Saturday, 30 December 2017

Benarkah Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura

Sehari dua ni pemakan dedak yang semakin terdesak mula menyebarkan cerita konon nya Tun pernah MENJUAL tanah seluas 24 ribu hektar di Johor kepada Singapura untuk pembinaan empangan bagi membekalkan air ke negara tersebut. Dan konon nya keluasan tanah tersebut dua kali ganda berbanding tanah Forest City yang Najib jual ke China.

FAKTA SEBENAR.

Pada tahun 1990 Tun membuat PERJANJIAN TAMBAHAN kepada perjanjian air Malaysia - Singapura 1962. Dan perjanjian kali ini memberi BANYAK KELEBIHAN kepada Malaysia berbanding perjanjian sebelum nya yang lebih memihak kepada Singapura.

Intipati perjanjian:

Kerajaan Malaysia MENYEWAKAN tanah seluas 24 ribu hektar kepada kerajaan Singapura bagi negara tersebut membina empangan di Sungai Linggui Johor. Empangan yang siap di bina pada tahun 1993 dan di kendalikan oleh Syarikat Air Singapura sehingga tempoh perjanjian asal tamat pada tahun 2060.

Antara terma dan syarat yang di tetapkan ke atas Singapura

1. Kerajaan Singapura membayar PREMIUM TAHUNAN sebanyak RM18 ribu bagi setiap hektar. Premium keseluruhan berjumlah RM432 juta setahun.

2. Membayar CUKAI TANAH tahunan RM30 bagi setiap 1000 kaki persegi. Cukai keseluruhan berjumlah RM76 juta setahun.

KEDUA PREMIUM DAN CUKAI YANG MEMBERIKAN PENDAPATAN TAMBAHAN KEPADA KERAJAAN BERJUMLAH RM13.7 BILLION SEJAK 27 TAHUN DAHULU.

3. Kerajaan Singapura MEMBAYAR PAMPASAN berjumlah RM320 juta bagi kehilangan kegunaan tanah.

4. Jumlah AIR MENTAH yang boleh di proses oleh Singapura di HADKAN kepada 250 juta gelen sehari.

5. Dan Singapura pula membekalkan 5 juta gelen sehari air yang telah DIRAWAT secara PERCUMA kepada Johor.

6. Empangan dan loji rawatan air akan menjadi milik Malaysia setelah tempoh perjanjian tamat.

7. Selain dari itu syarikat Petroleum Negara Petronas di berikan kontrak bagi membekalkan gas asli kepada Singapura.

Tuesday, 26 December 2017

Hishamudin Badut Tak Tau Tugas Menteri Pertahanan

YB Menteri Pertahanan, kalau kabinet masih belum bincang isu Baitulmaqadis, kenapa Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dah buat pengumuman untuk hantar ATM ke Baitulmaqadis?

Baru2 ini Hishammudin telah mencabar seolah2 mahu berperang dengan Israel dengan bercadang untuk menghantar ATM ke Baitulmaqadis.

Dengan kenyataan Hishammudin itu, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang berani untuk mengerahkan bala tenteranya untuk berkemungkinan bertempur dengan pihak yahudi selepas president Trump mengumumkan untuk memindahkan kedutaan  Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baltulmaqadis. Kenyataan Hishammudin dilihat sungguh berani  kerana malaysia lah negara pertama yang mengatakan Tenteranya hanya menunggu arahan dari Yang Di Pertuan Agong sahaja untuk dikerahkan. Hishammudin bercakap seolah2 malaysia lebih hebat dari Negara Turki Yang mempunyai Angkatan Tentera kedua terbesar dalam NATO dan ke14 terkuat di dunia.

Saya tidak tahu apa sebenarnya Hishammudin nak buktikan kepada parti UMNO dan pada rakyat malaysia keseluruhannya. Adakah Hishammudin fikirkan yang ATM Kita yang tidak ada pengalaman langsung dalam penerangan terbuka mempunyai kemampuan untuk menentang Angkatan Tentera Israel yang Di geruni oleh negara2 Timur Tengah? Sebagai Menteri Pertahanan sudahkah dia bertanya kepada jemaah panglima2 ATM bagaimana Israel telah mengalahkan Angkatan Tentera Bersekutu Arab semasa peperangan Arab-Israel pada tahun 1967 dulu? Seramai 20,000 Tentera bersekutu Arab (Mesir,Syria Dan Jordan) telah terkorban manakala pihak Israel kehilangan hanya 1000 anggota sahaja. Peristiwa itu adalah 50 tahun yang lalu. Tidakkah Hishammudin boleh bayangkan gergasi apakah Israel sekarang ini? Budak sekolah yang rajin membaca dalam internet pun tahu Israel mempunyai persenjatan canggih seperti ICBM dan persenjatan nuklear. Persenjatan nuklear Jericho lll ICBM mereka boleh di lancarkan sehingga jarak 11,500km. Bila2 masa sahaja boleh sampai ke Putrajaya dengan bahan nuklear seberat 1000kg. Mungkin Hishammudin kira jumlah kekuatan anggota Tentera antara Israel dengan malaysia, Mungkin angka nya agak sama. Tapi Kita sekarang bukan tahun 1400 di mana kita lawan dengan pedang, keris dan tombak dengan menaiki Gajah!

Cuba Hishammudin tanya apa TUDM ada... Israel ada  243 buah Jet pejuang, 50 buah Jet pejuang F-35, Pesawat2 stealth Yang mampu megawasi pergerakan seluruh Timur Tengah dari Udara. PTU pastinya malu nak beri tahu jumlah Pesawat yang dia ada. Kalaulah dia ada lebih dari 30 buah pun nasib baik. Itu pun tak tahu samaada Pesawat itu hanya mampu untuk perang atau hanya untuk pertunjukkan Udara di Hari Kebangsaan sahaja. Ini belum termasuk helicopter serang tempur Apache AH-64 dan lain2 Pesawat yang di miliki Israel.

Dari kekuatan tentera Darat pula Israel mempunyai 2,620 kereta kebal Yang kebanyakkan nya jenis Merkava (model Mark I, II, III and IV) berbanding dengan kereta kebal Kita dari jenis PT91buatan Poland, yang sentiasa duduk Di workshop kerana tiada bahan ganti.Belum Kita cerita tentang persenjatan NBC mereka. Pakaian melawan NBC pun Kita tidak ada.

Takut saya nak cerita kekuatan Israel yang termoden yang lain.

Hishammudin Dan Zahid tidak tahu nak kalahkan 200 orang suluk semasa insiden di Lahad Datu dulu. Ini kan pula nak berdepan dengan Israel! Kalau 22 negara Arab tidak mampu memasuki Israel, saya masih tertanya2 macam mana Hishammudin hendak melakukan.

Kami dari kalangan Veteran melihat pengumuman Hishammudin untuk berhadapan dengan Israel adalah satu drama politik UMNO yang murahan untuk memancing undi orang Islam untuk menang pilihan Raya, terutama untuk menang hati pengundi PAS. Ramai orang Melayu Islam di malaysia menganggap peperangan adalah seperti zaman lawan pedang dan tombak zaman dulu dan Hishammudin ingat dia boleh menipu pengundi yang malaysia mampu berperang.

Sekarang Hishammudin telah menukar rentaknya dan menafikan yang malaysia hendak berperang dengan Israel. Dua hari yang lepas dia kata malaysia sebenarnya hendak menjadi pasukan pengaman Di Baitulmaqadis dan bukannya nak berperang. Ini Satu lagi kenyataan yang bodoh dari Hishammudin. Penentu mengadakan pasukan pengaman bukan tugas atau kuasa mana2 negara secara persendirian. Ianya hendaklah di putus olih PBB. Jika malaysia menghantar Pasukan Tentera kita adakah Israel akan berdiam diri dan rasa kecut dengan kehadiran tentera malaysia di Baitulmaqadis? Sekali lagi saya nasihatkan Hishammudin jangan buat Lawak bodoh setaraf dengan Raja Lawak!

