Saturday, 30 December 2017

Benarkah Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura

Sehari dua ni pemakan dedak yang semakin terdesak mula menyebarkan cerita konon nya Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura untuk pembinaan empangan bagi membekalkan air ke negara tersebut. Dan konon nya keluasan tanah tersebut dua kali ganda berbanding tanah Forest City yang Najib jual ke China.

FAKTA SEBENAR.

Pada tahun 1990 Tun membuat PERJANJIAN TAMBAHAN kepada perjanjian air Malaysia - Singapura 1962. Dan perjanjian kali ini memberi BANYAK KELEBIHAN kepada Malaysia berbanding perjanjian sebelum nya yang lebih memihak kepada Singapura.

Intipati perjanjian:

Kerajaan Malaysia MENYEWAKAN tanah seluas 24 ribu hektar kepada kerajaan Singapura bagi negara tersebut membina empangan di Sungai Linggui Johor. Empangan yang siap di bina pada tahun 1993 dan di kendalikan oleh Syarikat Air Singapura sehingga tempoh perjanjian asal tamat pada tahun 2060.

Antara terma dan syarat yang di tetapkan ke atas Singapura

1. Kerajaan Singapura membayar PREMIUM TAHUNAN sebanyak RM18 ribu bagi setiap hektar. Premium keseluruhan berjumlah RM432 juta setahun.

2. Membayar CUKAI TANAH tahunan RM30 bagi setiap 1000 kaki persegi. Cukai keseluruhan berjumlah RM76 juta setahun.

KEDUA PREMIUM DAN CUKAI YANG MEMBERIKAN PENDAPATAN TAMBAHAN KEPADA KERAJAAN BERJUMLAH RM13.7 BILLION SEJAK 27 TAHUN DAHULU.

3. Kerajaan Singapura MEMBAYAR PAMPASAN berjumlah RM320 juta bagi kehilangan kegunaan tanah.

4. Jumlah AIR MENTAH yang boleh di proses oleh Singapura di HADKAN kepada 250 juta gelen sehari.

5. Dan Singapura pula membekalkan 5 juta gelen sehari air yang telah DIRAWAT secara PERCUMA kepada Johor.

6. Empangan dan loji rawatan air akan menjadi milik Malaysia setelah tempoh perjanjian tamat.

7. Selain dari itu syarikat Petroleum Negara Petronas di berikan kontrak bagi membekalkan gas asli kepada Singapura.

Tuesday, 26 December 2017

Hishamudin Badut Tak Tau Tugas Menteri Pertahanan

YB Menteri Pertahanan, kalau kabinet masih belum bincang isu Baitulmaqadis, kenapa Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dah buat pengumuman untuk hantar ATM ke Baitulmaqadis?

Baru2 ini Hishammudin telah mencabar seolah2 mahu berperang dengan Israel dengan bercadang untuk menghantar ATM ke Baitulmaqadis.

Dengan kenyataan Hishammudin itu, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang berani untuk mengerahkan bala tenteranya untuk berkemungkinan bertempur dengan pihak yahudi selepas president Trump mengumumkan untuk memindahkan kedutaan  Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baltulmaqadis. Kenyataan Hishammudin dilihat sungguh berani  kerana malaysia lah negara pertama yang mengatakan Tenteranya hanya menunggu arahan dari Yang Di Pertuan Agong sahaja untuk dikerahkan. Hishammudin bercakap seolah2 malaysia lebih hebat dari Negara Turki Yang mempunyai Angkatan Tentera kedua terbesar dalam NATO dan ke14 terkuat di dunia.

Saya tidak tahu apa sebenarnya Hishammudin nak buktikan kepada parti UMNO dan pada rakyat malaysia keseluruhannya. Adakah Hishammudin fikirkan yang ATM Kita yang tidak ada pengalaman langsung dalam penerangan terbuka mempunyai kemampuan untuk menentang Angkatan Tentera Israel yang Di geruni oleh negara2 Timur Tengah? Sebagai Menteri Pertahanan sudahkah dia bertanya kepada jemaah panglima2 ATM bagaimana Israel telah mengalahkan Angkatan Tentera Bersekutu Arab semasa peperangan Arab-Israel pada tahun 1967 dulu? Seramai 20,000 Tentera bersekutu Arab (Mesir,Syria Dan Jordan) telah terkorban manakala pihak Israel kehilangan hanya 1000 anggota sahaja. Peristiwa itu adalah 50 tahun yang lalu. Tidakkah Hishammudin boleh bayangkan gergasi apakah Israel sekarang ini? Budak sekolah yang rajin membaca dalam internet pun tahu Israel mempunyai persenjatan canggih seperti ICBM dan persenjatan nuklear. Persenjatan nuklear Jericho lll ICBM mereka boleh di lancarkan sehingga jarak 11,500km. Bila2 masa sahaja boleh sampai ke Putrajaya dengan bahan nuklear seberat 1000kg. Mungkin Hishammudin kira jumlah kekuatan anggota Tentera antara Israel dengan malaysia, Mungkin angka nya agak sama. Tapi Kita sekarang bukan tahun 1400 di mana kita lawan dengan pedang, keris dan tombak dengan menaiki Gajah!

Cuba Hishammudin tanya apa TUDM ada... Israel ada  243 buah Jet pejuang, 50 buah Jet pejuang F-35, Pesawat2 stealth Yang mampu megawasi pergerakan seluruh Timur Tengah dari Udara. PTU pastinya malu nak beri tahu jumlah Pesawat yang dia ada. Kalaulah dia ada lebih dari 30 buah pun nasib baik. Itu pun tak tahu samaada Pesawat itu hanya mampu untuk perang atau hanya untuk pertunjukkan Udara di Hari Kebangsaan sahaja. Ini belum termasuk helicopter serang tempur Apache AH-64 dan lain2 Pesawat yang di miliki Israel.

Dari kekuatan tentera Darat pula Israel mempunyai 2,620 kereta kebal Yang kebanyakkan nya jenis Merkava (model Mark I, II, III and IV) berbanding dengan kereta kebal Kita dari jenis PT91buatan Poland, yang sentiasa duduk Di workshop kerana tiada bahan ganti.Belum Kita cerita tentang persenjatan NBC mereka. Pakaian melawan NBC pun Kita tidak ada.

Takut saya nak cerita kekuatan Israel yang termoden yang lain.

Hishammudin Dan Zahid tidak tahu nak kalahkan 200 orang suluk semasa insiden di Lahad Datu dulu. Ini kan pula nak berdepan dengan Israel! Kalau 22 negara Arab tidak mampu memasuki Israel, saya masih tertanya2 macam mana Hishammudin hendak melakukan.

Kami dari kalangan Veteran melihat pengumuman Hishammudin untuk berhadapan dengan Israel adalah satu drama politik UMNO yang murahan untuk memancing undi orang Islam untuk menang pilihan Raya, terutama untuk menang hati pengundi PAS. Ramai orang Melayu Islam di malaysia menganggap peperangan adalah seperti zaman lawan pedang dan tombak zaman dulu dan Hishammudin ingat dia boleh menipu pengundi yang malaysia mampu berperang.

Sekarang Hishammudin telah menukar rentaknya dan menafikan yang malaysia hendak berperang dengan Israel. Dua hari yang lepas dia kata malaysia sebenarnya hendak menjadi pasukan pengaman Di Baitulmaqadis dan bukannya nak berperang. Ini Satu lagi kenyataan yang bodoh dari Hishammudin. Penentu mengadakan pasukan pengaman bukan tugas atau kuasa mana2 negara secara persendirian. Ianya hendaklah di putus olih PBB. Jika malaysia menghantar Pasukan Tentera kita adakah Israel akan berdiam diri dan rasa kecut dengan kehadiran tentera malaysia di Baitulmaqadis? Sekali lagi saya nasihatkan Hishammudin jangan buat Lawak bodoh setaraf dengan Raja Lawak!

Hari ini saya terbaca berita Yang mengatakan kabinet masih belum membincangkan isu Baitulmaqadis! Lagi cerita Raja Lawak. Saya rasa Hishammudin tidak tahu apa tugas dia sebagai seorang Menteri dan juga tugasnya sebagai Menteri Pertahanan. Hishammudin seolah2 hendak menjadi Panglima Angkatan Tentera kot.

Saya tidak mahu mengkritik ATM di sini tapi saya sedih melihat keadaan sekarang. Sebagai Menteri Pertahanan, Hishammudin harus berkerja keras bukan sahaja untuk mendapat sokongan anggota ATM dengan memberi gaji yang lumayan tetapi Hishammudin wajib memastikan ATM mempunyai peralatan perang yang cukup dan boleh berfungsi semasa perang.  Memastikan Setiap anggota Tentera dilatih dengan betul dan sentiasa bersiap siaga dari segi ilmu, kemahiran, mental dan paling penting keimanan dan jatidiri.

Angkatan Tentera bukan pasukan seperti RELA. Dan Jangan sekali2 membuat nya seperti RELA. Panglima2 tentera harus di pilih dari mereka yang betul2 faham tentang peranan mereka, bukan kerana mereka suka menyokong orang politik. Angkatan Tentera adalah insuran nyawa bagi sebuah negara. Jika insuran itu tidak mampu untuk membantu dalam keadaan susah, maka lumpuh lah Negara itu.

Saya yakin dan percaya, ATM adalah satu organasasi yang berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Raja dan Negara. Janganlah orang politik mahupun dari perkhidmatan awam am cuba merendahkan martabat mereka hinggakan mereka tidak bermaya.

Saya telah sebutkan dulu dan saya tegaskan sekali  lagi disini, Kerajaan hendak lah mentadbir mengikut Keluhuran undang2 atau RULE OF LAW. Wasiat Raja2 Melayu no.3 yang di buat pada 5 Ogos 1957 hendaklah di di fahami oleh semua. Perkara 41, 132, dan 137 hendaklah difahami dan jangan sekali2 di salah ertikan dan disalah gunakan seperti apa yang sedang belaku sekarang.

Hishammudin, saudara hanya menunjukkan kebodohan saudara pada Rakyat dan dunia luar.. jangan lah jadi Pak Pandir. Ingatlah, setiap anggota Tentera yang rendah pelajaran mereka pun boleh berfikir bahawa cara saudara bercakap adalah seperti menyuruh anggota Tentera bunuh diri Di Baitulmaqadis.

Saya sebagai Veteran ATM rasa sangat2 kecewa dan sedih melihat keadaan ATM di gunakan oleh orang politik. Bukan untuk negara tetapi untuk kepentingan kedudukan politik. Ingat, ATM bukan hak milik parti politik tapi adalah hak milik Rakyat. Rakyat Yang membayar gaji mereka. Dan menurut Perkara 132 perlembagaan persekutuan, secara social contract, rakyat telah meletakkan ATM sebagai perkhidmatan awam yang teratas Dan terkanan sekali dan perlembagaan persekutuan telah mengakui bahawa mengikut Perkara 41, ATM bertanggonjawab terus kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai Panglima tertinggi mereka.

Saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi ATM bukan sahaja dari musuh tetapi juga dari pemimpin yang zhalim. Aameen.

Wassalam

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)
24 Disember 2017

Thursday, 21 December 2017

Kehujahan Hadith yang Tiada dalam Kitab : Satu Perbincangan" - Dr Rozaimi Ramle jawab Syeikh Nuruddin Banjari

