Wednesday, 14 November 2018

Adakah Rakyat Lari Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya?

Kadangkala kita sebagai penyokong tegar PH perlu bijaksana dan berhemah dalam menyantuni rakyat yang sedang merajuk atau berkecil hati dengan kerajaan.

Sebaik baiknya kita jangan memaki hamun atau menghina rakyat yang sedang melampiaskan kemarahan mereka.

Mereka ada hak untuk bersuara kerana mereka menyokong PH atas janji yang diberi oleh PH sebelum Pru dulu.

Menghina mereka bukan jalan penyelesaian...

Mengulangi kesilapan blogger dedak umno dahulu bukanlah tindakan yang bijak...

Kesilapan pemimpin kita ialah menabur janji sewaktu kempen dahulu dan jangan ditambah lagi kesilapan dengan memaki hamun rakyat yang menuntut janji...

Kadangkala saya ada juga terfikir...

Adakah mereka juga seperti blogger dedak umno yang taksub kerana mendapat sesuatu?

Entahlah...

Dulu kita meluat dengan blogger umno kerana blogger dedak memaki hamun dan memperlekehkan rakyat...

Sekarang...

Nampaknya lebih kurang juga...

Menunjuk keangkuhan kita kepada rakyat membuatkan rakyat semakin meluat kepada kerajaan...

Kita sebagai penyokong perlu lebih sopan dan menggunakan strategi memujuk untuk mengurangkan suhu kepanasan hati rakyat...

Kebiasaannya untuk menegur kesilapan musuh adalah lebih mudah berbanding menegur kesilapan rakan kita sendiri...

Rakan kita lebih mudah menyentap dan terus menganggap kita sebagai musuh apabila ditegur...

Kita harus insaf bahawa kemenangan PH pada pru lepas adalah kerana perubahan sokongan 6% ke 10% pengundi melayu di beberapa kawasan...

Margin itu adalah terlalu kecil dan boleh berubah sekelip mata...

Seandainya setiap tahun peratusan sokongan berkurangan maka pru akan datang kita berkemungkinan akan kalah.

Ditambah pula dengan masalah dalaman di dalam parti PKR dan PPBM yang membuatkan  rakyat menggelengkan kepala.

Rakyat memilih kita dan memperjudikan pilihan mereka pada pru lepas supaya kita dapat memperbaiki pentadbiran negara ini dan bukannya berebut jawatan dan kuasa.

Sedarkah kita bahawa ramai penyokong penyokong tegar PH telah mula merajuk dan ramai juga rakyat semakin hilang keyakinan kepada kerajaan?

Sebab merajuk berpunca dari perbagai sebab...

Namun jika dibiarkan merajuk ini akan menjadi meluat sepertimana yang pernah terjadi kepada umno dahulu...

Masalah dalaman di dalam pkr mahupun ppbm nampak seperti lebih terarah kepada rebutan pengaruh dan kuasa.

Buat masa ini rakyat masih lagi menyokong hanya kerana mahu menjaga muka Tun Mahathir.

Namun begitu sampai bila rakyat mampu bersabar dengan kerenah menteri menteri dan kerenah kerenah pentaksub parti yang semakin lama semakin biadap dan angkuh?

Saya secara peribadi sudah mula mahu menjarakkan diri dari dunia maya yang membawa cerita politik.

Semakin membuka fb semakin meluat pula melihat di sana sini masing masing memuja muja paymaster masing masing....

Dulu kita mengata blogger dedak umno yang berperangai begitu tapi hari ini kawan kita pun dah seperti mendedak tak tentu pasal...

Lebih lalang dari padi
Lebih lajak dari laju
Lebih bilang dari beri
Lebih bijak dari tahu