Friday, 28 September 2018

HIKAYAT RATAPI NASIB LANUN DAN BINI

DILEMA MELAYU
SIRI 816
HIKAYAT RATAPI NASIB  LANUN DAN BINI

Bukan kisah Antah Berantah berhimpun segala bomoh, pawang dan sami, masing-masing hairan bin takjub. Apa gerangan dipanggil cepat, yg bertapa bercawat terkejut, bomoh buaya terkentut, sami hilang selera capatinya. Mungkin ada dedak ditambah membayar segala makanan jin, syaitan, iblis dan puaka yang menjadi pengiring sang setia, pemurah hati, duit berlaksa.

Muka masykhol menerima tetamu. Muram temuram bala menimpa. Dalam kilat ada kilau  para bomoh dan sami sudah tau. Wajah pucat tanpa silau. Botox  habis , kulit kerdot. Aura megah hilang sudah.

Wahai dukun, sami yang hebat. Seru segala jin, iblis dan puaka, bantu kami dalam derita. Tempat ditempah dalam neraka. Malik Zabaniah menolak  rasuah, Hati kami gundah dan susah. Sg Buloh dan Kajang sudah ditempah. Mas berlian beg  jenama hilang harapan menyamun bersama. Mati reput tak bernama.

Panggil segala jin, iblis, puaka bantu ana. Pengkeras tanpa GST untuk kalian semua. Kawal kami siang dan malam.  Rasuk mereka yg buat kami tenggelam.

Sidang bomoh dan sami berpakat. Hendak menyelamat pasangan keparat. Melanun harta rakyat sampai tak ingat. Hilang kuasa, takut sangsara.

Bomoh dan sami bersidang rahsia. Jin, iblis dan puaka enggan  tunduk setia. Spanduk  bercacak Nahe-nahe bantu perompak cakrawala. Kami  bersimpati dengan rakyat Malaysia. Ditipu, diperkosa harta negara, jadikan rakyat papa kedana.

Terkejut bomoh, sami dan pawang  jin, iblis dan mat puaka pun ada rasa, tak mau bantu pasangan durhaka, habislah  mimpi pengkeras berharga. Mereka berpakat  berhadapan pasangan.

'Bagaimana  dengan kerjasama iblis,  jin dan  syaitan bantu kami menang bicara?' 
Jawap ketua pawang, ' Dari ilmu firasat jin, iblis pun tak mau sepakat. Kes  tuan dan puan amtlah berat. Jin, iblis dan seluruh puaka pun tak mau bersubahat.'

Terkejut pasangan penyamun. Iblis, syaitan dan puaka pun tak  mahu bersama. Besarnya bala menimpa kepala. Tahulah nasib dalam penjara. Menyesal kemudian tak guna lagi.  Dalam penjara mereka akan mati.

Nukilan Yahaya Ismail