Hari ini saya terbaca berita Yang mengatakan kabinet masih belum membincangkan isu Baitulmaqadis! Lagi cerita Raja Lawak. Saya rasa Hishammudin tidak tahu apa tugas dia sebagai seorang Menteri dan juga tugasnya sebagai Menteri Pertahanan. Hishammudin seolah2 hendak menjadi Panglima Angkatan Tentera kot.

Saya tidak mahu mengkritik ATM di sini tapi saya sedih melihat keadaan sekarang. Sebagai Menteri Pertahanan, Hishammudin harus berkerja keras bukan sahaja untuk mendapat sokongan anggota ATM dengan memberi gaji yang lumayan tetapi Hishammudin wajib memastikan ATM mempunyai peralatan perang yang cukup dan boleh berfungsi semasa perang.  Memastikan Setiap anggota Tentera dilatih dengan betul dan sentiasa bersiap siaga dari segi ilmu, kemahiran, mental dan paling penting keimanan dan jatidiri.

Angkatan Tentera bukan pasukan seperti RELA. Dan Jangan sekali2 membuat nya seperti RELA. Panglima2 tentera harus di pilih dari mereka yang betul2 faham tentang peranan mereka, bukan kerana mereka suka menyokong orang politik. Angkatan Tentera adalah insuran nyawa bagi sebuah negara. Jika insuran itu tidak mampu untuk membantu dalam keadaan susah, maka lumpuh lah Negara itu.

Saya yakin dan percaya, ATM adalah satu organasasi yang berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Raja dan Negara. Janganlah orang politik mahupun dari perkhidmatan awam am cuba merendahkan martabat mereka hinggakan mereka tidak bermaya.

Saya telah sebutkan dulu dan saya tegaskan sekali  lagi disini, Kerajaan hendak lah mentadbir mengikut Keluhuran undang2 atau RULE OF LAW. Wasiat Raja2 Melayu no.3 yang di buat pada 5 Ogos 1957 hendaklah di di fahami oleh semua. Perkara 41, 132, dan 137 hendaklah difahami dan jangan sekali2 di salah ertikan dan disalah gunakan seperti apa yang sedang belaku sekarang.

Hishammudin, saudara hanya menunjukkan kebodohan saudara pada Rakyat dan dunia luar.. jangan lah jadi Pak Pandir. Ingatlah, setiap anggota Tentera yang rendah pelajaran mereka pun boleh berfikir bahawa cara saudara bercakap adalah seperti menyuruh anggota Tentera bunuh diri Di Baitulmaqadis.

Saya sebagai Veteran ATM rasa sangat2 kecewa dan sedih melihat keadaan ATM di gunakan oleh orang politik. Bukan untuk negara tetapi untuk kepentingan kedudukan politik. Ingat, ATM bukan hak milik parti politik tapi adalah hak milik Rakyat. Rakyat Yang membayar gaji mereka. Dan menurut Perkara 132 perlembagaan persekutuan, secara social contract, rakyat telah meletakkan ATM sebagai perkhidmatan awam yang teratas Dan terkanan sekali dan perlembagaan persekutuan telah mengakui bahawa mengikut Perkara 41, ATM bertanggonjawab terus kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai Panglima tertinggi mereka.

Saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi ATM bukan sahaja dari musuh tetapi juga dari pemimpin yang zhalim. Aameen.

Wassalam

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)
24 Disember 2017

Thursday, 21 December 2017

Kehujahan Hadith yang Tiada dalam Kitab : Satu Perbincangan" - Dr Rozaimi Ramle jawab Syeikh Nuruddin Banjari

  Berikut adalah respon balas rasmi Dr Rozaimi Ramle terhadap syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Nuruddin Banjari terhadap isu diskusi diantara mereka berdua.
 Setelah mengulas dan menyatakan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Nuruddin Banjari itu tidak adil terhadapnya kerana dianggap berat sebelah, Dr Rozaimi telah mencadangakan syarat-syarat yang lebih mudah dan adil untuk kedua belah pihak berdiskusi seperti berikut :
 Saya telah pun menerima respon Syeikh Nuruddin Banjari tentang isu diskusi yang ingin dianjurkan oleh jabatan agama sebuah negeri. Saya mengalu-alukan kesediaan beliau untuk berdiskusi. Namun syarat yang beliau letakkan itu bagi saya adalah syarat untuk melihat diskusi ini tidak berlaku. Berikut adalah komentar saya:
 1. Beliau mensyaratkan untuk memanggil kesemua tokoh Wahabi di Malaysia dan beliau akan membawa bersama 5 atau 6 orang lain. Tuan Syeikh, kita akan anjurkan diskusi berformat. Terlalu ramai panelis akan menyebabkan diskusi tidak berfokus tambahan pula tajuk perbincangan sangat berfokus iaitu "Kehujahan Hadis yang Tiada dalam Kitab: Satu Perbincangan ". 
 Maka saya kira 2 pihak bertentang mata sudah memadai tambahan pula Tuan Syeikh merupakan seorang yang dianggap tokoh oleh aliran tradisional. Saya yakin pertemuan saya dan tuan syeikh dalam majlis diakusi terbuka dapat memberi impak yang baik kearah budaya ilmu dan perbincangan kritis. Tambahan pula saya bukanlah tokoh wahabi. Jika ingin diskusi dengan tokoh wahabi elok Tuan Syeikh jemput mereka secara berasingan. 
2. Tajuk yang dicadangkan ialah: Kehujahan Hadith yang Tiada dalam Kitab: Satu Perbincangan" kerana ini yang menjadi isu antara saya dan beliau. 
3. Diadakan secara terbuka. Ini saya setuju dan ia merupakan syarat saya juga. Pegawai kerajaan juga dibenarkan untuk hadir diskusi ini seperti diskusi Abu Syafiq dan Salman Ali tempoh hari. 
4. Manakala syarat beliau siapa kalah letak jawatan ini bagi saya syarat yang pelik. Mengapa pelik?
• Pertama, siapa yang akan jadi pengadil?
• Kedua, bagaimana nak pastikan pengadil ini tidak bias kepada Tuan Syeikh atau kepada saya?
• Ketiga, siapa pula yang akan memilih pengadil dan apa syarat kelayakannya?
• Keempat, ia syarat berat sebelah kerana Tuan Syeikh tiada jawatan rasmi dalam kerajaan Malaysia sekadar pengetahuan saya.
 Bagaimana jika Tuan Syeikh kalah? Tuan Syeikh juga ingin letak jawatan? Jika benar Syeikh juga akan letak jawatan, saya bimbang ia menjadi pertaruhan yang menghampiri perjudian. Begitu juga, pensyaratan bagi pihak yang tewas untuk meletakkan jawatan adalah berat sebelah dan sukar diterima akal sepertimana saya juga tidak bersetuju dengan syarat sekiranya Tuan Syeikh yang kalah perlu kembali ke negara asal, Indonesia.
 Berkaitan isu pertaruhan tauliah pula, saya sememangnya tidak mempunyai tauliah mengajar melainkan sedikit sahaja seperti Perlis. Ia juga syarat tidak adil dan tahsil al-hasil.
Saya anggap diskusi ini bukanlah pertandingan atau perjudian, kalah atau menang biar penonton masing-masing menilai. Yang penting kita sama-sama membentangkan hujah.
5. Setelah menilai video klip Tuan Syeikh dan meneliti syarat-syarat luar biasa yang dikemukakan, saya berpandangan ini semua tidak lebih daripada satu sandiwara dan usaha agar pertemuan diskusi ini tidak dilangsungkan.
 Dalam konteks ini, saya memuji dan memandang tinggi Ustaz Engku Ahmad Fadzil dalam wacana saya dengan beliau sebelum ini. Kendati usia beliau yang masih muda, sosok tokoh ini memperlihatkan kewibawaan, keberanian dan keihkhlasan dalam nak berwacana dengan individu yang berbeza pandangan. Ciri-ciri yang amat sukar di cari di kalangan mereka yang mengaku datang dari kelompok majoriti.
 Alhamdulillah diskusi saya dengan beliau berjalan lancar dan semua pihak boleh menilai segalanya.
 6. Seperti mana diskusi saya dengan Ustaz Engku Ahmad Fadzil sebelum ini, saya adalah satu orang yang komited dalam menjayakan wacana ilmiah dan bukan sekadar sandiwara. Oleh yang demikian, wakil rasmi saya akan cuba menghubungi tuan syeikh dalam tempoh 24 jam ini bagi menunjukkan keseriusan saya dalam hal ini.
Syarat saya untuk diskusi ini mudah:
1. Saya dan Syeikh Nuruddin Banjari menjadi panel untuk diskusi ini. 
2. Diskusi dibuat secara terbuka. 
3. Format diskusi dipersetujui oleh kedua pihak.
 Harapan saya agar diskusi ini jadi kenyataan tanpa syarat berat sebelah. 
Sekian, 
Dr Rozaimi Ramle

