Monday, 31 July 2017

Laporan Polis terhadap Zahid

Laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini, yang turut menamakan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Khairuddin mendakwa Zahid berniat jahat dengan mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sementara itu, Khairuddin berkata Zahid dan JPN telah melakukan kesalahan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi susulan langkah itu.

“Timbalan perdana menteri dan ketua pengarah JPN telah menyalahgunakan data peribadi untuk agenda peribadi,” katanya.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/390356#CdSp6De66dYuQI9U.99

Sunday, 30 July 2017

Jangan bimbang dengan kehadiran Mahathir, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, dengan kerangka kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ada, penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya tidak akan mengulangi zaman pemerintahan autokrasi.

"Sungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit," kata Anwar dalam satu kenyataannya.

"Pada hemat saya kehadiran Tun Mahathir dan Bersatu adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati.

"Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama," tegas Ketua Umum PH itu.

Katanya, keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara.

"Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani.

Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat," katanya.

Bagi bekas timbalan perdana menteri itu, struktur PH tidak boleh disamakan dengan BN.

PH adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.

Bagi beliau, kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang Pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud.

Anwar mengulas kegusaran dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang merangkul Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan PH.

Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan, kat Anwar.

Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah.

Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini.

Bagi Anwar, luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang.

Katanya, kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik UMNO-BN.

"Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan PH berlapang dada berunding dan menjelaskan kedudukan sebenarnya.

"Kerana sesungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit; tetapi mengambilkira rintihan, denyut nadi rakyat," kata Anwar.

Pada asasnya, katanya, PH adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat.

Malah dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat sebelumnya - dasar bersama, manifesto dan belanjawan alternatif dilakar dan diolah setelah menimba pandangan rakan-rakan NGO, aktivis termasuk Bersih, katanya.

Bagi bekas ketua pembangkang itu, PH akan lebih kukuh dengan memberi ruang wacana segar; menghimpun semua tenaga progresif rakyat dengan hasrat mendamba kebebasan dan keadilan.

"Muafakat inklusif PH memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama.

"Dasarnya tidak samar melalui retorik umum, tetapi menggagaskan tonggak negara hukum dengan memulihkan kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), badan kehakiman, penguatkuasaan, dan menghindari kerakusan, amalan rasuah, kronisme dan kleptokrasi," katanya.

Dasar ekonomi negara juga, katanya, perlu menjurus kepada pemacuan pertumbuhan dan jaminan pengagihan adil dan peduli rakyat.

"Kita menolak dasar ekonomi pemerintah UMNO-BN yang memelihara kepentingan kelompok kecil mahakaya dan mendera rakyat melalui sistem percukaian dan GST; lesen dan kenaikan harga barang," katanya.

PH, katanya, lebih jelas dan tegas dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

Memartabatkan kedudukan Islam harus disertai nilai dan etika luhur; tidak hanya pada lambang tetapi membiakkan rasuah dan kezaliman.

Begitu juga, katanya, penghayatan Islam termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan dengan jaminan tegas memelihara hak dan kebebasan penganut agama lainnya.
Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung oleh PH.

"Kita perhatikan saja prestasi negeri Selangor dan Pulau Pinang serta wewenang yang diberikan kepada pimpinan negeri," katanya merujuk kepada dua negeri PH.

Yang tidak mampu disangkal adalah kejayaan program kepedulian rakyat walaupun kuasa negeri terbatas, katanya.

Namun, bagi Anwar, rakan-rakan NGO dan aktivis berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi PH dan menegur atau mengemukakan cadangan.

"Saya tetap berkeyakinan akan peranan mereka terus menunjangi perubahan menjelang PRU ke 14," katanya. 

Tambahnya, sistem pilihanraya yang tempang dan kecoh perlu diluruskan.

Kesedaran dan kebangkitan rakyat yang resah dengan tekanan hidup dan merebaknya budaya rasuah tidak mungkin dibendung melainkan dengan tipu-helah perjalanan pilihanraya.

Percubaan kerajaan khususnya Peguam Negara melindungi penjenayah skandal 1MDB tidak menghalang tujuh negara meneruskan siasatan yang mereka sebut sebagai "penipuan, rasuah, rompakan harta khazanah negara."

