Sunday, 25 October 2015

Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Dari Fatwa Muasyirah
Oleh Dr Yusuf Qardhawi
Mazhab-mazhab feqah di dalam Islam tidaklah terbatas kepada empat sahaja, sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tidak berilmu. 
Imam-imam juga bukanlah sekadar Maalik, Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad sahaja. Bahkan telah hidup sezaman dengan mereka, imam-imam yang sama martabatnya dengan mereka di dalam ilmu dan ijtihad meskipun mungkin kefakihan dan kealiman mereka tidak melebihi imam-imam ini.
Imam al-Laith bin Sa'ad adalah sezaman dengan Imam Maalik. Imam as-Syafie telah berkata mengenainya: "AI-Laith lebih fakih daripada Maalik, tetapi pengikut dam muridnya (al-Laith) tidak menyebarkan pendapat-pendapatnya."
Di Iraq pula terdapat Sufyan al-Thauri yang tidak kurang martabat kefakihannya daripada Imam Abu Hanifah. Imam al Ghazali telah menganggapnya sebagai salah seorang Imam, daripada lima orang Imam-imam di dalam feqah. Ini ditambah pula dengan penguasaannya yang mendalam di dalam ilmu hadis sehingga dia digelar `Amirul Mukminin di dalam hadis.
Imam al-Auza'ie pula adalah Imam di Syam, yang tiada tandingannya. Mazhabnya telah digunakan di sana lebih daripada dua ratus tahun.
Di kalangan keluarga Rasulullah pula terdapat Imam Zaid bin Ali dan saudaranya Imam, Abu Ja'far bin Ali al-Baqir serta anaknya Imam Ja'far as-Sadiq. Kesemua mereka ini adalah mujtahid mutlak serta diiktiraf oleh semua ahli sunnah.
Begitulah juga dengan Imam at-Tabari yang datang selepas daripada mereka, adalah seorang mujtahid mutlak. Beliau adalah Imam di dalam feqah, tafsir, hadis dan tarikh. Mazhabnya mempunyai pengikut yang kemudian nya pupus.
Sebelum imam yang empat ini pula terdapat imam-imam, ustaz-ustaz bahkan sheikh-sheikh mereka serta guru-guru kepada sheikh-sheikh ini. Merekalah yang mendapat tempat di kalangan masyarakat sebagai lautan ilmu dan pelita hidayah. 
Penuntut ilmu manakah yang tidak mengenali Said bin al-Musaiyib, tujuh orang fuqahak Madinah, Towuus, `Athaa', Said bin Jubair, `lkrimah, alHasan, Ibnu Shin, as-Sha'bi, al-Aswad, `Algomah, Ibrahim, Masruq, Makhuul, az-Zuhri dan lain-lain fuqahak tabi'en yang dikeluarkan oleh madrasah para sahabat ridhwanulLahi `alaihim? Mereka menjadi tempat pergantungan imam-imam selepas mereka.
Sebelum mereka pula terdapat fuqahak sahabat yang dikeluarkan oleh madrasah ar-Rasul. Mereka menyaksikan sebab-sebab turunnya al-Quran dan datangnya sesuatu hadis. Mereka adalah orang yang paling suci kefahamannya terhadap agama, paling alim tentang makna al-Quran, paling tahu tentang maksud-maksud bahasa dan lafaznya. Siapakah yang tidak mengetahui kefaqihan Abu Bakar, Omar, Ali, Osman, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, lbnu Omar, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Mu'az bin Jabal, `Aisyah dan lain-lain Imam lagi dari kalangan sahabat? Merekalah yang diikuti lalu mendapat hidayat Ilahi.
Imam Yang Empat Tidak Pernah Mendakwa Diri Mereka Maksum.
Sesungguhnya Imam yang empat (begitu juga mujtahid-mujtahid lain) tidak pernah mendakwa diri mereka maksum. Bahkan tiada seorang ulama pun yang pernah beranggapan begitu terhadap mereka. Hakikatnya, mereka hanyalah mujtahid yang mencari kebenaran sekadar kemampuan tenaga manusia yang ada pada mereka. Sekiranya mereka betul, bagi mereka dua ganjaran dan sekiranya mereka tersilap, bagi mereka satu ganjaran. Oleh itu ramai dari mereka yang berpatah balik dari pandangan-pandangan mereka dan memilih pandangan yang lain apabila jelas dan nyata kepada mereka dalil yang lain. 
Inilah rahsia kepada wujudnya lebih dari satu riwayat dalam satu masalah dari satu Imam. Telah diketahui bahawa Imam as-Syafie mempunyai dua mazhab: `Qadim' (lama) di Iraq dan `Jadid' (baru) di Mesir. Hampir-hampir tiada di sana satu masalah yang penting di dalam feqah, melainkan Imam Malik dan Imam Ahmad akan mempunyai lebih dan satu riwayat mengenainya. Begitulah juga dengan Imam Abu Hanifah. Beliau telah berpatah balik dari sebahagian pandangannya beberapa hari sebelum kematiannya.
Orang-orang yang sebelum mereka juga begitu. Saidina Omar telah berfatwa dengan satu pandangan. Setahun kemudiannya beliau berfatwa dengan apa yang menyanggahi fatwanya di tahun sebelum itu. Apabila ditanya mengenai hal itu beliau berkata: "Itu berdasarkan apa yang kita telah ketahui dan ini adalah berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu."
Sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah (iaitu murid atau orang yang mengikuti usul dan kaedah yang dibuat oleh imam Abu Hanifah dalam mengistinbat hukum) juga telah menyanggahi pendapatnya di dalam beratus-ratus masalah apabila jelas kepada mereka dalil-dalil, sampai kepada mereka hadis-hadis atau mereka mengetahui maslahah (kepentingan) dan keperluan manusia yang tidak ada pada zaman imam mereka atau tidak diketahui olehnya. Oleh itu sebahagian ulama-ulama Hanafiah di dalam masalah khilafiah banyak berkata: "Ini adalah perselisihan masa dan zaman, bukannya perselisihan hujah dan dalil."
Imam Abu Yusuf (sahabat besar Imam Abu Hanifah dan yang paling afdhal dan kalangan mereka) telah berbincang dengan Imam negeri hijrah (Madinah) iaitu Imam Malik bin Anas lalu bertanya kepadanya tentang kadar gantang, masalah `al-albbas' (waqaf) dan zakat sayuran. Imam Malik telah menjawabnya berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh hadis di dalam masalah itu. Imam Abu Yusuf lantas berkata: "Aku menarik balik (pendapatku) kerana kata-katamu wahai Abu Abdullah (Imam Malik bin Anas). Sekiranya sahabatku (Imam Abu Hanifah) melihat apa yang aku lihat, nescaya dia akan menarik balik (pandapatnya) sebagaimana aku." 
Inilah keinsafan yang merupakan hasil dari ilmu yang tinggi dan ijtihad yang sahih. Sesungguhnya semua yang datang daripada imam-imam rahimahumalLah menegaskan hakikat ini.
Abu Hanifah telah berkata: 
"Inilah pandanganku. Ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. Sesiapa yang membawa pandangan yang lebih baik, maka kami akan menerimanya." 
Imam Malik juga pemah berkata: 
"Sesungguhnya aku adalah manusia yang betul dan silap. Oleh itu periksalah kata-kataku dengan al-Quran dan sunnah." 
Imam as-Syafie juga telah berkata: 
"Apabila satu hadis yang sahih bercanggah dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika aku melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku."
Antara kata-katanya yang menarik ialah: "Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang yang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul."
Tiada Dalil Yang Menunjukkan Wajib Taqlid Mazhab Tertentu.
Sesungguhnya ikut dan taqlid salah satu daripada mazhab-mazhab ini dan imamnya di dalam semua pendapatnya, tidaklah wajib dan tidak pula sunat. Manakala kata sesetengah pengarang: "Taklid Imam yang tertentu adalah wajib", ditolak.
1: Telah sabit di dalam al-Quran, sunnah dan ijmak bahawa Allah Taala hanya mewajibkan ke atas hamba--Nya mentaati Nya dan Rasul-Nya. Allah tidak mewajibkan ke atas umat ini mentaati seseorang yang tertentu di dalam semua yang disuruh dan dilarang oleh orang itu kecuali RasululLah (s.a.w). Semua ulama telah bersepakat bahawa tiada seorang pun yang maksum di dalam semua perkara yang disuruhnya atau dilarang olehnya melainkan ar-Rasul.
Oleh itu Ibnu 'Abbas, `Athaa', Mujahid dan Malik bin Anas telahpun berkata: "Tiada seorang pun melainkan diambil kata-katanya atau ditolak melainkan RasululLah (saw)."
Jadi, mengikut orang yang tidak maksum di dalam semua yang dikatanya (pendapatnya) adalah sesat yang nyata kerana ia menjadikan kedudukan imam di kalangan pengikutnya seperti kedudukan nabi di kalangan ummatnya. Ini adalah penukaran agama dan sama seperti celaan Allah terhadap kaum Nasrani di dalam firman-Nya:
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah..." At-Taubah: 31.
Celaan oleh Allah itu adalah kerana. mereka mentaati paderi di dalam perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh paderi mereka, seperti mana yang diberitahu oleh Rasulullah (s.a.w).
2- Imam-imam juga telah melarang orang daripada mentaqlid kepada mereka. Mereka tidak pemah mendakwa sama sekali bahawa mereka mensyariatkan kepada manusia satu agama yang mesti diikuti. Mereka juga memberi amaran supaya jangan mengambil kata-kata mereka tanpa hujah. Imam as-Syafie telah berkata: "Orang yang menuntut ilmu tanpa hujah adalah seperti pemotong kayu api pada waktu malam. Dia membawa seikat kayu api yang di dalamnya ada seekor ular. Ular itu mematuknya sedangkan dia tidak mengetahui."
AI-Muzani telah berkata di awal kitab ringkasannya: "Aku meringkaskan ini daripada ilmu as-Syafie dan makna kata-katanya untuk memudahkan pemahamannya kepada sesiapa yang menghendakinya (dengan catatan bahawa as-Syafie melarang mentaqlidnya dan orang lainnya) supaya dia melihatnya untuk agamanya dan untuk menjaga dirinya."
Imam Ahmad juga telah berkata: "Jangan mentaqlidku dan jangan mentaqlid Malik, as-Shauri atau Auza'ie. Ambillah dari mana mereka ambil." Beliau juga berkata: "Seseorang itu dianggap kurang faqih apabila ramai orang mentaqlidnya."
Imam AbuYusuf juga telah berkata: "Tidak halal bagi seseorang menggunakan kata-kata kami sehinggalah dia mengetahui dari mana kami mengambilnya (dalil yang kami gunakan)."
3- Taqlid dan taksub kepada satu-satu mazhab adalah perkara yang direka (bidaah) di dalam umat ini. Ianya menyanggahi petunjuk para salaf dan tiga kurun pertama selepas ar-Rasul. Pengarang kitab `Taqwiimul Adillah' telah berkata:
"Para sahabat, tabien dan solihin menyandarkan urusan mereka kepada hujah. Mereka menggunakan al-Quran kemudiannya sunnah dan seterusnya kata-kata orang-orang yang selepas Rasulullah apabila ianya bertepatan dengan hujah. Contohnya, seorang lelaki telah mengambil kata-kata Omar di dalam satu masalah kemudiannya dia mengambil kata-kata Ali pula di dalam masalah lain (yang bertentangan dengan kata-kata Omar). Tidak pemah wujud mazhab Omar atau pun mazhab Ali di dalam syariat. Bahkan mereka menyandarkannya terus kepada Rasulullah. Mereka hidup di kurun yang dipuji oleh Rasulullah. Mereka berpegang kepada hujah dan tidak kepada ulama-ulama ataupun diri mereka. Ulama hanyalah dijadikan hujah yang diikuti pada kurun ke empat apabila umat telah kehilangan taqwa serta malas mencari hujah dan dalil. Jadilah sebahagian daripada mereka Hanafi, sebahagian yang lain pula Maliki dan sebahagian yang lain pula Syafie. Mereka menjadikan peribadi sebagai hujah serta menggunakan mazhab sebagai neraca untuk menilai kebenaran."
Imam Sheikh Izzuddin bin Abdul Salam telah berkata: "Orang ramai sentiasa bertanya siapakah ulama yang disepakati tanpa mengira mazhabnya. Tiada seorang pula yang mengengkarinya. Hal ini berterusan sehinggalah lahimya mazhab dan golongan taksub mazhab yang bertaqlid dengan imamnya. Mereka mengikut apa yang dikatakan oleh imam mereka meskipun mazhabnya jauh daripada dalil dan bukti. Jadilah imam mereka itu seolah-olah nabi. Ini adalah jauh dan terseleweng daripada kebenaran. Tiada seorang yang berakal pun akan meredhainya."
Jelaslah di sini bahawa kewajipan seorang muslim adalah bertanya kepada ahli ilmu apabila dia tidak mampu mengetahui hukum-hakam daripada dalil-dalil. Tidak wajib dia mengikut satu mazhab yang tertentu kerana kewajipannya hanyalah apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan seseorang itu menjadi Hanafiah, Syafieyah, atau lainnya. Pembentang (pensyarah) kitab `Musallamuth Thubut' telah berkata: "Mewajibkannya (taklid kepada mazhab tertentu) adalah seperti mengadakan syariat baru."
Menyanggahi Imam Tidaklah Menjejaskan Kewibawaannya.
Menyanggahi keempat-empat imam semuanya, atau sebahagiannya, tidaklah menjejaskan kewibawaan mereka. Ianya tidaklah mengurangkan kedudukan mereka atau menimbulkan tanda tanya mengenai ketinggian ilmu mereka, kesahihan ijtihad atau kejujuran mereka di dalam mencari kebenaran. Sesiapa yang menyangka begitu adalah jahil tentang hakikat dan sejarah umat ini. Bahkan mengasihi, menghormati dan memuji mereka adalah daripada, ajaran agama. 
Sheikhul Islam Ibnu Taimiah telah menyebut di dalam muqaddimah kitabnya, (Raf ul Malaa" `anil Aimmatil A'laam): "Kewajipan seorang muslim selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya ialah mentaati orang yang beriman, sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran. Ketaatan ini khususnya kepada ulamak yang merupakan pewaris nabi. Mereka telah dijadikan oleh Allah seperti bintang-bintang yang menjadi pedoman di dalam gelap di daratan dan di lautan. Kaum Muslimin telah sepakat mengenai petunjuk dan ilmu mereka. Mereka adalah pengganti Rasul di dalam umatnya dan menghidupkan sunnahnya yang dilupakan. Mereka menegakkan al-Quran dan al-Quran menegakkan mereka. Al-Quran bercerita tentang mereka dan mereka bertutur dengannya."
Ibnu al-Qasim telah berkata: "Aku mendengar Malik dan alLaith bercakap mengenai perselisihan sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w): Ianya bukanlah seperti yang dikata orang, bahawa ia adalah masalah yang terdapat kebebasan di dalamnya. Tetapi ia adalah masalah silap atau betul. Malik juga telah berkata mengenai perselisihan mereka (sahabat): Ianya adalah masalah silap atau betul. Oleh itu kamu wajib berijtihad."
Jika pada pandangan Malik dan al-Laith, para sahabat juga ada yang tersilap dan ada yang betul, maka apatah lagi dengan mereka yang lain?
Ibnu Hazmin Mengharamkan Taqlid.
Sebelum ini saya telah menggunakan lafaz-lafaz yang lembut di dalam masalah taqlid. Saya menyatakannya tidak wajib dan tidak juga sunat. Tetapi sebagai menunaikan amanah ilmu, saya mesti memberitahu kepada pembaca mengenai apa yang dinyatakan oleh Ibnu Hazmin seorang faqih yang mempunyai hujah yang kuat. Beliau telah berkata: "Sesungguhnya taqlid adalah haram. Tidak boleh mengambil kata-kata sesiapapun tanpa mengetahui dalilnya melainkan kata-kata Rasulullah (s.a.w)."Hujah Ibnu Hazmin adalah:
1- Firman Allah:
Maksudnya: "Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain dari Allah ". AI-'Araf: 3.
Firmannya lagi:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah ", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya ". Al-Baqarah: 170.
Allah juga telah memuji orang yang tidak bertaqlid di dalam firman-Nya:
"Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. �Az-Zumar: 17-18.
2- Firman Allah:
"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (AI-Quran) dan (Sunnah) RasuINya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat... �An-Nisa': 59
Allah melarang kita merujuk kepada selain daripada al-Quran dan sunnah apabila berlaku perselisihan. Begitulah juga Allah melarang kita merujuk kepada kata-kata orang kerana ianya bukan al-Quran dan sunnah.
3-Semua para sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en telah bersepakat bahawa adalah ditegah dan mesti dihindari dari mengambil semua fatwa seseorang yang sezaman atau sebelum mereka. 
Dengan itu sesiapa yang mengambil semua fatwa Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad (r.a) atau sesiapa sahaja secara khusus tanpa meninggalkan satu fatwa pun, maka tidak syak lagi beliau telah menyanggahi ijmak umat seluruhnya dari awal hinggalah akhir. 
Percanggahan ini betul-betul berlaku dan tidak dapat diragukan lagi. Dia juga tidak mendapati seorang pun daripada generasi tiga kurun pertama yang dipuji (oleh Rasulullah selepas kewafatan baginda) yang boleh dijadikan ikutan. Sesungguhnya dia tidak mengikut jalan orang-orang yang beriman. Semoga Allah melindungi kita daripada termasuk dalam golongan ini.
4- Kesemua fuqahak ini telah melarang daripada bertaqlid dengan mereka. Sesungguhnya orang yang bertaqlid dengan mereka telah menyanggahi mereka.
5- Apakah kelebihan imam-imam ini sehingga mereka ini lebih utama untuk ditaqlid jika dibandingkan dengan Omar bin al-Khattab, Ali bin Abi Tholib, Ibnu Mas'ud, Ibnu Omar, Ibnu Abbas atau Aisyah Ummul Mukminin? 
Sekiranya taqlid adalah suatu yang dibolehkan nescaya mereka adalah lebih berhak untuk diikuti daripada orang yang selain daripada mereka.
Pandangan Ibnu Hazmin ini adalah ditujukan kepada golongan ulama yang mengetahui al-Quran, hadis, fekah dan usul serta mempelajari bahasa dan uslub-uslubnya tetapi malas untuk memikul beban kajian dan berusaha untuk sampai kepada kebenaran. 
Apabila seorang ulama yang sebenar bangun untuk menunaikan tanggungjawab ini mereka (ulama-ulama yang malas) akan berkata: "Berhenti! Siapalah engkau? Biarkanlah manusia seperti mana sekarang." Mereka menentangnya (ulama yang sebenar) seolah-olah beliau menyeru kepada kemungkaran.
Manakala orang awam pula, kita tidak menerima pendapat Ibnu Hazmin yang mengatakan bahawa taqlid juga haram bagi mereka. Kita akan bahaskan pendapatnya itu dalam sempena yang lain, ianya Allah.
Keganjilan Hukum Adalah Suatu Yang Berubah (Relatif).
Keganjilan sesuatu hukum adalah perkara yang boleh berubah (relatif). Mungkin hukum itu ganjil di satu tempat, tetapi di tempat yang lain ianya adalah masyhur dan dipelajari. Mungkin juga hukum itu pelik dan ganjil di satu zaman, tetapi kemudiannya diterima di zaman lain. Hukum yang menyanggahinya pula dianggap pelik. 
Keganjilan sesuatu hukum ini bukanlah total dan tetap (mutlaq). la boleh berubah mengikut perkembangan tempat dan masa.
Contohnya di sini: Masyarakat yang bermazhab Syafie akan merasa ganjil jika bersembahyang Jumaat tanpa sembahyang sunat sebelumnya. Di ketika yang sama, masyarakat yang bermazhab Maliki akan merasa ganjil jika sembahyang sunat dilakukan sebelum sembahyang Jumaat.
Suasana dalam masyarakat Syafie akan melahirkan rasa amat ganjil apabila, seorang yang bersembahyang tidak membaca `Basmalah' sebelum membaca fatihah. 
Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki yang memang tidak membacanya dan suasana masyarakat Hanafi yang membacanya perlahan. 
Suasana masyarakat Syafie juga akan merasa pelik apabila seorang yang menyentuh perempuan (bukan muhrimnya) bersembahyang tanpa memperbaharui wudhu'nya. 
Begitulah juga apabila mereka melihat seorang yang terkena air kencing atau tahi unta, lembu atau ternakan bersembahyang tanpa membasuhnya. Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki dan lainnya yang berpandangan air kencing dan tahi binatang yang dimakan dagingnya adalah suci. 
Bahkan masyarakat Syafie akan merasa amat pelik dan ganjil melihatkan seorang bersembahyang dan sebelum itu dia telah tersentuh anjing yang basah. Suasana ini adalah berlawanan dengan masyarakat Maliki yang berpandangan anjing adalah tidak najis.
