Skip to main content

Orang Asli Pun Panas dengan MB

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya berdiam diri dengan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengatakan bahawa tidak ada atau tidak wujud tanah adat Orang Asli di bawah undang-undang tubuh negeri itu.

Kenyataan Ahmad Faizal itu bukan sahaja berniat jahat dan satu berbentuk penafian, selain tidak menghormati Orang Asli dan manifesto yang dibuat PH.

Pengerusi Penyelaras Gerakan Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil mengingatkan Ahmad Faizal bahawa Orang Asli tidak pernah dilibatkan dalam proses pembentukan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak dan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta yang ada di negeri atau negara ini, hatta Akta Orang Asli 134.

Semua keputusan penentuan undang-undang dan akta dibuat hanya melibatkan pegawai kerajaan dan pihak-pihak lain – tanpa melibatkan pihak komuniti atau perwakilan terutamanya Orang Asli.

Disebabkan itu, hanya sebelah pihak yang membentuk dan merangka undang-undang tersebut, sudah pasti keputusan mereka akan berpihak kepada mereka dan pihak yang berkepentingan sahaja.

Atas faktor itu, Tijah berkata, kerajaan juga tidak boleh membiarkan menteri besar itu membuat kenyataan dan keputusan sesuka hati berhubung Orang Asli atau mana-mana kaum dalam negara itu kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan salah faham dan ketidakadilan.

Serentak itu, beliau menggesa Ahmad Faizal menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada semua Orang Asli dalam negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, kenyataan dan tindakan Ahmad Faizal itu sama sekali bertentangan dengan manifesto PH yang kononnya prihatin dengan isu Orang Asli dan berjanji untuk mengiktiraf tanah adat.

Menurutnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dahulu, PH bermati-matian meminta sokongan daripada rakyat dan setelah mendapat sokongan majoriti dan membentuk kerajaan, Orang Asli pula ditindas dengan memberi alasan kuasa tanah kuasa kerajaan negeri.

“Sedangkan pendirian dan harapan kami sangat tinggi kami letakkan kepada kerajaan PH kerana setelah sekian lama ramai dalam kalangan pemerintah adalah mereka yang bersama-sama dengan kami dalam menuntut hak orang asal khusus nya dan hak asasi manusia amnya,” katanya.

Jika alasan kuasa tanah adalah kuasa penuh kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak boleh campur tangan dalam urusan kerajaan ini, Tijah menyarankan Kerajaan Pusat dan juga menteri berkaitan menasihatkan kerajaan negeri dalam hal ini.

“Sebagai seorang menteri besar sudah pasti terdapat orang bijak pandai dalam lingkungannya tetapi kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Faizal hanya untuk membenarkan tindakan dan pendirian yang memihak pendirian mereka,” ujarnya yang turut mengingatkan menteri besar itu agar jangan perjudikan masa depan PH dengan keangkuhan sendiri.
– MalaysiaGazette


Comments

  1. Tak tau nak komen apa2 pun pasal tak tau akta tanah adat ini. Kalau tak ada... mintalah diadakan... kalau dah ada muntalah dikuatkuasakan... tak boleh ke macam ini... marah2 tak membawa berkat...

    ReplyDelete
  2. Macam komen dap ttg tanah. Dap kata tanah 99 tahun jadi tanah milik kekal. Yg ramai tukar ialah cina. Jadi bab bab tanah ni biasanya bawah pengaruh dap satu cara utk hak milikkan ke bangsa cina. Melayu dan org asli akhirnya jadi penumpang di negara sendiri.

    ReplyDelete
  3. Tanah Adat.....privilege utk org Asli jer ker.....senang2 tebang, bakar pastu claim tanah mereka. Siapa kata orh Asli tak cerdik. Contoh, tengok di Kedaik, Bukit Serok, Pahang....mereka punya tanah berekar-ekar tapi yg "memiliki"nya adalah suami mereka bangsa Cina......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat