Paria Jalanan
Tuesday, 24 September 2024
Jangan jadi alat di akhir zaman
Friday, 20 September 2024
Satu satunya cara menangani Isu Laut Cina Selatan?
Untuk Malaysia, dalam menangani isu Laut China Selatan dengan China, keputusan terbaik adalah menjalankan strategi yang seimbang antara mempertahankan hak kedaulatan dan menjaga hubungan ekonomi serta diplomatik yang penting dengan China. Beberapa langkah yang boleh diambil oleh Malaysia adalah:
1. Memperkuat Kesatuan ASEAN dan Saluran Diplomatik**
Manfaatkan Peranan ASEAN: Malaysia perlu bekerjasama dengan ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) untuk menyampaikan pendirian yang bersatu dalam isu Laut China Selatan. Dengan mengukuhkan kesatuan ASEAN, Malaysia dapat meningkatkan pengaruh diplomatik dan berunding dengan lebih berkesan dengan China. ASEAN yang bersatu juga boleh membantu menuntut Kod Tatalaku yang mengikat di Laut China Selatan bagi memastikan kestabilan serantau dan kebebasan navigasi.
Penglibatan Diplomatik dengan China:
Malaysia perlu terus berunding secara diplomatik dengan China melalui rundingan dua hala dan pelbagai hala. Mengelakkan konfrontasi agresif sambil tetap menegaskan hak-hak di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen PBB tentang Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS), boleh membantu mengekalkan hubungan yang konstruktif.
2. Pertahankan Hak Kedaulatan Melalui Rangka Kerja Undang-Undang
Menggunakan Mekanisme Undang-Undang Antarabangsa: Malaysia boleh terus mempertahankan tuntutannya menggunakan undang-undang antarabangsa, seperti yang dilakukan oleh Filipina dalam keputusan mahkamah 2016. Walaupun China menolak keputusan ini, proses undang-undang membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia di kalangan masyarakat antarabangsa dan memberikan legitimasi kepada tuntutan negara. Malaysia juga boleh mempertimbangkan untuk mengemukakan pertikaian lanjut ke mahkamah timbang tara, meningkatkan perhatian global terhadap tindakan China yang mengabaikan undang-undang.
3. Bekerjasama Secara Strategik dengan Kuasa Luar
Seimbangkan Hubungan dengan Kuasa-Kuasa Utama: Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan China serta kuasa luar lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, India, dan Australia. Dengan tidak terlalu berpihak kepada mana-mana kuasa besar, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada sokongan luar tanpa menimbulkan permusuhan dengan China. Bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam operasi kebebasan navigasi dan kerjasama ketenteraan juga boleh memastikan kedaulatan Malaysia dihormati.
Kukuhkan Kerjasama Pertahanan: Memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan kuasa serantau dan global seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Jepun boleh meningkatkan keupayaan Malaysia untuk mempertahankan tuntutan wilayahnya. Malaysia boleh meneruskan latihan ketenteraan bersama, kerjasama keselamatan maritim, dan perkongsian risikan sambil mengelakkan provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan dengan China.
4. Memperkukuh Keupayaan Pertahanan Dalam Negeri
Memodenkan Angkatan Tentera Laut dan Udara: Malaysia perlu terus memodenkan angkatan pertahanan laut dan udara untuk melindungi zon ekonomi dan perairan wilayahnya di Laut China Selatan. Walaupun tidak terlibat dalam perlumbaan senjata, mempertingkatkan keupayaan Malaysia untuk memantau aktiviti China akan memberikan lebih kuasa dalam rundingan.
Melindungi Kepentingan Ekonomi : Malaysia mesti melindungi kepentingan ekonominya dalam bidang minyak, gas, dan perikanan di kawasan yang dipertikaikan. Meningkatkan keupayaan tentera laut dan pengawal pantai akan membantu Malaysia mengawal zon ekonomi eksklusif (EEZ) sambil mengelakkan konflik ketenteraan langsung.
5. Mengekalkan Hubungan Ekonomi yang Kukuh dengan China
Teruskan Kerjasama Ekonomi : China adalah salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan sumber utama pelaburan asing. Adalah penting untuk mengekalkan hubungan ekonomi yang kukuh dengan China, terutamanya dalam perdagangan, pembangunan infrastruktur, dan pelancongan. Malaysia boleh terus mendapat manfaat daripada projek Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) sambil melindungi kedaulatannya melalui pengurusan diplomatik yang berhati-hati.
