Wednesday, 21 February 2018

Armageddon Kemuncak Kepada Segala Peperangan

Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab (yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama) dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.

Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu dari sekian banyak rangkaian akan tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Pertempuran dahsyat ini dikenal sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin.

Monday, 12 February 2018

Siapa Rafizi aka Hang Nadim

+ Siapa Rafizi Ramli..
+ Lahir: 14 September 1977
+ Tempat Lahir: Besut, Terengganu
+ Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
+ Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
+ Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
* Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik
Keseluruhan
* Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
* Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik,
Bahasa Melayu)
* Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
* Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah
berasrama penuh
* Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala
Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah
sekolah berasrama penuh
* Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka
Sultan Perak 1993
* Presiden, Badan Revolusi Agama
* Presiden, Pancaragam Tentera
* Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
* Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
* Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
* Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
* Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A
Levels 1996
* Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A
Levels 1996
* Pengawas Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)
* Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik
Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan
Elektronik
* Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
* Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan
Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
Lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
Diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)
Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)
Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

Thursday, 8 February 2018

Najib, antara Jahil atau Jahat?

PM najib bercakap bohong lagi kepada rakyat malaysia... p mekah dia kata dia masuk makam nabi.. pintu mana hang masuk najib... dosa besar oiii

Mana mufti malaysia?
Mana ulamak umno kenapa diam?

TIDAK BENAR DAKWAAN DS NAJIB

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 0192713781

1- DS Najib PM M'sia mendakwa bahawa dirinya memasuki bahagian dalam Maqam Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam.

2- Dakwaan beliau tersebut tidak benar sama sekali kerana terdapat 2 lapisan dinding yang menutupi Maqam Saidina Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kedua dinding tersebut juga tiada pintu dan tertutup rapi pada bahagian atasnya. (Rujuk Kitab Wafaul Wafa oleh Imam As-Samhudiy).

3- Hakikatnya DS Najib hanya masuk melalui pintu Saiyyidah Fatimah dan melihat kawasan ruang kain bahagian Sunduq Sandal yg ditutupi oleh kain berwarna hijau seperti beberapa VVIP lain. Kain hijau tersebut menyelubungi dinding luar yg kedua.

4- Kawasan dalam Maqam Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sejak tahun 881 Hijrah sehingga kini. Maka dakwaan beliau jelas tersasar.

5- Dakwaan kedua beliau bahawa orang Islam yang memberi salam kepada Baginda Nabi dari Masjid Nabi di kawasan kebiasan memberi salam itu adalah salamnya tidak sampai terus kepada Nabi tetapi dirinya (Najib)  yang memberi salam kpd Nabi sampai terus secara direct kepada Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam.

6- Kenyataan tersebut bercanggah dengan Islam dan bercanggah dengan hadith Nabi yg menyatakan: "Sesiapa yang memberi salam kepadaku maka Allah akan kembalikn rohku dan aku menjawab salamnnya"  Riwayat Abu Daud.

7- Mengkhususkan salam diberi dari dirinya itu sampai direct terus kepada Rasulullah dan waktu yg sama menidakkan salam orang islam lain merupakan dakwaan yang batil bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

8- Para mufti dan menteri agama serta para Habaib sepatutnya tegur dan bukan menganggukkan saja pada dakwaan batil tersebut.

9- Bukan niat saya memburukkan DS Najib yang saya sayangi tetapi penipuan keatas apa-apa yang berkaitan dengan Sayyiduna Rasulullah adalah besar dan serius.

10- Waktu yang sama saya doakan semoga DS Najib dikurniakan syafaat Nabi Muhammad atas dasar cinta beliau keatas Baginda Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam namun itu semua setelah taubat dari kesalahannya ditunaikan.

* Jika PM DS NAJIB dan pihaknya tidak jawab isu ini maka benarlah beliau menipu isu Ziarah dan beri Salam keatas Nabi Muhammad ini.

Tuesday, 6 February 2018

Gara gara memakai Jubah sexy

Berlaku Pertelingkahan Sepasang suami isteri atas dasar jubbah yang dipakai isterinya itu tidak menepati syariat Islam yang akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka dan di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera ditubuh.

Kejadian ini beraku di rumah kedua orang pasangan terbabit di Setapak kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya sedang bersiap untuk sebuah acara makan malam.

Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak syarikat tempat si suami bekerja, namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.

Si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai isterinya terlalu ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi secara dasarnya ia dikategorikan tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam.

Bagaimanapun si isteri tersebut enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya biasa-biasa sahaja dan sudah cukup untuk menutup aurat, katanya suaminya ketika dhubungi semalam.

Sumber itu berkata pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya berkali-kali.

Tidak pula cukup dengan itu dia turut terus memukul badan mangsa dengan penyaku baju hingga wanita itu tercedera di mulut dan lebam di seluruh badan .

Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Setapak.

Sumber:Kosmo via heroviral.online

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...