Pada zaman ini juga, kita dapat melihat hukum-hukum yang dikeluarkan oleh sebahagian Imam telah membuahkan keganjilan bahkan penentangan dan kejian. Namun, setelah difikir dan diteliti nyatalah hujah, haluan dan ketepatannya dengan hikmah syara' yang didatangkan untuk membawa kemaslahatan dan mencegah keburukan. Ia seterusnya diterima setelah ditolak dan dikenali setelah ditentang.
Sebagai contohnya ialah: 
Perubahan-perubahan besar yang dimasukkan ke dalam perundangan kekeluargaan yang dinamakan `undang-undang kekeluargaan'. 
Antaranya ialah tidak gugur talak yang diikat dengan sesuatu jika tujuannya ialah untuk memaksa melakukan atau meninggalkan perkara yang diikat itu (contohnya: Jika kamu pulang ke rumah orang tuamu, saya ceraikan kamu), gugur talak tiga dengan satu lafaz, undang-undang wasiat wajib yang menyelamatkan zuriat bapa daripada kezaliman bapa-bapa saudara dan mengabaikan datuk dalam pusaka. Kesemua ini dianggap ganjil pada mulanya, tetapi kemudiannya telah diterima oleh umat. Tiada sebab ia tidak boleh diterima, apatah lagi dalilnya diambil daripada al-Quran.
Perkataan `ganjil' sendiri tidak mempunyai maksud yang tertentu, meskipun ia digunakan bagi menggambarkan pandangan yang bercanggah dengan pandangan Jumhur Ulama. 
Ibnu Hazmin telah berkata: "Saya telah meriwayatkan pendapat-pendapat Abu Hanifah, Syafie dan Malik dalam beratus-ratus masalah. Terdapat dari kalangan mereka yang memberi pandangan yang tidak pemah diberi oleh orang sebelumnya. Oleh itu hairankah kamu!"
Pandangan Yang Masyhur Tidak Semestinya Betul.
Pandangan yang masyhur tidak semestinya betul, sebagai mana juga pandangan yang ganjil (gharib) tidak semestinya silap. Betul dan silap bukanlah perkara yang ditentukan oleh masyhur atau ganjilnya sesuatu di sisi ulama yang mencari kebenaran. Banyak hukum yang masyhur, apabila dikaji dalilnya didapati goyah dan lemah. Banyak juga hukum yang ganjil, didapati dalilnya terang seterang matahari yang tidak dilindungi awan.
Setiap Muslim yang mencari kebenaran mestilah meletakkan kekuatan hujah dan kejelasan dalil sebagai neraca, bukannya kemasyhuran sesuatu pandangan dan kuantiti orang yang berpegang kepadanya.
Sekiranya neraca kebenaran berdasarkan kepada majoriti dan kepercayaan ramai, nescaya Islam akan dikira batil di tengah agama dan kepercayaan sesat yang mempunyai ratusan juta pengikut. Allah telah berfirman:
"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat-sangat ingin (sampai mereka beriman).� Yusoff 103
Firman Allah (s.w.t):
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah... �Al-Anaam: 116.
Firman Allah (s.w.t):
"Tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.� Ar-Ra'd: 1
Firman Allah (s.w.t):
"Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka tidak menerimanya).� Al-An am: 37
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud; 
"Mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib)." AI-Hujurat: 4
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;
"Mereka tidak bersyukur."
Abdullah bin Mas'ud telah menyanggahi jumhur manusia di dalam sebahagian pendirian dan pandangan. Sebahagian sahabatnya telah bertanya "Bukankah dia mengikut jamaah?" Beliau menjawab:
"Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran meskipun engkau keseorangan."
Ibnu Mas'ud telah memberi amaran mengenai satu zaman di mana neraca berubah. Kebatilan akan diikuti oleh manusia dan kebenaran akan dianggap ganjil. Mereka menjadi biasa dengan kemungkaran dan menentang kebaikan. Beliau berkata: "Bagaimana jika anda hidup di zaman berlaku fitnah yang merangkumi seorang kanak-kanak sejak kecilnya dan orang dewasa hingga ke hari tuanya. Hinggalah fitnah itu dianggap oleh mereka sebagai satu kebiasaan. Apabila ia diubah, mereka akan berkata: "Anda mengubah kebiasaan atau ini adalah kemungkaran."
Cukuplah bagi membuktikan bahawa keganjilan hukum bukanlah bukti bahawa ianya adalah silap, sesetengah ayat hukum di dalam al-Quran yang amalannya telah ditinggalkan, hinggakan di zaman sahabat juga. Akhimya hukum ayat ini menjadi ganjil pada manusia. 
Contohnya firman Allah:
"Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.� An-Nisaa': 8
Sebahagian ulama menyangka ia telah dimansukhkan. Oleh itu mereka tidak beramal dengannya. 
Begitulah juga dengan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu)... "An-Nur: 58
Ibnu 'Abbas telah berkata: "Syaitan telah melupakan manusia dan ayat ini hinggakan mereka tidak beramal dengannya."
Perselisihan Dalam Perkara `Furu' (Cabang) Tidak Membawa Kepada Perpecahan.
Perselisihan dalam perkara ijtihad yang tidak mempunyai dalil yang qat'ie dari segi kewujudan (thubut) dan dalalahnya (petunjuknya kepada sesuatu hukum), tidak seharusnya boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan. Para sahabat telah berselisih sesama mereka, namun tidak pernah berlaku perpecahan atau permusuhan di antara mereka.