Monday, 4 December 2017

Bangsa Rom menurut al-Quran dan hadis

Rom adalah suatu bangsa yang  kewujudannya dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Sejarah membuktikan sebelum kelahiran nabi Muhamad s.a.w. Rom dan Parsi mendominasi tamadun manusia pada ketika itu. Ketika Rom dikalahkan oleh Parsi umat Islam berdukacita. Namun selepas Rom mengalahkan Parsi beberapa tahun selepas itu umat Islam bergembira.
Al-Quran telah mengabadikan peristiwa ini dalam surah al-Rum (  الروم ). Ia menjadi isyarat bahawa Rom adalah suatu bangsa yang perlu diberi perhatian dari sudut kekuatan dan beberapa kelebihan yang ada pada mereka. Allah berfirman :
الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) 
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)
Maksudnya : “ Alif  Laam Miim  (1) Telah dikalahkan bangsa Rum  ( 2 ) Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang ( 3 ) Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah urusan sebelum dan sesudah ( mereka menang ) Dan hari tu bergembiralah  orang-orang yang beriman ( 4 ) Kerana pertolongan Allah . Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang ( 5 ) ( Surah al-Rum : 1-5 )
Umat Islam bergembira dengan kemenangan Rom
Kata al-Qurtubi umat Islam gembira dengan Rom mengalahkan Parsi kerana Rom adalah ahli kitab. Sementara itu Quraisy Mekah berdukacita dengan kekalahan Parsi kerana mereka dan Parsi bukan ahli kitab yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. ( al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, hlm. 197/9 )
Ini bermakna umat Islam berkongsi kegembiraan di atas kemenangan ini kerana Rom beragama nasrani yang diturunkan kitab Injil  dan umat Islam mempunyai kitab al-Quran. Akidah Rom lebih dekat akidah dengan umat Islam. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api dan Quraisy sembahan mereka adalah patung berhala. Kedua-dua akidah ini sangat jauh daripada petunjuk Allah seperti  yang diturunkan kepada nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w.
Siapakah Rom ?
Berkata ibn Kathir Rom berasal daripada keturunan al-´Iss bin Ishaq bin Ibrahim. Mereka juga dikenali Bani  al-Asfar dan mereka beragama seperti bangsa Yunan. Yunan pula berasal daripada keturunan Yafis bin Nuh. Mereka menyembah bintang yang tujuh. Rom ini beragama Yunan selama 300 tahun sehingalah kebangkitan nabi Isa a.s. ( Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, hlm. 306/6, Dar al-Toyyibah )
Hal ini dinyatakan juga oleh Syeikh Muhammad Hassan bahawa Rom pada masa kini adalah keturunan Bani Asfar iaitu Amerika dan Eropah. ( Durus li al-Syeikh Muhammad Hassan, Muhammad bin Ibrahim).Manakala Dr. Maza berpendapat Rom adalah bangsa Eropah. (http://drmaza.com/home/?p=1954)
Empat ciri yang baik 
Terdapat kelebihan Rom berbanding bangsa selain mereka. Dr. Maza dalam artikelnya menerangkan beberapa kelebihan tersebut.
“Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w “
“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).
“Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid “:
“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”. (http://drmaza.com/home/?p=1954)
 
Dalam hadis sahih riwayat Abu Daud dan lain-lain menerangkan umat Islam akan bergabung dengan Rom untuk menewaskan musuh bersama. Namun hadis-hadis ini tidak menerangkan siapakah musuh umat Islam dan Rom ini. Rom dan umat Islam akan menang dan mendapat harta rampasan perang. 
Seterusnya pada hadis sahih yang lain menerangkan Rom akan berkhianat dan akan menentang umat Islam dan terjadinya al-Malhamah al-Kubra ( Perang terbesar dengan kehadiran 960.000 tentera Rom). Akhirnya umat Islam akan memenangi peperangan ini.

Friday, 1 December 2017

Dr Mahathir akan fail semakan kehakiman berhubung laporan RCI forex

Dr Mahathir Mohamad memberikan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal urus niaga mata wang Bank Negara Malaysia tempoh sehingga Jumaat untuk menghentikan edaran laporannya.

DR Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dagangan mata wang asing agar menghentikan pengedaran penemuannya atau bekas perdana menteri itu akan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menyekat laporan itu.
"Kami bercadang menulis kepada Sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka menghentikan pengedaran atau menerbitkan laporan semasa, sehingga mereka memasukkan kesemua 495 muka surat (penyerahan bertulis Dr Mahathir) ke dalam laporan tersebut," kata peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla.

"Kami akan memberi mereka tempoh sehingga Jumaat bagi memberi respons positif, sekiranya gagal kami akan menghantar permohonan semakan kehakiman melarang penerbitan laporan 'separuh masak' dan mengelakkannya daripada diberikan kepada pihak istana, Parlimen dan orang awam secara tidak adil dan tidak jujur dalam melaksanakan agenda politik (Perdana Menteri) Najib Razak," katanya.

"Pesuruhajaya tidak jujur kepada Agong dan orang awam. Mereka tidak mengemukakan sekurang-kurangnya separuh daripada apa yang sepatutnya dikemukakan dalam laporan itu, malah tidak memasukkan penghujahan oleh Anwar," kata Haniff kepada The Malaysian Insight.

"Ia mengelirukan kerana orang ramai tidak mengetahui bahan dan hujah yang diberikan oleh peguam Dr Mahathir terhadap perkara yang dianggap bukti oleh RCI dalam laporannya."

Keterangan bertulis Dr Mahathir berjumlah 256 muka surat, termasuk hujah terhadap penglibatannya dalam kerugian forex, yang RCI simpulkan menjadi RM31.5 bilion, antara 1992 dan 1994.
Baki 239 muka surat adalah permohonan tajuk perbincangan dalam bentuk bertulis.

Antara lain, mereka meminta bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Murad Khalid disoal oleh peguam pemerhati, dan panel RCI yang diketuai oleh Pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan, dihalang daripada membuat sebarang kesimpulan sebelum sesi pendengaran selesai.

Haniff berkata RCI merumuskan semua permohonan dalam tiga muka surat, dan transkrip pertanyaan lisan oleh panel, pegawai dan peguam pemerhati juga hilang daripada laporan itu.

"Tiada transkrip balasan Dr Mahathir yang menjawab soalan. Bagaimana rakyat akan menentukan kesahan keputusan RCI sedangkan mereka tidak mempunyai akses kepada transkrip, yang secara sengaja ditinggalkan?

Kerugian forex: BN Mahu Mendakwa Tun M

Masih ramai percaya RCI kerugian forex BNM ditubuhkan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengkritik tegar Perdana Menteri Najib Razak.

JIKA Barisan Nasional (BN) meneruskan tindakan untuk mendakwa Dr Mahathir Mohamad berkaitan kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) 30 tahun lalu, ia dijangka akan mencetuskan tindak balas negatif daripada rakyat yang akan memburukkan lagi BN.

Ini kerana, kebanyakan rakyat percaya bahawa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian itu, hanyalah berunsurkan politik.

Mereka berkata sementara pentadbiran Najib sibuk menyiasat kerugian urus niaga wang asing bank pusat itu yang berlaku bertahun lalu, ia lembap pula dalam siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul dua tahun lalu.