Bagi Anwar, penyelewengan dan rompakan tidak menemui titik noktahnya; hinggakan kepentingan peneroka, majoriti besar Melayu-bumiputera turut dikhianati. Skandal Felda-FGV berlarutan sekian lama dan kini terbongkar.

Menuding peranan seorang tokoh, atau kambing hitamkan seseorang hanya helah licik mengaburi mata peneroka dan rakyat.

"Kecurangan berleluasa dan kerugian kedua-dua skandal besar ini mencecah puluhan bilion ringgit. Kita boleh senaraikan ratusan kisah keterlanjuran, sebahagiannya diambil tindakan, dan selainnya terus dilindungi,"katanya.

Kata Anwar lagi, menjelang PRU ke 14, UMNO-BN seperti lazimnya akan mengerah jentera kerajaan; media milik mereka; bersama saudagar kaya mengupah pekerja politik dan mengugut rakyat.

"PH dan rakan-rakan dalam gerakan rakyat perlu bangkit sebagai kekuatan raksasa, menggalas amanah menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta," tegas Anwar.

Sebelum ini, pemimpin Amanah juga memberikan pandangan yang sama.

Dalam satu video klip yang diterbitkan oleh Media Oren, badan di bawah parti pecahan Pas itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan lain-lain pimpinannya menegaskan Dr Mahathir tidak boleh menentukan apa saja yang dikehendakinya dalam PH.

Wednesday, 26 July 2017

Kita perlu berfikir sejenak...

Sepanjang usia kita ini adakah semakin meningkat amalan kita?

Adakah kita masih lagi bertarung hujah berkenaan ilmu untuk menunjuk nunjuk kita lah orang yang paling berilmu?

Akhirnya sebenar benar kejayaan adalah setiap ilmu yang kita tahu adalah apa yang kita amalkan.

Kadangkala kita rajin menyampaikan segala perkara baik dengan alasan mahukan pahala dengan cara mudah. Namun dalam masa yang sama kita sendiri tidak amalkan ilmu yang kita sampaikan itu.

Sebenarnya syurga itu mahal harganya...
Sahabat sahabat nabi menyampaikan dakwah dengan keringat, airmata dan darah...

Maka adakah dengan hanya copy paste ke dalam group wasap melayakkan kita masuk ke syurga?

Adakah syurga semurah itu?

Ya... Ada yang berkata syurga adalah hak Allah yang menentukan...

Alang kan pemimpin politik pun hanya akan menjaga dan mengkayakan kroni kroni nya yang rajin membodek dan mengampu nya saban malam. Malah kroni kroni nya pun saban hari tekun dan sabar berulang alik ke pejabat dan rumah bos nya.

Setiap kali program bos pasti ada muka nya terconggok di khalayak ramai.

Maka apa kah hanya dengan copy paste tulisan mampu membodek Allah swt?

Perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk mendapat syurga Allah swt.

Bayangkan lah di syurga nanti ahli ahli syurga berbual sesama mereka berkenaan kelayakan mereka dimasukkan ke dalam syurga dan masing masing bercerita perihal jasa mereka kepada Islam.

Ada yang bercerita mereka mati syahid kerana Islam dan ada yang bercerita mereka berhabis wang ringgit, harta, masa  dan tenaga demi islam dan adakah kita nak beritahu mereka kita masuk syurga hanya kerana copy paste didalam wasap?

Sudah tentu lah para sahabat syurga akan tengok kita atas bawah di syurga nanti...

Dan pasti mereka akan berbisik bisik dengan ayat.... " Mamat ni salah bilik kot"

Pemuda Umno Halang Armada Hantar Surat Jemputan Nothing 2 Hide

Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno.

Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun mereka dihalang kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak.

'Takut orang tua ka?'

Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.
“Tujuan kami cuma nak hantar kad jemputan, bukanlah kita nak cari pasal, kita juga bukanlah berhimpun suka-suka dan bukan nak buat provokasi.


"Kawan-kawan media boleh nilai sendiri siapa provokasi siapa,” kata Ashraf dalam sidang media selepas insiden itu berlaku.

