MELAYU tidak akan hilang kuasa di negara ini sekiranya mereka memilih orang yang tiada sejarah mencuri duit, kata Dr Mahathir Mohamad yang merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan itu berkata, sekiranya "kuasa Melayu" digunakan untuk meminjam 42 bilion kemudian hilangkannya, rakyat Malaysia berhak untuk ubah kuasa itu. "Tetapi apabila kita tahu orang yang berkuasa itu menyalahgunakan kuasanya, jadi sudah sampai masanya dia digantikan. Kuasa mesti digunakan sebaik mungkin. Ia mesti mengikut undang-undang dan prosedur yang betul. "Sekiranya kuasa Melayu adalah untuk hilangkan duit, adakah kita patut kekalkan kuasa Melayu itu? Kita ada pilihan. "Kuasa Melayu tidak akan hilang sekiranya kita memilih seseorang yang tiada sejarah mencuri duit," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada program "Policy Talks" Pakatan Harapan di Facebook hari ini. Perdana Menteri Najib semalam member