU - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa ‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.

Friday, 22 January 2016

Abd Azeez sahkan mereka sedar tujuan sidang media untuk singkirkan Mukhriz

Pimpinan UMNO Kedah yang menghadiri sidang media kelmarin sebenarnya “menyedari” tujuan sidang media yang menyeru penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dakwa Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Saya berada di situ, dan saya sedar tujuan saya berada ke situ, dan begitu juga semua mereka yang hadir,” kata Abdul Azeez.

“Sekiranya Maznah Hamid tidak setuju dengan tujuan acara semalam (kelmarin), beliau boleh pergi pada bila-bila masa. Beliau (Maznah) duduk di sebelah saya,” katanya kepada Malay Mail Online semalam.

Balasan Untuk Si Badwi

Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"

Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

TPPA mengatasi Perlembagaan Negara

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemindaan 26 akta bagi diselaraskan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPPA menghadkan kebebasan Malaysia menggubal undang-undang untuk negara.

“Undang-undang yang sedia ada telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia dianggap penting dan baik untuk negara.

“Tetapi sekarang mereka perlu dipinda kerana TPPA nampaknya lebih berkuasa daripada parlimen rakyat kita dalam menentukan undang-undang Malaysia yang sepatutnya,” katanya, dalam blognya chedet.cc hari ini.

Beliau berkata, jelas kini TPPA akan mengatasi hak-hak perundangan kita, kebebasan asas negara berdaulat.

“Undang-undang di masa hadapan yang akan dibahaskan di dalam Parlimen mesti mematuhi syarat-syarat dan terma dalam TPPA.

“Bagi perjanjian itu mengikut keperluan dan kesesuaian rakyat Malaysia sudah tidak mencukupi lagi. Keperluan TPPA akan melebihi keperluan Malaysia.

“Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerah diri kepada kuasa-kuasa asing dan mensia-siakan kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan susah payah oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak meragui bahawa perjanjian itu tetap akan ditandatangani.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan bahawa sebanyak 26 undang-undang dan peraturan berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan negeri dan persekutuan perlu dipinda dalam tempoh 2 tahun,

Proses pelaksanaan pindaan terhadap undang-undang tersebut hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pada sesi perbahasan TPPA di Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari ini, dan di Dewan Negara pada hari berikutnya.

Thursday, 21 January 2016

Najib Razak ingin dikenang sebagai seorang diktator yang bagaimana?

Kebelakangan ini, negara kita seolah-olah dipimpin oleh badut badut sarkas yang terlepas masuk ke dalam kabinet untuk menjadi menteri-menteri pelawak dan pakar jenaka.

Mungkin ini salah satu cara Najib Razak menyebarkan cacian dan maki hamun rakyat agar tidak tertumpu kepadanya sahaja. Di sinilah perlunya Ahmad Maslan, Salleh Keruak, Tengku Adnan dan ramai lagi.

Walaupun ada antara mereka merupakan graduan kelas pertama (CGPA 3.85) dan lulusan dari Universiti Oxford, mereka semua sudah kelihatan amat dungu kerana bersekongkol dengan rejim yang bebal ini.

Contoh terbaru adalah semakan semula belanjawan 2016.

Tidak sampai 3 bulan setelah diluluskan Parlimen, ianya mesti disemak semula kerana Kementerian Kewangan telah ‘tersalah bajet’.

Najib berkata:

“Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada AS$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara AS$32 dan AS$33 setong.”

Pembantu ekonomi beliau yang baru dilantik menteri, Abdul Wahid dengan penuh yakin pernah berkata:

image1-2

Dahulu, Abdul Wahid ini kelihatan pandai, tapi sejak dua menjak menjadi menteri, dia menjadi kurang pandai. Mungkin dia telah mendapat penyakit Najib Razak juga; iaitu terkena sumpahan RM2.6 billion.

image1-3

Bayangkan jika seorang CFO di dalam sesebuah syarikat telah salah membuat perkiraan ‘budget’dan setelah ianya diluluskan oleh lembaga pengarah, ianya perlu disemak semula cuma selepas dua bulan berlalu!