“Jadi, dengan membawa Dr Mahathir ke mahkamah, BN akan berdepan tindak balas dalam pilihan raya kerana beliau masih sangat dihormati di negara ini atas jasanya membina Malaysia moden,” kata penganalisis politik bebas Dr Andrew Aeria yang juga bekas profesor madya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Adakah BN mahu mengambil risiko dengan menjadikan Dr Mahathir seorang syahid?”

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata RCI itu kelihatan seperti ada unsur politik kerana tidak ada tindakan diambil terhadap skandal 1MBD.

“BN tidak boleh menggunakan RCI itu sebagai amunisi. Ia amunisi yang tidak ada kesan,” kata Hisommudin.

“BN sudah hilang kewajaran untuk bercakap tentang tadbir urus yang baik ketelusan dan rasuah,” kata Faisal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Terlalu banyak tuduhan terhadap orang di dalam kerajaan tetapi masih tidak ada tindakan terhadap mereka. Tetapi bila ia membabitkan pembangkang, tindakannya cepat dan cekap,”

Pengkritik mempertikaikan begitu pantas dan cekap kerajaan menyiasat kerugian forex itu berbanding kerugian dalam 1MDB dan agensi kerajaan lain seperti Mara dan Felda.

Ia berbeza dengan kes 1MDB, di mana polis masih belum melengkapkan siasatan mereka walaupun pendedahan berlaku penipuan dan pengubahan wang haram mula timbul pertengahan 2015.

Kekurangan tindakan menghukum di Malaysia berhubung 1MDB sangat berbeza dengan Singapura, yang memenjarakan pegawai bank dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.

Sementara itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan memohon untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 bilion dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

Satu kajian dibuat badan anti rasuah terhadap urus niaga dan kerugian 1MDB mendapati syarikat itu ditubuhkan untuk mencuri berbilion ringgit daripada rakyat Malaysia.

Hisommudin dari Ilham Centre berkata sebarang cubaan untuk mendakwa Dr Mahathir akan menarik undi simpati daripada pengundi atas pagar, yang membentuk 30% hingga 40% daripada daftar pengundi.

“RCI itu tidak ada daya tarikan dalam kalangan rakyat ketika kami menjalankan kaji selidik di Kuala Selangor, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

“Kerana ia isu yang kompleks dan berlaku terlalu lama dulu, jadi rakyat tidak rasa dekat dengan isu itu,”

Monday, 27 November 2017

Kesan PRU 14

👦💀Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy".

Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.

😹Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).

💩Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :

25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.

😈Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.

😍UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.

Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.

😈Bagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.

Semasa PRU12 belum lagi ada kes :

🔴 1MDB
🔴 GST
🔴 RM2.6B
🔴 Harga barangan naik.
🔴 Harga minyak tak menentu.
🔴 Matawang merundum.
🔴 Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
🔴 Biasiswa MARA tiada.
🔴 Subsidi pelajaran di potong.
🔴 Subsidi kesihatan di potong.
🔴 Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
🔴 Akta MKN.
🔴 Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
🔴 Pembuangan pekerja yang ramai.

Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.

Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah.

Dan jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar.

Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi sahaja.

🙅TERPULANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU, jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka mereka akan mengekalkan UMNOBN.

😁JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi Parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti.

😉Dalam BN, hanya UMNO sahaja membawa suara Melayu.

😉Tetapi di dalam Pembangkang hanya DAP sahaja mewakili suara CINA.

📌Dan juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNOBN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan bukan UMNO perintah, Penang bukan UMNO perintah dan Selangor juga bukan UMNO perintah. Steady je Melayu di sana.

📌Yang akan menjadi MELARAT adalah pemimpin-pemimpin UMNO / BN yang akan di bawa kemuka pengadilan.

📌SAJA NAK BAGITAU, SEKIRANYA UMNO BN kalah, PERDANA MENTERI tetap MELAYU.

📌Agama rasmi negara ini tetap ISLAM.

📌Bahasa kebangsaan tetap bahasa Melayu.

📌RAJA-RAJA MELAYU tetap bersemayam di singgahsana.

#VIRALKAN

Saturday, 11 November 2017

Cybertrooper Umno marah dapat powerbank "cap ayam"

BARU-BARU ini, Biro IT Umno yang diketuai oleh Ahmad Maslan, mengumpulkan ribuan askar maya (cybertrooper) untuk mengampu dan menyokong Umno di internet terutama di media sosial, sempena PRU14 Tidak lama lagi.

BACA — Khairy Jamaluddin suruh cybertrooper Umno guna teknik copy paste supaya nampak bijak.

Difahamkan dalam majlis yang diberi nama "Konvensyen media sosial Umno" itu, setiap seorang peserta diberikan pakej barangan untuk memudahkan kerja-kerja mereka menjadi "machai" Umno dan Barisan Nasional.

Antara barangan yang diberikan ialah, simcard Celcom, T Shirt, sebuah buku, dan powerbank. Salah seorang sahabat yang pergi ke majlis itu memaklumkan mereka juga diberikan telefon pintar jenis Samsung J7 Pro.

Namun baru seminggu majlis itu berlangsung, sudah ada cybertrooper yang meluahkan rasa tak puas hati, kerana mendakwa powerbank yang mereka terima adalah "cap ayam".

Mana tidaknya, baru guna untuk charge handphone dalam 10 minit, dah "kong".

Rupa-rupanya bukan rakyat sahaja kena tipu dengan Umno dan Barisan Nasional, machai dan pendukung yang pertahankan mereka pagi petang siang malam di facebook pun kena kencing juga kahkahkah...

Dari blog Milo Suam

Monday, 6 November 2017

Tidur ... Tidur... Tidur...

Apakah itu Hailulah, Qoilulah dan A'ilulah ???
1- Hailulah ialah tidur selepas solat subuh (orang yang tidak bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam)     
   
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Kongsikan dengan rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan supaya tak lalai.

Bil letrik naik lagi?

Tun Dr. Mahathir acapkali bertanya kenapa 1MDB membeli aset aset janakuasa elektrik (IPP) milik Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjong/Powertek) pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran kerana IPP tersebut sudah tua dan lesen mereka sudah hampir tamat. Jika dibiarkan tamat, Tenaga Nasional dapat mengambil alih stesen-stesen IPP tersebut secara percuma atau dengan kadar yang murah.

Sebagai justifikasi kenapa 1MDB membuat pembelian tersebut, kuncu-kuncu dan para pembodek Najib berkata ianya adalah untuk mengurangkan kadar bil elektrik untuk rakyat Malaysia. Dan untuk memaki lagi Tun Dr Mahathir, mereka berkata bahawa ianya adalah untuk mengambil alih kekayaan yang bakal dikaut oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir, supaya mereka tidak lagi mendapat bayaran setiap tahun melalui perjanjian lesen IPP tersebut.

Sungguh tidak masuk akal sekali alasan-alasan mereka. Dari satu sudut, Tun Dr. Mahathir sendiri berkata kenapa harus membayar dengan harga mahal? Ini menunjukkan Tun Dr Mahathir sendiri tidak mahu kerajaan membayar pada kadar yang tinggi kepada ‘kroni-kroni’ beliau.

Di satu lagi sudut, Tun Dr. Mahathir juga bertanya kenapa 1MDB begitu bodoh membeli sesuatu yang lesennya akan tamat tak lama lagi? Jika ditunggu hingga tamat lesen, harga IPP tersebut akan lebih murah.

Alasan-alasan para pembodek Najib jelas tidak masuk akal apabila kerajaan akhirnya menaikkan juga kadar elektrik di negara ini, dan IPP yang dibeli oleh 1MDB terpaksa dijual kepada syarikat asing dari China pada pulangan yang lebih murah dari jumlah hutang yang diambil.

Sunday, 5 November 2017

SKANDAL FGV LEBIH BESAR DARI IMDB?

RAKYAT SENTIASA DIPERBODOHKAN OLEH NAJIB DENGAN MENGUMPAN DEDAK..

Skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) lebih besar daripada skandal yang menyelubungi 1MDB kerana ia memberi kesan kepada lebih banyak orang, kata ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

"Terdapat kecenderungan semua orang dalam pembangkang memberi tumpuan kepada 1MDB, tetapi ada lebih banyak perkara tak masuk akal dan bukan hanya 1MDB sahaja.

"Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah FGV," kata Jomo dalam forum bertajuk "Membayangkan Masa Depan: Malaysia Mendepani PRU14" di Bangsar hari ini.

Beliau menegaskan bahawa peneroka Felda mengambil bahagian dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) terbesar dunia dengan FGV pada pertengahan 2012, tetapi kini harga saham berkenaan kurang daripada 40 peratus daripada nilai asal.

Ini katanya, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'merasuah' peneroka antara lain dengan menghapuskan hutang penanaman semula sebanyak RM5,000.

"Ini menggariskan betapa sensitifnya isu itu," katanya.

Beliau menegaskan terdapat skandal lain di Malaysia selain 1MDB dan FGV, termasuk isu Gatco di Negeri Sembilan.

Sementara itu Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad yang turut menjadi ahli panel menafikan bahawa pembangkang hanya memberi tumpuan kepada 1MDB.

Dzulkefly berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) juga memberi tumpuan kepada kos sara hidup, GST, skandal Mara dan banyak lagi, termasuk FGV.

Ketika FGV pertama kali disenaraikan, harga sahamnya ialah RM4.55 sesaham. Ia kini disenaraikan pada RM1.83 sesaham.

FGV juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun lalu selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad direhatkan, dan Ketua Pegawai Kewangannya, Ahmad Tifli Mohd Talha bersama dua anggota pengurusan kanan lain digantung.

Pembangkang 'tidak cekap'
Sementara itu, Jomo berkata BN mungkin memperkukuhkan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya perkara-perkara itu kekal seperti sekarang.

"Bukan sebab BN, Umno atau perdana menteri sangat kuat. Sebaliknya keadaan pembangkang yang tak cekap," katanya.

Katanya, pertandingan tiga penjuru akan membuka jalan kepada BN memperolehi majoriti dua pertiga dengan memberikan mandat besar kepada pemerintah untuk memperbaharui undang-undang sesuai dengan kepentingannya.

"Pembangkang kerana tidak dapat bersatu akan memberikan kerajaan ini, yang boleh dikatakan kerajaan paling korup yang pernah kita alami dalam hidup saya, mandat yang lebih kuat.

"Inilah malangnya, dystopia yang kita hadapi (pada masa akan datang)," kata Jomo.

Friday, 3 November 2017

VETERAN IKRAR PERTAHAN TUN M

Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab, presidennya Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata pihaknya berikrar akan terus "mempertahankan dan melindungi" bekas perdana menteri itu.

"Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan Raja-Raja," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan menarik balik pengawal peribadi Mahathir Rabu lalu adalah langkah terbaru dikenakan terhadap negarawan itu sejak beliau menjadi pengkritik kerajaan dan pengerusi gabungan parti pembangkang.

Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya juga ditamatkan, manakala khidmat polis pengiring juga ditarik balik.

Mohd Arshad berkata keputusan itu adalah "amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah serta merendahkan" bekas pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun dan membawa banyak kemajuan ekonomi kepada negara.

"Para pemimpin dunia memberi perhatian yang tinggi kepada beliau dan Malaysia pernah mendapat penghormatan semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan global 1998, tindakan Mahathir menyelamatkan ekonomi kita.

"Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh kerajaan," kata Mohd Arshad.

Katanya, anggota persatuan bekas tentera itu akan menyalahkan kepimpinan negara sepenuhnya sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku kepada Mahathir.

Tuesday, 31 October 2017

Hadi Yang Perlu Bertaubat

ARTIKEL TERBARU TUN MAHATHIR
31 Oct 2017

" HADI PERLU BERTAUBAT "

1. Hadi suruh saya bertaubat.

2. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri.

3. Allah melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa)

4. Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. Allah SWT melarang perbuatan mengkafir dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan PAS apabila bekerjasama dengan DAP.

5. Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid.

6. Apa hak Hadi dan apa hak PAS mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan menjadi ahli PAS sahaja barulah seseorang itu beragama Islam. Apakah 1.7 billion orang Islam diseluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti PAS.

7. Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keIslaman ibubapa mereka. Ada di antara orang PAS yang menidakkan keIslaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.

8. Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

9. Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.

10. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat.

11. Allah tegah perbuatan kerosakkan.

12. (Surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86)

13. Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.

14. Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal.

15. Sekarang Hadi sedang mempertahankan rasuah dan seleweng wang oleh Najib. Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Najib dan UMNO walaupun dimasa yang sama PAS akan kalah.

16. PAS bersendirian tidak pernah menang selain dari peringkat negeri. Diperingkat pusat PAS hanya mampu jadi rakan kecil di antara pembangkang.

17. Tetapi PAS akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.

18. Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.

19. Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya.

20. Sesungguhnya Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan Amanatnya.

Saturday, 28 October 2017

Pembohongan Najib Dalam Bajet

Dua PEMBOHONGAN Najib TERBONGKAR dalam masa tak sampai 5 JAM. Satu PEMBOHONGAN BARU. Dan satu lagi PEMBOHONGAN LAMA.

Pembohongan BARU mungkin semua dah tahu. Pengumuman Najib MEMANSUHAN TOL Batu Tiga dan Sg Rasau Shah Alam. Sedangkan konsesi kedua dua lebuhraya tersebut tamat pada tahun 2018. Lagi 2 bulan.

Manakala PEMBOHONGAN LAMA, konon nya TOL PLUS adalah kesilapan lampau Tun yang kesan nya di tanggung oleh kita sehingga hari ini. Yang kononnya cuba di perbetulkan oleh Najib.

Sila baca kenyataan rasmi PLUS di bawah. Bila dan siapa yang LANJUTKAN konsesi PLUS setelah ianya TAMAT pada tahun 2011?.

Dari wall Mohd Hanizam Yunus

Thursday, 26 October 2017

Pahlawan Bugis


(Tun Dr Mahathir)

1. Saya tidak pernah kata orang Bugis semuanya lanun. Yang saya kata ialah Najib mungkin berasal dari lanun Bugis.

2. Sedutan dari ucapan itu berbunyi, “Ya lah, mungkin kerana dia yang berasal dari lanun Bugis.”

3. Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa ia adalah pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri. Najib pencuri besar dan dikenali sebagai penyamun oleh seluruh dunia.

4. Apakah orang Bugis dapat menyambut baik bahawa penyamun ini seorang pahlawan berketurunan Bugis.

5. Di Malaysia ada raja yang berketurunan Bugis. Ada Melayu yang berketurunan lanun. Tetapi tidak ada Melayu yang merompak duit berbillion yang dakwa mereka adalah pahlawan Melayu.

6. Yang kita lihat sekarang ialah seorang perompak Melayu yang mendakwa dirinya pahlawan Bugis.

7. Saya tidak fikir orang Bugis boleh berbangga dengan seorang penyangak mendakwa ia adalah pahlawan Bugis.

Darul Penyangak

1. Kita sekarang berada dalam negara penyangak atau kleptokrasi. Dalam Darul Penyangak pemerintah mencuri. Cara mencuri ini berbeza tetapi matlamatnya sama. Matlamatnya ialah mencuri duit rakyat dengan cara halal dan lebih kerap dengan cara haram.

2. Demikian 1MDB. Syarikat ini ditubuh khusus untuk mengadakan wang untuk dicuri. Prosesnya mudah. Syarikat pinjam berbillion Ringgit dengan jaminan Kerajaan. Duit itu dilabur dalam syarikat yang tidak wujud yang memiliki telaga minyak hanya dalam kertas. Sebenarnya duit itu dimasuk ke dalam akaun orang tertentu, dipindah dari sebuah bank ke sebuah bank, di negara-negara yang berlainan. Akhirnya duit itu terdapat dalam akaun MO1.

