Tuesday, 25 December 2018

ERDOGAN DAN PANDANGAN ISLAMNYA

Turkey menangguhkan hukum Hudud, *Erdogan lebih menumpukan kepada pembangunan siasah (politik perpaduan dan penyatuan), pendidikan, pembangunan modal insan, sains, teknologi modern, ekonomi dan kekuatan ketenteraan.*

Di dalam perlembagaan AK Parti Turkey tidak ada perkataan islam dan syariat islam..

Erdogan tidak mencela dan mengkafirkan Perlembagaan Negara Turkey demi menjaga hati dan perasaan rakyatnya yg bukan beragama islam..

*_"Bagaimana rakyat mahu menghormati negara ini jika aku sendiri menghinanya "_* -ujar Erdogan.

*Malah Erdogan tidak memanggil rakyatnya yg bukan islam dgn panggilan Kafir..*  beliau memanggil mereka dgn panggilan saudara2 sebangsa dan senegara.. iaitu bangsa Turkey.. walaupun ada diantara mereka bukan berketurunan Turkey.. ada yg berketurunan armenia, arab, parsi, kurdish, balkan, europe dan lain2 lagi..

Pintu ijtihad di Turkey dibuka seluas2nya oleh Erdogan bagi mendepani masa dan zaman yg telah jauh berubah..

*Erdogan melarang rakyatnya bertakliq buta dan hanya mendengar pendapat sebelah pihak sahaja..*

Setiap ijtihad yg dikeluarkan oleh para ulama sentiasa dibahaskan.. budaya berhujah dijadikan tiang kekuatan Ummah..

Agama tidak sahaja dibicara dan dibahas oleh golongan agamawan tetapi oleh golongan professional, sasterawan, seniman, tentera, kaki tangan kerajaan, petani, buruh kasar dan juga rakyat jelata.. sehingga agama menjadi topik perbualan dan perbahasan yg sering dibicarakan oleh rakyat jelata..

Hujah Erdogan -

_*"jika umat sering membicarakan tentang agama maka agama akan subur dlm masyarakat.. jika agama hanya dibicarakan oleh para ulama maka umat akan meninggalkan agama"*_

CnP. Wallahuaklam.

Thursday, 20 December 2018

Himpunan Keadilan Buat Adib

Warga ipoh diseru untuk hadir
Telah viral didalam facebook mengajak warga ipoh untuk berhimpun bagi menuntut keadilan buat adib di Ipoh padang pada jam 2 petang sabtu, tarikh 22 Disember 2018.
Ia dikatakan dianjurkan oleh NGO didlm negeri Perak.

Monday, 17 December 2018

[ TENTERA TATAR ] Belajar dari sejarah

Suatu masa, ketika umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh Wilayah Islam dijajah.

Antara yang terawal adalah Wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.

Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di Kota Bukhara.

Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:

"Sesiapa yang menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barangsiapa yang enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan."

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah kepada dua pihak.

Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:

"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!"

Namun pihak kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata:

"Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dalam keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?"

Genghis Khan terus mengambil peluang dari pertelingkahan ini.

Dia mengutus surat berikutnya khusus kepada pihak kedua yang sanggup menerima tawaran.

Dalam surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada pihak tersebut dengan syarat mereka menumpaskan pihak pertama.

Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah.

Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar.

Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yang teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yang menjual agama dengan habuan dunia.

Apa yang menyedihkan, pihak yang menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yang dijanjikan.

Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya.

Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur:

"Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!"

10 pengajaran dari cerita di atas:

1.     Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman.

2.     Aqidah perjuangan yang lemah punca tidak yakin dengan janji kemenangan dari tuhan.

3.     Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan.

4.     Pabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati.

5.     Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.

6.     Islam tidak kalah kerana agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam sendiri.

7.     Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah.

8.     Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara.

9.     Pentingnya untuk berpegang kepada prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yang utuh!

10.     Tidak ada kerjasama dengan bukan Islam dalam menentang sesama Islam.

Tiga kata-kata hikmah yang perlu diambil iktibar:

1. 

  ما أشبه اليوم بالأمس

"Alangkah samanya hari ini dengan semalam."

2.   

لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم

"Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu."

3. 

  من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ

"Barangsiapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali."

*C & P*

ORANG ISLAM USAH MENYIBUK SAMBUT KRISMAS

Ada segelintir dalam kalangan orang Islam yang kelihatan bermudah-mudah meraikan Krismas. Alasan mereka kononnya hanya sebagai menyambut kelahiran Nabi Isa yang dilihat seakan titik temu antara Islam dan Kristian. Untuk itu, kita perlu mencermati beberapa perkara. Antaranya:

⚫ Nabi Isa lahir di pertengahan musim panas, bukan ketika musim sejuk pada 25 Disember seperti dakwaan penganut Kristian yang menyambut Krismas.

⚫ Berdasarkan surah Maryam ayat 25:

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا

"Dan goncangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu"

⚫ Ayat di atas menggambarkan Siti Maryam diperintah oleh Allah untuk mendapatkan buah kurma yang telah masak sebagai bekalan tenaganya setelah melahirkan Nabi Isa.

⚫ Buah kurma masak ketika musim panas, bukan musim sejuk.

⚫ Bahkan di dalam Bible menceritakan bahawa Nabi Isa dilahirkan ketika musim kambing-kambing meragut rumput, iaitu musim panas. Binatang ternak tidak meragut rumput sewaktu pertengahan musim sejuk ketika salji sedang turun.

⚫ Adapun tanggal 25 Disember adalah warisan kepercayaan Pagan yang menyambut kelahiran Dewa Matahari mereka.

⚫ Bagi umat Islam yang tidak pasal-pasal mahu meraikan Krismas atas alasan kononnya menyambut kelahiran Nabi Isa, mereka perlu sedar akan sejarah ini. Persoalannya, kelahiran siapakah sebenarnya yang mereka sambut?

Abdul Mu'izz Muhammad
25 Disember 2017.

Kemaruk kebendaan


Baginda Nabi SAW pernah menyatakan rasa kebimbangan terhadap umatnya apabila dunia "dibentangkan" di hadapan mereka. Ini adalah kerana betapa hebatnya fitnah yang bakal terbit daripada dunia yang serba fana ini yang akan menyebabkan umat manusia hilang pedoman lalu meninggalkan hidup bertuhan.
.
Kebimbangan Nabi SAW ini terbukti berlaku sehingga kita sendiri boleh melihatnya hari ini betapa ramainya manusia kemaruk terhadap kebendaan lalu mengenepikan agama serta moral.
.
Pada hakikatnya, kemaruk kebendaan ini adalah merupakan manifestasi peradaban yang sentiasa dicanang oleh Dajjal dan sekutu sekutunya. Mereka mendoktrin idealogi ini dengan cukup terancang untuk memastikan manusia meninggalkan pengabdian diri kepada Allah lalu mengabdikan diri kepada kehidupan yang penuh meterialistik.
.
Apabila manusia mula menganggap kebendaan sebagai matlamat kehidupan, maka lahirlah manusia seterusnya masyarakat gila yang sangat meterialistik yang mewajarkan pengabdian diri kepada keseronokan, kepuasan nafsu dan keutamaan dunia kebendaan semata.
.
Bahkan yang amat menyedihkan lagi adalah, jauh sekali hati mereka ini mahu mengingati Allah SWT kerana mereka telah dikuasai oleh sifat kemaruk kebendaan yang tidak berkesudahan. Wal'iyyazubillah.
.
Bahaya kemaruk kebendaan ini jugalah melahirkan banyak idealogi idealogi songsang seperti Capitalisme, Sekularisme, Liberalisme dan idealogi idealogi songsang yang lain.
.
Berhati hatilah wahai orang orang yang beriman. Jangan kita tergolong dari kalangan mereka yang mempertuhankan kebendaan sebagai matlamat kehidupan yang fana ini. Kelak kita yang akan menyesal tidak berkesudahan. Wallahu'alam.
.

Thursday, 13 December 2018

Menjawab Kenyataan Media Presiden PAS, tentang INTEGRITI TABUNG HAJI

*Pertama, saya nak nasihatkan Haji Hadi, sudah sampai masa Haji Hadi bersara saja dari politik daripada terus menyesatkan dan membodohkan pengikut dan penyokong PAS... Ada orang yang dulunya cerdik, tapi bila masuk PAS, atau jadi penyokong tegar PAS, semuanya jadi bodoh... Bukan bertambah baik, bukan bertambah cerdik, tapi rata-ratanya jadi semakin bangang.*

*Apa masalah Haji Hadi....? Masalah utama ada dua... Pertama, dia tak faham bahasa.... Kedua, dia tak faham pun apa yang berlaku.* 

Perenggan pertama, Haji Hadi kata :

"Saya mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak Tabung Haji, melibatkan aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan."

Jawab : *Ya, Mujahid dedahkan laporan audit pricewaterhousecoopers berkenaan penipuan kedudukan kewangan TH sebelumnya… Mujahid dedahkan dalam parlimen… Salinan laporan audit itu diberikan kepada setiap ahli parlimen…. Apa masalah…?*

Perenggan kedua, Haji Hadi kata : 

“PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku di dalam institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia ini, namun PAS berpandangan adalah tidak wajar sekiranya pertuduhan ini dibicarakan melalui media oleh seorang Menteri yang masih mentah, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan.”

Jawab : *Hello ustaz, itu bukan tuduhan… Itu pendedahan tentang penipuan… Laporan audit disertakan… Haji Hadi faham tak apa yang berlaku ni….? Mujahid dedahkan dalam parlimen, salah ke..? Itu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri yang bertanggungjawab…. Bukannya menyembunyikan setiap salah-laku pihak yang terlibat… Itu perangai apa…? Itu bukan dari ajaran Islam…. Mujahid sebagai menteri yang bertanggungjawab dedahkan dalam parlimen…. Kenapa Haji Hadi pusing ayat mengatakan pertuduhan terhadap TH dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang masih mentah….? Haji Hadi faham tak ni…? Siapa yang dimaksudkan sebagai menteri yang masih mentah tu…? Dr Mujahid Yusuf Rawa ke…? Mentah dari segi apa…? Kalau Dr Mujahid dianggap menteri mentah, Haji Hadi sendiri menteri apa…? Menteri jubur lembu berulat...!! Dr Mujahid dedahkan laporan audit dalam dalam parlimen… bukan bicarakan tuduhan melalui media…. Yang jadi viral dalam media sosial adalah berpunca dari kenyataan bangang oleh pemimpin PAS sendiri, bukan Mujahid…!!!*     

Perenggan ketiga, Haji Hadi kata :

“PAS menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja (RCI) ataupun Parlimen, bagi meneliti dan mempertimbangkan setiap syor yang dikemukakan oleh juruaudit bebas yang telah dilantik, sebelum dilaksanakan oleh pihak Kerajaan yang masih baharu dan kerap membatalkan keputusan yang dibuat mereka sendiri.”

Jawab : *Sekali lagi saya nak tanya, Haji Hadi faham tak apa yang berlaku….? Apa yang didedahkan oleh Mujahid adalah berdasarkan laporan dari juruaudit bebas… Ia melibatkan penyata kewangan palsu… kedudukan kewangan sebenar TH ialah liabiliti melebihi asset sebanyak 4.1 bilion… Kewangan TH mengalami defisit yang sangat besar…. Akibat penipuan itu, TH telah membayar dividen kepada pencarum sejak 2014, padahal ianya melanggar syarat hibah iaitu aset tidak boleh kurang dari liabiliti dan mesti ada keuntungan yang boleh diagihkan…. Itu syarat… Syarat itu undang-undang…. Sekarang TH telah melanggar undang-undang sejak tahun 2014….. Apa masalah Haji Hadi dan PAS…? Pihak TH sendiri telah membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusi TH iaitu Azeez Rahim, MP Baling sekarang, bahkan dia sendiri pun telah disiasat oleh SPRM dan sedang menunggu perbicaraan di mahkamah….. Haji Hadi menuduh kerajaan baru yang kerap membatalkan keputusan yang dibuat sendiri, keputusan apa…? Kerap tu berapa kali…? Haji Hadi ni macam burung tiong, dia sendiri tak faham apa yang dia cakap, dia cuma ajuk apa yang lebai bawahan dia cakap saja.*

Perenggan keempat, Haji Hadi kata :

“PAS juga menasihatkan agar Kerajaan tidak mempolitikkan isu ini sehingga merosakkan imej Tabung Haji, dan tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan penyelewengan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini.”

Jawab : *“Yang mempolitikkan isu ini ialah PAS, bukan kerajaan…. Kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab…. PAS memang parti yang tidak bertanggungjawab, tidak telus, menyokong penipuan UMNO, menyokong penyelewengan pemimpin UMNO, menentang ketelusan kerajaan PH… Itu yang cuba digambarkan oleh Haji Hadi.... Imej TH tidak terjejas dengan pendedahan Mujahid, bahkan selepas pendedahan ini dan langkah kerajaan meletakkan TH di bawah kawal-seliaan BNM mungkin akan lebih menaikkan imej TH.*

Perenggan kelima, Haji Hadi kata :

“PAS meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme di pihak Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan Tabung Haji dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan para pendeposit Tabung Haji. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Jawab : *Ini bukan soal integriti dan profesionalisme lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan seluruh kakitangan TH, Mujahid tak sebut pun pasal tu…. Mujahid cuma dedahkan kesalahan sejak tahun 2014, dan kesalahan itu bukan dilakukan oleh semua pengurus, pegawai dan kakitangan…!!! Mujahid tak kata pun siapa salah… Mujahid kata laporan kewangan dulu tak betul, dan akibat dari ketidak-betulan itu telah melibatkan beberapa kesalahan lain termasuk bayaran hibah…. Ini soal penipuan, ini soal perlanggaran undang-undang, ini soal kewangan yang jumlahnya sangat besar…. Ini bukan soal nila setitik rosak susu sebelanga… Ini bukan soal seekor lebai membawa lumpur habis terpalit lebai-lebai babi sekandang…. Ini bukan soal nak bermain kata-kata semata-mata untuk membodohkan rakyat.... Yang jadi Pengerusi Tabung Haji dulu ialah pemimpin UMNO…. Sekarang Mujahid dedahkan kesalahan yang dilakukan oleh TH, Mujahid tak sebut nama sapa-sapa pun…. Orang-orang UMNO sendiri pun diam walaupun mereka tahu yang terlibat ialah orang mereka sendiri… tapi yang kuat menyalak marahkan kerajaan PH ialah lebai-lebai PAS, pasal apa…????*  

*Haji Hadi bersara saja lah dari politik.... Kalau bukan nyanyuk pun, Haji Hadi terlalu bodoh untuk bermain politik lagi di alaf ini.... Kebodohan Haji Hadi hanya memalukan umat Islam dan menjatuhkan imej Islam saja....* *Merapu tak tahu kepala ekor...* *Bodoh tapi berlagak pandai.*

Tuesday, 11 December 2018

Pengkalan Hulu Dahulunya Negeri Yang Berdaulat

Sejarah kesultanan melayu negeri Reman dikatakan bermula sejak pada tahun 1810 apabila Tuan Tok Nik Tok Leh yang merupakan kerabat diraja Patani telah menimbulkan protes dan pemberontakan untuk gigih mendapatkan kemerdekaan wilayah Reman dari Patani.

Sebahagian daripada sejarahnya, negeri Reman sebenarnya adalah sebahagian daripada Patani yang kini berada di bawah naungan negara Thailand.

Perang besar pernah tercetus antara dua kerajaan ini iaitu negeri Reman dengan Patani yang mana kesannya telah melemahkan kedua-dua belah pihak itu sendiri dari pelbagai sudut.