Terdapat di kalangan sahabat, tabi'en dan orang yang selepas dari mereka orang yang membaca bismillah dan yang tidak membacanya. Ada yang membacanya kuat dan ada yang membacanya perlahan. Ada yang membaca qunut dalam sembahyang subuh dan ada yang tidak membacanya. Ada yang berwudhu' kerana berbekam, keluar darah dari hidung, muntah, memakan makanan yang terkena api (dimasak) atau memakan daging unta dan ada yang tidak berwudhu' kerana sebab-sebab tersebut. 
Walaupun begitu mereka tetap menjadi makmum kepada yang lain. Abu Hanifah, Syafie dan lain-lain lagi (RidhwanulLahi `Alaihim) juga menjadi makmum kepada imam-imam Madinah yang bermazhab Maliki dan lainnya meskipun mereka tidak membaca bismillah sama ada perlahan atau kuat.
Harun ar-Rasyid telah bersembahyang menjadi imam selepas berbekam. Imam Abu Yusuf telah menjadi makmumnya dan dia tidak mengulangi sembahyang itu. Imam Malik telah memberi fatwa kepadanya bahawa tidak wajib wudhu' ke atasnya.
Imam Ahmad telah berpandangan, orang yang keluar darah dari hidungnya dan berbekam mesti memperbaharui wudhu'nya. Kemudian dia telah ditanya adakah dia akan mengikut sembahyang imam yang terkeluar darah dan tidak memperbaharui wudhu'. Beliau menjawab: "Kenapakah aku tidak bersembahyang di belakang Malik dan Sa'id bin Musayyib?"
Imam Syafie juga telah sembahyang berdekatan kubur Abu Hanifah. Beliau tidak membaca qunut kerana beradab dengan Abu Hanifah.
Kata beliau: "Kita mungkin condong kepada mazhab penduduk Iraq."
Kitab `al-Bazaziah', sebuah kitab mazhab Hanafi telah menceritakan tentang imam Abu Yusuf. Beliau telah mandi di sebuah bilik mandi pada hari Jumaat dan kemudiannya bersembahyang mengimami orang ramai. Setelah mereka bersurai, beliau telah diberitahu, terdapat bangkai tikus di dalam telaga bilik mandi itu. Beliau telah berkata: "Kalau begitu kita ambil pandangan saudara-saudara kita, penduduk Madinah: Air yang melebihi dua kolah tidak berubah hukumnya bila dimasuki najis."
Kesemua yang berlaku adalah kerana masalah ini dan yang serupa dengannya merupakan perkara yang boleh menerima banyak pandangan. Kerap kali kedua-dua pandangan di dalam sesuatu masalah disyariatkan. Jika tidak begitupun, kebenaran tidak dapat diputuskan dan mereka yang tersilap diampuni dan diganjari. 
Oleh kerana itulah, para Imam di dalam masalah ini membenarkan satu pandangan dan mengiyakan juga pandangan yang menyanggahinya. Mereka berkata: "Ini lebih selamat", "Inilah yang dipilih", "Pandangan ini yang palingku sukai" atau "Saya tidak mengetahui selain darinya." Perkara-perkara sebegini banyak terdapat di dalam kitab ' alMabsuth', hadis Nabi dan kata-kata Syafie RahimahumulLah.
Semoga Allah meredhai Imam Malik yang amat memahami tentang masalah ini. As-Sayuti telah menceritakan tentang arRashid yang berbincang dengan Imam Malik untuk menggantung kitab al-Muwattha' di Ka'bah dan memaksa orang ramai mengikutnya. 
Imam Malik telah berkata: 
"Jangan berbuat begitu. Sesungguhnya sahabat Rasulullah telah berselisih dalam perkara furuu' (cabang) dan mereka bertebaran di seluruh tempat. Sesungguhnya semua itu adalah sunnah yang telah terjadi. ArRashid kemudiannya berkata: "Semoga Allah memberikanmu taufik wahai Abu Abdullah!" Kisah yang sama juga telah diceritakan berlaku semasa pemerintahan al-Mansur.
Kesimpulannya, apa yang saya tuliskan ini bukanlah bertujuan untuk mempertahankan pengarang `hukum-hukum yang ganjil'. Saya juga tidak menyokongnya di dalam semua bahagian yang dibentang. Apa yang saya sokong ialah bentuk kajian, perbandingan dan penelitian pandangan. 
Setiap Muslim hendaklah menjadikan dalil dan hujah sebagai pemandunya. Mana-mana hukum yang mempunyai dalil yang kuat, dipercayai akal dan menenangkan hati di sisinya, mestilah diamalkannya. Tiada salahnya jika hukum ini tergolong di dalam hukum-hukum yang ganjil. Dia juga tidak perlu bimbang jika hukum itu mengandungi kemudahan untuk manusia. Sememangnya agama kita tidak didatangkan melainkan untuk memudah, meringan dan memberi rahmat. 
Rasulullah telah bersabda:
"Sesungguhnya aku dibangkitkan dengan agama yang mudah... "
"Permudahkan dan jangan menyusahkan.... "
"Sesungguhnya kamu dibangkitkan sebagai pemudah dan kamu tidak dibangkitkan sebagai penyusah.... " 
Firman Allah:
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.� Al-Baqarah: 185
Firman Allah
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.� An-Nisa': 28 
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud; 
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatnya kepadakamu, supaya kamu bersyukur." Al-Maidah: 6.

