Wednesday, 11 July 2018

Malaysia Baru, Apa yang baru?

Apabila menyebut perkataan "baru", otak kita sebagai rakyat akan berfikir tentulah ia berkaitan segala galanya akan berubah. Begitu juga apabila menyebut Malaysia baru otak kita akan memikirkan,

Kerajaan yang berubah
Dasar kerajaan yang berubah
Kehidupan berubah menjadi lebih senang
Protokol didalam sektor kerajaan juga berubah
Cara menyelesaikan masalah rakyat juga berubah

Malah perubahan yang amat di dambakan oleh rakyat ialah satu perubahan total didalam sektor kerajaan.

Kita mengharapkan kakitangan kerajaan yang tersenyum melayan kita.

Kita mengharapkan kakitangan kerajaan dapat selesaikan masalah kita dengan lebih cekap dan telus.

Kita mengharapkan tiada rasuah dan kita amat mengharapkan tiada pilih kasih atau penindasan terhadap kita sebagai rakyat marhaen.

Kita mahukan perubahan begitu... Kita mahukan kerajaan baru ini benar benar mesra rakyat melalui pekerja pekerja mereka sebagai kakitangan kerajaan.

Kita akan merasa sentiasa dipertahankan sekiranya kerajaan akan menyebelahi kita apabila rungutan dan aduan kita berkenaan kakitangan kerajaan yang biadap terhadap kita.

Malah kita akan merasa begitu bersyukur seandainya kerajaan baru benar benar melaksanakan satu dasar yang menyebelahi rakyat.

Kita masih tertunggu tunggu akan dasar tersebut. Kita telah lama menunggu dan kita sudah lama tersiksa dibawah regim yang lama.

Kita sudah tidak mampu bersabar kerana kita peru makan setiap hari. Kita mahukan kerajaan baru memberi ruang untuk kita mencari rezki didalam negara yang penuh dengan sumber alam.

Kita mahukan kerajaan selesaikan masalah kos rumah yang terlalu mahal. Kita bukan mahu kerajaan memaksa bank memudahkan urusan pinjaman. Apa guna urusan bank menjadi mudah tetapi harga rumah melambung tinggi.

Negara ini mempunyai banyak tanah maka ada baiknya kerajaan memberi setiap rakyat marhean sebidang tanah dan pandai pandailah rakyat mahu berdikari untuk membina rumah buruk mereka sedikit demi sedikit.

Strategi perdana menteri kedua juga boleh diperkenalkan semula yakni melalui felda dengan menjadi peneroka.

Apa yang kerajaan perlu fikirkan ialah bagaimana mahu mengelakkan rakyat menjadi perompak atau pencuri kerana mahu mencari sesuap nasi.

Tanda Petak Parkir – Salah Ke Dari Segi Undang-Undang?


Mesti anda pernah pusing banyak kali dalam pusat membeli-belah sampai naik penat, dan akhirnya nampak petak parkir kosong. Tapi bila sampai je, tiba-tiba ada sipolan tengah berdiri tercegat (atau duduk, atau baring, atau buat aksi handstand, macam-macam gaya lagi la) kat situ untuk tanda petak parkir.

Benda ni bukan orang Malaysia je yang buat, tapi adalah perangai manusia sejagat. Ada suatu kejadian yang berlaku di New York, tular satu cerita seorang lelaki yang baru sahaja nak masuk parking, tiba-tiba ada sorang wanita berlari untuk tanda petak parkir tu, sekali dengan emaknya tu pun tumpang sekaki! Lelaki yang bengang tu cakap lebih kurang macam ini, “Ini parking untuk kereta, bukan parking untuk wanita lah!”

Kesudahannya lelaki tersebut akhirnya mengalah sebab di belakang keretanya dah berderet kereta lain menunggu di belakang, tapi nasib baiklah ada wanita lain yang baik hati ‘menawarkan’ petak parkir kepadanya. Kalau terjadi kepada kita pun, mungkin takde masa nak melayan. Bertekak sampai berbuih mulut pun, kalau orang tu jenis hati kering dan degil tak boleh nak buat apa juga kan?

