Sunday, 2 December 2018

Orang Gagal Sesuai Jadi Apa?

Begitulah soalan yang sering ditanya apabila si gagal selalu merungut.

Orang yang gagal akan sentiasa menyalahkan keadaan, menyalahkan orang lain dan menganggap nasibnya selalu tidak baik.

Ini berbeza dengan sikap orang berjaya yang menganggap halangan adalah satu pembelajaran baru dan berusaha untuk berfikir bagaimana mahu mengatasi rintangan tersebut.

Apabila soalan ini di ajukan kepada saya maka jawapan yang sesuai ialah orang yang gagal adalah lebih sesuai menceburi bidang politik.

Namun ia wajib menjadi anggota parti pembangkang. Ini kerana parti pembangkang amat memerlukan seorang yang suka merungut dan menyalahkan segala galanya atas kegagalan usaha setiap warganegara.

Buktikan bagaimana orang gagal mampu menukar kerajaan.