BOLEH dikatakan hampir semua menggunakan telefon pintar untuk memeriksa e-mel, Facebook, merakam gambar, melayari Internet, bermain permainan serta pelbagai kegunaan. Tapi bagaimana kita memilih telefon pintar yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan? Misalnya iPhone menawarkan antara muka yang intuitif dan pelanggan boleh mendapat aplikasi (apps) yang lebih menarik. Telefon dengan platform Android bagaimanapun menawarkan skrin lebih lebar, lebih ciri menarik dan lebih pilihan peribadi. Manakala telefon pintar dengan platform Windows sesuai bagi pengguna baru telefon pintar. Di sini terdapat telefon pintar yang dikelaskan kepada beberapa kategori; TERBAIK KESELURUHAN Gabungan telefon dan tablet, Samsung Galaxy Note 3 menampilkan skrin Full HD, pemprosesan Snapdragon 800 super pantas dengan lebih 11 jam hayat bateri. Samsung juga membuat pelbagai peningkatan kepada perisian pen, menjadikan pengguna lebih mudah mengambil, menyalin serta berkongsi nota. Pengguna yang sering melakuk