Sepatutnya CEO dan lembaga pengarah akan memecat CFO yang tidak cerdik tersebut kerana unjuran belanjawan yang tidak tepat akan menjejaskan operasi syarikat di sepanjang tahun berikutnya. Tetapi di dalam kes Malaysia, CFO dan CEO tersebut adalah orang yang sama iaitu Najib Razak manakala lembaga pengarah yang meluluskannya adalah ahli-ahli parlimen yang terdiri dari tukang kipas yang kurang cerdik.

Menteri Kewangan telah gagal di dalam mengeluarkan belanjawan yang realistik tetapi masih ada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang menyokongnya sebulat suara pada bulan Oktober yang lepas. Ini bermakna mereka semua tidak menggunakan otak ketika membacanya. Termasuklah mereka yang kononnya berkelulusan dari universiti terunggul dunia.

Sekarang kos sara hidup telah meningkat dan ekonomi yang merudum telah diakui sendiri oleh para menteri. Padahal ramai yang telah memberi amaran bahawa perkara ini boleh terjadi. Walau bagaimanapun, amaran dan tanda-tanda yang diberi telah diabaikan oleh kerajaan.

bkvcd

Pemimpin sebenar akan memberi gambaran sebenar dan tidak lari dari masalah

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah memberi amaran sejak dari tahun 2014 lagi. Akan tetapi seluruh rejim Najib Razak tidak tahu cermin diri dan bodoh dalam menyelesaikan masalah yang akan melanda. Sudahlah tidak tahu menganggar trend harga minyak dunia dalam masa 6 bulan akan datang, mereka bodoh juga dalam hal ehwal ekonomi asas.

Berapa ribu kali kita mendengar dalam sepanjang tahun lepas bahawa ‘our fundamentals are strong’ (asas ekonomi kita kukuh) dan rakyat tidak perlu risau. Akhirnya segala kata-kata manis yang dihamburkan untuk menipu rakyat akhirnya terbongkar juga.

Ada suatu ketika, orang suruhan Najib Razak yang cari makan sebagai ketua PAC berkata, ringgit jatuh baik untuk orang kampung!

Apalah nasib rakyat Malaysia mempunyai para pemimpin seperti mereka ini? Yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas masalah ekonomi negara.

Hutang #1MDB cecah RM50 bilion, bukan salah dia. Duit RM2.6 bilion masuk akaun dia, bukan salah dia. Harga barang naik sebab GST, bukan salah dia.

“Hutang 1MDB cecah RM42 bilion, bukan salah dia. Duit RM2.6 bilion masuk akaun dia, bukan salah dia. Harga barang naik sebab GST, bukan salah dia.”

Apatah lagi ada penyokong-penyokong rejim Najib yang menggunakan alasan paling tidak masuk akal untuk mempertahankan rejim ini.

Antaranya mereka berkata kejatuhan ringgit adalah tidak seburuk kejatuhan rupiah atau lain lain matawang dunia. Hello, rakyat Malaysia tidak kisah pun pasal matawang asing yang lain. Kita semua menggunakan ringgit, bukannya rupiah. Dan kejatuhan ringgit mengakibatkan kos sara hidup kita naik. Itu masalah sebenarnya.

Contoh yang lain, mereka membezakan kadar tol negara ini lagi rendah dari kadar tol negara-negara lain. Sejak bila pula kita semua ambil berat pada kadar tol negara lain? Yang penting, sekarang kita bayar lebih mahal dari sebelumnya.

Ada pula yang lebih dungu menyalahkan kenaikan kos sara hidup sekarang kepada kepimpinan BN yang dahulu. 

Yang memimpin negara ini adalah Najib Razak. Bukan Pak Lah, bukan Tun Mahathir, bukan juga Tunku Abdul Rahman. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Hanya pemimpin yang berjiwa kerdil sahaja yang akan terpekik terlolong menyalahkan orang lain.

Kita sudah lama mengesyorkan agar Najib Razak meletakkan jawatan kerana beliau gagal di dalam segala serba serbi kepimpinannya.

Hinggakan kemahiran matematik asas pun Najib Razak gagal menguasainya.

Jika kita tidak boleh meminta seseorang pemimpin untuk meletakkan jawatan, maka pemimpin tersebut bukan lagi seorang pemimpin; dia adalah seorang diktator.

Ada bermacam-macam diktator di dalam sejarah dunia. Najib Razak ingin dikenang sebagai seorang diktator yang bagaimana?

Copy paste from https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/01/20/akibat-kegagalan-menteri-kewangan-belanjawan-disemak-semula/

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...