Wednesday, 30 December 2015

Untold Story About Malaya

Pada orang yang dah memang ditanam sifat kebencian pada raja-raja, dorang nampak Sultan-Sultan Sumatera patut dihapuskan sebab keborosan dan ketamakkan mereka.. kononnye sebagai pengajaran dan daulat 'rakyat'..

Little that they know.. yang buat those atrocities bukan 'rakyat' Sumatra.. tapi pendatang-pendatang yang cemburu..

But, dorang x nak tengok semua tu. Dorang cume dengar ape yang dorang nak.. clouded by sentiment.. macai dalam erti kata sebenar.


SUMATRA PRIOR 1946

Selepas perang dunia ke-2, Sumatra diperintah oleh Pemerintah-Pemerintah setempat, yang di lantik oleh Belanda dan British kerana dorang kekurangan askar untuk menjaga law and order.

Penduduk asal Sumatra pulak ialah dari golongan orang Melayu, Acheh dan Batak.

Pada 1930's, Belanda mengimport "pendatang" dari Tanah Jawa untuk jadik kuli ladang-ladang kopi, tembakau dan getah kepunyaan Belanda dan Sultan-Sultan Sumatra.

Statistik menunjukkan :


Peningkatan pendatang Tanah Jawa ke Sumatra.. kemuncaknya semasa Perang Dunia ke-2:

Setengah juta "pendatang" vs. 300,000 orang Melayu Sumatra.


BRITISH INTERVENTION

Sumatra diletakkan dibawah pemerintahan General Furgeson, ketua unik risik kerajaan British.

Selepas perang, betul2 SEBULAN sebelum dorang menyarankan Malayan Union kepada Malaya.. this damn Furgeson mengadakan mesyuarat sulit dengan Sultan Langkat:


Dia menyarankan Kerajaan Sumatra 'bergabung' dengan Malaysia.. yang memang pulak, ramai Sultan-Sultan Malaysia adalah sedara-mara Kesultanan Langkat, Asahan, Serdang, Siak dan Deli.

Gembiralah Sultan Langkat lalu diberitahu khabar ini kepada Sultan-Sultan Sumatra yang lain... tetapi..:


DINAFIKAN oleh Furgeson itu adalah cadangannye.


COMMUNIST INFLUENCE

Tan Malaka merupakan orang Sumatra yang indoctrined by Communism.


Dia merupakan pemimpin Partai Komunis Indonesia yang mempunyai pengaruh dalam menubuhkan Parti MNP di Malaya yang di pimpin oleh Ahmad Boestamam dari Kesatuan Melayu Muda.

President Sukarno pada masa itu pula bergantung kepada sokongan golongan ini:

  1. Partai Komunis Indonesia Tan Melaka
  2. Sosialis dan golongan-golongan pemuda terpelajar, indoctrined by Communism
  3. Parti Islam, Persatuan Ulama etc.
So.. yang kurang sekarang.. - cume "api"nya.. which is = British.. became Agent Provocateur

SEBAB REVOLUSI SOSIAL

Sumatra merupakan tanah yang kaya lebih dari tanah Jawa, Sulawesi dan Bali combined.  Sukarno perlukan Sumatra kerana kewangan negara semakin tenat. 

Dia x boleh jadik President kalau takde wang. 

So.. secret deal was made, between him and British.  Korang akan dapat nampak lepas ni.


  • British 'menyarankan' Sultan Langkat bergabung dengan Malaya
  • Indonesia Sukarno sudah tentu marah.. lalu di rancang 'revolusi sosial' yang diketuai oleh PKI

There.. it was preplanned movement even before March 1946. 

Ape keuntungan British.. and Sukarno??


BRITISH-SUKARNO PLOTS AND HMS ANSON

Tak lama selepas kejatuhan Sumatra.. Sukarno dilapurkan cuba 'mendapatkan' upahnya dari British.. 



Surprisingly.. PADA TAHUN YANG SAMA, 1946.HMS Anson telah membawa pulang 3 Tonne Jongkong Emas dan 19,000 karat Diamonds dari "Bank-Bank" di Singapura ke UK. 


Diberitakan oleh pihak British.. harta-harta tersebut merupakan rampasan dari Jepun sepanjang pendudukannya di Malaya dan Sumatera yang di simpan di Bank-Bank Singapura..

Masuk akal??? Jepun menjarah negeri orang.. but, keep the Bank intact.. siap simpan lagi harta dorang dalam Bank.. it's doesn added up.


KONSPIRASI THEORY

Ko dah tau, Sukarno dah jatuh miskin. Indonesia lepas perang takde hasil, duit banyak habis. So.. Sumatera jadi mangsa.. 

Partner-in-crime dorang = British.

