ARTIKEL TERBARU TUN MAHATHIR 31 Oct 2017 " HADI PERLU BERTAUBAT " 1. Hadi suruh saya bertaubat. 2. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri. 3. Allah melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa) 4. Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. Allah SWT melarang perbuatan mengkafir dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan PAS apabila bekerjasama dengan DAP. 5. Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid. 6. Apa hak Hadi dan apa hak PAS mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan me