Thursday, 31 March 2016
Wednesday, 30 March 2016
Panazzzz.... Najib didapati menipu lagi....
PANAZZZZ ! Surat Putera Saud .... Dan Dakwaan Baru Deposit Bilion2 Dari ABC
Hangat hari ini adalah apa yang dikatakan sebagai surat sokongan dari siPenderma dari Arab. Laporan Mkini -
Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.
Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.
“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.
Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.
Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.
Banyak persoalan yang kita nak tanya jika benarlah surat itu adalah surat sokongan yang ori sepertimana yang ada pada SPRM.
Apakah Najib tahu dan boleh sahkan surat itu ? Duit masuk akaun sendiri pun dia tak tahu dari siapa, apalagi surat sokongan ....... so mungkin Pejabat Perdana Menteri atau Bank Negara boleh sahkan.
Surat itu bertarikh 1 November 2011 bukan 2013 ! Dan disebut -
... I hereby grant you an additional sum of up to United States Dollars Three Hundred and Seventy Five Million ( USD375,000,000 ) Only ( "Gift" ) .......
Juga disebut nama syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners Limited sebagai salah satu syarikat milik putera raja Arab itu dan kemungkinan dana itu akan disalurkan melaluinya.
2011 ! ? US$375 juta atau RM1.3 Bilion ( kalau kali 3.5 ) ! ? Itu BUKAN surat berkaitan RM2.6 bilion .... bermakna, stesen TV ABC Australia membuat tuduhan bahawa ADA LAGI BILION2 yang masuk akaun Najib selain dari RM2.6 bilion dan ia berlaku dari tahun 2011 lagi !
Dalam surat itu juga sebut ...... an additional sum ... atau terjemahannya - TAMBAHAN SUMBANGAN. Wooooooh .... serius giler nih.
Dan soalan cepumas adalah - Siapa Prince Saud Abdulaziz Majid AL Saud ?
Adakah orang di bawah ini yang baru tahun lepas dituduh sepertimana laporan dailymail UK sebagai pemabuk, penagih dadah kokain dan pengamal seks bebas biseksual ?
dailymail.co.uk
Apakah komen cai2 Najib ? Apakah dan Bilakah nak saman ABC Australia ? ABC adalah stesen TV rasmi Australia macam RTM kita. Ni berita terbaru dari laman ABC -
KLiK
Selamba jer main tuduh2 PM kita ..... Takkan nak dibiarkan ? Satu dunia baca tuh .
****************
Dalam masa pemimpin2 @ cai2 parti Najib duk serang kem Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat, suka saya nak beritahu anda, musuh utama bukanlah Tun Mahathir atau mana2 pemimpin di belakang Deklarasi Rakyat tapi musuh utama cai2 Najib adalah KEBENARAN CERITA disebalik deposit bilion2 yang diterima oleh bos anda.
Anda boleh saja terus mencaci negarawan kita tapi cuba tanya diri anda sendiri - sejauhmana yang anda tahu mengenai deposit bilion2 itu untuk anda terus pertahankan bos anda ?
Tun Mahathir dan yang lain2 sekadar menyuarakan isu ...... yang utama perlukan perhatian anda adalah ISU nya bukan yang menyuarakan isu.
Kerana jika ISU itu meletup dan sekiranya terbukti segala dakwaan itu adalah BENAR, apakah kesannya pada parti Umno dan kerajaan ?
Yang bakal menjatuhkan Umno dan kerajaan bukannya Tun Mahathir tapi ISU DEPOSIT BILION2 NAJIB.
Makanya, adalah lebih baik anda sendiri ( cai2 Najib ) dapatkan kepastian dan Kebenaran disebalik semua dakwaan ini secepat mungkin. Mana lebih penting - Najib atau Umno ?
JANGAN JADI LEMBU !
*Copy paste dari blog dinturtle
Tuesday, 29 March 2016
Tun M: Kami Tak Makan Dedak Sesiapa
1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.
4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.
6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.
9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.
10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
11. Kami tak makan dedak sesiapa.
Monday, 14 March 2016
Sunday, 13 March 2016
1MDB dalam bahasa paling mudah takut ada lagi yang tak faham – A KadirJasin
Thursday, 10 March 2016
Asal Usul Kalender
Namun, masih ramai yang tidak tahu sejarah dan perkembangan kalendar. Ini mungkin kerana topik ini bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu, lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan harian.
Sehubungan itu, sisipan RONA cuba mengimbau sejarah perkembangan kalendar dan peranannya dalam kehidupan manusia sempena kedatangan 2012.
Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.
Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian.
Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari - contohnya Kalendar Cina.
Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.
Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian), mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.
Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap empat tahun sekali.
Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada Februari.
Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.
Kalendar Gregorian
TAHUN Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.
Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).
Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.
Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.
Kalendar Islam
KALENDAR Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.
Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.
Kalendar Cina
KALENDAR Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.
Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.
Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai ‘kalendar pertanian’ manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai ‘kalendar umum’ atau ‘kalendar Barat’.
Kalendar Julian
KALENDAR Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.
Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.
INFO
- Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.
Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.
Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.
Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat).
Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji). - Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
Kalendar sudah pupus
- Kalendar Aztec
- Takwim Maya
- Takwim Positivist
- Kalendar Gregorian pertama kali digunakan di Itali, Poland, Portugal dan Sepanyol pada 1582.
- Kalendar Gregorian mempunyai pusingan 400 tahun dan menariknya 29 Februari 2008 jatuh pada Jumaat, hari sama pada 29 Februari 2408.
- Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dulu. Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa itu. Umpamanya, tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma'il pada 1855 SM. Manakala tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.
- Selepas wujudnya negara Islam, tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu, kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin. Akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada' iaitu tahun haji al-Wada' atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Wednesday, 9 March 2016
DEKLARASI RAKYAT
Antara Insan yang berkait rapat dengan Bisnes Keluarga Najib
Saturday, 5 March 2016
Wanita Islam Dihina Di Perancis
Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.
Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.
Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."
Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.
Subhanallah,
Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)
Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..
ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…
Sama2 merenung sambil termenung ya…
Friday, 4 March 2016
BERMULA HIDUPNYA KEMBALI USAHA DAKWAH DI MALAYSIA
Tuesday, 1 March 2016
Hebatnya Wuduk
Mencuci tangan
Berkumur
Istinsyaq
Membasuh muka
Membasuh kedua tangan dan kaki
Jangan jadi alat di akhir zaman
Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...
-
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan...
-
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak ...
-
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara ke...