Hasilnye.. pernah dengar cerite infamous story about "Emas Sukarno"???


Now relate this:


Sukarno toned down in reclaiming 'his' gold. Dia nego sampai separuh dari nilai asal on which, British bersetuju. Dia separuh, British separuh. 

That is how they creat "Sukarno Gold" myth..dari hasil daripada penjarahan Kesultanan Sumatra. 


MALAYAN UNION

Dalam tahun yang sama, SEBULAN selepas Sumatra jatuh ke tangan PKI Sukarno.. dan semua Kesultanan Melayu di hapuskan.. British menganjurkan Malayan Union.


1 April 1946. 

3 March 1946 : Sumatra hangus - 1 April 1946 : Malayan Union


Malayan Union dirancang sejak October 1945.

Pendukung kuat Malayan Union adalah Sultan Johor yang terkenal tidak sukakan merdeka sendiri melainkan menjadi negara Protectorat British. Dia yang mula-mula sign. Diikuti Sultan-Sultan Lain. 


Kenape dia berubah fikiran?? 


UMNO 1946

SEBULAN selepas Malayan Union.. on 10th May 1946.. UMNO ditubuhkan..

Dia yang tak nak merdeka.. then, suddenly dia pulak yang jadi host dan penaung kepada UMNO??? pelik isn't it?


3 March 1946 : Sumatra hangus - 1 April 1946 : Malayan Union : 10 May 1945 : UMNO

3 peristiwa besar dalam masa 3 bulan. 


RAHSIA DATO' ONN




UMNO ditubuhkan kerana menjaga kewujudan Kesultanan Melayu. 

Ape yang British 'sediakan' sekarang, sejak zaman Dato' Onn lagi.. system, parti etc. adalah sama seperti yang di "sumbangkan" kepada Sumatera dulu sehingga lenyap semua Kesultanan Melayu. 

Golongan-golongan ini yang akan memusnahkan Malaysia dari dalam:

  • Political party indoctrined by Communism
  • Yought movement indoctrined by liberalisme
  • Golongan-golongan fanatik agama
  • Golongan-golongan 'pendatang' yang berusaha merampas hak peribumi

Dato' Onn nampak, tapi tak terluah dari kerongkongnye kerana dia sendiri berada dalam 'system' tersebut.. dan perkara itu adalah cuma 'sangkaan', dia sendiri tak pasti pada zamannya... but he damn knew it's imminent. 

But now... korang dapat tengok sendiri zaman sekarang.. semuanya ni macam repeating event... yang lain cume pelakonnye... learn from history. 

Monday, 14 December 2015

WAJIB BACA!Dipetik daripada ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Umno yang ke-54 pada 19 Jun 2003

Ia berupa kali terakhir Tun telah merasmikan persidangan selaku presiden parti.
(Teks penuh ucapan boleh dibaca di arkib laman PMO)

Perenggan 25: “Sejarah Melayu di zaman British boleh memberi banyak pelajaran kepada kita berkenaan bangsa-bangsa Eropah.”

Perenggan 26: “Kita telah dijajah oleh tiga bangsa Eropah. Selama 450 tahun kita berada di bawah pemerintahan kolonial mereka. Sekarang kita dan bangsa-bangsa Asia menghadapi bahaya dijajah semula oleh mereka.”

Bangsa Eropah perlu dikenali

Perenggan 27: “Justeru itu kita perlu kenal baik-baik bangsa Eropah kerana kehidupan kita, nasib kita akan ditentukan oleh cara kita berinteraksi dengan bangsa-bangsa Eropah dan keturunan mereka. Di sini bangsa Eropah termasuk mereka yang berhijrah dan mendirikan negara-negara baru di benua Amerika, Australia dan New Zealand.”

Perenggan 28: Saya bukan anti bangsa Eropah. Saya mempunyai ramai kawan dan kenalan daripada bangsa Eropah. Saya berasa serba salah hendak menegur bangsa Eropah kerana kenalan saya tentu akan tersinggung. Negara Eropah yang berbaik dengan kita juga akan tersinggung. Sudah tentu media mereka akan mengecam saya sebagai seorang ‘racist’. Tetapi saya anggap pendedahan akan siapa dianya orang Eropah sudah menjadi begitu penting sehingga risiko menjadi mangsa perlu diambil.

Perenggan 29: Bangsa-bangsa Eropah mempunyai asal dan budaya yang sama, iaitu berteraskan tamadun Greek dan Roma. Mereka amat pintar, berani dan mempunyai sifat ingin tahu atau ‘curiousity’ yang kuat. Mereka tidak pernah berpuas hati dengan apa-apa yang ada pada mereka melainkan mereka ingin memperbaiki segala-gala supaya menjadi lebih baik, lebih produktif dan berkesan untuk apa juga matlamatnya. Tidak ada suatu apa, samada alatan, sistem atau ideologi yang tidak diperbaiki sepanjang masa.

