Tuesday, 13 September 2016

AWAS!!! Ada 9 Keturunan Syaitan Yang Selalu Bersama Kita

Dalam kitab Nasoihul Ibad, karangan Imam Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa Saidina Umar ibnu Khattab r.a berkata ” Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada 9 keturunan”


1-Zalitun 

Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Mengoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.  


Doa Masuk Pasar :

doamasukpasar
2-Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah swt. 

Doa Berbaik Sangka Dengan Allah
doaberbaiksangka
 3-A'awan 
Menghasut sultan/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebaikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 


4- Haffah 
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat. 

Doa hati yang gemar membuat maksiat. 
doapenawarmaksiat
5- Murrah 
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan glamour. 

6- Masuud 
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 

7- Dassim 
Dududk di pintu rumah kita. Jika tidak memberikan salam ketika masuk ke dalam runah. Dassim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga agar suami isteri bercerai-berai serta suami bertindak ganas, memukul isteri. Isteri hilang pertimbangan menuntut cerai anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi. 

Doa Masuk Rumah ;
doamasukrumah
8- Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibdat kita yang lain. 

9- Lakhuus 
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyebah api dan matahari.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...