Tuesday, 31 May 2016

Tips Menjaga Buah Pinggang

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Monday, 30 May 2016

Perubatan Cancer Mampu Dilakukan Sendiri

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Tuesday, 24 May 2016

Siapakah Imam Mahdi?

Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan lenyap dunia ini hingga Arab dikuasai oleh seseorang dari keluargaku yang namanya menyamai namaku. Dalam riwayat lain oleh Abu Daud: Namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyamai nama bapaku (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
Terdapat 40 hadith tentang Imam Mahdi. Imam Mahdi tetap akan datangwalaupun sehari sebelum kiamat. Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas’ud dari pada Nabi SAW sabdanya:
Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”
Namanya Muhammad Bin Abdullah seperti nama nabi s.a.w. Imam Mahdi ialah keturunan Nabi dari cucunya Sayyidina Hassan (anak kepada Sayyidiana Ali dan Fatimah r.a.)
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah bersabda:
Mahdi itu dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya(mancung). Ia akan memerintah bumi dengan penuh kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah selama 7 tahunRiwayat Abu Daud.
Kisah Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj
Imam Mahdi akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Di situ beliau akan dikenali (sebelum itu semasa diperjalanan beliau tidak dikenali). Orang ramai di Mekah dan Madinah akan berbaiah dengannya. Beliau akan berjuang di Syria memimpin Islam melawan Kristian. Kristian mengatakan “Nabi Isa yang benar” manakala Islam mengatakan “Nabi Muhammad yang benar.
Imam Mahdi akan keluar dari Khurasan (samada di Iran atau di Afghan) manakala Dajjal keluar dari Iraq. Dajjal akan keluar setelah keluarnyaYa’juj dan Ma’juj.
Ya’juj dan Ma’juj ialah manusia dari keturunan Nabi Nuh iaitu anaknya yang bernama Yafis. Fizikalnya hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembokbagi mengepung mereka.
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembokdi antara kami dengan mereka?
Ya’juj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Pada masa itu Imam Mahdi telah ada.
Semasa Dajjal keluar mengamuk, orang Islam sedang sembahyang Asar berjemaah di satu masjid di Damsyik, turun Imam yang diletakkan di menara masjid iaitu Nabi Isa. Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa menjadi imam dan sebaliknya, berlaku tolak-menolak sehinggalah akhirnya Imam Mahdi menjadi imam sembahyang asar. Selesai sembahyang, Nabi Isa keluar mencari Dajjal.
Dajjal tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah. Tiap-tiap jalan pintu masuk ditunggu oleh malaikat. Dajjal tidak nampak kerana hanya bermata satu. Malaikat memusingkan Dajjal apabila ia menuju ke pintu masuk. Setelah Dajjal melihat Nabi Isa, ia berlari sekuat hatinya hingga akhirnyaNabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit.
“Ia memerintah selama 7 tahun“.
Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

Monday, 23 May 2016

Tanda Besar Kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnyasepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
    • Asap,
    • Dajjal,
    • Binatang,
    • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
    • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
    • Yakjuj dan Makjuj,
    • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
    • sekali di barat dan
    • yang ketiga di Semenanjung Arab
    • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
      (H.R. Muslim)



      Tuesday, 10 May 2016

      Persidangan Nicea Memutuskan Jesus Adalah Tuhan



      "Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is NONE ELSE BESIDE HIM"

      (Deuteronomy 4:35)

      Sumber

      Terbentuknya Gereja adalah sinonim dengan Katolik, sedangkan gereja dalam kejayaannya cenderung seperti diktator dan penentu segala keputusan, hukum-hukum maupun fahaman-fahaman karut yang berakhir dengan berbagai penyimpangan dan pembohongan, para reformer hanya sekadar memprotes segala tindak tanduk penyimpangan Gereja dan sedikit merubah dari faham-faham hasil keputusan Gereja, padahal sudah jelas bahawa akibat terlalu banyak bersandar kepada keyakinan petunjuk Roh Kudus yang datang dengan sendirinya(Dan bukan berdasarkan petunjuk/hukum agama yang sudah ditetapkan) maka kuasa roh jahat (syaitan) pasti akan memimpin, tidak peduli orang suci sebagaimanapun dia.


      Bagaimana kita dapat mempercayai suatu agama yang berkembang 3 abad setelah kenabian Isa? Dari segi geografi saja sudah dapat membuktikan kelemahannya. Bagaimana mungkin Nabi Isa yang berlokasi di Timur Tengah namun ajarannya berkembang dari Eropah (Rom, Itali)? Belum lagi dari segi nama yang bermula Isa (dalam bahasa Aramaik disebut Eshoa) menjadi Jesus, Yahya menjadi Yohanes dan lain-lain. Termasuk nama pendiri agama Kristen sendiri yang berawal Saul menjadi Paulus?

      Ajaran Paulus yang banyak mengandung mitos-mitos Yunani (Greek) ini ternyata banyak sekali mendapat dukungan, dari orang-orang sekitar Mediterranean, Laut Tengah.

