Monday, 3 February 2014

Fadhilat Surah Al Fatihah Yang Tidak Diketahui Ramai

1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking - Isi gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakan surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian, berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan. Racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa - Tulis surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain yang bersih lagi suci. Lalu tuangkan air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian beri minum kepada orang yang selalu pelupa.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu bacakan surah al Fatihah kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian, basuh kedua-dua tangan, kedua-dua kaki, muka, kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air tersebut. Penyakit yang dialami akan sembuh. Amalkanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata - Baca surah al Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian, usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Pesakit akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.