  Berikut adalah respon balas rasmi Dr Rozaimi Ramle terhadap syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Nuruddin Banjari terhadap isu diskusi diantara mereka berdua.
 Setelah mengulas dan menyatakan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Nuruddin Banjari itu tidak adil terhadapnya kerana dianggap berat sebelah, Dr Rozaimi telah mencadangakan syarat-syarat yang lebih mudah dan adil untuk kedua belah pihak berdiskusi seperti berikut :
 Saya telah pun menerima respon Syeikh Nuruddin Banjari tentang isu diskusi yang ingin dianjurkan oleh jabatan agama sebuah negeri. Saya mengalu-alukan kesediaan beliau untuk berdiskusi. Namun syarat yang beliau letakkan itu bagi saya adalah syarat untuk melihat diskusi ini tidak berlaku. Berikut adalah komentar saya:
 1. Beliau mensyaratkan untuk memanggil kesemua tokoh Wahabi di Malaysia dan beliau akan membawa bersama 5 atau 6 orang lain. Tuan Syeikh, kita akan anjurkan diskusi berformat. Terlalu ramai panelis akan menyebabkan diskusi tidak berfokus tambahan pula tajuk perbincangan sangat berfokus iaitu "Kehujahan Hadis yang Tiada dalam Kitab: Satu Perbincangan ". 
 Maka saya kira 2 pihak bertentang mata sudah memadai tambahan pula Tuan Syeikh merupakan seorang yang dianggap tokoh oleh aliran tradisional. Saya yakin pertemuan saya dan tuan syeikh dalam majlis diakusi terbuka dapat memberi impak yang baik kearah budaya ilmu dan perbincangan kritis. Tambahan pula saya bukanlah tokoh wahabi. Jika ingin diskusi dengan tokoh wahabi elok Tuan Syeikh jemput mereka secara berasingan. 
2. Tajuk yang dicadangkan ialah: Kehujahan Hadith yang Tiada dalam Kitab: Satu Perbincangan" kerana ini yang menjadi isu antara saya dan beliau. 
3. Diadakan secara terbuka. Ini saya setuju dan ia merupakan syarat saya juga. Pegawai kerajaan juga dibenarkan untuk hadir diskusi ini seperti diskusi Abu Syafiq dan Salman Ali tempoh hari. 
4. Manakala syarat beliau siapa kalah letak jawatan ini bagi saya syarat yang pelik. Mengapa pelik?
• Pertama, siapa yang akan jadi pengadil?
• Kedua, bagaimana nak pastikan pengadil ini tidak bias kepada Tuan Syeikh atau kepada saya?
• Ketiga, siapa pula yang akan memilih pengadil dan apa syarat kelayakannya?
• Keempat, ia syarat berat sebelah kerana Tuan Syeikh tiada jawatan rasmi dalam kerajaan Malaysia sekadar pengetahuan saya.
 Bagaimana jika Tuan Syeikh kalah? Tuan Syeikh juga ingin letak jawatan? Jika benar Syeikh juga akan letak jawatan, saya bimbang ia menjadi pertaruhan yang menghampiri perjudian. Begitu juga, pensyaratan bagi pihak yang tewas untuk meletakkan jawatan adalah berat sebelah dan sukar diterima akal sepertimana saya juga tidak bersetuju dengan syarat sekiranya Tuan Syeikh yang kalah perlu kembali ke negara asal, Indonesia.
 Berkaitan isu pertaruhan tauliah pula, saya sememangnya tidak mempunyai tauliah mengajar melainkan sedikit sahaja seperti Perlis. Ia juga syarat tidak adil dan tahsil al-hasil.
Saya anggap diskusi ini bukanlah pertandingan atau perjudian, kalah atau menang biar penonton masing-masing menilai. Yang penting kita sama-sama membentangkan hujah.
5. Setelah menilai video klip Tuan Syeikh dan meneliti syarat-syarat luar biasa yang dikemukakan, saya berpandangan ini semua tidak lebih daripada satu sandiwara dan usaha agar pertemuan diskusi ini tidak dilangsungkan.
 Dalam konteks ini, saya memuji dan memandang tinggi Ustaz Engku Ahmad Fadzil dalam wacana saya dengan beliau sebelum ini. Kendati usia beliau yang masih muda, sosok tokoh ini memperlihatkan kewibawaan, keberanian dan keihkhlasan dalam nak berwacana dengan individu yang berbeza pandangan. Ciri-ciri yang amat sukar di cari di kalangan mereka yang mengaku datang dari kelompok majoriti.
 Alhamdulillah diskusi saya dengan beliau berjalan lancar dan semua pihak boleh menilai segalanya.
 6. Seperti mana diskusi saya dengan Ustaz Engku Ahmad Fadzil sebelum ini, saya adalah satu orang yang komited dalam menjayakan wacana ilmiah dan bukan sekadar sandiwara. Oleh yang demikian, wakil rasmi saya akan cuba menghubungi tuan syeikh dalam tempoh 24 jam ini bagi menunjukkan keseriusan saya dalam hal ini.
Syarat saya untuk diskusi ini mudah:
1. Saya dan Syeikh Nuruddin Banjari menjadi panel untuk diskusi ini. 
2. Diskusi dibuat secara terbuka. 
3. Format diskusi dipersetujui oleh kedua pihak.
 Harapan saya agar diskusi ini jadi kenyataan tanpa syarat berat sebelah. 
Sekian, 
Dr Rozaimi Ramle