Memperluas Rakan Dagangan : Pada masa yang sama, Malaysia perlu mempelbagaikan rakan dagangan ekonominya, mengurangkan kebergantungan kepada China. Mengukuhkan hubungan dagangan dan pelaburan dengan ekonomi utama lain (seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, dan India) akan memberikan Malaysia lebih fleksibiliti dan mengurangkan kerentanan terhadap tekanan ekonomi dari China.
6. Mengurus Sentimen Awam Dalam Negara
Pemesejan Awam : Kerajaan Malaysia juga perlu mengurus pendapat awam berhubung pendekatannya terhadap China. Nasionalisme dan tekanan awam boleh mendorong kerajaan untuk mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap pencerobohan China. Dasar komunikasi yang telus dan strategik diperlukan untuk menjelaskan strategi diplomatik Malaysia dan kepentingan menyeimbangkan manfaat ekonomi dengan keselamatan wilayah.
7. Mempromosikan Kerjasama Serantau dalam Perkongsian Sumber
Pembangunan Sumber Bersama : Malaysia boleh meneroka perjanjian perkongsian sumber dengan China dan negara-negara penuntut lain sebagai cara untuk meredakan ketegangan. Perjanjian pembangunan bersama untuk minyak, gas, dan perikanan di kawasan yang dipertikaikan akan membolehkan Malaysia melindungi kepentingannya sambil menggalakkan pendekatan kerjasama dalam pengurusan sumber.
Kesimpulan:
Keputusan terbaik untuk Malaysia pada masa ini ialah menjalankan strategi pelbagai hala yang menggabungkan penglibatan diplomatik, tindakan undang-undang, kerjasama serantau, dan perkongsian strategik. Malaysia perlu terus mempertahankan hak kedaulatan dan ekonominya, sambil mengekalkan hubungan ekonomi yang konstruktif dengan China, serta mengukuhkan hubungan dengan kuasa serantau dan global untuk memastikan kedaulatannya dihormati tanpa perlu terlibat dalam konflik.
Bagaimana Malaysia mengemudi isu yang kompleks ini adalah kunci kepada kestabilan dan kemakmurannya pada masa hadapan.
Tuesday, 14 November 2023
Tepat sungguh ciri ciri kerajaan hari ini
Fenomena akhir zaman banyak sekali disebut dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menjelaskan banyaknya cabaran terhadap keimanan kita yang melalui kehidupan semakin jauh daripada Rasulullah SAW.
Antara yang paling kerap ditemukan kebelakangan ini adalah kemunculan golongan Ruwaibidhah. Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.
Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti.
Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)
Saturday, 11 November 2023
Kita Faham
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
(Al-Mulk 67:20)
Satu dunia sedang menanti perang dunia ketiga. Kemungkinan peperangan terjadi adalah satu kepastian. Kerajaan sewajarnya membuat persiapan untuk mempertahankan negara dan rakyat pula perlu digalakkan untuk belajar mempertahankan diri.
Kita perlu belajar dari kejadian yang lampau dimana apabila empayar melaka diserang oleh portugis kerajaan melaka terpaksa mengambil askar upahan untuk mempertahankan negara.
Askar upahan ini akhirnya berpaling tadah dan membuatkan Kerajaan Melaka kalah dan Raja melarikan diri.
Malah pada perang dunia kedua juga kita dapati rakyat tidak mempu mempertahankan diri hingga menjadi mangsa perang. Orang british melarikan diri dan tinggallah rakyat bersendirian menghadapi tentera jepun. Para lelaki dibunuh dengan kejam manakala para wanita dirogol dan dibunuh.
Akhir zaman dunia akan dipenuhi dengan peperangan. Tidak membuat persediaan akan membuatkan kita menjadi lauk kepada musuh negara terutama musuh Islam.
Kita faham akhir zaman ni kita tidak akan memperolehi kerajaan yang bertambah baik tapi kita akan mendapat yang bertambah teruk sehinggalah umat Islam berputus asa dan mula mengharapkan AlMahdi untuk memimpin memperjuangkan nasib umat Islam.
Samada tegur atau tidak kita tetap akan dapat yang lagi teruk. Teguran dibuat semata mata sebagai bukti kita tidak redha dengan kemungkaran dan tidak dipersoalkan di akhirat nanti.
Kita juga faham kita tidak mampu melawan dajjal cuma sebelum dajjal keluar setidak tidaknya kita mendapat sedikit kredit kerana melawan pengikut dajjal.
Kita juga faham kita tidak mampu untuk mempertahankan diri dari kerakusan yakjuj makjuj yang terlampau ramai yakni 1:999 tapi setidak tidaknya kita berharap kita termasuk didalam nisbah yang 1 itu dan bukan yang didalam 999.
