Sunday, 27 August 2023

Kiblat Malaysia: US atau China?

Politik dunia makin kucar kacir. Malaysia terpaksa memilih satu antara 2 kuasa besar. Bersama Amerika atau bersama China.


Amerika sudah membekalkan senjata ke ukraine manakala China sudah mula membekalkan senjata kepada Russia.


Melihat gelagat PMx nampaknya Malaysia sedang menghala memberi sokongan kepada Amerika dan ini akan membuatkan China naik angin.


China yang sudah membuat persiapan ketenteraan di Laut China Selatan beberapa tahun dahulu pastinya akan memberi sedikit pengajaran kepada Malaysia.


Malah jutaan pelancong China yang ghaib tanpa dikesan suatu masa dahulu pasti akan muncul tiba tiba apabila gendang perang di palu.


Mana mana pilihan pun negara kita tetap terheret dalam peperangan dan rakyat tetap sengsara.


Dan yang paling menakutkan ialah apabila kerajaan memilih satu pihak manakala jutaan pendatang asing pula berpihak kepada pihak yang lain.


Ini pastinya negara ini akan menjadi medan pertempuran antara kerajaan dan pendatang asing, dan rakyat menjadi mangsa keadaan kerana tentera dan polis sudah pasti akan sebok mempertahankan putrajaya.


Maka ada baiknya kerajaan memberi ruang dan bantuan sedari awal kepada rakyat untuk bersiap sedia mempertahankan diri seandainya berlakunya perkara buruk itu.


Dan yang paling selamat ialah sekiranya kerajaan menghantar pulang kesemua pendatang asing balik ke negara mereka sehingga dunia benar benar tenang dari peperangan.


Malah pelancong china yang ghaib dulu perlu dicari dan dihantar pulang ke negara mereka secepat mungkin sebelum merebaknya peperangan antara ukraine dan russia.


Tapi nampaknya kerajaan tidak begitu memikirkan semua perkara ini. Kerajaan lebih sebok untuk berperang dengan parti pembangkang.



Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...