Friday, 27 June 2014

Sepatutnya Suami Cari Siapa Yang Pukul Isterinya Tapi Awie Minta Bukti Pula

Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.
Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang.
BACA: Awie Minta Bukti Dakwaan Pukul Isteri Di Khalayak Ramai
Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul.

Thursday, 26 June 2014

GEMPAR!!! Wang Pampasan Kg Chubadak Disonglap

SHAH ALAM, 25 JUN: Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu.

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an.

Chubadak“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.

“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun.

“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan itu dibuat secara mengejut sehingga Ketua Umno terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat Umno Cawangan Kampung Chubadak.

Manakala Ketua Kampung Chubadak yang satu kumpulan dengan Ketua Umno terlibat pula sebelum isu pengambilan tanah oleh pemaju timbul bertindak mengenakan bayaran kepada penduduk kampung yang mahu mendapatkan geran tanah masing-masing.

“Pada masa itu RM2,000 memang sangat besar, manalah kami mampu nak bayar. Sebenarnya generasi dahulu beritahu sebenarnya sebelum ini geran memang ada tetapi bila datang pelombong Belanda mulakan kerja melombong, geran diserahkan kepada orang Belanda.

“Apabila operasi melombong dihentikan, ada yang dapat semula geran mereka dan ada juga yang buat tak kisah. Orang dulu-dulu masa itu pula memang tak berapa mengambil berat pasal geran tanah,” kata Suliah lagi.

- Selangorkini

Wednesday, 25 June 2014

Dewi Perssik Dikritik Menari Ghairah Selepas Pulang Dari Mekah

GARA-gara berpenampilan seksi selepas pulang mengerjakan umrah, penyanyi sensasi Dewi Perssik atau lebih popular dipanggil Depe telah dikritik hebat oleh penggemar industri hiburan Indonesia.

Masakan tidak belum sampai tempoh sebulan kembali ke tanah airnya, Depe begitu biadab berpakaian seksi dan menari ghairah pada satu majlis sempena pembukaan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia itu, Depe juga sempat menyanyikan lagu Shakira, Dare (La La La) dengan hiasan kepala mirip penyanyi tersebut.

Berkelakuan menjijikan sewaktu menghiburkan pengunjung di pusat hiburan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan pemergiaan Depe ke Tanah Suci Mekah itu.

"(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah, semua orang menanam keinginan itu. Sementara menyanyi itu pekerjaan saya. Agama dan dunia hiburan itu berbeza," kata Depe.

Menurut bekas isteri Saipul Jamiell ini lagi, dia juga sedih apabila masih banyak pihak yang mempertikaikan penampilannya yang bagi Depe tidak begitu seksi.

Malah seperti kebanyakan wanita lain yang menyimpan keinginan untuk menjadi lebih sopan dalam berpakaian namun bagi Depe perkara itu perlu dilakukan secara ikhlas tanpa paksaan.

Tidak menetapkan sebarang tempoh untuk berubah Depa berkata, yang penting dia kini sedang mempelajari cara untuk menjadi insan lebih baik.

"Saya jadi marah apabila orang terus menilai yang buruk-buruk tentang saya sedangkan mereka tidak mengenali siapa sebenarnya Depe.

"Pada masa yang sama saya juga tidak mampu menghalang orang daripada berterusan menghukum saya atas kesilapan masa silam saya. Itu hak mereka," katanya lagi.

Mengakui sudah terbiasa dengan kritikan yang bertujuan untuk menjatuhkannya sejak mula menceburi industri seni kira-kira enam tahun lalu tegas Depe, itu adalah risiko yang perlu 'dibayar' apabila bergelar artis.

"Saya pernah dikritik dan dimalukan. Semua itu saya jadikan pedoman kerana saya tahu Tuhan saja yang boleh menilai saya.

"Dan inilah rahsia kebertahanan saya dalam industri hiburan ini," kata Depe yang turut terkenal dengan Goyang Gergaji ini.

Tuesday, 24 June 2014

Apa Lagi, Penggallah...

Shahbudin dot com: Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Ben...: Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya menge...

