Bersatu negeri perak adalah diantara negeri yang pentadbiran partinya bermasalah. Pengerusi perhubungan negeri gagal menguruskan pentadbiran parti dengan baik dan terdapat banyak rungutan daripada ahli ahli dan ketua ketua bahagian. Namun ketua ketua bahagian terpàksa menahan sabar kerana takut nama mereka digugurkan dari jawatan ketua bahagian kerana status ketua bahagian hanyalah bertaraf penaja sahaja. Melihat kepada kegagalan pentadbiran bersatu negeri perak pada hari ini memang patut rasanya Tun menjemput seluruh orang umno melompat ke dalam parti tersebut. Nak tubuh cawangan pun ketua ketua bahagian bersatu dalam negeri perak tidak mampu. Malah pengerusi perhubungan negeri pun bercakar dengan timbalan ketua bahagian di bahagiannya sendiri. Ada ketua bahagian bersatu didalam perak sudah mula mengamalkan budaya umno yakni menawarkan duit kepada budak budak muda untuk hadir mesyuarat. Mungkin bahagian itu adalah bahagian yang asalnya mempunyai ketua bahagian yang lain dan kem