Skip to main content

Siapa Sheikh Imran Hosein?



Beliau di lahirkan di Trinidad yang terletak di kepulauan Caribbean pada tahun 1942. Keluarganya berasal dari India yang datang bekerja sebagai buruh di sana. 

Beliau merupakan graduan dari Institut Aleemiyah di Karachi. Selain dari itu beliau juga graduan dari beberapa Universiti termasuk Universiti Karachi, Universiti West Indies, Universiti Al Azhar dan Institut Hubungan Antarabangsa yang bertempat di Switzerland.

Beliau bertugas selama beberapa tahun sebagai pegawai kedutaan di Jabatan Perhubungan Antarabangsa dengan kerajaan Trinidad dan Tobago. 

Tetapi beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 1985 demi untuk menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah .

Beliau tinggal di New York selama sepuluh tahun semasa bertugas sebagai Pengarah Pengajian Islam untuk Jawatankuasa Persatuan Muslim untuk kawasan New York. 

Beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang Islam di beberapa universiti, kolej, gereja, rumah ibadat Yahudi, penjara-penjara dan lain-lain tempat di kawasan Amerika dan Kanada. 

Beliau juga terlibat dalam dialog antara agama dengan ulamak Kristian dan Yahudi sebagai mewakili Islam semasa dia USA. 

Beliau juga merupakan seorang imam untuk beberapa ketika semasa di Masjid Dar al-Quran di Kepulauan Long di New York. 

Beliau juga merupakan Imam solat Jumaat dan pernah menyampaikan ceramah di ibu pejabat United Nations di Manhattan sekali sebulan selama sepuluh tahun berturut-turut.

Beliau merupakan bekas Pengetua Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan. Selain dari itu beliau juga merupakan seorang Direktor Kajian Kongress Muslim Sedunia di Karachi, Pakistan. 

Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Islamik untuk Pelajaran dan Kajian di Miami, Florida dan juga sebagai Direktor Dakwah untuk Tanzeem-e-Islami di Amerika Utara.

Dalam menyampaikan ceramah, beliau berterusan bermusafir ke seluruh dunia sejak menjadi graduan dari Institut Aleemiyah dalam Pengajian Islam pada 1971 dan semenjak berumur 29 tahun.

Beliau telah mengarang lebih dari 12 buah buku dalam topik Islam dan mendapat banyak pengiktirafan. Bahkan buku " Jurusalem dalam Quran - Pandangan Islam terhadap halatuju Jurusalem atau "Jerusalem in the Qur'an - An Islamic View of the Destiny of Jerusalem " telah menjadi buku jualan terlaris dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.

Dr. Abul Fahl Mohsin Ebrahim, Profesor Pengajian Islam, Universiti Durban-Westville, Afrika Selatan telah menulis di bahagian Prakata dalam buku tersebut telah menulis sebagaimana berikut:

"Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Quran dan hadith dengan meyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah s.w.t adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah kelak.

Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek politik dunia. 

Jerusalem di dalam al-Quran merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang bergelar 'Ahli Kitab'."

Comments

  1. Kerana Izin Allah jua...Jazakaullah Khairan Khathira kepada Sheikh Imran Hosein

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat