Skip to main content

5 Wanita Terkaya Di Malaya

Menerusi artikel disiarkan portal savemoney.my, turut tersenarai adalah bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak Datuk Michelle Yeoh dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

Menduduki takhta wanita paling kaya di Malaysia ialah balu taikun Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua.

Puan Seri Lee Kim Hua

1. Puan Seri Lee Kim Hua

Semenjak kematian suaminya yang merupakan pemilik pusat keriangan Genting Highland, Puan Seri dilaporkan telah mewarisi harta peninggalan mendiang sebanyak RM21.32 bilion!

Datuk Michelle Yeoh

2.  Datuk Michelle Yeoh 

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datuk Michelle Yeoh, 53, yang telah berjaya menempa nama di Hollywood. Kejayaannya bermula selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik 1983 disusuli kecemerlangan dalam bidang lakonan apabila dipilih menjadi Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies dan filem-filem blockbusterlain antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha. Kekayaan yang dimiliki Michele dianggarkan berjumlah RM245 juta pada 2013.

Datuk Siti Nurhaliza

3.  Datuk Siti Nurhaliza 

Memulakan karier seninya pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza terus mengembangkan bakat sehingga namanya sangat popular dan dikenali penduduk di seluruh Asia. Pada 2013 Siti, 36, dianggarkan mempunyai aset bersih sebanyak RM50 juta dan tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara.

Pauline Chai

4.  Pauline Chai 

Kes tuntutan penceraian Pauline Chai, bekas Ratu Cantik Malaysia 1969 boleh dikatakan paling mahal pernah direkodkan di mahkamah United Kingdom. Pauline menuntut setengah aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3 bilion. Suaminya merupakan ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan kelengkapan perabot, Laura Ashley.

Dalam tuntutannya, Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan daripada bekas suaminya itu, yang mana merupakan perbelanjaan untuk tiket kelas pertama, resort lima bintang dan perbelanjaan untuk salon rambut sahaja pun sudah memakan belanja sebanyak RM2,444 sebulan!

Datuk Nicol David

5.  Datuk Nicol David 

Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David, 32, dianggarkan mempunyai aset sebanyak RM1.4 juta pada 2013. Selain bergelar atlet, Nicol juga laku dilantik menjadi jurucakap serta duta beberapa produk sekaligus menjadikannya antara wanita paling kaya di Malaysia pada masa ini.

sumber

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat