Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal),Rosli Mohalim (Lewat 70'an Gitar) Joe Salim(Gitar), Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum).
Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow di FunFair di seluruh Singapura dlm tahun 70an-80an,dan Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura.
Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu.
Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.
Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.
Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani.
Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun.
Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'.
Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL.
Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat,Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.
Ahli ahli yang pernah menyertai Sweet Charity
Dari 1967 hingga awal 70'an
Ramli Sarip - vokalis utama
Joe Salim - gitar
Wahid Warren - bass
Rahman Sarbani - drum
Dari awal 70'an hingga pertengahan 70'an
Ramli Sarip - vokalis utama
Joe Salim - gitar
Wahid Warren - bass
Rahman Sarbani - drum
Yong - Keyboard
Dari pertengahan 70'an hingga lewat 70'an
Ramli Sarip - vokalis utama
Hamdan Atan (lebih dikenali sebagai A Ali (Kembara)) - gitar
Rosli Mohalim - bass
Rahman Sarbani - drum
Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua
Dari lewat 70'an hingga tahun 1981
Ramli Sarip - vokalis utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
Rahman Sarbani - drum
Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua
Dari tahun 1981 hingga tahun 1982
Ramli Sarip - vokalis utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
Rahman Sarbani - drum
Masrom Abd Hamid - Keyboard
Dari tahun 1982 hingga tahun 1983
Ramli Sarip - vokalis utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
Rahman Sarbani - drum
Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar & keyboard
Dari tahun 1983 hingga 1985
Ramli Sarip - vokalis utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar
Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua
Rahman Sarbani - drum
Dari tahun 1985 hingga 1986
Ramli Sarip - vokalis utama
Rosli Mohalim - Gitar
Razak Ahmad - bass
Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua
Sulaiman Kamsani (Man Parey) - drum
Ahli-ahli yg pernah sertai Sweet Charity selepas 1986
Yantzen - Vokalis
Zaiton - vokalis
Dari tahun 2000
Ramli Sarip,
Rosli Mohalim,
Rahman Sarbani
Ahmad Jaafar Jawahir
Album
ALBUM SWEET CHARITY : Seniman Di Rantau / Teratai / Bayang-bayang / Hujan (karya M Nasir yang terawal) / Tak Sepertimu / Bingung
(Tahun : 1979 Edaran : WEA)
No comments:
Post a Comment