Thursday, 13 September 2018

Adakah PH retak menunggu belah?

Mengikut kronologi penubuhan pakatan harapan, azmin adalah diantara orang yang tidak menyokong pada peringkat awal penubuhan gagasan tersebut dan azmin juga adalah orang yang tidak bersetuju Tun dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Pada peringkat awal orang yang mahukan Tun menjadi calon PM ialah Hishamudin Rais, Mat Sabu, Rafizi Ramli, Saifudin Abdullah dan akhirnya Lim kit siang dan Anwar Ibrahim sendiri.

Seperti biasa Tun menggunakan kaedah smart politiking yakni orang yang lantang menentang akan diletak sebagai menteri dan hasilnya Azmin dan Zuraida dilantik sebagai menteri yang agak kanan.

Tektik tersebut dapat mendiamkan seketika kumpulan Azmin dan selepas Anwar menjadi PM maka terpulanglah kepada Anwar pula untuk melantik Rafizi dan kumpulannya menjadi menteri.

Kembali kebelakang beberapa bulan sebelum PRU14...

Diwaktu itu umno begitu giat melaungkan bahawa menyokong pembangkang adalah bermakna meletakkan Lim kit siang menjadi perdana menteri...

Politik negara agak sedikit kalut kerana gagasan parti pembangkang diwaktu itu tidak mempunyai jeneral perang untuk mengepalai peperangan.

Waktu itu Anwar masih dibelakang tirai besi dan pru pula sengaja dilangsungkan oleh najib agar anwar tidak boleh melibatkan dirinya didalam pilihanraya.

Politik negara juga agak menjadi gelut apabila parti pas mahu menjadi king maker dengan menjadikan pertandingn sebagai 3 penjuru.
Umum mengetahui bahawa untuk merampas putrajaya pembangkang masih kekurangan sokongan undi diantara 5% - 10%.

Untuk merealisasi pembangkang menjadi kerajaan maka satu strategi yang tuntas perlu digembelingkan oleh ketua ketua parti politik pembangkang.

Maka terlahirlah idea untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai perdana menteri yang ke 7 untuk sementara waktu.

Perkara ini menjadi isu besar dan ketua ketua parti terpaksa meronda satu negara untuk menjelaskan kepada penyokong masing masing dan tugas berat itu dipikul oleh Mat Sabu.

Penyokong penyokong Dap dan Pkr dilihat amat sukar untuk menerima keputusan parti.
Namun setelah Tun berjaya membuktikan bahawa beliau telah bekerja keras 2 kali ganda daripada kesemua ketua ketua parti yang lain akhirnya rakyat menyokong penuh agar Tun menjadi calon perdana menteri.

Tun telah menarik 10% sokongan pengundi luar bandar kepada pakatan harapan dimana akhirnya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan regim Barisan nasional pada PRU 14 tersebut.

Dengan berbekalkan 10% itu lah yang membuatkan Tun menjadi Perdana Menteri dan perjanjian mulut nya Tun akan memegang kuasa selama 2 tahun sahaja.

Manakala 90% sokongan lagi adalah didominan oleh parti Pkr dan Dap.
Sebenarnya dalam senario politik negara pada hari ini diantara Tun dan Anwar tidak mempunyai masalah... yang bermasalah hanyalah orang orang keliling Tun dan orang orang keliling Anwar.

Masing masing mahukan pengaruh masing masing menjadi teguh dalam berkuasa.
Sudah pasti lah orang kuat Tun yang mempunyai kuasa tidak mahu hanya memegang kuasa dalam tempoh yang singkat sahaja manakala orang orang Anwar pula beranggapan mereka layak duduk diatas kerana mereka telah berjuang puluhan tahun melawan regim umno dan mereka mahukan jasa mereka dikenang oleh pucuk pimpinan...

Apa yang rakyat lihat seolah olah baik Tun mahupun Anwar tidak mahu menegur dan menasihati penyokong masing masing dalam melakukan serangan sesama sendiri.

Akhir akhir ini Anwar dilihat agak terkehadapan dalam melampiaskan sokongannya terhadap Tun manakala orang kuat Tun yakni Daim zainudin pula dilihat memberikan sokongan padunya kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri ke 8..

Kelihatannya berlaku sedikit perang saraf diantara orang Tun dan orang Anwar.
Manakala Azmin pula yang dahulunya begitu lantang menolak cadangan parti untuk mengangkat Tun menjadi PM tiba tiba menjadi penyokong tegar Tun setelah mendapat jawatan menteri ekonomi.

Dalam keadaan politik negara yang masih belum stabil ini rebutan pengaruh untuk mendominasi kuasa masih berlaku diantara parti parti politik.

Dari perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi kini menuju ke perjuangan untuk menjadi parti yang paling berpengaruh di putrajaya.

Permainan politik begitu rancak hingga rakyat tertanya tanya sampai bila mereka harus menanti.

Yang bercakar diatas masing masing punya kuasa dan bergaji lumayan manakala masalah rakyat masih tidak kunjung reda.

Dendam lama diantara penyokong Anwar dan Penyokong Tun agak sukar untuk disejukkan.
Kini Tun mempunyai 3 musuh yang amat garang yakni penyokong tegar PKR, penyokong tegar PAS dan penyokong tegar UMNO.

Dap dan Amanah dilihat amat matang dalam soal kepentingan kenegaraan mengatasi kepentingan politik.

Ada juga menjangkakan sekiranya Anwar mengambil kekuasaan terlalu awal dari Tun besar kemungkinan Anwar akan mengalami masalah besar dalam menguruskan negara kecuali Anwar menjalankan pentadbiran secara kuku besi.

Seandainya pemerintahan kuku besi dijalankan maka Umno akan mendapat kelebihan pada pru akan datang tetapi sekiranya Anwar berhati kering dan mentadbir secara keras maka besar kemungkinan Anwar mampu bertahan lama.

Cuma sahaja faktor usia membataskan pergerakan Anwar untuk bertahan terlampau lama.

Kaedah yang terbaik ialah Anwar perlu bertindak keras kepada musuh politik nya tetapi bersikap lunak kepada rakyat.
Rakyat tidak akan bangkit sekiranya perut mereka berisi.

Rata rata mengatakan sehabis sahaja tugas Tun sebagai Perdana Menteri maka PPBM akan terus terkubur.

Pendapat ini sedang cuba di sanggah oleh penyokong penyokong PPBM tetapi perkara ini sudah diakui oleh Tun sendiri dan beliau sedang berduka malah sedang berfikir bagaimana mahu menyelamatkan parti tersebut dari terkubur begitu sahaja setelah pemergiannya.

Terpulanglah kepada ketua ketua bahagian ppbm bagaimana mahu menggariskan halatuju parti.

Sebagai penggerak reformasi sudah pasti Anwar mahu memastikan penyokong penyokong reformasi sedari tahun 1997 akan dibela nasib mereka.

Mereka telah banyak berkorban puluhan tahun memperjuangkan batang tubuh Anwar. Pengorbanan mereka perlu dibalas dan Rafizi telah menjanjikan untuk memastikan keperluan hidup mereka diperjuangkan.
Antara solusi Rafizi ialah mewujudkan satu koperasi Keadilan.

Nampaknya pemimpin pemimpin didalam parti parti pakatan harapan mula sudah hilang fokus.

Fokus mereka kini beralih kepada untuk menjadi the supreme power dan tidak lagi kepada kemaslahan rakyat.

Kata kata mereka akan diakhiri dengan bait bait ayat yang menyebut nyebut perkataan rakyat namun tindak tanduk mereka begitu menyimpang dari menghampiri denyut nadi rakyat.

Seperti mana yang pernah saya menasihati anak anak saya...

Orang melayu ini sewaktu susah mereka mampu berkongsi kesusahan mereka malah 1 ringgit pun boleh dikongsi dengan rakan rakan mereka seramai 10 orang.

Namun sewaktu senang usahkan 10 orang malah 1 orang pun tak merasa 1 sen...