Sementara itu dalam sidang media tidak jauh dari kumpulan ARMADA berhimpun, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii menafikan dakwaan Ashraf ditumbuk.

“(Kami) nafi tumbuk sebaliknya hanya berlaku tolak menolak.
"Kalau nak belajar politik, belajar dari Umno bagaimana nak pertahankan institusi,” katanya.
“Kalau hendak hantar jemputan ada caranya, hantar elok elok. Ini nak heboh, nak datang ramai-ramai ke bangunan kami.
"Jadi kami bertanggungjawab pertahankan bangunan Umno,” katanya yang turut mendesak Mahathir menjawab semua tuduhan berkaitan skandal tukaran wang asing (Forex) pada sekitar 1990-an.

Dalam insiden hari ini, ARMADA memakai baju Melayu merah lengkap dengan songkok manakala Pemuda Umno pula memakai baju T berkolar berwarna merah.


Pemuda Umno turut membawa pembesar suara dan memutarkan rakaman ceramah Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selain turut melaungkan “Baliklah” dan “Kau sokonglah Datuk Armand”.

Keadaan menjadi kecoh apabila berlaku tolak menolak dan perang mulut selama kira-kira 20 minit antara kedua-dua kumpulan itu.

Kira-kira 20 anggota polis turut dilihat mengawal keadaan.

Sekitar jam 4 petang, kedua-dua kumpulan itu bersurai atas arahan pihak polis.

Pemuda Umno bagaimanapun berpatah semula ke PWTC, manakala anggota ARMADA pula menuju Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis.

Malaysiakini

Tuesday, 25 July 2017

Khairy Jamaludin

Sejak awal penubuhan Umno lagi, pergerakan Pemuda diberikan tugas menanam semangat kebangsaan yang berteraskan Melayu serta melatih dan menentukan hala tuju kepemimpinan negara.

Kecuali Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah bekas Ketua Pemuda atau giat dalam pergerakan belia seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagi Khairy, beliau bukan sahaja mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan elit malah beliau juga mempunyai cita-cita tinggi.

Beliau tidak malu-malu kucing untuk menyatakan cita-citanya. Beliau telah dipetik secara meluas sebagai berkata, beliau mahu menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

Kalau diikutkan latar belakang, Khairy bukanlah bahan dunia politik. Beliau bukan daripada latar belakang siasah. Anak tunggal diplomat Melayu dari Negeri Sembilan ini dilahirkan di Kuwait. Ibunya dari Kedah. Beliau bersekolah di Singapura dan masuk universiti di England.

Beliau mempunyai ijazah dari Oxford dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dan sarjana muda teori undang-undang dan politik dari University of London. Pada mulanya beliau berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan sebagai penulis di majalah The Economist dan pengacara TV.

Berdasarkan latar belakang keluarga, pembesaran dan pendidikan , Khairy bukanlah calon semulajadi kelahiran Umno. Tetapi itu jugalah ciri yang membuatkan beliau menonjol dalam Umno.

Pada ketika Khairy mengambil keputusan bergerak cergas dalam Umno, memasuki politik apatah lagi politik Umno ia bukanlah sesuatu yang "fashionable".

Pada waktu itu, ramai anggota generasi muda Melayu lebih taasub mencari kejayaan material dan di kalangan yang berjiwa politik pula, mereka lebih terpengaruh dengan idea-idea kontemporari seperti reformasi.

Sama ada secara kebetulan atau dirancang, Khairy berjaya mendekati Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjadi menentu, pembantu khas dan penolong ketua setiausaha sulit beliau. Krisis Anwar pada 1998 membawa tuah kepada Abdullah, dan turut memanfaatkan Khairy dalam jangka masa panjang.

Bagaimanapun, kerana monopoli Khairy dan kelompok Oxbridge serta beberapa kerat usahawan ke atas pentadbiran Abdullah maka beliau turut merasai tempias gerakan menjatuhkan Abdullah pada 2008/2009.

Tindak-tanduk beliau serta “budak-budak tingkat empat” lain dalam politik, pentadbiran, perniagaan dan media massa dikritik keras.

Abdullah jatuh dan digantikan oleh Najib. Logiknya Khairy tentulah terpelanting sama. Beliau adalah antara anggota kabinet dapur Abdullah yang paling dibenci. Tetapi beliau sekadar menderita tempias sementara.

Kejayaan beliau membebaskan diri daripada Abdullah dan merapati Najib sehingga diterima sebagai orang kepercayaan membuktikan keupayaan beliau sebagai political survivalist muda.

Kejatuhan Abdullah tidak membantutkan kerjaya politik Khairy. Pada tahun Abdullah dipaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Khairy menang pertandingan Ketua Pemuda dengan mengalahkan Mohd Khir Toyo dan Mukhriz.

Hari ini, kedudukan beliau dalam politik Umno boleh disifatkan sebagai unshakable - sukar digoyang. Sebagai Ketua Pemuda serta Menteri Belia dan Sukan, beliau mempunyai kedudukan yang cukup kuat dalam hierarki Umno.

Sunday, 23 July 2017

Malaysia Jadi Bahan Ketawa; Kepit dan Gagap

Tiba tiba zahid hamidi membentak Tun Mahathir dengan kata kata gila talak.

Gila talak bermakna seorang suami yang tidak sabar sabar untuk menceraikan isterinya dan selepas itu mahu merujuk kembali dan kebiasaannya ia menjadi rumit apabila ianya cerai talak 3 kerana memerlukan kambing hitam untuk merujuk semula.

Dalam kes Tun Mahathir yang dikatakan gila talak ini mungkin zahid beranggapan Tun sudah melepaskan jawatan dan kini mahu menyandang semula jawatan sebagai perdana menteri.

Lain macam cara zahid memberi contoh. Zahid nampaknya begitu teruja memberi contoh yang berkaitan kawin dan cerai.

Selain dari seorang yang gagap dalam berkata kata, zahid juga di kenali sebagai seorang yang suka bercakap banyak tetapi isi nya kosong.

Malah ujian Najib kepadanya untuk bercakap didalam bahasa inggeris juga gagal kerana terlalu nampak ingin mengampu tetapi telah memalukan negara di mata dunia.

Dunia nampak negara kita ini di perintah oleh dua orang badut yakni seorang yang jalannya mengepit dan timbalannya pula si gagap.

Kalau diletakkan Hishamudin pula akan menjadi bahan ketawa juga kerana berlidah pendek.

Manakala KuNan pula dilihat terus panik apabila dikhabarkan Tun Mahathir akan bertanding di Putrajaya di kerusi parlimennya.

KuNan yang didalam keadaan panik terus menjawab soalan wartawan dengan mengatakan Tun Mahathir sudah tidak betul. Dan itulah yang diulang ulangnya sambil mengatakan Tun kecewa kerana Mukhriz kalah kerana tak terpilih sebagai Naib Presiden Umno.

Jawapan balas KuNan sudah cukup membuktikan bahawa mereka sebenarnya sedari awal lagi sudah membuat konspirasi untuk menyekat waris Tun Mahathir dari berada di dalam inner circle umno.

Kini Mukhriz, Shafie Apdal dan Muhyidin sudah terkeluar dari saingan kekuasaan didalam umno dan jalan mudah buat Khairy Jamaludin yang dilihat bakal menjadi sleeping partner kepada Hishamudin buat masa sekarang.

Mereka cuma menunggu Zahid terjatuh gaung sahaja untuk mereka terus berada di persada kuasa dengan Hisham sebagai calon presiden umno manakala Khairy sebagai Timbalan Presiden Umno.

Selepas ini team Lidah pendek dan Dark Tall Hensem pula akan menguasai putrajaya. Bayangkanlah kerosakan yang bagaimana pula mampu mereka sajikan kepada Agama, Bangsa dan Tanahair ini dengan tangan tangan mereka.


Saturday, 22 July 2017

Apa Yang Tak Kena Dengan Najib?