Monday, 30 October 2023
Anglo Saxon adalah Yakjuj Makjuj?
Tembok yang menyekat Kaum Yakjuj dan Makjuj telah Lama terbuka dan mereka telah pun keluar dan turun dari tempat yang tinggi(Caucasus mountains) satu lagi bukti dari surah Al-anbiyaa ayat 95-96:
Setelah yakjuj dan Makjuj dibebaskan daritembok Zulqarnain mereka telah membina kekuatan mereka dengan menyatukan kesemua puak Yakjuj dan Makjuj dan mengelar Empayar mereka sebagai Khazaria..Bukti ini telah dirahsiakan oleh para sejarahwan Barat dan telah menyatakan bahawa Puak Mongol sahaja adalah Yakjuj dan Makjuj..Tetapi Jikalau dikaji dengan lebih mendalam didapati DNA puak Khazar lebih Peratusannya Dekat dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj.. Siapakah Kaum Khazar,kaum khazar ini wujud di tempat yang sama dimana Zulqarnain membina tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj..mereka wujud secara tiba tiba pada kurun ke 6..dan yang paling ketara adalah mereka mempunyai ciri ciri yang hampir sama dengan Kaum Yakjuj dan Makjuj..setelah mereka wujud tanpa berlengah mereka telah berkembang dengan pesat dan membina kekuatan sendiri dengan menamakan diri mereka sebagai Empayar Khazar dan telah menguasai hampir seluruh kawasan Eropah..mereka juga telah berhijrah ke kawasan lain seperti di Denmark, Norway dan Sweden dengan menamakan diri mereka sebagai Viking..padahal mereka sebenarnya adalah dari kaum yang sama iaitu Yakjuj dan Makjuj..Yakjuj dan Makjuj juga telah berhijrah ke Eropah barat yang dikenali sebagai Rusia,Mongolia dan Ukraine dan dikenali sebagai kaum tartar(Mongolia)
Peta Empayar Khazaria |
Keturunan Yakjuj dan Makjuj di England..
Peta Penghijrahan Viking Ke tanah Britain |
Thursday, 28 September 2023
Ini zamannya
SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)
Saturday, 23 September 2023
Melayu Rempang
Tokoh Melayu Riau, Alzaini Agus menyebut masyarakat Melayu sudah tinggal dan beranak pinak di Rempang, termasuk Pulau Galang dan Bulang, sejak lebih dari 300 tahun lalu. Mereka wujud serta menjaga nilai dan tradisi nenek moyang hingga hari ini.
Alzaini mengutip kitab Tuhfat An-Nafis karya pahlawan nasional Raja Ali Haji itu ditulis dengan Bahasa Melayu Arab pada tahun 1885, dan diterbitkan pertama kali pada 1890. Naskahnya juga diterbitkan pada 1923 untuk Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, London.
Dalam buku tersebut dijelaskan bahwa penduduk Pulau Rempang, Galang, dan Bulang adalah keturunan dari prajurit atau laskar Kesultanan Riau Lingga.
Mereka mendiami pulau-pulau tersebut sejak tahun 1720, di masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah I.
Dia menyebut pada masa perang Riau I (1782-1784) melawan Belanda, penduduk setempat menjadi prajurit Raja Haji Fisabilillah, datuk Raja Ali Haji.
Kemudian, dalam Perang Riau II (1784-1787), mereka di bawah pimpinan Sultan Mahmud Riayat Syah, ikut berjuang melawan Belanda.
Sultan Mahmud Riayat Syah kemudian memindahkan pusat pemerintahan ke Daik-Lingga pada 1787. Alzaini mengatakan saat itu Pulau Rempang, Galang dan Bulang dijadikan pertahanan terbesar dari Kesultanan Riau Lingga yang dipimpin oleh Engku Muda Muhammad, dan Panglima Raman.
Keduanya diangkat langsung oleh Sultan Mahmud.
"Kuatnya pertahanan di Pulau Rempang, Galang dan Bulang, sehingga pasukan Belanda dan Inggris tidak berani memasuki wilayah Kesultanan Riau Lingga," kata Alzaini.
Beliau mengungkapkan pada Perang Riau I dan Riau II, nenek moyang mereka disebut sebagai Pasukan Pertikaman Kesultanan, semacam pasukan elite.
"Anak cucu prajurit itulah yang sampai saat ini mendiami Pulau Rempang, Galang dan Bulang secara turun temurun," ujarnya
Jangan jadi alat di akhir zaman
Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...
-
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan...
-
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak ...
-
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara ke...