Perenggan 30: “Kadang-kadang dalam keghairahan mereka untuk memperbaiki keadaan atau barangan yang sedia ada, mereka merosakkan dan mendatangkan hasil yang buruk. Namun mereka tidak serik dan mereka terus mencuba memperbaiki segala apa yang ada pada mereka ataupun pada orang lain.”

Perenggan 31: “Malangnya mereka juga tamak dan suka merampas wilayah dan hak orang lain. Sejarah mereka selama lebih 2000 tahun memperlihatkan peperangan yang tidak habis-habis untuk merebut wilayah dan memperluaskan kuasa masing-masing di dunia.”

Perenggan 32: “Pada mulanya rebutan dan perang terhad kepada wilayah Eropah sahaja. Tetapi apabila mereka menguasai ilmu pelayaran jauh, mereka perluaskan rebutan dan peperangan mereka ke seluruh dunia. Orang Cina, Arab dan India sampai ke Asia Tenggara lebih awal tetapi tidak berperang dan menakluk wilayah ini. Tetapi apabila sampai sahaja bangsa-bangsa Eropah maka wilayah Asia Tenggara seperti juga dengan wilayah lain di Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Australia dan Kepulauan Pasifik, dicerobohi, diserang dan diperangi untuk menjadikan wilayah-wilayah ini milik mereka, merampas segala kekayaan dan menindas, menghina dan melakukan ‘genocide’.”

Perenggan 33: “Oleh kerana mereka suka berperang dan merebut wilayah orang lain, tumpuan mereka ialah kepada ciptaan dan pembuatan senjata yang boleh membunuh dengan lebih efisien. Tidak ada satu alatan yang tidak diubah untuk menjadi senjata untuk membunuh, untuk memberi mereka kemenangan dalam peperangan.”

Perenggan 34: “Orang Cina mencipta bahan letupan dan menggunanya untuk membuat bising supaya naga tidak dapat menelan bulan atau matahari semasa gerhana. Atau hanya sebagai mercun semasa perayaan. Tetapi apabila bangsa Eropah menemui bahan letupan Cina, perkara yang pertama yang difikirkan ialah bagaimana ia boleh digunakan untuk melontar peluru lebih jauh. Sejak itu berbagai-bagai alatan dicipta untuk membunuh dari jarak jauh. Meriam disusuli dengan bom, roket, ‘missile’, ‘nuclear warheads’ dan bermacam-macam lagi. Hari ini jumlah senjata nuklear mereka boleh menghancurkan seluruh dunia, tetapi masih mereka tidak puas hati. Masih lagi penyelidikan dibuat untuk ‘warhead’ yang lebih kuat, lebih berkesan. Dalam sejarah dunia hanya bangsa Eropah sahaja yang pernah menggugur bom nuklear yang menghancurkan kotaraya dengan jumlah kematian serentak yang terbesar yang pernah berlaku daripada hanya dua butir bom.”

Perenggan 35: “Apabila mereka cipta kereta bermotor, maka tidak lama selepas itu, kereta kebal pun menjelma. Kapal terbang menghasilkan pesawat pengebom dan pejuang. Kapal untuk dagangan menjadi kapal perang dan kapal selam. Dan semua ini ditingkatkan keberkesanannya sepanjang masa untuk membunuh manusia dengan lebih efisien.”

Perenggan 36: “Hari ini berbilion-bilion dolar dibelanja untuk mencipta senjata-senjata yang lebih canggih, membekalkan angkatan perang mereka dengan senjata- senjata ini, melatih pasukan cara berperang, membuat segala persediaan untuk berperang walaupun tidak ada musuh semasa dan di masa depan yang mengancam mereka. Dan mereka telah membuktikan bahawa mereka sanggup mencipta sebab palsu untuk berperang dan membunuh kanak- kanak, orang tua, orang sakit dan siapa sahaja dan menganggap semua orang ini sebagai ‘collateral’ yang tidak dibenar menghalang pencapaian hasrat mereka.”

Perenggan 37: “Berperang dan kehandalan membunuh menjadi sesuatu yang mulia bagi bangsa Eropah. Jaguh perang diberi gelaran ‘knights’. Sekejap-sekejap mereka ini akan melancar serangan untuk memperluaskan kawasan Tuan atau ‘Lord’ mereka. Sebab itu sejak dahulu lagi kampung dan bandar mereka dikelilingi tembok batu dan longkang yang luas.”

