Tuesday, 25 December 2018

ERDOGAN DAN PANDANGAN ISLAMNYA

Turkey menangguhkan hukum Hudud, *Erdogan lebih menumpukan kepada pembangunan siasah (politik perpaduan dan penyatuan), pendidikan, pembangunan modal insan, sains, teknologi modern, ekonomi dan kekuatan ketenteraan.*

Di dalam perlembagaan AK Parti Turkey tidak ada perkataan islam dan syariat islam..

Erdogan tidak mencela dan mengkafirkan Perlembagaan Negara Turkey demi menjaga hati dan perasaan rakyatnya yg bukan beragama islam..

*_"Bagaimana rakyat mahu menghormati negara ini jika aku sendiri menghinanya "_* -ujar Erdogan.

*Malah Erdogan tidak memanggil rakyatnya yg bukan islam dgn panggilan Kafir..*  beliau memanggil mereka dgn panggilan saudara2 sebangsa dan senegara.. iaitu bangsa Turkey.. walaupun ada diantara mereka bukan berketurunan Turkey.. ada yg berketurunan armenia, arab, parsi, kurdish, balkan, europe dan lain2 lagi..

Pintu ijtihad di Turkey dibuka seluas2nya oleh Erdogan bagi mendepani masa dan zaman yg telah jauh berubah..

*Erdogan melarang rakyatnya bertakliq buta dan hanya mendengar pendapat sebelah pihak sahaja..*

Setiap ijtihad yg dikeluarkan oleh para ulama sentiasa dibahaskan.. budaya berhujah dijadikan tiang kekuatan Ummah..

Agama tidak sahaja dibicara dan dibahas oleh golongan agamawan tetapi oleh golongan professional, sasterawan, seniman, tentera, kaki tangan kerajaan, petani, buruh kasar dan juga rakyat jelata.. sehingga agama menjadi topik perbualan dan perbahasan yg sering dibicarakan oleh rakyat jelata..

Hujah Erdogan -

_*"jika umat sering membicarakan tentang agama maka agama akan subur dlm masyarakat.. jika agama hanya dibicarakan oleh para ulama maka umat akan meninggalkan agama"*_

CnP. Wallahuaklam.