Friday, 23 August 2019

JANGAN HINA DR ZAKIR NAIK

DILEMA MELAYU
SIRI 1084
JANGAN HINA DR ZAKIR NAIK

Kalau ilmu agama sekangkang ayam jagoh kampung jangan samakan status  kamu dengan dunia ilmu Dr Zakir Naik yang pakar di bidang perbandingan agama. 

Dia bukan ahli politik yang bercawat minda memperaga diri sebagai 'pejuang' keadilan dan kebebasan beragama untuk meraih sokongan palsu  dari pemeluk agama lain.

Para politikus pansiunan, uzur minda, dangkal ilmu agama, jangan celupar mulut meluah kenyataan memperlekehkan pendakwah Islam bertaraf global ini.

Sebagai orang Islam kita patut berbangga beliau menjadi penduduk tetap di negara tercinta ini. Apakah kalian buta matahati dan jahil agama bahawa Zakir Naik digeruni oleh para militan Hindu yang menguasai kerajaan India sekarang? 

Apakah kalian tidak tahu umat Islam minoriti di India menjadi mangsa keganasan dan penginayaan kaum Hindu fanatik?

Para pemimpin agama lain gerun dan benci terhadap Dr Zakir kerana mereka tidak mampu menentang hujah-hujah beliau yg dapat menyebut segala ayat dan makna dari berbagai kitab  agama Hindu Vedas, Opanisyat, Puranas dan berbagai versi dari Injil Kristian.

Dari berbagai kitab asli agama Hindu dan Kristian beliau membuktikan bahawa agama-agama mereka juga percaya Allah Yang Maha Esa, dan akan lahir seorang Nabi bernama Ahmad atau Muhamad kelak. Ini buat para pemimpin agama-agama lain terkedu, mati angan-angan, menyerah kalah.

Dengan ilmu bandingan agama ini Zakir telah menggugat keyakinan agama-agama itu yang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu dalam tafsiran agama-agama mereka. Mitos yang dicipta oleh agama-agama itu didedahkan oleh Zakir melalui kajiannya yang mendalam agama-agama Kristian dan Hindu.

Hasil dari dakwah beliau berjuta orang memeluk Islam di seluruh pelusuk dunia. Ini yang membimbangkan para pemimpin agama-agama Kristian dan Hindu.
Umat Islam mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kerana Tun Mahathir lebih bijak dalam penilaiannya terhadap keilmuan Dr Zakir Naik.

Kekalkan  taraf penduduk tetap beliau di sini. Bantu beliau dalam urusan dakwah kerana ini tuntutan Islam, bukan  tuntutan politik keduniawian. Hanya Melayu yang jahil agama, khayal dengan kuasa politik sahaja yang tidak tahu menilai ilmu kepakaran pendakwah yang tersohor seperti Dr Zakir Naik.

Yahaya Ismail

3 comments:

  1. Kesilapan pertama kita sebagai org islam ialah mengganggap semua org berilmu tak buat silap sampai tak boleh di kritik. Walaupin tinggi ilmu seseorg syaitan akan tetap menggodanya. Jadi bila silap kita mesri tegur dgn cara berbezA. Bila zakir datang ke malaysia dan cakap mengenai bangsa ia adalah bahaya. Adakah jija berlaku perang bangsa ia akan tenteramkan keadaan sya rasa tidak. Ia akan lari mencari tempat selamat. Jika ia pejuang hebat ia akan lawan kerajaan india dan berserah pada Allah. Tapi ia pilih lari dan bg mcm2 alasan. Tgk ulamat palastin adakah mereka lari. Mereka lawan sampi syaheed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidakkah saudara keliru mengenai hal DZN. Beliau seorang penceramah yg dah menlelajah ke serata dunia. Beliau dikehendaki oleh kerajaan hindu India atau tuduhan apa? Tak ada kena mengena dengan agama pun Kenapa perlu dia dihantar balik ke sana... sedangkan kat amalaysia ada yang mengutuk kerajaan dan kata kita diskriminasi kaum di berikan jawatan menteri. Bukan sorang tapi ramai.

      Delete
  2. Melayu malaysia pula belum berlawan dah mengalah...

    ReplyDelete