Perenggan 38: “Bagi mereka segala masalah mestilah diselesaikan melalui ujian kekuatan. Siapa yang menang dialah yang benar dan dialah yang patut mengambil semua untuk dirinya. Yang kalah hilang semua. Demikian jugalah cara mereka menyelesaikan pertikaian di antara pekerja dengan majikan. Siapa yang menang dalam tindakan perusahaan dialah yang mendapat semuanya.”

Perenggan 39:. “Sejarah Eropah adalah sejarah berperang, sejarah menguji kekuatan. Apabila mereka bertemu dengan penduduk di luar Eropah, di Afrika, Amerika dan Asia, mereka terus berperang untuk menawan wilayah-wilayah orang ini, dan mendirikan negara-negara baru dan empayar mereka.”

Perenggan 40: “Tidak ada belas kasihan yang ditunjuk oleh mereka. Bangsa tempatan dihalau keluar dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Banyaklah suku kaum pupus hasil serangan mereka. ‘Genocide’ bagi mereka adalah ‘final solution’, penyelesaian terakhir.”

Perenggan 41: “Sepatutnya mereka mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang asli tempatan kerana mereka sendiri telah dihalau keluar dari negara mereka di Eropah. Tetapi apabila mereka sampai ke Dunia Baru, ‘New World’ kepada mereka, dunia lama bagi penduduk tempatan, mereka menghalau orang tempatan dari tanah mereka dan merampas harta benda penduduk. Sesiapa yang mempertahankan wilayah diperangi, dibunuh atau diperhambakan.”

Perenggan 42: “Dalam percubaan merebut seberapa besar wilayah untuk dijadikan tanah takluk mereka, bangsa-bangsa Eropah berperang sesama sendiri. Kerapkali penduduk tempatan dikerah untuk mengambil bahagian dalam peperangan dan rompakan mereka.”

Perenggan 43: “Permusuhan antara mereka meningkat kerana masing- masing ingin menakluk wilayah yang lebih besar, mendirikan empayar, menjadi kuasa utama di dunia. Kerana ini mereka melancar perang secara besar-besaran yang melibatkan seluruh dunia.”

Perenggan 44: “Perang Dunia Pertama dilancarkan pada tahun 1914 dan tamat pada 1918 setelah lebih daripada 20 juta rakyat mereka dan askar dari tanah takluk mereka terbunuh dan berbilion-bilion dolar harta dimusnahkan.”

Perenggan 45: “Tetapi mereka belum puas hati. Hanya 20 tahun selepas Perang Dunia Pertama, mereka berperang lagi dalam Perang Dunia Kedua. Kali ini keganasan bangsa Eropah meningkat ke puncak. Lima puluh juta lebih daripada rakyat mereka dan rakyat empayar mereka terbunuh. Mereka menggunakan ‘carpet bombing’ untuk meranapkan bandar-bandar dengan semua penduduk.”

Perenggan 46: “Akhir sekali mereka menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, negara Jepun, negara orang bukan Eropah.”
[…]

Perenggan 54: “Serangan pada 11 September ke atas Amerika Syarikat yang menyokong Israel dijadikan alasan bagi orang Anglo-Saxon Eropah kembali ganas dan bengis.”

Perenggan 55: “Strategi mereka melawan keganasan ialah dengan melancarkan serangan terhadap negara-negara Islam dan orang Islam, sama ada yang bersalah atau yang tidak bersalah.”

Perenggan 56: “Dengan membuat bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas, mereka melancarkan peperangan ke atas negara Islam, menggunakan senjata pemusnah mereka, membunuh orang awam, dan menghancurkan bandar-bandar.”

Perenggan 57: “Amerika dan Britain tidak menghiraukan langsung kecaman dunia terhadap tindakan mereka. Tentangan oleh bangsa mereka sendiri pun tidak dipedulikan. Mereka ingin menunjuk kepada dunia bahawa mereka kuat dan sesiapa yang mencabar mereka akan diserang oleh tentera mereka habis-habisan.”

Perenggan 58: “Apa yang saya katakan di sini semuanya benar. Ia bukan rekaan yang dibuat kerana ingin menakutkan kita, supaya kita mengambil berat terhadap amaran akan bahaya yang dihadapi. Sekali lagi ingin saya ulangi bahawa saya bukan anti bangsa Eropah, bukan ‘racist’. Bukan niat saya untuk menimbulkan kebencian kepada bangsa Eropah. Tetapi amatlah penting kita kenali bangsa ini dan sejarah tindak-tanduk mereka kerana mereka akan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita, terhadap bangsa kita, agama kita dan negara kita. Kegagalan kita mengenali mereka akan menyukarkan persediaan dan strategi kita untuk menyelamatkan diri kita.”
[…]

Perenggan 62: “Dunia yang akan kita hadapi dalam dekad-dekad dan abad-abad yang akan datang akan memperlihatkan berbagai- bagai percubaan oleh Bangsa Eropah untuk menakluk kita secara langsung atau tidak langsung. Jika tidak negara kita yang dicerobohi, pemikiran kita, budaya kita, agama kita dan lain-lain akan dijadikan sasaran.”