Oleh kerana itu, Kerajaan Siam secara tidak langsung dapat peluang yang baik untuk meluaskan kekuasanya ke arah selatan apabila konflik antara dua kuasa ini semakin berterusan tiada pengakhirannya.

Akhir sekali sepertimana semua pihak maklum, kedua-dua kuasa ini jatuh di bawah kekuasaan Siam.

Peta Negeri Reman Semasa zaman kegemilangan dan kewujudan negeri Reman, ia adalah sebuah kerajaan negeri yang berdaulat.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, lokasinya terbentang luas dari kawasan hulu sungai Patani dan Sungai Tanjung Mas sehinggalah ke kawasan Lenggong di negeri Perak.

Oleh yang demikian, negeri Reman secara tidak langsung adalah antara negeri yang paling besar di dalam negara Patani.

Bendera Negeri Reman / Rahman Oleh yang demikian, Hulu Perak pada asalnya adalah sebahagian daripada negeri Reman dan Negeri Reman pula adalah sebahagian daripada wilayah Pattani. Orang-orang Melayu Patani adalah mereka yang terawal mendiami dan membuka hutan di Hulu Sungai Perak.

Oleh itu, Raja Reman menganggap kawasan Hulu Sungai Perak juga berada di bawah jajahan takluknya dan Raja Reman telah pergi ke Kelian Intan dan mengusahakan lombong bijih timah di sana.

Anda boleh rujuk Cerita Disebalik Perang Saudara Di Hulu Perak untuk lebih maklumat berkenaan hal ini. Upacara menurunkan bendera Negeri Reman Nama asal pengkalan hulu pada asalnya adalah Kroh.

Nama Kroh ini diberi sendiri oleh Raja Reman sewaktu mendapati kawasan tadahan air dari sungai Selarong iaitu empangan yang dibina oleh baginda semakin keruh apabila gajah-gajah miliknya mandi di sana.

Justeru melihat kepada keadaan air yang keruh, Raja Reman pun menamakan kawasan tersebut sebagai Kroh.

Pada hari ini, Kroh sudah bertukar nama dan dikenali dengan nama Pengkalan Hulu. Kisahnya Kroh ditukarkan nama kepada Pengkalan Hulu adalah sewaktu zaman pemerintahan Sultan Idris Shah II.

Pada 4 Januari 1984, baginda Sultan Idris II telah berkenan untuk menukarkan nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana lokasi tersebut seringkali menjadi pusat persinggahan baginda ketika melawat Daerah Hulu Perak.

Hasil peninggalan empangan yang dibina oleh Raja Reman dahulu secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembinaan sebuah kawasan taman tasik yang dinamakan Tasek Takong di Pengkalan Hulu.

Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan pemerintahan sistem beraja di Negeri Reman dan sejak daripada itulah berkuburnya negeri Reman dari muka bumi ini.

Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak dan istiadat penyerahan derah Hulu Perak telah dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909 yang terhasil daripada perjanjian Bangkok.

Bekas istana Tuan Jagung milik Raja Reman yang terakhir masih ada hingga sekarang di Kampung Selarong. Baginda Raja Reman yang terakhir ini dikatakan telah dibunuh oleh Siam pada tahun 1901 dan ada juga pendapat yang menyatakan bahawa baginda terselamat dan melarikan diri di satu tempat yang dirahsiakan.

Artikel Penuh: http://www.orangperak.com/pengkalan-hulu-dahulunya-ada-negeri-reman-yang-berdaulat.html
© orangperak.com

Thursday, 6 December 2018

Hebat nya Iblis

Iblis merupakan musuh bagi umat manusia, sepanjang hidupnya Iblis sudah bersumpah kepada Allah bahwa ia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam yang jauh dari jalan Allah agar mereka mau menjadi pengikutnya dan menjadi orang-orang yang tersesat.

Untuk itu, marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT agar kita tidak terhasut oleh tipu daya Iblis.

Tapi, tahukah Anda bahwa jauh sebelum nabi Adam diciptakan, Iblis adalah merupakan makhluk yang mulia disisi Allah dan merupakan salah satu makhluk yang paling di hormati oleh Malaikat.

Kasih sayang Allah terbesar kepada Iblis adalah bahwa yang pertama dia telah mendapatkan taufik untuk menyembah Allah SWT.

Yang kedua karena ibadahnya yang banyak, dia dimasukkan ke dalam kumpulan para malaikat. Dan sebaik-baik pertolongan Allah kepadanya adalah ia menjadi teman pendamping para malaikat sehingga dapat memahami keindahan, kesucian dan kebersihan mereka.

Mulianya Iblis pada masa itu, dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama,
lalu langit yang kedua disebut az-Zahid,
langit ketiga namanya disebut al-Arif,
langit keempat namanya adalah al-Wali,
langit kelima namanya disebut at-Taqi,
pada langit keenam namanya disebut al-Kazin,
dan pada langit ketujuh namanya disebut Azazil
manakala dalam Luh Mahfudz (Lauhul Mahfudz) namanya ialah Iblis.

Dikisahkan Iblis dulunya adalah ahli ibadah yang tidak pernah membangkang dan mengeluh terhadap perintah-perintah Allah. Ia pernah bersujud kepada Allah selama 1000 tahun lamanya dan ia sangat giat dalam beribadah.

Bahkan Iblis pernah menjadi Sayyidul Malaikat (Penghulu atau Pemimpin Malaikat), dan Khozinul Jannah (Bendahara Surga). Namun, lama-kelamaan Iblis menjadi sombong dan angkuh. Ia menganggap bahwa dirinya adalah makhluk yang paling tinggi derajatnya di antara makhluk-makhluk Allah yang lain.

Hingga pada suatu saat ketika Allah baru saja menciptakan Adam sebagai manusia, maka Allah memerintahkan Iblis untuk bersujud kepada Adam, lalu Iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam dari pada tanah.”. Kemudian Allah berfirman kepada Iblis, “Aku membuat apa yang Aku kehendaki.”.

Oleh karena iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam karena ia merasa bangga dan sombong. Dia berdiri tegak hingga malaikat selesai bersujud. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.

Maka para malaikat bersujud kembali untuk kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis telah dirasuki oleh sifat angkuh dan sombong tetap enggan sujud. Dia berdiri tegak dan berpaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikuti mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas pembangkangannya terhadap Allah.

Kemudian Allah merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan ke bentuk hina yang menyerupai babi hutan. Allah membentuk kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.

Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari surga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi, Allah melaknatnya hingga hari kiamat kerana dia menjadi kafir.

Meski Iblis pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah membalas tipu daya iblis, maka menangislah Malaikat Jibril dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada para Malaikat, “Apakah yang membuat kamu menangis?”, lalu mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.”. Kemudian Allah kembali berfirman kepada Malaikat, “Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaKu.”.

Setelah di usir dari surga, maka Iblis berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Surga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu.” Lalu Allah berfirman pada Iblis, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”. Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.”.

Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.”. Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.”, maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, artinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda maupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, yaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.

Dan pada anak-anak, yaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.”.

Hal ini juga disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang artinya:

“Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.” [QS. Al-Isra ayat 64]

Sebelum dilaknat Allah, Iblis pernah melakukan tugas-tugas mulia yang diperintahkan Allah kepadanya yaitu:

1. Iblis sebagai penjaga surga dalam kurun waktu 40.000 tahun.
2. Iblis pernah hidup bersama bergabung dengan Malaikat selama 80.000 tahun.
3. Iblis diangkat menjadi penasehat Malaikat selama 20.000 tahun.
4. Iblis menjadi pemimpin malaikat karobiyyun dalam waktu 30.000 tahun.
5. Iblis melakukan thowaf (mengelilingi) arasy bersama para malaikat dalam waktu 14.000 tahun.