      Ia antaranya didukung oleh Ireneus (150 - 202 M), Tertulianus (155 - 220 M) Origens (185 - 254 M) dan Anthanasius, yaitu bapa yang melahirkan Triniti yang hidup sekitar tahun 298 - 377 M, yang ikut mempelopori fahaman Triniti dalam Persidangan Nicea tahun 325 M.

      Di belakang Anthanasius berdiri pula Santo Agustinus (354 - 430) dan Gregoryus Nyssa (335 - 394 M). Mereka, pendukung-pendukungnya ini berbincang, berfikir dan berunding, bagaimana memecahkan persoalan Tuhan itu tiga tetapi satu.

      Maka tidaklah hairan, bila kemudian terdengarkan adanya persidangan-persidangan seperti Persidangan Nicea, Persidangan Epesus, Persidangan Alexandria danm lain-lain, dimana pada tiap-tiap persidangan akan lahir pula suatu "perkembangan baru dari Tuhan," seperti penghapusan Injil-injil yang asli, pelarangan paderi-paderinya berkahwin dan seterusnya.

      Dalam zaman seperti yang disebutkan, tidak pula seluruh orang menerima ajaran gila Paulus ini, sebab pada waktu itu lahir pula golongan-golongan Nestorius (388-440 M) dan Arius (270-350 M).

      Kedua golongan ini terkenal gigihnya menentang ajaran Paulus, sambil tetap berkeyakinan bahawa tiada lain yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa, dan pertentangan mereka inilah yang akhirnya menimbulkan perburuan manusia yang tiada taranya, dimana lawan-lawan ideologinya dibunuh dengan dibakar hidup-hidup, diadu dengan singa, diseret oleh kuda ataupun dihukum pijak oleh gajah.

      Pemerintah Rom melihat adanya suatu kekecohan didalam negerinya, tidaklah tinggal diam. Kekecohan-kekecohan agama ini bila dibiarkan, kemungkinan besar akan menimbulkan suatu hal-hal yang lebih besar dan berbahaya pula. Itulah sebabnya maka pada tahun 326 M, Emperor Konstantin yang Agung segera mengadakan musyawarah atau persidangan dikota Nicea, dimana golongan-golongan Tertulianus, Origenes, Anthanasius dipertemukan dengan golongan Nestorius, Arius serta kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Gagasan pertama emperor mungkin kurang diambil berat oleh umat Nasrani, maka dari undangan yang datang ternyata tidak sampai setengahnya.



      Didalam perdebatan itu, mereka terpecah dua, iaitu golongan-golongan yang mempertahankan Jesus sebagai manusia, dan golongan-golongan yang mempertahankan Jesus sebagai Tuhan.

      Berhubung tidak adanya kata sepakat, maka emperor mengambil keputusan (dekrit?) bahwa Jesus adalah Tuhan dan manusia, atau setengah Tuhan dan setengah manusia. Gagasan ini diterima hanya dengan 2 suara, sedang penolaknya 10 suara. Berhubung yang 2 suara ini lebih dekat dengan selera emperor, maka sejarah kemudian mencatat yang 2 suara inilah yang menang, yaitu mereka yang menerima gagasan Tuhan manusia terhadap diri Jesus. Emperor kemudiannya mengadakan suatu keputusan umum bahwa semua orang harus menerima gagasannya itu.


      Apa yang berlaku sebenarnya di Persidangan Nicea?



      Pada abad ini pertikaian faham sangat sengit membakar Gereja. Arius, biskup dari Alexandria, menolak ketuhanan Jesus yang menimbulkan kemarahan sebagian besar orang-orang Kristian. Akhirnya Emperor Konstantine menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi. 1800 orang yang diundang untuk hadir dalam persidangan ini terdiri daripada 1000 orang yang berasal dari Gereja Timur dan 800 dari Gereja Barat. 22 orang rombongan Arius yang dipimpin oleh Eusebius of Nicomedia, semuanya diusir dari forum.

      Sehingga secara keseluruhan Konstantine telah mengusir keluar sekitar 1482 biskup dan hanya 318 yang diizinkan mengikuti hingga akhir. ( Dr. Henery Stbble, An Account of the Rise and Progress of Mohametanism, 1954, hal.44-45, Holy Blood Holy Grail hal.692, Arana-"Holocaust Theology" ).

      Dari 318 suara tersebut hanya 2 suara yang mendukung Arius. Persidangan pertama yang dilaksanakan pada tarikh 20 Mei sampai 25 Jun diakhiri dengan ketukan palu yang mengesahkan Mysterious Credo, yang juga dikenal sebagai Sumpah Nicea (Nicea Credo). Sumpah Nicea yang sekarang bukanlah rumusan yang disepakati pada persidangan Nicea dulu, tetapi sudah diperluas dan diubahsuai. ( Prof. Percy Gardner, English Modernism,-Apendiks I, hal.223 ).

      Yang paling penting dari semuanya, keputusan Persidangan Nicea diambil dengan cara pengambilan suara, bahwa Jesus seorang Tuhan bukan sekadar nabi yang boleh wafat. (Holy Blood Holy Grail, hal.472) Persidangan Nicea menjatuhkan hukuman pemulauan ke atas Arius (yang bertegas bahawa Jesus sekadar manusia) dan bskup lainnya yang ikut dalam persidangan tetapi menolak doktrin Triniti. Tulisan-tulisan Arius dibakar dan akan memasukkan ke penjara bagi siapa saja yang ditemui memiliki tulisannya. (Edward Gibbon, Decline and Fall of Roman Empire, vol.2, hal.693).

      Pada persidangan tersebut Jesus dinyatakan sebagai, "Tuhan dari segala Tuhan, Cahaya dari segala Cahaya, Maha Tuhan dari segala Maha Tuhan". (Hasting's Encyclopedia of Etnics & Religion, vol.4, hal.239).
      Lingkaran terpelajar masih berada di pihak Arius dan mereka telah dikekang dengan tangan besi. Dimasa itu populariti Arius mencapai puncaknya, yang dibuktikan oleh Santo Jerome sebagai berikut :

      "Seluruh dunia merasa dan terhairan-hairan menemukan dirinya sebagai penganut Arius". (Wilfred W.Briggs, Introduction to the History of the Christian Church, hal.49)

      Will Durant menulis :

      "Perdebatan sengit tentang doktrin Triniti yang diperkenalkan oleh Athanasius tidak pernah berakhir dengan adanya persidangan Nicea. Beberapa biskup masih berpihak pada Arius"

      Kelompok gereja yang masih setia kepada Sumpah Nicea disingkirkan dari Gereja; kadang kala disingkirkan oleh kekerasan penganut Triniti; setengah abad Gereja mengikuti ajaran Arius dan meninggalkan ketuhanan Jesus. Setiap bskup memiliki bukti-bukti bertulis yang mendukungnya. Pertikaian antara dua golongan ini pecah menjadi kerusuhan berdarah, dan banyak yang terbunuh. (Will Durant, Age of Faith) Pemandangan dari kekerasan yang mengerikan dan pertempuran yang menelan ribuan jiwa, merupakan perkara yang biasa selama era ini.

      Alexandria (Iskandariah), daerah tempat tinggal Arius, menjadi ladang pertikaian yang paling ganas. Gibbon mencatat, satu insiden kekerasan menelan korban "tiga ratus lima puluh jiwa". Mengenai kekejaman Gereja dalam masalah ini dibahas lengkap dalam buku Edward Gibbon (pasal 21). Dimasa pemerintahan Konstantin, merupakan era emas bagi Kristian kerana mendapatkan kitab suci Bible yang standard. Itu pun tidak mampu dikerjakan tanpa kontroversi yang dahsyat melalui persidangan-persidangan Gereja. Sebagaimana dicatat oleh Marjorie Bowen : "Kitab-kitab injil harus diubahsuai beberapa kali sebelum diterima, orang-orang yang dianggap sesat harus dihadapi, serta menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi dan di Konstantinopel tahun 381 Masehi untuk merumuskan dogma dan keimanan agama Kristian." (Marjorie Bowen, The Church and Social Progress, hal.4-5) 

      Monday, 2 May 2016

      Kesihatan: Awas 25 simptom Ini

      Informasi ini berguna untuk panduan anda semua, Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
      1. MATA : (Bertindak balas dengan keadaan hati).
      i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
      Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
      ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
      iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
      iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
      v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
      2. HIDUNG :
      Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
      i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
      ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
      iii) Bersin :
      a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
      b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
      3. BATUK :
      i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
      ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
      iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
      4. KERONGKONG :
      i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
      ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
      5. BIBIR : (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
      i) Bibir pucat
      a. Sistem penghadaman yang lemah.
      b. Perut mengandungi angin.
      c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
      ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
      6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
      i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
      ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
      iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
      7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
      i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
      ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
      8. KULIT BERPELUH :
      i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
      ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
      9. RUAM DAN BISUL :
      Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
      10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
      Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
      11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
      Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
      12. RAMBUT GUGUR :
      Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
      13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
      a) Sakit sakit Sendi
      i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
      ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
      iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
      b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
      c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
      d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
      e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
      f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
      g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
      h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
      14. TANDA-TANDA DALAMAN 
      a) Kepala.
      Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
      b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
      Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
      c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
      i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
      ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
      d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
      e) Bisul Terjadi di Kepala
      Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
      f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
      15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
      a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
      b) Muntah Darah
      i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
      ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
      16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
      17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT :
      Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
      18. KENCING :
      a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
      b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
      c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
      d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
      e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
      19. BUANG AIR BESAR :
      a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
      b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
      c) Najis Berdarah
      i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
      ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
      d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
      20. BADAN :
      a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
      i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
      ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
      iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
      iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
      b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
      c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
      d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
      21. RASA TAKUT MENGEJUT :
      Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
      22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
      23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
      24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
      i) Sistem jantung yang lemah.
      ii) Sistem saraf otak yang lemah.
      iii) Masalah pengaliran darah.
      25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

      Jangan jadi alat di akhir zaman

      Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...