Skip to main content

Umno Perak Bergolak

ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyelar tindakan bekas Exco Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman yang membincangkan hal dalaman di laman facebook.

Sambil menyifatkan Hamidah sebagai keterlaluan dan kurang cerdik, bagi Zainol sebarang masalah dalaman tidak harus dibincangkan secara terbuka apatah lagi di laman sosial.

"Pada saya, tindakan bekas Exco Kanan Datuk Hamidah menggunakan lan Facebook untuk menyatakan sebarang masalah adalah sesuatu yang tidak wajar.

"Apatah lagi membuat tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap pemimpin negeri.

"Secara logiknya jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir mempunyai pandangan negatif terhadap beliau maka sudah pasti namanya tidak tercalon untuk bertanding pada PRU yang lepas.

Tambah Zainol, kenyataan Hamidah itu langsung tidak berasas apatah lagi beliau menjadi calon walaupun namanya terpalit dengan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas beliau lagi, Hamidah tidak seharusnya menyalahkan Zambry kerana tidak tercalon dalam pilihanraya lalu.

Katanya, bukan Zambry yang menolak Hamidah sebaliknya pengundi DUN Sungai Rapat sendiri yang menolak pemimpin itu.

"Bukan Zambry yang tolak dia sebaliknya pengundi di Sungai Rapat yang sebelum ini pernah memilih Hamidah sebagai wakil rakyat mereka.

"Persoalannya, Kenapa pengundi menolak Hamidah? Rasanya, beliau sendiri tahu apa dan di mana sebabnya.

Terang Zainol, dengan menuduh pemimpin tertinggi Perak itu mahu memenjarakan beliau adalah satu tuduhan yang paling kurang waras.

"Dia ada fikirkah, dimana logiknya seorang Menteri Besar mahu memenjarakan Exco Kanannya sendiri?

"Apakah kuasa Zambry mahu memenjarakan orang kerana itu adalah kuasa mahkamah.

Zainol menyarankan Hamidah supaya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak hanya kerana kalah di Dun.

Katanya, kekalahan itu bukanlah disebabkab pihak lain sebaliknya ia berpunca dari dirinya sendiri.

"Janganlah kerana kalah di DUN atas silap sendiri kita mahu menyalahkan orang lain.

"Terimalah kelemahan diri dan perbaiki untuk masa depan.

"Muhasabah diri sendiri kerana itu yang sebaik-baiknya.

Menurut Zainol, hakikat sebenar, Zambry telah banyak berkorban demi mempertahankan Hamidah.

Namun kini, pengorbanan itu dilihat sia-sia kerana Hamidah seolah-olah lupa tentang apa yang telah dilakukan oleh Adun Pangkor itu.

"Sebenarnya banyak isu yang terpaksa ditelan dan dipendamkan oleh Zambry demi mempertahankan Hamidah sejak dari sebelum menjadi exco kanan, sementelah pula semasa beliau memegang jawatan.

"Ini termasuklah kejadian yang berlaku pada malam sebelum Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

"Perkara ini tidak pernah didedahkan demi menjaga keharmonian UMNO dan BN.

"Nama Zambry dicadangkan sendiri sebelum itu oleh Mantan MB Tan Sri Tajol Rosli semasa di Kediaman YAB Perdana Menteri dan dipersetujui oleh ADUN-ADUN BN yang hadir pada masa itu.

Katanya lagi, Zambry turut mempertahankan Hamidah dalam isu yang melibatkan pihak Istana.

Malah katanya, sebagai Menteri Besar, Zambry sentiasa mengambil pendekatan yang bijaksana dan sentiasa melindungi Exco-exco dibawahnya.

"Sepanjang saya mengenali Zambry, saya mendapati beliau bukanlah jenis individu seperti yang digambarkan oleh Hamidah.

"Saya berpendapat, seluruh Perak berpandangan sama seperti saya.

"Beliau sentiasa melihat kepentingan Rakyat mengatasi kehendak peribadi individu dan pemimpin.

"Ini adalah pandangan saya sebagai Exco yang pernah bersama-sama dengan Hamidah.

Zainol menambah, beliau sendiri amat menghormati Hamidah sebagai Exco Kanan.

Katanya, kenyataan Hamidah di Facebook adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Katanya lagi, tindakan Hamidah yang membuat pendedahan di medium FB tanpa melihat kepentingan Parti mengatasi kepentingan individu.

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat