Saturday, 31 January 2015

Ibubapa Berhutang Masa Dengan Anak anak

Bila anak tidur, cuba kita renung wajah dia. Semakin lama kita tengok semakin sayang kita rasa. Mulalah rasa bersalah bila teringat kita marah dia siang tadi. Itupun jika kita ada perasaan itu. Kalau takda rasa, baik kita istighfar banyak-banyak. cucilah hati dengan 'clorox'. 


Anak-anak bising, lompat-lompat kita marah suruh duduk diam. Lupa pulak kita anak yang tak normal je duduk diam kan? Takpun anak yang dah terlantar sakit.


Pagi hingga petang dan kadang-kadang malam kita keluar. Ada yang jumpa anak tak sampai sejam. Dah jumpa marah-marah anak tu. Anak tengah bercerita kita pura-pura dengar "iye..ummi dengar ni" tapi mata dekat phone. Dok senyum-senyum baca whatsApp. Badan kita je kat rumah tapi hati dan minda kita jauh kat luar sana. Kesian anak...mana hak anak kita ya?


Hari ni kita buat macam tu dekat anak kita. Kita tunggu nanti 20 tahun lagi. Agak-agaknya anak kita akan buat benda yang sama tak? Masa tu kita jangan cakap anak kita derhaka ya sebabnya kita yang didik dia jadi begitu. Masa tu jangan ungkit berapa RM kita habiskan untuk dia sedangkan kita sebenarnya terhutang masa dengan anak-anak kita. Kalau dicampur-canpur masa yang berkualiti tu agaknya berapa tahun je hidup kita dengan anak kita.

Cubalah tutup laptop kita. Ketepikan gadjet-gadjet yang mahal-mahal tu bila kita di rumah. Sebab jika kita berhutang duit, duit boleh dibayar..tetapi jika kita berhutang masa. Masa tidak akan kembali.

Renungkan lah

Monday, 26 January 2015

A British Man Should Know

A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? 

The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? 

British man said: Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. 

Sheikh replied: Our women are queens and queens do not shake hands with strange men. 

Then the British man asked the Sheikh: Why do your girls cover up their body and hair? 

The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. 

He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I ask you to take one of the sweets which one will you choose? 

The British replied: The covered one. 

The Sheikh said: That's how we treat and see our woman. 


Sunday, 25 January 2015

Pj Blogspot: Mekah adalah Pusat Bumi, Rosak Mekah, Kiamatlah Du...

Pj Blogspot: Mekah adalah Pusat Bumi, Rosak Mekah, Kiamatlah Du...: “Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat i...