Tanda petak parkir memang satu kesalahan!

Tanda petak parkir ini bukan sahaja menyusahkan orang lain, tapi boleh memudaratkan diri sendiri. Katakanlah pemandu tidak menyedari kehadiran anda yang berdiri di situ dan terus masuk, tak ke niaya? Ada satu kes ekstrem di Kuala Lumpur bila seorang ibu menyuruh anaknya menunggu selama 90 minit di bawah pancaran matahari terik untuk tanda petak parkir.

Berdiri untuk tanda petak parkir memang dinyatakan sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang” ini menyatakan:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Seperti yang dinyatakan di atas, undang-undang ini pun terpakai kepada orang yang ‘tawarkan diri’ untuk menjaga atau cuci kenderaan anda. Dan oleh kerana undang-undang ini tak menyatakan sebarang tempat tertentu, ia boleh diguna pakai di tempat awam mahupun premis peribadi (contohnya pusat membeli-belah). Di bawah Seksyen 119, biasanya penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan. Kesalahan berulang boleh didenda sehingga RM4,000 dan/atau penjara 12 bulan.

Jadi apa yang anda boleh buat?

Biasanya bila situasi ini terjadi, ada dua perkara yang mungkin anda terfikir nak buat… (selain perang mulut):

Pandu perlahan-lahan ke petak parkir untuk takutkan orang yang menanda petak parkir itu atauTularkan gambar atau video di media sosial.

Tapi kedua-duanya tidak digalakkan sebab…

Pandu perlahan-lahan ke petak untuk takutkan orang tersebut

Perbuatan menghalang orang lain daripada parkir mungkin satu jenayah, tapi melanggar orang dengan kereta pun perbuatan jenayah juga. Walaupun anda tak melenyek mereka, perbuatan menakut-nakutkan orang lain boleh disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan online) Seksyen 503 – kesalahan menakutkan secara jenayah:

“Barang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh, nama baik atau harta… dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu… adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.”

Tularkan gambar atau video di media sosial

Di era media sosial, macam-macam benda pun boleh jadi tular. Melainkan anda tahu apa yang anda buat, anda mungkin boleh melanggar undang-undang lain. Sebagai contoh, memalukan orang di media sosial boleh dikira sebagai jenayah. Jadi daripada muatnaik gambar tersebut di Facebook contohnya, lebih baik anda muatnaik gambar itu terus kepada pihak berkuasa yang berhampiran, kerana anda boleh membuat laporan dan membuatkan mereka disaman.

Oleh kerana anda sudah tahu yang anda petak parkir dikira sebagai jenayah, anda boleh membuat laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mungkin ada antara kita yang tak berapa yakin sama ada pihak berkuasa ini menjalankan tugas mereka atau tidak, tapi sekurang-kurangnya kita telah menunaikan tanggungjawab kita dulu sebagai rakyat. Antara cara untuk membuat laporan ke JPJ (dengan gambar/video) adalah:

Hantar emel ke aduantrafik@jpj.gov.my.Hubungi talian 03-8886 6412.

Pastikan gambar/video tersebut menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan pesalah, termasuklah kesalahan mereka. Anda juga perlu sertakan:

Maklumat peribadi korang (termasuk IC)Lokasi.Tarikh dan masa.Nombor pendaftaran kenderaan.Keterangan tentang perkara yang berlaku.

Jika terjadi kepada orang lain, anda pun boleh membela mereka juga

Sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada anda, mungkin anda boleh berbincang secara baik dengan individu yang tanda petak parkir itu mengenai undang-undang ini. Kalau untung dapat parkir dan bonus sekolahkan mereka sekali. Paling tidak pun jika ia terjadi kepada orang lain, anda boleh membela mereka tanpa mengira bangsa, agama, atau fahaman politik. Jangan tanya pangkah apa masa PRU14, nanti tak pasal-pasal kena maki.

Kalau nak selamat anda tanda siap-siap pautan artikel ini untuk dipamerkan sekiranya situasi ini berlaku atau cetak terus Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 50(3) dan bawalah ia ke mana-mana sahaja sebagai tangkal azimat.