Najib bukan lagi satu nama asing seantero dunia. Kesemua negara didalam dunia ini lebih mengenali nama NAJIB lebih mengenali nama MALAYSIA.
Yang mempopular najib ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini najib pernah di tuduh dengan perbagai tuduhan termasuklah dengan nama najib tantuya atau najib monggolia namun ia tidaklah sepopular najib kleprokrasi.
Kleptokrasi adalah satu perkataan baru di negara ini walaupun perkataan itu sudah popular berdekad dekad lama nya di Indonesia dan Filipina.
Ya... Apa yang tidak kena dengan Najib?
Jawapannya ialah Tun Dr Mahathir.
Mahathir adalah diantara pemimpin negara yang begitu dipandang tinggi di seluruh negara. Beliau dihormati dan amat disanjung tinggi oleh negara negara membangun. Malah negara negara maju amat menghormati beliau dengan kelantangan suaranya.
Acapkali setiap perkataannya akan diambil sebagai nota oleh wartawan luar negara.
Apabila orang yang penuh intergriti ini mengatakan perdana menterinya adalah ketua kepada kerajaan kleptokrasi maka dunia akan memandang serius.
Ini lebih terbukti lagi apabila Mahathir disekat dari perbagai perkara oleh najib sendiri. Malah kes kes lama dibongkar semula dan cuba dikaitkan dengan Mahathir.
Namun begitu Mahathir tidak seperti pemimpin umno yang lain yang begitu cepat kecut telurnya apabila diugut dengan pembongkaran kes kes lama.
Ini kerana setiap tindak tanduk Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri adalah mengikut lunas perundangan. Ini yang memeningkan najib. Sekiranya mana mana salah laku Mahathir disabitkan maka seluruh jemaah menteri juga akan terbabit kerana mereka adalah jemaah menteri yang menyokong keputusan Mahathir.
Yang agak selamat mungkin Zahid hamidi dan juga Khairy jamaludin kerana mereka tidak pernah menjadi menteri di era Mahathir.
Najib sebenarnya terperangkap dengan game of change nya sendiri.
Kesilapan najib yang paling besar ialah kesilapan cara kaedah menutup kesilapannya. Dalam cuba menutup najib telah melakukan kesilapan demi kesilapan.
Lambat laun najib akan terpaksa menjadikan JhoLo sebagai kambing hitam tetapi JhoLo juga telah bersiap sedia dengan langkah langkah selamatnya.
Mana mungkin peredaran kemasukan wang ke akaun peribadi najib diketahui sekiranya bukan JhoLo sendiri yang mendedahkannya.
Tindakan najib semakin serba tidak kena. Najib kini dilihat cuba membuli seorang bekas perdana menteri yang telah lanjut usianya.
Amat memalukan apabila seorang yang begitu berkuasa tetapi terlalu takut kepada seorang warga emas yang dituduh sebagai nyanyuk dan tidak berupaya.

Wednesday, 19 July 2017

Menyampah Bila Dengar Najib Bercakap

Oleh Datuk Ariff Sabri
PM Najib muncul dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live.
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya.
Kita dengar dan kita boleh debat pencapaian dan rekod yang ditunjukkan oleh ETP, GTP, NKRA dan peranan Pemandu. Kita tahu lah ini semua dan ini pun asas kita mengkritik kerajaan.
Yakni sebaik sahaja kerajaan mencampuri pengurusan ekonomi secara aktif, maka nature dan bagaimana campur tangan itu dilaksanakan akan menjadi bahan kritikan dan teguran yang keras. Ancaman terbesar terhadap kepentingan kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila berlakunya konsentrasi kuasa politik dan ekonomi. Ia akan menjurus kepada autokrasi dan akhirnya kleptokrasi. It will be a government of the top 1%, for the 1% , by the 1%.
Sebab itu pengurusan dan campur tangan kerajaan melalui GTP, ETP dan Pemandu itu mesti dijaga supaya dijalankan dengan cekap, amanah dan jujur serta adil.Penjagaan dan kewaspadaan terhadap kecenderungan ini dilakukan oleh semua mereka yang public spirited.
Jika kriteria ini tidak diikuti, apalagi kita lihat ada penyelewengan, ada tidak amanah, ada cabul kuasa, ada rasuah dan ada konsentrasi kuasa ekonomi dengan kuasa politik- ianya sebab2 lebih besar supaya berjaga2 agar kerajaan tidak melakukan sewenang wenang nya.
Najib boleh istiharlah betapa dia dan jemaah menteri tidak akan berganjak, tidak akan menyerah kalah atau terus membina2 sejuta jalanraya untuk kemakmuran- semua itu tidak menghentikan perkara buruk dilakukan. Dan janganlah pula menyembunyikan kelemahan dibawah rayuan bahawa hanya Tuhan sahaja yang sempurna.
Kita bukan kelahi dengan Tuhan.
Kita tak expect PM Najib berhenti daripada bercakap tak berhenti henti mengenai apa2 acronym yang dicipta oleh pakar runding yang dibayar gaji yang tinggi. Kita lihat sementara dia berucap berapi api- ada para menteri nya asyik sibuk bercakap perkara lain. Itu tanda nya, sesama jemaaah menteri pun, ada yang tidak yakin dengan apa yang diistiharkan.
Dia boleh jerit dan marah tapi tidak sedikitpun mengurangkan tanggapan pendengar bahawa Najib seperti tak tahu apa yang dia cakapkan.
Kita bukan suruh dia jawab mengenai berkesan atau tidak inisiatif acronym kerajaan. Kita hanya perlu jawab pengurusan 1MDB dan ada atau tidak pecah amanah apabila sejumlah wang disapu atau dibenarkan disapu oleh Jho Low untuk buat bisness sendiri.
Kita hendak tahu adakah wang 1MDB digunakan secara tipu helah untuk membeli asset pada harga yang tinggi dengan ada pula nilai goodwill yang tinggi. Kita hendak tahu ada atau tidak kuasa dicabul bila membeli asset kerajaan pada harga yang tidak munasabah rendah.
Rakyat hendak tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.
Jika demikian, rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin.
Tidak ada orang pun menyoal sama ada kerajaan kerja kuat atau tidak- sesiapa pun jadi kerajaan boleh mengitsiharkan mereka berkerja kuat untuk rakyat dan sebagainya. Tidak pernah kita dengar mana2 pemimpin termasuk yang diktator, autokratik, kleptoratik- semua mereka memerintah atas nama bangsa dan negara. Di Malaysia lagi hebat- landasan perjuangan atas nama bangsa, agama dan negara.
PM najib dan marah atau jerit tidak mengapa, tapi jawablah soalan2 mudah yang rakyat tanya. Bila Najib kasi warning kepada dr Mahathir- saya rasa ini first in our country.
Saya baru membaca kenyataan mutakhir PM Najib. Dia tidak akan menyerah kalah. Saya sudahpun membaca karakter Najib. Apa lagi saya tahu sedikit sebanyak mengenai nya.
Kita lihat dia menari sakan di majlis kahwin anak dia. PM Najib kelihatan gedik- lebih gedik dari Rosmah Mansor.
Itu tanda orang yang tidak peduli apa jadi ada rakyat. Peduli apa jika dia hendak bawak 3-4 kapalterbang, 300 orang ke- 500 orang ke- itu hal dia lah. Dia PM. Bini dia isteri PM.
Kalau dia buat demikian- apa orang lain boleh buat? Mahathir boleh buat apa? Tengku Razaleigh boleh buat apa? Pemimpin UMNO lain yang semua bergantung soru dengan dia boleh buat apa?
Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang ada kekuatan moral untuk menegur Najib dan co. kalau ada 2-3 orang yang baik, mereka menghabiskan masa mempertahankan hipokrasi pemimpin mereka.
Saya tidaklah hendak menidakkan bahawa ada terdapat beberapa pemimpin UMNO yang baik karakter tapi mereka too caught up dengan karenah buruk pemimpin nombor 1.
Rosmah Mansor boleh sebut dan berkata macam apa yang dikatakan disebut oleh Marie Antoinette- biarkan rakyat makan kueh. Mak datin dan puan sri yang yang ikut serta dengan rombongan ke Kazakhstan semua nya merasa privilleged kerana dapat ikut dan tersenarai dalam kumpulan dianugerah keistimewaan oleh pasangan pertama Malaysia. Apatah lagi pencapaian terbesar dalam dunia ini selain daripada diperakui sebahagaian dari elit utama?
Gelagat Najib menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi jangan kita hidup dalam hayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta.
Maka nya, Dr Mahathir kena ambil angkah drastic yang lain. Seperti secara sistematik dedahkan perkara buruk yang dilakukan oleh Najib supaya seluruh dunia tahu siapa Najib. Dr Mahathir kena jelajah seluruh negara beritahu negara siapa Najib dan apa yang dia telah lakukan.
Sebagai contoh, rakyat marah mengenai GST. Tapi mereka boleh tangkis lagi isiu GST dan kelentong sana sini. Namun belum sempat isiu GST terjawab timbul pula pembelian jet eksekutif RM700 lebih juta. Campur dengan maintenance, kerajaan akan belanja RM1 billion untuk 15 tahun akan datang. Ini kerja gila dan pembaziran pemimpin yang angkuh yang tidak peduli perasaan rakyat. Pesewat ini akan digunakan untuk rombongan beli belah golongan terpilih dan pemimpin atasan.
Kita menyampah dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?
Sila beritahu kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah kemana site MRT- para perkerja mereka adalah perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara mereka teruk.
Tapi disamping itu mereka acquire skills dan kemahiran yang tidak diperolehi oleh anak bangsa kita. Jutaan perkerja asing ini meningkatkan modal insan mereka dan boleh menuntut gaji yang lebih tingi dalam negara lain kelak. Mereka memperolehi kemahiran dan skills membangunkan negara yakni membangunkan kapasiti. Anak bangsa kita bagaimana?
Undi tidak percaya.
Demikian juga, tidak ada harapan hendak lihat suatu undi tidak percaya dilakukan oleh ahli parlimen. Ianya tidak akan terjadi. Kita tidak ada sejarah dan tidak ada budaya membuang pemimpin dengan cara ini.
Yang saya sebut dalam artikel yang terdahulu ialah untuk suatu jumlah ahl parlimen keluar parti masing2 dan mengistiharkan mereka ahli parlimen bebas. Kemudian mereka boleh bersama sama menyokong seorang ahli parlimen yang mereka anggap dapat keyakinan majority.
Speaker terpaksa tanya jurucakap kumpulan ahli parlimen, siapa yang mereka fikir boleh command majority support ahli parlimen.
Untuk merealisasikan agenda ini, sejumlah ahli parlimen mesti keuar parti mereka dan keluar dari BN. BN tidak cukup ahli dan tidak boleh berbuat apa apa, kerajaan mereka akan jatuh. Tidak perlu undi tidak percaya. 

Friday, 14 July 2017

Umno Mulai Panas

Pimpinan HARAPAN
Ketua Umum:
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Presiden:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan-Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu
Naib- Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub
Ketua Setiausaha:
Datuk Saifuddin Abdullah
Bendahari:
M Kula Segaran

Thursday, 13 July 2017

U-TURN - Tun Mahathir

1.Saya dah buat U-turn (pusingan U) Iama sebelum perjanjian menyokong pengampunan di-raja untuk Anwar dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap UMNO.

2.UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 menumpu kepada kemerdekaan negara di bawah sistem Demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

3.Apabila Najib menyalah guna kuasa Pedana Menteri dan melandaskan rejimnya kepada Cash is King atau Wang sebagai Raja, maka terkuburlah perlembagaan; apabila Najib melesapkan sebegitu banyak wang dan RM2.6billion masuk ke dalam akaun peribadinya; apabila peraturan undang-undang disalah guna dan digantikan dengan rasuah secara terbuka dalam negara; apabila kesemua ini terjadi dan lebih lagi, saya hilang kepercayaan dan berpaling daripada UMNO pimpinan Najib dan saya tumpukan usaha untuk menurunkan pemimpin ini yang jelas bekerja bertentangan dengan kepentingan Melayu, Islam dan Malaysia – asas kepada perjuangan UMNO.

4.Di dalam usaha untuk menghancurkan jembalang ini, saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang UMNO dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim. Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn.

5.Kami, bersama dengan yang lain-lain akan berusaha keras menjatuhkan Najib dan kerajaannya yang mundur, korup dan kleptokratik.

6.Perompak tidak boleh pimpin negara yang hebat ini. Pencuri yang dicaci dunia dan ditertawakan semua tidak boleh dibenarkan berterusan memerintah mana-mana negara.

7.Itu objektif saya berkerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ianya telah pun berlaku.