3. Apabila MO1 ditanya dari mana datangnya duit berbillion itu, jawapannya mudah sahaja. Arab derma.

4. Dan AG pun mengesahkan. Tidak ada apa-apa salahlaku. Dan ini disahkan pula oleh MO1 iaitu oleh pencuri sendiri. Kes tutup.

5. Dalam cara yang halal, cukai GST diadakan, subsidi dihapus dan lain-lain. Halal dari segi undang-undang. Tetapi bagi rakyat, kesan tidak berbeza dari curi.

6. Dalam negara Darul Penyangak pula, jabatan-jabatan sibuk mencari duit. Jabatan Cukai menyerang syarikat kerana kononnya tidak bayar cukai. Syarikat jelas bahawa semua cukai sudah dibayar. Resit dan buku akaun ditunjuk.

7. Tetapi jabatan cukai dakwa ada cukai yang belum dibayar selama 10 tahun ke belakang. Jumlahnya ialah 50 million Ringgit. Bayar 50 million atau tindakan akan diambil.

8. Jika bantah, atau dakwa di mahkamah, sementara itu semua duit dalam bank dibekukan. Syarikat tidak dapat berniaga. Nak bayar gaji pun tak boleh. Sudah tentu tak dapat bantu parti lawan. Yang akhir ini ialah tujuan utama.

9. Jabatan pencegah rasuah pula menuduh seteru pemerintah terlibat dengan rasuah. Sementara bukti dicari tertuduh ditangkap dan dihadiah baju oren bertulis “lokap”. Pemberita dijemput untuk ambil gambar. Masyarakat dapat lihat penjenayah yang belum terbukti salah.

10. Sekali lagi beku akaun bank. Duit beku tidak boleh diguna untuk politik. Terselamatlah penyangak Darul Penyangak.

11. Banyak lagi cara yang diguna untuk samun duit rakyat sama ada dalam syarikat, peribadi atau dengan cukai atau bayaran ciptaan. Bekalan elektrik boleh dipotong kerana kononnya pengguna merosakkan meter. Bekalan boleh disambung jika ratusan ribu dibayar kerana kononnya mencuri tenaga elektrik.

12. Sementara itu jika penyangak yang menguasai Darul Penyangak diketahui jelas melesapkan berbillion wang pemerintah, badan-badan tertentu tidak berbuat apa-apa. Walaupun dunia tahu penyangak yang memimpin mencuri, walaupun laporan dibuat oleh Bank Negara, BPR dan PAC yang jelas membukti siapa yang mencuri tidak ada apa tindakan diambil.

13. Maka hidup mewahlah kepala penyangak dan anak penyangak dan konco-konco.

14. Malangnya duit yang disauk adalah duit yang dipinjam. Dan pinjaman mesti dibayar. Tak mengapa. Jual bond. Cukup laku kerana banyak dana simpanan rakyat dikuasai oleh penyangak. Maka dana seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain pun beli dan pemerintah Darul Penyangak pun dapat bayar hutang lama dengan hutang baru. Dengan itu Darul Penyangak masih menanggung hutang.

15. Jika duit yang dari hutang baru tidak mencukupi, tak mengapa. Negara boleh dijual. Sekeping demi sekeping boleh dijual. Hasil jualan diguna untuk bayar hutang dan sebahagian lagi disapu oleh penyangak.

16. Dengan itu selesailah hutang. Tetapi Darul Penyangak sudah dimiliki orang. Dan rakyat pun jadi hamba kepada pemilik negara yang baru.

Tun Mahathir

Tuesday, 24 October 2017

Najib ni dah gila

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)  Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30=
RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN  DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.
#SELAMATKANMALAYSIA
#BINA SEMULA NEGARA

Saturday, 21 October 2017

Cara Kleptokrat merompak wang Felda?

DAHSYAT PENDEDAHAN RAFIZI MENGENAI Grand Plaza Kensington Hotel MILIK FELDA

Lesap duit Felda sudah RM1billion? Beli hotel daftar atas nama sykt yg hampir sama namanya iaitu FCI London Hotel PTE Limited yg didaftarkan di British Virgin Island yg BoD nya dirahsiakan mengikut undg2 BVI. Kononnya itu anak sykt Felda dan disewakan pula kpd anak sykrt Felda yg lain? Tapi isytihar konon dibeli oleh anak syarikat Felda yg sah iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB). Satu lagi penipuan?

FCI Hotel London PTE Limited kemudiannya terbatal pendaftaran sbb tak byr yuran sykt pada May 2016. So ke mana sewa dibyr?? Felda hilg pemilikan hotel berharga RM330 juta tu?? Ada lagi pemilikan hartanah lain yg hilg wang sudah lesap. Ia BUKAN MILIK anak sykt Felda yg sebenar. Gila duit Felda habis lesap, pemilikan hotel ghuyup tak tahu mana company yg yg owner kpd Hotel itu sbb company dulu dah tak wujud.
.
Cara Kleptokrat merompak wang Felda??

DAHSYAT...peneroka Felda dan rakyat kena kelepet lagi?

- Zus Din
19/10/2017

Friday, 20 October 2017

Najib pengkhianat negara

Mula mula ganti CEO at Proton Holding.
Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China.

Step ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding. Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat.

Step keempat terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. Contoh projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk membuat projek itu datang dari negara China.

Step kelima mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina semenjak dari 1985.  Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati hasil. Ekonomi China pesat berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia melingkup.

Step keenam China akan tukar nama hakmilik Proton ke China Proton perlahan lahan. Hanya menunggu masa. 

Step terakhir masa persidangan Umno semua perwakilan akan di ajak Najib untuk nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi di pijak milik orang, sambil nangis tersedu sedu.

Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada Dap dan Tun Dr Mahathir.

Harga yang Najib senang senang jual demi nak lenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.

Najib Tertekan

Seorang saintis politik memberi amaran Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dapat mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana masih kekurangan jumlah kerusi selamat yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah.

Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, BN akan kekal sebagai parti pemerintah jika mereka memenangi 100 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Melainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat menjadikan baki kerusi itu sebagai kerusi selamat untuk BN, mengadakan pilihan raya umum sekarang agak berisiko untuk beliau,” katanya dalam analisis yang dipetik New Mandala hari ini.

Marzuki berkata, secara realistiknya, Umno hanya berpeluang memenangi 57 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sedangkan 70 daripada kerusi itu adalah kawasan bermajoriti Melayu, di mana 70% daripada pengundi ialah orang Melayu.

Beliau berkata, 8 daripada kerusi Parlimen itu terletak di Kedah yang merupakan kubu kuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala sekurang-kurangnya 5 kerusi lain mempunyai pengaruh kuat PAS.

Katanya, sokongan pengundi bukan Melayu untuk BN sangat rendah sejak PRU13, di mana tinjauan terbaru menunjukkan tiada peningkatan sokongan bukan Melayu untuk kerajaan.

Marzuki berkata, terdapat 47 kerusi Parlimen di kawasan bermajoriti Melayu kecil di Semenanjung, di mana lebih 30% ialah pengundi bukan Melayu.

“Pengaruh PAS di kawasan ini sangat kecil dan mungkin tidak memberi banyak kesan kepada perpecahan undi Melayu.

“Di kawasan inilah PH cuba tembusi dan memberi cabaran serius kepada BN. Sesetengah kerusi Parlimen di kawasan ini sudah berada di tangan PH.”

Katanya, terdapat 48 kawasan bermajoriti bukan Melayu di Semenanjung yang boleh dianggap kerusi selamat buat pembangkang.

Beliau berkata, BN hanya mempunyai baki 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang merupakan “deposit tetap” parti itu.

Bagaimanapun, katanya, 9 daripada kerusi itu kini dipegang pembangkang, dengan 5 lagi terletak di pantai timur Sabah yang cuba dikuasai Parti Warisan Sabah.

“Kerusi ini bukan lagi kerusi selamat untuk BN. Jadi, daripada 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, hanya 43 kerusi dianggap selamat untuk BN.”

Marzuki berkata, kemenangan BN pada PRU lalu disebabkan kemampuannya membangunkan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik.