Pengadil Bolasepak Paling Jelita

Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak.
Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini.
Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil.
Menurut Uliana yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
"Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak," katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. -Agensi

Monday, 23 June 2014

Keangkuhan Sharnaz Terhadap Allahyarham P. Ramlee

Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyrakat terjhadap datuknya termasuklah gurauan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada ‘paras kaki’.
Najwa yang merupakan anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.
“Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham.
“Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Najua yang menggunakan nama komersialnya sebagai Najua P. Ramlee diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa.
Sharnaaz memuat naik status berkenaan bagi memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir ayahnya itu. Ditanya sejauhmanakah dia mengenali Sharnaaz, Najua berkata, dia hanya melihat perkembangan pemuda itu sebagai seorang artis.
Dalam perkembangan berkaitan Sharnaaz berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata.
Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak. “Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.
Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami. “Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang bapanya, Sharnaaz mengakui kekuatan bapanya dalam melawan penyakit ketumbuhan otak memberi banyak pengajaran buat dia. “Bapa saya baru sahaja menjalani pembedahan di kepala bagi membuang ketumbuhan di otak baru-baru ini. Dia sudah lama menghadapi penyakit itu.
“Ini merupakan pembedahan keduanya, sebelum ini pembedahan pertama ketika saya dilahirkan, saya kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit sambil membesarkan kami adik-beradik,” katanya.

Saturday, 21 June 2014

Info Keputusan SPM Artis Malaysia

Kali ini kami dapat info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.

Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:


Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
Syura – 3A spm, 2004
Siti Nordiana – 5A spm ,2000
Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7
Diana Danielle -2A 5B
Sheila Rusly – Gred 2
Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
Najwa Latif 4 A
Nasha Aziz – Gred 1


Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.

Sumber

Nazri Aziz bakal ganti Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri?

KERENGGA: Nazri Aziz bakal ganti Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri?

Friday, 20 June 2014

Papa Gomo Merempat Setelah Memfitnah

Hakim Mahkamah Tinggi jalan Duta hari ini memutuskan rayuan saya Wan Muhammad Azri untuk menangguhkan pembayaran RM800 ribu dan kos RM50 ribu kepada pihak Plantif Dato Sri Anwar Ibrahim ditolak dengan kos RM5 ribu yang perlu dijelaskan dalam masa 2 minggu.

"Saya mohon untuk membayar ansuran RM100 ringgit sebulan namun telah ditolak oleh peguam Plantif dan Mahkamah mengarahkan agar terma pembayara dibincang dengan pihak Plantif." Sir Azri.

Katanya lagi kpd wartawan "Sekarang saya jadi nelayan je Lah, nak tunggu apa lagi , kalau itu rezeki saya , saya terima".

Thursday, 19 June 2014

BEKAS SUSPEK KES ALTANTUYA DITANGKAP KHALWAT

Mimpi Senja: BEKAS SUSPEK KES ALTANTUYA DITANGKAP KHALWAT DENGA...: Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 20...

Wednesday, 18 June 2014

Najib Ahli Parlimen Paling Pemalas

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan,.

Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.

“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.

“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” katanya sinis. -Harakahdaily

Monday, 16 June 2014

Umno Zalim Pada Penyokongnya, Bagaimana Dengan Rakyat?

KUALA LUMPUR 15 JUN: Penduduk Kampung Chubadak kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak bersuara ketika rumah mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.
Kekesalan itu diluahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal kampung itu dipaksa keluar oleh DBKL bagi memajukan kawasan tersebut.
“Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,” katanya dipetik dari laman blog warga marhaen.
Kata Munah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.
“Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.
“Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.
“Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpin-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami,” katanya penuh kesal.
Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.
“Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?
“Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?
“Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal,” katanya.
Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas.
Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara.
“Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini.
“Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah.
“Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat,” katanya.

Thursday, 12 June 2014

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah :
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

Monday, 9 June 2014

BORISCHA, KANAK-KANAK DARI MARIKH.!!

Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.
Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.
Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.
Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.
Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.
LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?
Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.
Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.
Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.
Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.
Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.
"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.
"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.
"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.
"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.
"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.
Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.
Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.
Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.
"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.
Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.
Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf
Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.
Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta
"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.
"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.
"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.
""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.
"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.
Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.
Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.
Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.
Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.
#radindanial

Saturday, 7 June 2014

Muhammad Ahmad 'Isawa Mendapat Pembalasan

Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.
Dia terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.
Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...