Monday, 4 December 2017

Bangsa Rom menurut al-Quran dan hadis

Rom adalah suatu bangsa yang  kewujudannya dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Sejarah membuktikan sebelum kelahiran nabi Muhamad s.a.w. Rom dan Parsi mendominasi tamadun manusia pada ketika itu. Ketika Rom dikalahkan oleh Parsi umat Islam berdukacita. Namun selepas Rom mengalahkan Parsi beberapa tahun selepas itu umat Islam bergembira.
Al-Quran telah mengabadikan peristiwa ini dalam surah al-Rum (  الروم ). Ia menjadi isyarat bahawa Rom adalah suatu bangsa yang perlu diberi perhatian dari sudut kekuatan dan beberapa kelebihan yang ada pada mereka. Allah berfirman :
الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) 
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)
Maksudnya : “ Alif  Laam Miim  (1) Telah dikalahkan bangsa Rum  ( 2 ) Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang ( 3 ) Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah urusan sebelum dan sesudah ( mereka menang ) Dan hari tu bergembiralah  orang-orang yang beriman ( 4 ) Kerana pertolongan Allah . Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang ( 5 ) ( Surah al-Rum : 1-5 )
Umat Islam bergembira dengan kemenangan Rom
Kata al-Qurtubi umat Islam gembira dengan Rom mengalahkan Parsi kerana Rom adalah ahli kitab. Sementara itu Quraisy Mekah berdukacita dengan kekalahan Parsi kerana mereka dan Parsi bukan ahli kitab yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. ( al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, hlm. 197/9 )
Ini bermakna umat Islam berkongsi kegembiraan di atas kemenangan ini kerana Rom beragama nasrani yang diturunkan kitab Injil  dan umat Islam mempunyai kitab al-Quran. Akidah Rom lebih dekat akidah dengan umat Islam. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api dan Quraisy sembahan mereka adalah patung berhala. Kedua-dua akidah ini sangat jauh daripada petunjuk Allah seperti  yang diturunkan kepada nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w.
Siapakah Rom ?
Berkata ibn Kathir Rom berasal daripada keturunan al-´Iss bin Ishaq bin Ibrahim. Mereka juga dikenali Bani  al-Asfar dan mereka beragama seperti bangsa Yunan. Yunan pula berasal daripada keturunan Yafis bin Nuh. Mereka menyembah bintang yang tujuh. Rom ini beragama Yunan selama 300 tahun sehingalah kebangkitan nabi Isa a.s. ( Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, hlm. 306/6, Dar al-Toyyibah )
Hal ini dinyatakan juga oleh Syeikh Muhammad Hassan bahawa Rom pada masa kini adalah keturunan Bani Asfar iaitu Amerika dan Eropah. ( Durus li al-Syeikh Muhammad Hassan, Muhammad bin Ibrahim).Manakala Dr. Maza berpendapat Rom adalah bangsa Eropah. (http://drmaza.com/home/?p=1954)
Empat ciri yang baik 
Terdapat kelebihan Rom berbanding bangsa selain mereka. Dr. Maza dalam artikelnya menerangkan beberapa kelebihan tersebut.
“Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w “
“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).
“Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid “:
“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”. (http://drmaza.com/home/?p=1954)
 
Dalam hadis sahih riwayat Abu Daud dan lain-lain menerangkan umat Islam akan bergabung dengan Rom untuk menewaskan musuh bersama. Namun hadis-hadis ini tidak menerangkan siapakah musuh umat Islam dan Rom ini. Rom dan umat Islam akan menang dan mendapat harta rampasan perang. 
Seterusnya pada hadis sahih yang lain menerangkan Rom akan berkhianat dan akan menentang umat Islam dan terjadinya al-Malhamah al-Kubra ( Perang terbesar dengan kehadiran 960.000 tentera Rom). Akhirnya umat Islam akan memenangi peperangan ini.

Friday, 1 December 2017

Dr Mahathir akan fail semakan kehakiman berhubung laporan RCI forex

Dr Mahathir Mohamad memberikan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal urus niaga mata wang Bank Negara Malaysia tempoh sehingga Jumaat untuk menghentikan edaran laporannya.

DR Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dagangan mata wang asing agar menghentikan pengedaran penemuannya atau bekas perdana menteri itu akan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menyekat laporan itu.
"Kami bercadang menulis kepada Sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka menghentikan pengedaran atau menerbitkan laporan semasa, sehingga mereka memasukkan kesemua 495 muka surat (penyerahan bertulis Dr Mahathir) ke dalam laporan tersebut," kata peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla.

"Kami akan memberi mereka tempoh sehingga Jumaat bagi memberi respons positif, sekiranya gagal kami akan menghantar permohonan semakan kehakiman melarang penerbitan laporan 'separuh masak' dan mengelakkannya daripada diberikan kepada pihak istana, Parlimen dan orang awam secara tidak adil dan tidak jujur dalam melaksanakan agenda politik (Perdana Menteri) Najib Razak," katanya.

"Pesuruhajaya tidak jujur kepada Agong dan orang awam. Mereka tidak mengemukakan sekurang-kurangnya separuh daripada apa yang sepatutnya dikemukakan dalam laporan itu, malah tidak memasukkan penghujahan oleh Anwar," kata Haniff kepada The Malaysian Insight.