Wednesday, 21 January 2015

Sedih Nasib Umat Islam Di Bumi Ini

Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.
Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.
Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.
Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Pada pagi Ahad 19 Januari, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru), sebuah agensi di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menziarahi Cikgu Choy yang menetap sementara di rumah keluarga angkatnya di Kota Tinggi untuk mendengar sendiri kisah yang dilalui oleh guru muda itu.
Rombongan disambut dengan ceria oleh Cikgu Choy dan keluarga angkatnya. Dalam pertemuan ringkas itu, kami mendengar luahan hati Cikgu Choy berkenaan kesnya yang kurang mendapat perhatian daripada pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.
AZAM BARU 2014
Selepas setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak memeluk agama Islam.
Hari Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.
Namun, Cikgu Choy meneruskan tekadnya bertudung. Pada hari berikutnya, beliau menerima reaksi yang sama.
Pada 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan dalaman.  Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal dan memberi “nasihat” mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara “nasihat” beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan “nasihat” itu.
Pada 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Pang telah datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.
DIUGUT BUNUH
Tidak lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal pertemuan, Encik Pang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy menerima 3 ugutan dari Encik Pang yang melibatkan maruah dan keselamatan Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.
Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.
Kedua: Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil media itu dan disiarkan di akhbar.
Ketiga: Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.
Pada petang 7 Januari itu juga, Cikgu Choy diminta hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) oleh seorang Pegawai PPD. Maka Cikgu Choy berniat untuk berjumpa dengan Bapa Angkat Sekolah untuk mendapat pendapat beliau terhadap masalah yang baru ditimpa itu selepas perjumpaan dengan Pegawai PPD tersebut. Tiba sahaja di PPD, baru Cikgu Choy mengetahui bahawa pegawai PPD tersebut ingin memberi zakat peribadi kepada beliau. Pegawai PPD tersebut bertanya sama ada Cikgu Choy mempunyai masalah setelah memeluk agama Islam. Cikgu Choy menyatakan baru timbul masalah dengan penduduk Telok Sengat. Beliau menggunakan “penduduk Kampung”  kerana masih tidak tahu mengajukan kepada siapa. Pegawai PPD tersebut mencadangkan untuk terus berjumpa dengan Timbalan PPD Kota Tinggi.
Dengan segera, Cikgu Choy berjumpa dengan Timbalan PPD dan memberitahu masalah yang dialami itu untuk mendapat pandangan Tuan Timbalan PPD.
Cikgu Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.
Selepas laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. 
Walaubagaimanapun, ugutan yang diterima tidak melemahkan semangat Cikgu Choy untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Beliau tidak merasa gusar dengan peristiwa yang berlaku, bahkan merasa bertuah kerana apa yang berlaku ini telah menjadikan keislamannya bukan lagi rahsia. Apa yang beliau bimbangkan bahawa tudungnya perlu dibuka telah dapat diatasi. Beliau masih boleh memakai tudung walaupun diugut.
Menurut Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu yang dilarang oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.
Suatu yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.
Apakah dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di bawah seliaan mereka?
Adakah tudung seorang muslimah telah dianggap sebagai mengancam keselamatan di sekolah?
Siti Khadijah Salleh
Wartawan ISMA Johor
http://www.ismaweb.net/v4/2014/01/masih-akan-terbelakah-maruah-pekerja-islam-di-sebalik-kisah-cikgu-choy/

Tuesday, 20 January 2015

Pj Blogspot: WAJIB BACA: KONSPIRASI DALAM MALAYSIA

Pj Blogspot: WAJIB BACA: KONSPIRASI DALAM MALAYSIA: Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5000 sebulan dengan pembaya...

Monday, 19 January 2015

Dilemma Wanita Berbuah Dada Besar

Gambar hiasan

Mungkin bagi sesetengah wanita akan berasa bangga apabila memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka seksi serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Tetapi ia berbeza bagi Zuriana yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan buah mulut oleh masyarakat sekelilingnya.

Zuriana tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah d#da yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan payudara yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk. Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Ramai rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang p#rno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno. Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata nampak sangat palsu dan cuba tengok dia berlagak dengannya.

“Saya cuba senyum bila melalui perkara ini tapi kadang kala ia sangat menyakitkan hati saya,” tambahnya lagi.

Sunday, 11 January 2015

ANEH!!! Anak Didalam Perut Ghaib

PARIT BUNTAR - Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.


Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai  Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.



Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.



“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.



“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.



Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.



“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.



“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.



Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.



Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.



“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.



“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.



Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.



“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya.

Thursday, 8 January 2015

MENGAIBKAN: Wartawan Asing Diarah Buka Coli Sebelum Masuk Pejabat PM


Wartawan antarabangsa kelmarin meluahkan perasaan tidak berpuas hati mereka terhadap tindakan pengawal yang mengarahkan mereka untuk menanggalkan coli dalam satu pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pejabat Perdana Menteri Israel.



Ketiga-tiga wartawan tersebut telah diarahkan oleh anggota keselamatan untuk membuka pakaian mereka dan menanggalkan coli untuk tujuan pengimbasan sinar-X dalam dua kejadian berbeza di pejabat Benjamin Netanyahu di Jurusalem awal minggu ini.



Ketiga-tiga mereka bagaimanapun akur dengan arahan yang diberikan, walaupun ia sesuatu yang memalukan.



Kejadian ini disifatkan oleh Persatuan Media Asing (FPA) sebagai sesuatu yang tidak penting, memalukan dan tidak produktif.