Jadi, keseluruhan Iblis beribadah melakukan semua perintah Allah dalam kurun waktu 185.000 tahun lebih. Selama dalam ibadahnya seperti kita umat Islam, melakukan sholat, puasa, thowaf dengan para malaikat (mengelilingi baitul makmur di Arsy).

Iblis tidak merasa lelah dan mengeluh dalam menjalankan perintah Allah yang mulia ini. Iblis menjalankan dengan ikhlas, tidak ada niat apapun kecuali karena Allah semata.

Pada masa itu malaikat dan lainnya memberi gelar kepada Iblis Al A’ziz (makhluk Allah yang termulia), ada yang memberi gelar A’zazil (panglima besar malaikat).

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80.000 tahun, thowaf di baitul Makmur dan Arsy selama 14.000 tahun. Oleh karenanya dilangit pertama sampai ketujuh Iblis begitu dihormati oleh para Malaikat.

Malaikat di penjuru alam semesta, dari bumi, langit, baitul makmur, arsy, dan sebagainya, mereka semua menghormati pada Iblis sebagai makhluk Allah yang terhormat dan termulia, sehingga bila Iblis lewat di depan para malaikat, maka malaikat menghormati pada Iblis, bagaikan penghormatan prajurit kepada komandannya, pengawal istana pada rajanya, sehingga terhormatlah nama Iblis di penjuru alam semesta.

Namun sayang, di lauhul mahfudz, tulisan Iblis terselubung rapi tidak satupun makhluk yang tahu kecuali Allah, tertera Al-kafir Al-mal’un (Iblis inkar terkutuk). Dalam sumber lain, Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah dan memang Iblis sebenarnya adalah dari golongan Jin seperti pada firman Allah,

“Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat ‘Sujudlah kepada Adam,’ maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai Tuhannya” [QS. Al-Kahfi ayat 50]

Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua, begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam para malaikat.

Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, karena dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat. Azazil adalah imam dari seluruh malaikat (Al-muqorrobun, imamul jami’il malaikat).

Antara Sabar dan Redha

Ada dua (maqam) sifat hati dan tingkatan sikap seorang hamba apabila ia ditimpa sesuatu ujian dan musibah; yakni redha dan sabar.

Redha merupakan keutamaan yang dianjurkan. Sabar adalah kewajipan mutlak yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin. Insan yg sabar atas sesuatu musibah akan memanggil kepedihan memukul perasaannya.

Lagi lama seseorang itu sabar atas sesuatu musibah semakin menebal kepedihan memenuhi hatinya kecuali dengan memiliki sikap redha. Redha ibarat air yg menyejukkan bara api yg sedang menyala. 

Orang yang redha, ketika ditimpa musibah, ia akan mencari hikmah ALLAH yang terkandung disebalik ujian itu.

Sebenarnya ALLAH telah memilihnya sebagai orang yang tiba giliran utk menerima ujian itu. Dia memahami bahawa ujian adalah jalan Allah untuk menaikan darjat hamba2nya yg DIA sayang,disamping mengugurkan dosa2nya. 

Redha adalah ibarat pujukan Allah dengan ilmu dan kefahaman bahawa inilah dari rahmat Allah yg merupakan anugerah pada hamba2nya yg DIA sayang.

DIA sekali-kali tidak bermaksud mantijah keburukan dengan ujian yg ditimpa keatas makhlukNYA itu.

Orang yang redha, semakin bertambah semangatnya, nikmat dan teduh hatinya untuk taqarrub-ilaLLAH, menenggelamkan diri dalam muayashah dan bermusyahadah denganNYA, dan inilah kenikmatan bagi hati yg dipenuhi dengan rasa CINTA dekatnya Allah dengannya dalam denyutan nadi dan fikirannya.

Sehingga tiada terasa sakit dari musibah itu.

Orang yang sudah mencapai tingkat ini adalah mereka yang sudah memiliki makrifat dan mahabbahtullah yang tinggi. Mereka merasakan nikmatnya musibah tersebut, kerana melihat sebagai sesuatu yang berasal dari KEKASIH yang amat mereka cintai. Sehingga Allah menaikan darjat hambaNya itu disiNya.