Perenggan 63: “Dalam bidang budaya dan sosial mereka ingin melihat kebebasan individu yang tidak terhad. Bagi mereka kebebasan individu adalah perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka sudah menolak institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Sebaliknya mereka terima amalan seks bebas termasuk liwat sebagai sesuatu hak. Perkahwinan di antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan diiktiraf secara rasmi. Apa yang kita dakwa sebagai sumbang mahram tidak dipandang serius oleh mereka.”

Perenggan 64: “Larangan menukar agama di kalangan orang Islam, sistem perundangan yang berbeza dengan mereka, semuanya akan dipersoalkan. Media mereka akan diguna untuk memburuk semua yang kita amalkan. Badan-badan bukan Kerajaan akan dihasut supaya menuntut segala yang tidak disenangi oleh bangsa Eropah, supaya dikaji dan dipinda dan akhirnya ditolak kerana dianggap menidakkan kebebasan individu.”

Friday, 11 December 2015

Soal jawab Najib adalah Penipu

Di dalam tahun 2013 sejurus sebelum pilihanraya tahun 2013, Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno telah menerima wang sebanyak RM2,600 juta di dalam akaun peribadi beliau. Berikut adalah jawapan jawapan yang diberi oleh beliau mengenai kekalutan tersebut.

Jawapan 1: Wang tersebut dimasukkan di dalam akaun peribadi kerana akaun peribadi itu adalah akaun amanah untuk UMNO dan Najib Razak adalah pemegang amanah tersebut.

Jawapan ini salah kerana: Di dalam perlembagaan UMNO, sememangnya ada peruntukan untuk pemegang amanah. Walau bagaimanapun, akaun peribadi di atas nama Najib Razak tersebut bukanlah akaun amanah. Beliau sendiri tidak pernah berkata demikian. Bukti terbesar yang akaun tersebut bukannya akaun amanah boleh dilihat di dalam penyata kewangan UMNO tahun 2013 dan 2014 di mana tidak terdapat jumlah wang sebanyak RM2,600 juta di dalamnya.

Oleh itu jika mengatakan ianya akaun amanah, di mana hanya seorang saja yang menjadi penanda tangan, adalah tidak benar kerana tidak ada seorang pun di dalam UMNO mengetahui berkenaan ‘akaun amanah’ tersebut. Seluruh Majlis Tertinggi juga tidak tahu tentang kewujudan akaun amanah ini. Bendahari Umno dan Setiausaha Agong Umno pun akan juling biji mata jika kita bertanya adakah mereka tahu akan kewujudan wang tersebut dan adakah ianya diminitkan di dalam mana-mana minit mesyuarat di dalam tahun 2013?

Ini bermakna Najib Razak telah melanggar undang undang ROScontohnya seksyen 14 di mana maklumat mengenai penerimaan wang yang besar dari luar negara perlulah segera di beri notis kepada ROS. Syukur ada juga ahli Umno yang sedar akan perkara tersebut dan telah membuat laporan terhadap Najib Razak kepada pihak berkuasa, yakni ROS.

Adakah Najib Razak telah melanggar perlembagaan UMNO sendiri bila mana wang yang di amanahkan untuk UMNO tidak dibentangkan semasa perhimpunan agung di dalam tahun 2013 dan 2014? Dalam ertikata lain, wang tersebut telah digunakan oleh Presiden parti tanpa diselia oleh UMNO. Ahli-ahli Umno boleh sahaja melihat semula akaun Umno di dalam tahun 2013 dan bertanya kepada Bendahari parti di mana perginya wang tersebut.

Jawapan 2: Wang RM2,600 juta tersebut adalah untuk dana politik Umno dan BN bagi kempen pilihanraya 2013.

Jawapan ini salah kerana: Di dalam akta undang undang pilihanraya Malaysia 1954, adalah menjadi kesalahan jika wang melebihi RM200,000 untuk setiap calon parlimen dan RM100,000 untuk setiap calon DUN digunapakai semasa berkempen.

Jika di darabkan kesemua jumlah calon parlimen dan DUN pada ketika itu, jumlahnya tidak sampai RM2,600 juta (sepatutnya anggaran maksimum sekitar RM100 juta sahaja). Disebabkan jawapan Presiden yang begitu semberono dan tidak berfikir panjang, pihak pembangkang telah bertindak menyaman Najib Razak di atas dakwaan melanggar Akta Pilihanraya 1954.

Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mewartakan keputusan pilihanraya 2013 sebagai tidak sah dan BN mungkin didenda. Amat berbahaya sekali tingkah laku Presiden Umno dan Pengerusi BN ini.

Jawapan 3: Wang tersebut adalah derma dan hadiah kepada Najib Razak secara peribadi.

Jawapan ini salah kerana: Walaupun di dalam corak peribadi, seorang pegawai kerajaan dan ahli parlimen tidak boleh menerima habuan untuk diri beliau sendiri kerana ianya menyalahi undang undang SPRM dan Kanun Keseksaan.

Lebih lebih lagi jika akaun tersebut adalah rahsia dan tidak ada sesiapa pun yang tahu mengenainya. Sesungguhnya ketika menerima wang tersebut sejurus sebelum pilihanraya 2013, beliau diam menikus persis orang bisu dan tidak memberitahu sesiapa pun mengenainya. Bendahari Umno juga tidak mengetahuinya.

Akta SPRM seksyen 16 dan 23 mengatakan bahawa pegawai awam (termasuk ahli parlimen) tidak boleh menerima suapan (termasuk derma dan hadiah) dalam bentuk apa sekalipun dan menjadi kesalahan jika beliau menggunakan pangkat dan kedudukan untuk mendapat suapan tersebut. Undang-undang ini amat jelas.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan juga berkata bahawa pegawai awam tidak boleh menerima apa apa barang bernilai (termasuk wang) walaupun pemberi tersebut tidak minta sebarang balasan. Undang undang ini juga amat jelas. Dan ramai ahli politik dan pegawai awam sudah ditangkap kerana melanggar akta ini.

Seksyen 165 Akta Kanun Keseksaan

Jawapan 4: Wang tersebut digunakan bukan untuk kepentingan peribadi.

Jawapan ini salah kerana: Penjelasan ini tidak cukup kerana berdasarkan ulasan kepada jawapan nombor 1 di atas, tiada bukti jelas bahawa wang tersebut tidak digunakan untuk kepentingan peribadi. Sehingga pagi ini, Najib Razak tidak pernah menunjukkan bukti perbelanjaan satu persatu dan pada siapa wang itu dibelanjakan.

Jika hendak memeriksa di dalam akaun Umno pun tidak boleh kerana wang tersebut tidak disalurkan ke dalam akaun rasmi parti. Jika beliau mengatakan ianya akaun amanah, maka secara automatik, semua aliran duit keluar masuk dari akaun peribadi tersebut perlulah di pantau dan di audit hingga ke setiap sen yang terakhir.

Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dan amalan rasuah. Di dalam tahun 2012, Najib Razak sendiri berkata segala dana politik atau derma wajib dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukan dalam akaun persendirian. Malang tidak berbau, di dalam tahun 2013 beliau menerima juga wang tersebut ke dalam akaun peribadi beliau. Beliau boleh menolak sedekah RM2.6 billion tersebut (kerana beliau orang berada), tetapi menerimanya juga secara senyap senyap.

Kitaran ‘cash is king’

Jawapan 5: Pemberi tidak meminta apa apa balasan untuk sedekah tersebut.

Jawapan ini salah kerana: Tidakkah ganjil untuk menerima tawaran wang tunai berbillion-billion ringgit tanpa mengetahui niat sebenar pemberi tersebut? Menerima wang tanpa mendapat balasan juga adalah salah di sisi undang-undang sebagaimana ulasan di dalam jawapan 3 di atas.

Jika pemberi tidak mempunyai sebarang niat atau hajat semasa memberi sedekah tersebut, mengapa beliau mengatakan bahawa wang tersebut digunakan untuk melawan Yahudi? Asalnya, beliau berkata kepada ketua-ketua bahagian bahawa wang tersebut adalah ‘untuk melawan ISIS’.

Kadangkala, wang tersebut dikatakan sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia kerana mengamalkan ajaran sunnah wal jamaah. Akan tetapi di dalam rancangan temubual kelmarin, Najib Razak berkata pemberi wang tersebut berkeras mahukan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Wah, rakyat Malaysia sejak beratus tahun lama mengamalkan ajaran sunnah wal jamaah, tetapi Najib Razak yang mendapat habuannya? Mengapa Najib Razak tidak menolak pemberian tersebut dan memintanya untuk dimasukkan ke dalam akaun rasmi JAKIM atau yang sewaktu dengannya?

Semua jawapan-jawapan dari beliau tidak masuk akal.

Konar kiri kanan pun kena juga.. mana mahu lari?

Sebenarnya, tidak ada apa lagi yang penyokong Najib Razak perlu membabi buta mempertahankan beliau. Najib Razak sendiri telah berkata bahawa mana mana wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi ahli politik mempunyai risiko penyelewengan dan rasuah. Beliau sendiri mengakuinya. Oleh itu, kenapa masih ada di kalangan mereka di PWTC yang masih hendak menyokong Presiden sebegini?


https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/12/09/jawapan-jawapan-yang-tidak-betul-dari-najib-razak-mengundang-masalah-sendiri/

Thursday, 10 December 2015

Kisah Empat golongan Manusia di sebut Allah. KITA YANG MANA SATU?


Dalam kehidupan ini ada 4 golongan manusia. Allah menyebut 4 golongan ini dalam surah al A'raf dengan cerita berikut:
Pada zaman bani Israel, ada satu perkampungan yahudi yang tinggal di tepi laut. Mereka mendapat wahyu bahawa mereka boleh menangkap ikan, kecuali pada hari Sabbath (sabtu). Tetapi Allah uji mereka pada sabtu ikan timbul dengan banyak. 
Firman Allah swt:
"Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik." (Surah Al A'araf: 163)
Menurut tafsir, mereka tidak menangkap pada hari sabtu. Tetapi mereka melakukan helah. Yakni mereka meletakkan jaring pada hari jumaat dan mengambil ikan pada hari ahad. Menurut mereka, mereka tidak bekerja pada hari sabtu. 
Kemudian, ada golongan pertama yang menegur mereka kerana melanggar perintah Allah. Tetapi usaha golongan pertama ini ditegur oleh orang ramai. Allah merakamkan peristiwa ini dalam ayat berikut:
"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". (Al A'araf : 164)
Kalau perasan golongan ini bukan yang berbuat kemungkaran. Tetapi mereka adalah golongan yang tidak melakukan kemungkaran, tetapi melarang orang yang menegur. 
Namun, walau teguran demi teguran, golongan yang berbuat kemungkaran ini tidak menghiraukan apa yang diseru. Sebaliknya mereka terus melakukan kemungkaran. Maka Allah telah menjatuhkan hukum kepada mereka dan menjadikan mereka kera. Firman Allah swt:
"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina"." (Al A'Araf 165-166) 
PENGAJARAN AYAT:
Sekiranya kita perhatikan kisah yang Allah turunkan ini, kita hanya nampak hanya 2 golongan. Mana satu golongan lagi?
1. Golongan yang menegur perbuatan mungkar atau jahat. Golongan ini diselamatkan oleh Allah swt. Allah swt juga berfirman bahawa tugas mereka ialah untuk menegur dan mereka akan di selamatkan walaupun golongan engkar itu tetap dengan pendirian mereka. Yang penting adalah usaha menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan.
2. Golongan yang membuat kemungkaran – Golongan ini jelas mereka yang membuat kemungkaran. Golongan ini jelas akan mendapat pembalasan
3. Tetapi ada satu lagi golongan ke tiga dan keempat. Mereka ini ramai di muka bumi ini. Mereka ini Allah sebut dalam surah ini:
“Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?"
Kalau perasan, golongan ini bukan golongan yang berbuat kemungkaran. Mereka adalah golongan yang tidak menangkap ikan pada hari sabtu, tetapi bukan sahaja mereka berdiam diri kepada golongan mungkar, mereka juga adalah di antara yang memarahi golongan yang menegur perbuatan mungkar ini.
Inilah golongan ketiga yang Allah turut binasakan. Ada yang bertanya, di mana yang Allah azabkan mereka. Allah swt menyebut di dalam ayat berikut:
“Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).”
Ayat Allah amat teliti. Ayat ini tidak menyebut “Kami BINASAKAN mereka yang berbuat kemungkaran…” sebaliknya Allah swt berfirman: “Kami SELAMATKAN orang-orang yang melarang perbuatan jahat itu”. 
Maksudnya di sini, hanya golongan yang berani menegur sahaja yang akan diselamatkan oleh Allah swt. Sebaliknya yang:
i) Diam dengan kemungkaran. Mereka nampak kemungkaran, tetapi mereka tidak mengendahkan
ii) Mereka melarang orang yang menegur
iii) Mereka melakukan kemungkaran. 
3 golongan ini di binasakan Allah swt. Sebaliknya yang diselamatkan ialah mereka yang “melarang perbuatan Jahat itu.”
Dan ingatlah, bahawa, melarang perbuatan jahat itu tidak perlu kita melihat hasilnya. Bukan juga untuk diri kita sendiri. Sebaliknya untuk kita “melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”. ( ayat 165)
Zaman bani Israel Allah bagi kebinasaan dengan menjadikan golongan selain dari yang berdakwah ini menjadi kera yang hina. Tetapi zaman ini Allah turunkan azab dengan cara meningkatkan kos hidup, menyempitkan rezeki, menurunkan matawang, mengurangkan pendapatan negara, memiskinkan yang miskin dan mengkayakan yang kaya sehingga berlaku masalah sosial dan jurang di kalangan masyarakat.
Wallahualam