"Ia mengelirukan kerana orang ramai tidak mengetahui bahan dan hujah yang diberikan oleh peguam Dr Mahathir terhadap perkara yang dianggap bukti oleh RCI dalam laporannya."

Keterangan bertulis Dr Mahathir berjumlah 256 muka surat, termasuk hujah terhadap penglibatannya dalam kerugian forex, yang RCI simpulkan menjadi RM31.5 bilion, antara 1992 dan 1994.
Baki 239 muka surat adalah permohonan tajuk perbincangan dalam bentuk bertulis.

Antara lain, mereka meminta bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Murad Khalid disoal oleh peguam pemerhati, dan panel RCI yang diketuai oleh Pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan, dihalang daripada membuat sebarang kesimpulan sebelum sesi pendengaran selesai.

Haniff berkata RCI merumuskan semua permohonan dalam tiga muka surat, dan transkrip pertanyaan lisan oleh panel, pegawai dan peguam pemerhati juga hilang daripada laporan itu.

"Tiada transkrip balasan Dr Mahathir yang menjawab soalan. Bagaimana rakyat akan menentukan kesahan keputusan RCI sedangkan mereka tidak mempunyai akses kepada transkrip, yang secara sengaja ditinggalkan?

Kerugian forex: BN Mahu Mendakwa Tun M

Masih ramai percaya RCI kerugian forex BNM ditubuhkan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak.

JIKA Barisan Nasional (BN) meneruskan tindakan untuk mendakwa Dr Mahathir Mohamad berkaitan kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) 30 tahun lalu, ia dijangka akan mencetuskan tindak balas negatif daripada rakyat yang akan memburukkan lagi BN.

Ini kerana, kebanyakan rakyat percaya bahawa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian itu, hanyalah berunsurkan politik.

Mereka berkata sementara pentadbiran Najib sibuk menyiasat kerugian urus niaga wang asing bank pusat itu yang berlaku bertahun lalu, ia lembap pula dalam siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul dua tahun lalu.

“Jadi, dengan membawa Dr Mahathir ke mahkamah, BN akan berdepan tindak balas dalam pilihan raya kerana beliau masih sangat dihormati di negara ini atas jasanya membina Malaysia moden,” kata penganalisis politik bebas Dr Andrew Aeria yang juga bekas profesor madya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Adakah BN mahu mengambil risiko dengan menjadikan Dr Mahathir seorang syahid?”

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata RCI itu kelihatan seperti ada unsur politik kerana tidak ada tindakan diambil terhadap skandal 1MBD.

“BN tidak boleh menggunakan RCI itu sebagai amunisi. Ia amunisi yang tidak ada kesan,” kata Hisommudin.

“BN sudah hilang kewajaran untuk bercakap tentang tadbir urus yang baik ketelusan dan rasuah,” kata Faisal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Terlalu banyak tuduhan terhadap orang di dalam kerajaan tetapi masih tidak ada tindakan terhadap mereka. Tetapi bila ia membabitkan pembangkang, tindakannya cepat dan cekap,”

Pengkritik mempertikaikan begitu pantas dan cekap kerajaan menyiasat kerugian forex itu berbanding kerugian dalam 1MDB dan agensi kerajaan lain seperti Mara dan Felda.

Ia berbeza dengan kes 1MDB, di mana polis masih belum melengkapkan siasatan mereka walaupun pendedahan berlaku penipuan dan pengubahan wang haram mula timbul pertengahan 2015.

Kekurangan tindakan menghukum di Malaysia berhubung 1MDB sangat berbeza dengan Singapura, yang memenjarakan pegawai bank dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.

Sementara itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan memohon untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 bilion dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

Satu kajian dibuat badan anti rasuah terhadap urus niaga dan kerugian 1MDB mendapati syarikat itu ditubuhkan untuk mencuri berbilion ringgit daripada rakyat Malaysia.

Hisommudin dari Ilham Centre berkata sebarang cubaan untuk mendakwa Dr Mahathir akan menarik undi simpati daripada pengundi atas pagar, yang membentuk 30% hingga 40% daripada daftar pengundi.

“RCI itu tidak ada daya tarikan dalam kalangan rakyat ketika kami menjalankan kaji selidik di Kuala Selangor, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

“Kerana ia isu yang kompleks dan berlaku terlalu lama dulu, jadi rakyat tidak rasa dekat dengan isu itu,”

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...