Thursday, 22 October 2015

Hukum Menyintai Isteri Orang

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ?

JAWAPAN :

Al-hamdulillah ,Al-Jawab :

Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :


ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :


المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

*Sumber dari aljawhar.wordpress.com


Hukum Umat Islam Meraikan Deepavali

Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat.
Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).
Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )
Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).
Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.
Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam
Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.
Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.
Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.
Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).
Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.
Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!.

Thursday, 15 October 2015

Subhanallah!!! Paderi Peluk Islam Setelah Koma


Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan “keindahan langit” (keindahan syurga).
Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan.
.
Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang yang ajaib kerana tidak mengalami kecederaan tulang belakang dan akan boleh berjalan segera.” Akui seorang doktor yang merawatnya di Metropolitan Medical Centre Jakarta Selatan.
“Ini manusia terkuat berusia 80 tahun yang pernah saya lihat. Sepatutnya tulangnya sudah remuk.” tambah Dr. Jim Won Mei lagi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan selama dua puluh tahun.
Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat kemunculan gerbang syurga yang berwarna keemas-emasan di hadapan saya dan Tuhan memberitahu saya namanya dan ia adalah Allah,” kata bekas paderi tersebut kepada wartawan Kalimantan Press.
.
Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.
“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.
.
Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. “Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja Katolik lama, yang sekarang telah dijual.

Tuesday, 6 October 2015

Kaedah Mengendalikan Tantrum

Q:  Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)

A:  Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.

Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?

Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:

Pastikan anak anda selamat.
Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
Jangan hukum anak anda.
Jangan berikan ganjaran.
Jika boleh, asingkan anak anda.
Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.

Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?

Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)


Sunday, 4 October 2015

Bagaimana Mahu Tahu Jantina Baby Dalam Perut


Penyebab jantina lelaki : 
Berpunca daripada air mani lelaki. Jumlah air mani yang banyak. Pengaliran air mani dari sebelah kanan. Air mani di sebelah kanan lebih panas Air mani yang berpunca daripada buah pinggang sebelah kanan Mudah berlaku jika daripada air mani lelaki yang muda, bukan remaja atau tua. Air mani datang dari sebelah kanan lelaki dan menuju ke arah sebelah kanan wanita.
Penyebab jantina perempuan : 
Air mani sebelah kiri lelaki menuju ke sebelah kiri wanita. 
Tanda-tanda anak lelaki : 
Darah wanita yang mengandung anak lelaki lebih panas berbanding mengandung anak perempuan. Mempunyai warna kulit yang lebih elok. Lebih banyak pergerakan. Keadaan kulit yang lebih bersih. Nafsu makan yang lebih betul. Gejala tubuh yang lebih terkawal. Terasa berat di bahagian kanan tubuh. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.bAir susu seperti raksa (merkuri) jika dititis di atas cermin dan dipancarkan ke arah matahari. Puting susu akan membesar kemerah-merahan. Salur-salur darah pada kaki ibu mengandung berwarna merah, bukannya hitam. Denyutan nadi pada kaki kanan ibu mengandung berkeadaan lebih kuat dan penuh (dengan darah). Wanita mengandung akan memulakan pergerakannya dengan kaki kanan terlebih dahulu. Ketika bangun, wanita mengandung bergantung kepada tangan kanannya. Pergerakan mata kanan wanita mengandung lebih ringan dan cepat. Janin lelaki akan mula bergerak selepas tiga bulan. Air liur wanita mengandung menjadi manis. Nifas selama 25 hingga 30 hari. Perubahan warna puting susu payudara berlaku dari sebelah kanan. Air susu akan mula keluar dari sebelah kanan. Air susu tersebut bersifat tebal dan lekit.
Tanda-tanda anak perempuan : 
Janin perempuan akan mula bergerak selepas empat bulan. Air liur wanita mengandung menjadi pahit. Nifas selama 35 hingga 40 hari.

Thursday, 1 October 2015

Awas!!! Untuk Lelaki Sahaja

Petua mengenali sifat wanita ganas di ranjang ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin. Ambil ia sebagai hiburan dan panduan. Jom kita lihat ciri-ciri wanita yang ganas di ranjang.
1. Bibir seksi
Ada yang mengatakan bahwa perempuan yang memiliki bibir seksi memiliki kemampuan oral seks yang hebat.
Sebabnya ialah bibir perempuan berjenis ini mempunyai peranan dan amat aktif di ranjang.
2. Tubuh bengkok
Kaum lelaki akan sangat menyukai bentuk tubuh ideal seperti tubuh ini.
Katanya, perempuan yang memiliki tubuh seperti ini akan mempunyai tingkah yang galak dan rakus di kala ada di ranjang.
3. Bongkok udang
Mitosnya, perempuan yang tubuhnya bongkok udang amat rakus dalam urusan seks dan paling tahan lama dan ganas.
Sebabnya, perempuan dengan tubuh bongkok udang goyangannya mampu tahan lama untuk tidak cepat orgasme.
4. Dada montok
Siapa yang tidak ingin memiliki dada montok. Keinginan seperti itu adalah amat wajar sekali.
Bahkan perempuan yang berdada montok banyak diburu kaum lelaki, kerana penampilannya yang merangsang.
5. Bulu halus di tubuh
Mitos untuk perempuan yang memiliki bulu halus di tubuh adalah memiliki gelora seks yang bergelora dan sangat kuat dalam olahan asmara.
6. Tubuh Mungil padat
Kalau dulu lelaki banyak yang tidak suka berhubungan dengan perempuan mungil, kerana akan sukar melahirkan.
Tapi jangan salah, sekarang perempuan mungil banyak dicari.
Sebabnya, perempuan yang memiliki tubuh mungil dan padat sangat cerdik dan pandai saat melakukan tarikan di ranjang.
Dan, si mungil juga tidak mudah menyerah pada serangan yang dilakukan oleh pasangannya.
7. Mata helang dan leher jinjang
Memiliki penampilan yang merangsang dengan sorot mata tajam, perempuan ini memang diibaratkan seekor burung helang yang siap menerkam.
Begitu pula yang terjadi dalam kehidupan seksualnya, konon perempuan yang memiliki ciri-ciri tersebut akan selalu siap menerkam Anda terlebih dahulu.
8. Kaki belang
Perempuan yang memiliki kaki belang adalah mereka yang energik dan siap bermain dalam segala gaya.
Tapi sayangnya, mungkin kerana terlalu kurus, perempuan yang memiliki ciri seperti tidak mantap goyangannya.
9. Lesung pipit
Manis apabila melihat perempuan dengan lesung pipit.
Tapi konon, perempuan seperti ini memiliki mitos yang kurang baik, iaitu si lesung pipit akan mudah tertarik dengan lelaki lain walaupun sudah berpunya.
Dalam urusan ranjang, perempuan berlesung pipit sangat sulit puas, meski pada dasarnya si lesung pipit jika berada di ranjang seperti seekor singa betina yang garang.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...