Bagaimanapun, katanya, “keadaan ekonomi sekarang tidak kelihatan baik” susulan kenaikan kos sara hidup, pemansuhan subsidi untuk barangan penting, kadar inflasi disebabkan ringgit yang lemah serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Beliau menjangkakan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini tidak dapat memberi banyak ruang kepada Najib untuk mencipta faktor “feel good” kerana “dana kerajaan semakin berkurangan, tanggungan besar dan masih perlu mengurangkan defisit bajet”.

Ini di samping skandal 1MDB yang menurut Marzuki, memberi kesan buruk kepada populariti Najib.

“Berdasarkan situasi ini, Najib mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengubah keadaan.

“Tetapi, masa mungkin tidak menyebelahinya,” katanya. – FMT

Wednesday, 18 October 2017

Antara Dajjal dan Majjal

Untuk memburu harimau didalam belantara ada beberapa teknik...

Antaranya....
buru dan tembak atau
buru dan jerat...

Apa yang saya lihat Tun menggunakan pendekatan buru dan jerat....

Belum lagi tembak....

Satu persatu najib dan orang2 nya membongkar rahsia mereka sendiri...

Hari ini umum mengetahui bahawa kesemua mereka mempunyai wang yang banyak dan lebih memeningkan kepala ialah ahli ahli umno mula berpusu pusu mahu berkongsi nikmat harta samunan tersebut...

Ini membuatkan mereka tidak dapat menyimpan tetapi sebaliknya terpaksa berbelanja lebih wang tersebut.

Malah samunan tambahan pula terpaksa dibuat dengan secara terang terangan....

Ini bukan berlaku dikalangan orang2 politik malah penjawat awam dan penguatkuasa pun turut tidak mahu ketinggalan dalam meraih kesempatan.

Tiada lagi soal malu, maruah atau dosa lagi....

Najib bukan sahaja telah menghancurkan ekonomi negara malah telah menghancurkan institusi politik dan sosial.....

Bukan calang calang orang yang mampu menyesatkan ulamak melainkan dajjal itu sendiri....

Mungkin najib belum bertaraf Dajjal tetapi taraf MAJJAL sudah selayak baginya....

Najib sudah terjerat namun adakah rakyat malaysia majoritinya adalah pengikut majjal ibni dajjal...

Saturday, 14 October 2017

Syabas Najibul Ghuyub

Tulisan terbaru Tun M

****************************
BN CELARU 2
13 Oct 2017

1. BN ternampak celaru kerana tak dapat menentukan Pakatan Harapan (PH) ini didominasi oleh siapa.

2. Najib dan UMNO berhempas pulas mendakwa jika PH menang DAP dan Kit Siang akan mengambil alih negara ini. Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan UMNO. Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar jawab DAP akan kuasai PH.

3. Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.

4. Sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada Bersatu. Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit. Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya.

5. Jangan tanya saya dari mana saya dapat satu billion. Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi 1 billion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu. Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit.

6. Yang perlu ditentukan oleh Barisan Nasional ialah siapa beli siapa. Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia.

7. Bekas wakil Transparency International di Malaysia pula cukup telus dan transparent. Tentulah dia nampak duit 1 billion yang ada pada saya. Dinding setebal 10 kaki pun, matanya boleh tembusi. Apatah lagi duit kertas.

8. Apalah sangat saya ini yang nak ditakuti. Umur sudah 92 tahun. Tak ada duit pun. Jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan 1 billion Ringgit pun. Tak pernah bangun apa pun. Tak dilayan seperti Najib oleh Presiden Amerika. Tak dapat sogok Trump dengan 90 billion Ringgit. Tidak dipeluk oleh Presiden kuasa dunia terbesar kerana menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat.

9. Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada.

10. Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map”. Tahniah.

11. Teruskan dengan kecelaruan. Tubuhkan satu lagi 1MDB. Hutang berbillion lagi. Percayalah kamu akan disokong oleh konco-konco kamu selama-lamanya.

12. Tahniah – Congrats Najib.

13. We are so proud of you.

Wednesday, 11 October 2017

Rupa rupanya Mas Sudah Bangkrap Pada 2015

Keputusan untuk tidak merujuk kes 3,600 pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja ke Mahkamah Perusahaan kerana syarikat penerbangan itu "tidak lagi wujud", kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot hari ini.

"Sekiranya syarikat itu telah bankrap atau gulung tikar, maka kami tidak boleh mengejar syarikat itu.

"Dan menurut undang-undang, kita tidak boleh mengejar individu itu (yang bertanggungjawab berhubung pemberhentian) juga," kata Riot apabila diminta mengulas mengenai perkara berkenaan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Riot sebelum ini enggan menawarkan alasan mengapa kementeriannya tidak merujuk kes tersebut ke Mahkamah Perusahaan.

MAS dijenamakan semula sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada tahun 2015, selepas ia dinyah-senarai dan operasinya diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd.

Sebagai sebahagian daripada pelan menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu, Khazanah membuang 6,000 pekerja - separuh daripada mereka adalah anak kapal kabin.

Akta Penerbangan Malaysia Berhad (Pentadbiran) 2015 diluluskan di Parlimen untuk menyelaraskan pembuangan kakitangan itu.

Menurut Riot, kementeriannya dan pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, telah mengeluarkan surat dengan penjelasan penuh mengenai perkara itu.

Wednesday, 27 September 2017

Janda Malang Dipermain Negro

Kuala Lumpur: Hasrat seorang janda hartawan berasal dari Brunei untuk bertemu kekasih yang di kenali melalui laman sosial sebaliknya menyebabkan mangsa ditipu kira-kira RM50,000 minggu lalu.
Mangsa yang berusia 61 tahun sanggup ‘menderma’ wang kepada kekasihnya itu yang menyamar sebagai lelaki warga British, namun menetap di Malaysia.
Mangsa dikatakan sanggup mengambil penerbangan ke negara ini untuk bertemu suspek dikenali dengan nama Harry Ibrahim pada Jumaat lalu selepas berkenalan sejak Jun lalu.
Malangnya suspek yang dihubungi mangsa sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seolah-olah mahu mempermainkan mangsa apabila menyedari mangsa tidak membawa tambahan RM30,000 seperti diminta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Mortadza Nazareene berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dari Polis Diraja Brunei (PDB) selain kerjasama diberikan tiga anak mangsa.
“Anak mangsa membuat laporan polis selepas ibunya enggan mempercayai nasihat mereka yang yakin lelaki dikenali mangsa adalah ahli sindiket penipuan cinta melalui Internet.
“Bagaimanapun, ibu mereka tidak percaya sebaliknya yakin lelaki itu seorang ahli perniagaan syarikat perkapalan berpangkalan di Jerman dan berasal dari United Kingdom,” katanya dalam sidang media di Bukit Perdana semalam.
Mortadza berkata, mangsa sebelum itu sudah menyerahkan wang tunai RM50,000 kepada suspek melalui dua akaun bank tempatan yang diberikan suspek.
“Teman lelaki mangsa mendakwa menghadapi masalah perniagaan dan meminta bantuan kewangan dari mangsa.
“Susulan laporan PDB itu, sepasukan anggota daripada JSJK diarahkan menjalankan risikan di KLIA untuk mengesan suspek.
Bagaimanapun suspek tidak hadir sebaliknya membiarkan wanita itu menunggu lebih tiga jam termasuk diarahkan ke Puchong,” katanya.
Beliau berkata, polis bagaimanapun berjaya menjejaki suspek bersama dua rakannya di sebuah rumah di Mantin, Negeri Sembilan.
“Ketika serbuan dilakukan, kumpulan suspek warga Afrika itu giat menjalankan penipuan terhadap mangsa lain menggunakan akaun laman sosial sama,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang berusia 20-an itu menggunakan pas lawatan sosial dan pas penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri berkenaan.
“Siasatan mendapati akaun bank yang diterima mangsa itu adalah milik seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang dipercayai menjadi ‘keldai akaun’ kepada sindiket berkenaan,” katanya.

