NEW DELHI 19 Mac - Sebuah portal berita dari Maldives mendakwa bahawa penduduk di Pulau Maldives melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, iaitu hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang.
Menurut laporan laman web Haveeru, salah seorang penduduk di kawasan pedalaman pulau itu, Kuda Huvadhoo berkata, beliau telah melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada radar.
Beliau menjelaskan, penduduk Kuda Huvadhoo melihat pesawat itu sekitar jam 6.15 pagi pada 8 Mac.
Laman web itu turut melaporkan, penduduk pulau itu memberi gambaran pesawat bewarna putih dengan jalur merah merentasinya menyerupai pesawat MAS.
Malah saksi dari Kuda Huvadhoo turut mengakui kapal terbang itu dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives. foto - news.com.eu
No comments:
Post a Comment