HOMEOPATHY bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit yang sama – iaitu Hukum Kesembuhan Semulajadi. Ia merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada dipelbagai peringkat, iaitu penyakit fikizal, emosional dan mental. Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehingga menjadikan ia sangat selamat tanpa sebarang kesan sampingan. Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843) yang berasal dari German. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri. Beliau merasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutamanya ubatan yang menggunakan dadah yg bertoksid. Beliau kemudian menutup kliniknya lalu bekerja sebagai ahli kimia disamping menterjemahkan teks-teks perubatan. Ketika itu, pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemahkan teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa German. Ketika itu lah bel