Tuesday, 8 December 2015

Najib perlu dipenjarakan bawah Akta SOSMA : Dr Mahathir

  
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).
Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.
“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.
“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.
“Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap,” katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.
Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu.
“Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.
“Kalau awak bercakap kami akan ambil tindakan.
“Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,”
Mahathir turut mengingatkan hadirin yang hadir untuk mempersoalkan isu berkatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion tanpa gentar.
“Jangan terima Datuk Seri Najib dalam apa cara sekalipun, persoalkan 1MDB, RM2.6 bilion tanpa gentar.
“No risk no gain, kalau balik nak senyap sahaja nanti akan jadi pengemis dalam negara kita,” katanya.

Monday, 7 December 2015

Najib Merampas Kuasa Yang Dipertuang Agong

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu menyebabkan kuasa milik Yang di-Pertuan Agong dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan adanya kuasa tersebut itu juga, ia membolehkan Perdana Menteri mengistiharkan kononnya berlakunya darurat dan terdapat ancaman keselamatan.

“Dulu cuma nak sebut ini darurat, cuma Agong sahaja boleh sebut. Sekarang ini Agong punya kuasa itu dia pindah kepada diri dia. Dia ambil kuasa Agong. Dia boleh isytihar darurat kononnya ancaman keselamatan.

“Siapa-siapa yang dianggap bertindak mensabotaj negara, boleh ditangkap. Tapi dia lupa satu, kalau kalah Pilihanraya ke-14 ini, yang jadi kerajaan ialah parti lawan, dia tangkap habis semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan.

Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menyelar pihak yang mengetahui kesalahan dilakukan Perdana Menteri tetapi masih mempertahankannya.

“Esok parti lawan ini memerintah, diorang masuk penjara. Dia tahu Najib buat jenayah tapi dia sokong. Dia sembunyi fakta-fakta, bukti.

“Hari ini Najib perintah tak jadi apa, esok diorang ini (pembangkang) perintah, diorang masuk penjara. Orang yang sokong Najib hari ini bila dia kalah..dia terimalah padahnya,” jelasnya.

Saturday, 5 December 2015

Najib dan Muhyidin Bukan Player

Seorang wartawan veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad.

Dalam perkembangan yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama.

“Realitinya, Najib tidak pernah berani atau tegas.

“Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya,” kata beliau dalam blognya.
Kadir menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana menteri.

Bagi Muhyiddin, Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu.

Oleh itu, wartawan veteran berkenaan mendapati ia adalah menakjubkan bahawa Najib dan kepimpinan Umno keseluruhan begitu takut dengan bekas timbalan perdana menteri tersebut.

“Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti,” katanya.
Kadir mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.

Setelah dihalang daripada merasmikan mesyuarat agung Pemuda, Wanita dan Puteri, timbalan presiden Umno itu mengeluh bahawa keputusan terbaru akan menjadikannya sebagai ‘tunggul’ yang duduk di atas pentas.

Bagi Kadir, semua itu berlaku kerana demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno sedang dimusnahkan kerana Najib dan pengikutnya kurang keyakinan dengan sokongan perwakilan dan ahli-ahli parti.

Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

“Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti,” katanya.

Menurut Kadir, perkembangan ini bukan kerana Muhyiddin adalah kuat, tetapi kerana Najib adalah lemah.

“Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan naluri pembunuh (killer instinct).

“Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.

“Dalam keadaan biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Najib nampak lebih lemah,” katanya.

Oleh itu, Kadir berkata Najib memerlukan perlindungan daripada kepimpinan atasan Umno dan dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.
Wartawan veteran itu berkata kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka.

“Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir.

“Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik 

Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya

Thursday, 3 December 2015

Perletakan Jawatan Sebagai Presiden, Bagaimana Dengan PM?

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya dipetik The Rakyat Post.

Untuk makluman apa yang didedahkan NOW sebelum ini, senarai jawatan yang disandang oleh Presiden YaPEIM, Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-

Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                       RM15,000.00
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                     RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM                                       RM5,000.00
Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam              RM5,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit          RM5,000.00
Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai                      RM5,000.00
Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM        RM5,000.00
Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM          RM4,500.00
Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM      RM4,500.00
Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin                   RM4,500.00
Pengerusi, PJ Perdana Management & Services                       RM4,500.00
Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd                      *tiada maklumat

Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM RM73,000.00 sebulan.

Berikut pula adalah senarai jawatan yang disandang oleh Timbalan Presiden, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah                         RM15,000.00
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                       RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM                                        RM5,000.00
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM                         RM1,000.00
Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd                              RM4,500.00
Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN                      RM2,500.00
Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture                        RM2,500.00

Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM RM45,500.00 sebulan.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...