Friday, 21 September 2018

Kedua dua Anwar dan Tun Hanyalah PM sementara

Dunia pada hari ini ugama adalah hak ulamak, ulamak adalah hak parti dan parti adalah hak pentaksub.

Bangsa adalah hak pemimpin, pemimpin adalah hak parti dan parti adalah hak pentaksub.

Tidak boleh ditegur atau dikritik.
Taraf mereka lebih maksum dari nabi malah lebih dianggap sebagai pemberi rezki.

Kadang kadang dalam faktor memilih satu satu pemimpin itu bukan terhad kepada kelayakan semata mata tetapi berdasarkan kepada keperluan.

Ini kerana yang layak adalah ramai tetapi siapakah yang lebih diperlukan.

Sebenarnya sewaktu nama Tun dipersetujui untuk dicalonkan sebagai perdana menteri ia adalah kerana keperluan diwaktu itu dan bukannya semata mata kelayakan pernah menjadi perdana menteri 22 tahun sahaja.

Antara sebab kenapa Tun dinamakan oleh beberapa pemimpin parti parti didalam pakatan harapan adalah kerana Tun sudah berusia lanjut dan boleh dijadikan sebagai PM sementara sahaja sehingga Anwar dibebaskan.

Sebenarnya pada waktu itu, letak nama nama lain sebagai calon pun tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan kerana semangat rakyat begitu berkobar kobar mahu menjatuhkan umno.

Malah sokongan Tun untuk duduk bersama Pakatan Harapan sudah cukup memadai untuk menarik sokongan 10℅orang orang melayu.

Namun seandainya nama Muhyidin ataupun Azmin diletakkan sebagai calon PM maka pada pendapat satu pihak didalam inner circle PH maka ia akan merencatkan perjalanan politik mereka pula.

Ini kerana baik azmin atau muhyidin sudah pasti akan memegang jawatan dalam tempoh masa yang agak lama.

Inner circle didalam PKR sudah menghidu dan mula mencatur dan menyusun satu strategi untuk membuka laluan mereka dengan lebih selamat.

Mula mula perlu letakkan Tun sebagai PM dan pendekkan khidmat Tun secepat mungkin agar Anwar pula dinaikkan sebagai PM.

Anwar juga bukanlah terlalu muda untuk lama berkhidmat dan mereka menjangkakan hanya dalam satu penggal sahaja.

Maka selepas anwar maka generasi pertama reformis akan mula mengambil alih tampuk negara.

Bagi pendapat generasi ini, baik Tun mahupun Anwar, kedua mereka ini perlu ditamatkan servis mereka secepat mungkin.

Apakah Kesudahan Episod Politik Tun Mahathir?

Ramai yang menyambut ulang tahun api reformasi yang dipercikkan pada tahun 1998.

Tetapi ramai yang lupa kepada kebakaran yang mula merebak pada tahun 2008 dimana sebaik sahaja pak lah gagal mendapat majoriti 2/3 di dalam parlimen.

Ulangtahun 10 tahun kebangkitan rakyat ini perlu juga diingati dimana diwaktu itu Tun mula bangkit menyingkirkan regim tingkat 4.

Dalam diam tak diam kita telah berjuang selama 10 tahun bersama Tun yang mengakibatkan 2 Perdana Menteri Malaysia tersingkir.

Adakah Tun akan mengekalkan rekod yang disandang oleh Pak Lah dimana Pak Lah adalah satu satunya Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri?

Nampaknya begitulah sejarah tercipta kerana Wan Azizah terpaksa turun takhta sebaik sahaja Anwar menjadi perdana menteri.

Diantara kehebatan Tun bukan sahaja mampu berfikir dengan cerdas tetapi yang lebih utama ialah mempunyai satu jentera pemusnah didalam politik.

Jentera sebegini amat sukar dibina melainkan orang yang berkepakaran tinggi sahaja.

Diwaktu rafizi sedang mendendangkan lagu reformasi untuk mengingatkan kembali penyokong penyokong anwar bahawa beliau adalah calon yang layak untuk menjadi secondman kepada Presiden PKR, Azmin pula dicanangkan akan menyertai PPBM yang kini dilihat sedang mengutip seramai mungkin ahli parlimen Umno.

Ramai yang berpendapat Azmin sedang dipersiapkan oleh Tun untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia akan datang.

Gerakan ini sekaligus menafikan tohmahan umno yang mengatakan Tun mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Penyokong penyokong Tun yang dilihat begitu kuat menyokong Azmin telah membuatkan penyokong penyokong Anwar bertambah yakin bahawa Azmin sedang disusun untuk menjadi PM dan Rafizi merasakan ini adalah satu campurtangan luar parti yang amat membahayakan cita citanya untuk melangkah lebih tinggi.

Dan penyokong penyokong rafizi berpendapat adalah lebih baik Azmin disingkirkan daripada parti kerana kiblat azmin kini telah beralih arah.