Semua wanita tersebut dibawa di sebalik tirai di kawasan lobi tempat masuk bangunan tersebut, diarahkan duduk sebelum disuruh menanggalkan pakaian.


Sara Hussein

Coli mereka kemudiannya dibawa untuk menjalani ujian sinar-X.



Barang-barang peribadi mereka turut digeledah dihadapan orang ramai dan kemudiannya turut diuji oleh mesin sinar-X tersebut.



“FPA mengutuk perbuatan yang telah dilakukan keatas wartawan-wartawan tersebut yang dilakukan di pejabat Perdana Menteri itu,” menurut satu kenyataan yang dibuat oleh kumpulan yang berpangkalan di Tel-Aviv.



“Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak penting, memalukan dan tidak produktif.”



Sara Hussein, pekerja bagi Agence France-Presse (AFP), menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang amat memalukan.



“Bagi saya, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang amat memalukan sepanjang hidup saya,” komen beliau ketika menulis surat aduan kepada FPA.



“Saya telah menjalani sesi temuramah bersama presiden-presiden di White House, mereka tidak pula lakukan perkara sebegini.”



Dua wartawan-wartawan lain yang mengalami perkara yang sama bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana tertekan dengan apa yang mereka alami.



Ketiga-tiga mereka telah memfailkan aduan kepada FPA, yang akan mengetengahkan isu ini kepada pihak berkuasa Israel.



Para pegawai di pejabat Perdana Menteri enggan memberikan sebarang komen terhadap kedua-dua kejadian tersebut dan hanya berkata “Kami tahu akan perkara ini dan ianya masih lagi dalam siasatan.”



Pada bulan Januari tahun ini, staf keselamatan Netanyahu juga dibidas kerana mengarahkan seorang wanita Arab yang hamil, wakil bagi Al-Jazeera, untuk membuka colinya sebelum menghadiri satu majlis di sebuah hotel lime bintang di Jerusalem.



FPA berkata bahawa mereka sedang meneliti sama ada mereka akan terus menghantar ahli mereka ke majlis-majlis yang memaksa mereka menurut arahan seperti itu ketika berhadapan dengan kumpulan pengawal keselamatan di sana.



“Setelah berbagai janji-janji yang dibuat oleh pihak keselamatan, nampaknya pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menghentikan kejadian seperti ini daripada terus berlaku.” menurut FPA.



“Pihak kami (FPA) akan terus berbincang bersama ahli-ahli kami sama ada pihak media asing tidak lagi perlu menghadiri majlis yang diadakan di pejabat Perdana Menteri kerana semua insiden seperti ini hanya berlaku di situ.”  Sumber

Tuesday, 6 January 2015

Angin Kencang Datang Lagi... Awas

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Condore & Reef North di Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata angin berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur pula dijangka berterusan sehingga hari ini.

Angin berkelajuan 40-50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di kawasan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu berkata ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri) serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Bernama


Monday, 5 January 2015

GEMPAR: Rabbi Ramalkan Messiah Muncul Selepas Kematian Ariel Sharon

Rabbi Yitzchak Kaduri meninggal dunia pada Februari 2006. Kematian Rabbi terpopular seantero Yahudi tersebut meninggalkan kontroversi. Dia meninggal dunia pada usia sekitar 108 tahun. Setidaknya, terdapat 300.000 warga menghadiri pemakamannya di Yerusalem . 

Kabbalis kelahiran Baghdad tersebut telah terkenal di seluruh dunia. Di catatan kecilnya, Rabbi tersebut mengaku telah bertemu dengan ‘Sang Messiah’ pada November 2003 yang sudah lama ditunggu-tunggu.
Dikutip dari wnd.com, sebelum Kaduri meninggal , dia dilaporkan menulis nama Messiah pada catatan kecil. Dia pun meminta catatan itu tetap tertutup selama satu tahun setelah kematiannya. Catatan itu mengungkapkan nama Messiah sebagai ” Yehoshua” atau “Yeshua” dalam bahasa Ibrani yang dikenal sebagai Yesus atau Nabi Isa bagi Umat Islam.

Namun, catatan tersebut dikatakan palsu oleh anaknya, Rabbi David Kaduri.”Ini bukan tulisannya,” katanya kepada Israel Today.
Catatan tersebut ditulis dalam Bahasa Ibrani dan ditandatangani atas nama Rabbi Kaduri. Di catatan tersebut, tertera, “Mengenai surat singkatan dari nama Messiah , Dia akan mengangkat orang-orang dan membuktikan bahwa kata dan hukum-Nya berlaku. Ini  telah ditandatangani pada bulan rahmat. “

Kalimat berbahasa Ibrani itu terdiri dari enam kata. Huruf pertama dari setiap kata-kata merinci nama Ibrani Yehoshua atau Yeshua.
“Dia tidak mengatakan,  ’Akulah Messiah, memberikan kepemimpinan’. Sebaliknya, bangsa mendorong dia untuk memimpin mereka , setelah mereka menemukan tanda-tanda yang menunjukkan bahwa ia memiliki status Messiah. “

Beberapa bulan sebelum kematiannya, Kaduri memberikan ramalan di hari Yom Kippur. Ketika itu, dia memberikan petunjuk tentang bagaimana mengenali Messiah. Dia mengatakan kepada orang-orang berkumpul untuk Hari Penebusan di sinagognya, Messiah tidak akan datang sampai mantan Perdana Menteri Ariel Sharon meninggal dunia.

Sharon diserang stroke sejak 4 Januari 2006. Dia tetap ‘dipaksa’ untuk berada dalam kondisi koma hingga lapan tahun. Belum lama ini, kumpulan doktor mengungkapkan, lelaki yang dijuluki buldozer tersebut sudah berada dalam keadaan kritikal. Pemakaman pun disiapkan untuk lelaki yang penuh kontroversi ini. Pemakaman yang menjadi titik tolak guyonan ramalan rabi Yahudi itu… Sumber


Thursday, 1 January 2015

SEPULUH CABARAN TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan:
1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST
2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.
4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah kesel
uruhan ekonomi Malaysia (KDN
K) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.
5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.
6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.
7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM).
Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia me
ncatatkan nilai produktiviti
hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.
8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.
9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.
10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa b
eli individu. Maknanya, setia
p ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Jika sepuluh isu ini dapat ditangani maka lahirlah negara mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang.

Perbankan Islam Seperti Ah Long?

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pengamal sistem perbankan Islam digesa untuk menerangkan sistem kiraan dalam pinjamannya dengan terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.
Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said berkata, peminjam tidak mempunyai maklumat mengenai cara kiraan dibuat berbanding bank konvensional yang menerangkan dengan terperinci kiraan pembayaran.
Katanya, pihaknya ada membuat kajian mengenai rumah terbengkalai dan banyak peminjam yang membuat mengatakan bahawa pinjaman dari perbankan Islam mengenakan bayaran yang agak melampau.
"Saya ada mengkaji 422 kes rumah terbengkalai sejak dua tahun lalu yang melibatkan perbankan Islam dan ia terdiri daripada kes sejak tahun 2005.
"Banyak yang mengadu mengenai pinjaman dari perbankan Islam yang mengenakan tuntutan yang tidak masuk akal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Kareem mengulas mengenai laporan Bernama semalam yang melaporkan Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) menolak dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa sistem perbankan Islam menawarkan kadar keuntungan mengatasi peminjam wang 'Ah Long.
Abdul Kareem yang bersetuju dengan CAP berharap satu perbincangan dapat diadakan antara INCIEF, pihak bank, Bank Negara Malaysia dan persatuan pengguna supaya isu terbabit dapat dijelaskan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai.






GEMPAR!!! Malaysia Akan Menjadi Kutub Selatan Pada 2015

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.


Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.



Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.



Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.



Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.



Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.



Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.


Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.



Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.



Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.



Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.



Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.



Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.



Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.



Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?



Kiamat menurut Islam



Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:



Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:



1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.



2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.



3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.



4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.



5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.

(Hadis Riwayat Bukhari)



Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?



Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'



(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)



Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.



ALLAH SWT berfirman :

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Al-A’raf, Ayat 187)



Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...