Friday, 22 September 2017

Tun Mahathir (Forex )vs Najib (1mdb)

FOREX
1.Modal -
2.Rugi 31Billion
3.Hutang ( 0 )
Kerajaan Tun Mahathir
-Tiada kenakan cukai GST
-Pelbagai Subsidi untuk Rakyat
-Kenaikan harga barang terkawal
-Petrol & diesel di naikkan hanya setahun skali, tidak lebih dari  5sen.
-Negara pesat membangun.
-Khazanah Negara tidak di jual & gadai
-Tidak Bebankan Rakyat
-Negara luar memuji dan menghormati Tun Mahathir
-Dan lain2.
1MDB
1.Modal 1juta
2.Untung Entah ler
3.Hutang lebih 50Billion
Kerajaan Najib
-Kenakan cukai Gst
-Subsidi di tarik balik
-Kenaikan kost sara hidup
-Segala Harga Barang keperluan naik melambong
-Petrol & Diesel Di Naikkan setiap Minggu.
-Pembangunan Negara perlahan & membangun dengan Hutang
-khazanah Negara di jual & gadai.
-Skandal terbesar Dunia
-Negara luar mengelarkan PM " kleptokrasi "
-Negara di Hina
-Membebankan Rakyat
-Macam2 lagi bole di senaraikan, tapi cukup la.
INILAH BEZANYA DI ANTARA RUGI DALAM PERNIAGAAN DAN MENCURI MASUK KE POKET SENDIRI, ISTERI & ANAK.

Wednesday, 20 September 2017

PUSH-POCKET DI KUALA LUMPUR, KLIA, LRT, MRT, KTM, MALL SHOPPING

Mesej utama yang dihantar oleh firma undang-undang di Malaysia. Ambil perhatian !!

Saya pasti anda semua telah mendengar tentang 'pick poket'. Ada satu jenayah baru yang disebut 'poket push'. Bacalah .. untuk kebaikan anda sendiri.

Jenis kejahatan baru telah muncul di bandar. Ia berlaku seperti ini: -

Seseorang memasukan telefon bimbitnya ke dalam poket anda. Ini hanya boleh jadi dompet dengan kad pengenalan dan beberapa ringgit.

Beberapa minit kemudian, 'Pemilik' muncul dan berhadapan dengan anda, 'Pencuri'. Dia membuat kekecohan besar yang anda mencuri barangnya.

Anda, ditangkap tanpa disedari, kemudian ditarik oleh Pemilik untuk penyelesaian.

Anda terancam dan mengancam anda bahawa jika anda tidak membayar, polis akan di panggil. Jika anda membayar, Pemilik akan membiarkan anda pergi. Jika tidak, polis dibawa utk menangkap anda

Satu lagi perkara yang pelik ialah sentiasa ada 'Saksi' untuk 'kecurian' anda.

Saya diberitahu ini sering berlaku kepada orang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau di stesen LRT.

Memandangkan anda "bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah", maka itu lah ada sesetengah orang miskin dalam penjara kerana 'kesalahan' ini.

Di KLIA, 'Pemilik' melontarkan telefon bimbit dan dompet dengan beberapa ringgit ke dalam troli bagasi penumpang yang baru tiba.

Drama ini dibentangkan beberapa minit kemudian. Penjahat sebenar dengan mudah meyakinan polis Malaysia untuk menangkap mangsa sebenar (jika dia tidak membayar permintaan 'penyelesaian').

Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini adalah satu lagi bentuk pemeras yang beroperasi di siang hari. Mereka adalah penjenayah yang menjijikkan yang akan melakukan apa sahaja untuk merompak dan mencuri.

Sesuatu yang jahat dari keseluruhan senario adalah bahawa kecuali anda membayar wang 'penyelesaian', mereka akan menimbulkan masalah sebenar dengan menghubungi polis.

Penjahat sebenar mendapat kembali telefon bimbit dan dompetnya tetapi mangsa sebenar (boleh jadi salah seorang dari kamu) dimasukkan ke dalam lokap polis dan dihukum di mahkamah.

Berhati-hati, jika tidak, mungkin anda berakhir sebagai 'pencuri' kerana anda tidak dapat membuktikan anda tidak bersalah.

Sampaikan pesanan ini supaya lebih ramai orang tahu tentang perkara-perkara seperti itu berlaku di sekeliling mereka.

Geh Cheng Lok & Co, Advocates & Solicitors

Friday, 8 September 2017

Kenapa Keris Jawa Dibelakang?

Ada beberapa teori kenapa orang jawa jaman dahulu meletakkan keris di belakang:

1. Jaman dahulu keris mereka takde sarung. Ada satu kes tu lepas menang bersilat dengan konfidennya dia selitkan kerisnya di pinggang. Nasib tak baik tersilap ejas terus tertusuk ke anu nya. Akibat peristiwa itu keris di letakkan ke belakang.

2. Jaman dahulu banyak kes panglima suka tikam raja mereka. Sebaik saja berdatang sembah di depan raja mereka pun terus cabut keris di pinggang dan menikam raja. Tapi selepas panglima tu jadi raja dia pun tukar tektik mengarahkan semua panglimanya letakkan keris di belakang. Geliga juga otak jawa ni.

3. Teori yang ketiga plak sebab nak mengadap raja kena tunduk hormat dan jalan dalam keadaan berbongkok dari pintu masuk istana sampai la ke tempat raja bersemayam. Kalau dua tiga langkah jalan berbongkok takpe la jugak. Ini 3 kilometer siot. Bayangkan jalan membongkok dalam keadaan keris tu menikam nikam anu dan perut.... Mau mati gitu je sebelum sempat beperang... Tu yang dorang angin ngan raja dorang tu. Tu yang jadi kes teori nombor 2 tadi...

Mahkamah tolak saman fitnah, Naib Ketua Pemuda Umno perlu jelas hubungan isu Mara

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kini perlu menjelaskan hubungannya dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia, selepas mahkamah menolak rayuan Khairul 30 Ogos lalu, kata Rafizi Ramli.

“Khairul sudah kalah 2 kali berturut-turut,” kata naib presiden PKR itu pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.

“Khairul sendiri setelah mahkamah bersetuju bahawa kenyataan saya bersifat berkepentingan awam dan bukannnya fitnah.”

Khairul memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi pada 30 Julai 2015, selepas naib presiden PKR itu mendakwa Khairul mempunyai hubungan dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga hartanah Mara di Australia.

Beliau membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Rafizi 20 Oktober tahun lepas.

Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel 3 hakim, bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan rayuan Khairul tiada merit.

“Dalam kenyataan asal saya, saya sebenarnya menuntut pimpinan Pemuda Umno yang dinamakan atau ada kaitan perniagaan dengan individu yang dinamakan sebagai dalang kepada urusniaga yang menipu Mara itu tampil memberi penjelasan,” kata Rafizi hari ini.

Dua tahun lalu, Rafizi mendakwa Mara terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian 4 aset di Melbourne. Empat hartanah itu ialah Dudley House, Dudley Street; 333, Exhibition Street; 51, Queen Street; dan 746, Swanston Street.

Menurut Rafizi, Khairul merupakan rakan kongsi perniagaan dengan individu tertentu yang dikaitkan dengan penerimaan komisen hasil dari penjualan bangunan kepada Mara pada harga yang berlipat ganda.

Rafizi turut menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengumumkan tindakan yang akan diambil terhadap individu Pemuda Umno yang “tidak pernah sekali pun menafikan keterlibatan beliau di dalam skandal Mara”.

“Sudah sampai masanya Khairy Jamaluddin dan Khairul menyatakan apakah tindakan yang diambil,” kata Rafizi.

Sementara itu, Rafizi, yang terkenal dengan siri pendedahan dan pendakwaan, berkata beliau akan kembali fokus kepad Mara.

“Saya juga mahu umumkan akan menumpukan kembali prestasi dan kedudukan semasa Mara bersempena pelantikan Datuk Awang Adek Hussin sebagai pengerusi Mara yang baharu,” katanya.

Awang Adek menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat memegang jawatan itu sejak 10 Ogos lepas. Beliau mula bertugas semalam.

Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...