Sunday, 28 October 2018

Apakah Agenda Sebenar Tun M?

Menurut dakwaan A Kadir Jasin, susulan penyertaan Mustapa Mohamed ke dalam Bersatu semalam, seramai 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan turut berbuat demikian.

Sebagai makluman, pada PRU14 lalu, UMNO menang 54 kerusi Parlimen, tetapi sehingga ini 6 orang sudah keluar parti di mana 4 menjadi Bebas, seorang menyertai Bersatu dan seorang lagi beralih kepada Warisan.

Ini bermakna, UMNO kini ada tinggal lagi 48 Ahli Parlimen bersama dengannya.

Kiranya benar ada 40 Ahli Parlimen UMNO mahu menyertai Bersatu, bukanlah siapa 40 orang itu yang penting untuk diketahui, tetapi yang lebih penting lagi ialah siapakah baki 8 orang yang masih setia tidak mahu meninggalkan UMNO itu?

Tun Mahathir bakal mempunyai
13 Bersatu + 6 UMNO + 40 lagi kerusi UMNO = 59 kerusi.

Dicampur dengan 10 Amanah + 8 Sabah + 19 Sarawak =  37 kerusi
Total = 59 + 37 = 96 ahli parlimen

Andainya PKR berpecah kepada dua yakni 25 kerusi parlimen bersama Tun maka totalnya ialah 121 kerusi parlimen, melebihi 112 simple majoriti untuk tubuhkan kerajaan.

Sekiranya DAP yang mempunyai 42  kerusi kekal bersama Tun maka bertambah lagi sokongan kepada Tun menjadi 163 kerusi, dan menjadi 2/3 majoriti (148 kerusi)

Dimana 2/3 majoriti didalam parlimen boleh mengubah perlembagaan persekutuan.

Apakah agenda Tun yang sebenarnya...?

Zahid dan Najib hampir pasti akan mengosongkan kerusi parlimen masing2 seandainya kes mereka lekat.

Ini menjadikan kerusi umno  terumbang ambing manakala timbalan presiden umno pula bukanlah seorang ahli parlimen.

Dan pastinya beliau tidak berkelayakan untuk mengemudi parti umno.

Andaian yang mengatakan umno akan terkubur nampaknya sudah hampir menjadi kenyataan dan lokman adam bolehlah memohon untuk menyertai parti ibrahim ali.

Pisau kini di tangan Tun, samada mahu memotong ataupun mahu menghiris.

Ahli parlimen umno yang begitu kuat menghina Tun suatu masa dahulu dikabarkan seorang demi seorang mula menghantar mesej memohon untuk diampunkan dosa mereka.

Ramai yang tertanya tanya kenapa Tun memerlukan sokongan orang orang  umno untuk menyertai parti bersatu.

Ini kerana tanpa orang orang umno pun PH mampu mendirikan kerajaan bersama sama komponen PH yang lain.

Sebenarnya ia bukan lagi berkenaan mendirikan kerajaan tetapi sebaliknya ia berkenaan survival parti bersatu itu sendiri.

Parti bersatu hanya mendapat 13 kerusi sewaktu pru yang lepas dan bilangan kerusi tersebut tidak mewajarkan bersatu menjadi sebuah kuasa yang berpengaruh di dalam PH.

Tun sebenarnya risaukan akan nasib parti tersebut setelah peninggalannya nanti.