8.Saya tidak takut pada Anwar berhubung dengan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Tetapi saya percaya usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara ialah untuk mencari kesalahan saya.

9.Sebaliknya tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan bertan duit yang telah pun terbukti oleh 1MDB dan Najib walaupun terdapat banyak bukti salahlaku yang jelas dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja di dunia dan rakyat Malaysia.

10.RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.

Tun Mahathir

Wednesday, 12 July 2017

Apa Jenis Pemimpin Najib Ni

Jika sebelum ini Najib membangga dirinya berketurunan Bugis yang berani, meskipun terbukti saman jepada WSJ sudah lebih 104 minggu tidak juga menjadi, beliau kini memperlekeh pula darah keturunan Tun Mahathir yang gambarannya tidak banyak membantu kaum India, walaupun berketurunan yang sama.

Apakah jenis manusia yang bila berbalah, suka melecehkan keturunan lawannya, melainkan orang itu sudah terlalu lemah, gelabah serta kehabisan fakta untuk terus berhujah?

Adakah manusia yang kuat serta masih mampu untuk terus berhujah dengan fakta sahih, akan melakukan serangan yang mengungkit keturunan dan asal-usul lawannya?

Itulah wajah Najib yang cuba menunjuk kepada umum konon dirinya kuat dan gagah, tetapi sebenarnya sedang gelabah, makin lemah dan menuju ke lembah kalah.

Tuesday, 11 July 2017

Strategi Yang Perlu Anda Lakukan

Menurut satu kajian yang dibuat terhadap rangkaian laman sosial terkemuka, Facebook, pada bulan April 2010 terdapat 5.5 juta pemegang akaun FB di Malaysia. Ia dianggarkan 19.6 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia.

Setahun selepas itu, iaitu pada April 2011, pemegang akauan FB bertambah ke angka melebihi 10 juta. Pertambahan dalam masa setahun adalah sekali ganda menjadikan pemegang akaun FB di Malaysia merupakan 35.6 peratus dari penduduk keseluruhan. 


Peratus tersebut meletakkan Malaysia di tempat ke tujuh penggunaan FB tertinggi di dunia selepas Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Chile, Australia dan Turki.

Peratus tersebut mungkin tidak tepat untuk dinisbahkan dengan jumlah penduduk memandangkan ada di kalangan rakyat Malaysia yang memiliki lebih dari satu akaun FB sama ada melalui penyamaran ataupun atas nama entiti lain yang diwakilinya, misalnya NGO, jabatan, syarikat, parti politik dan sebagainya. Apa pun penggunaan FB sebagai platform menyebarkan maklumat tetap penting dan berpengaruh.

Kejayaan terbesar FB ialah mengeratkan semula antara rakan-rakan sebenar yang pernah dikenali seseorang menyebabkan tiada lagi batasan persahabatan berdasarkan jarak.

Kejayaan FB dalam dunia teknologi informasi ialah keupayaan menyebarkan maklumat dalam masa yang pantas. Hari ini FB benar-benar menjadi 'akhbar, radio dan televisyen' bagi segolongan anggota masyarakat yang menatap FB seperti menikmati sarapan pagi, makan tengahari atau malam.

Maklumat yang muncul dalam FB adalah mentah dan bersepah-sepah. Siapa yang berkuasa mengawal maklumat dalam FB? Jawapannya, sama untuk kemunculan blog sejak dua dekad lalu.. tiada siapa boleh mengawal atau menguasainya.

Justeru bagi pembangkang di Malaysia FB mesti diurus, ia adalah peluang penyebaran maklumat yang terbaik.

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:

1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Kes Rasuah di Perak

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berjaya menahan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Negeri Perak, Sabri Ahmad Tah.
Suspek yang berusia 47 tahun itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sekitar jam 4 petang, Isnin.

Ketika ini, siasatan yang dilakukan menjurus kepada pendakwaan satu kes rasuah di mahkamah.

Kes tersebut melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014.

Setakat ini, pihak SPRM masih belum melakukan sebarang sitaan membabitkan suspek.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, pihaknya melakukan siasatan terperinci susulan penahanan ini.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan SPRM dalam proses merakam percakapan suspek sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.
Suspek  dijangka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman. #sumber

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...