Inilah makna apa yg nabi kata "ajaibnya orang mukmin Apabila diberikan nikmat dia syukur dan apabila mendapat musibah dia bersabar".

Perbezaan antara redha dan sabar; bahawa sabar adalah menahan nafsu dan mengekangnya dari kebencian (sekalipun menyakitkan) dan mengharapkan akan segera berlalunya musibah. Sedangkan redha ialah kelapangan jiwa dalam menerima takdir ALLAH dengan tidak mengharapkan hilangnya musibah itu tetapi menjadikan redha sebagai penawarnya. Sebab di dalam hatinya telah tertanam keyakinan dan makrifat terhadap KEKASIH. 

Dan apabila redha ini telah berakar umbi dalam sanubari, maka dapat menghilangkan semua rasa sakit itu. Hassan Al Bashri berkata “ Barangsiapa yang redha terhadap apa yang menjadi suratan hidupnya, maka jiwanya akan menjadi tenang. Menerima hal itu, dan ALLAH pun akan memberkatinya. Tetapi barangsiapa yang tidak redha, maka pandangannya menjadi sempit dan ALLAH juga tidak memberkatinya”.

Monday, 3 December 2018

Nok Haram betul la Pakatan Harapan neh..

Nampaknya orang melayu bukan sahaja di patuk ular di lubang yang sama berkali kali sejak merdeka malah dimana sahaja ada lubang di situ lah ada ular.

Yang paling sialnya takde lubang pun ular tetap nak mematuk.

Orang melayu agak bernasib malang kerana pemimpin mereka tidak mampu untuk pertahankan nasib bangsa mereka sendiri.

Kepura puraan untuk berjuang hanya tidak lebih untuk merebut kuasa dan pengaruh semata mata.

Agak menyedihkan sudah beberapa purnama apa yang kita lihat hanyalah isu kasut hitam, pengharaman merokok di kedai makan dan yang terkini adalah persengkaan kaum antara india dan melayu pula.

Diwaktu umno memerintah di momokkan persengketaan cina dan melayu.

Nampaknya kerajaan baru telah menukar tektikal kepada memilih kaum india pula untuk di acu kan dengan kaum melayu.

Tiada perbezaan nampaknya diantara 2 kerajaan ini.

Nampak seperti sia sia sahaja pengorbanan rakyat untuk menukar kerajaan.

Kerajaan baru terlebih sibuk kepada jawatan mereka hingga tidak memikirkan rakyat yang dihenyak dengan kos sara hidup.

Kita tidak begitu pedulikan dengan umur kerajaan yang dikatakan masih terlalu baru ini tapi rakyat merasa hairan bagaimana perdana menteri yang telah berpengalaman 22 tahun memerintah negara dilihat gagal untuk menguruskan kabinetnya dengan baik.

Rakyat sudah membantu pakatan harapan untuk menduduki putra jaya.

Rakyat juga telah menyumbangkan sumbangan tabung harapan untuk membayar hutang negara.

Apa lagi yang kamu mahukan?
Apa yang kamu lakukan untuk rakyat pula?

Kita tidak pertikaikan pemimpin kaum india dan kaum cina.

Kita puji mereka kerana mampu perjuangkan hak kaum mereka.

Yang kita pertikaikan adalah pemimpin melayu.

Apa yang kamu sedang buat?

Kita hamba rakyat jelata dibawah masih kais pagi makan pagi tapi para bangsatwan diatas bersebok sebokkan menguatkan pengaruh dan berebut jawatan.

Sebutkan saja parti mana yang tidak berantakan. Hampir kesemuanya masih sibuk mengukuhkan cengkaman pengaruh masing masing.

Rakyat pula masih terkial kial mencari peluang rezeki.

Nokharam betul la...

Sunday, 2 December 2018

Orang Gagal Sesuai Jadi Apa?

Begitulah soalan yang sering ditanya apabila si gagal selalu merungut.

Orang yang gagal akan sentiasa menyalahkan keadaan, menyalahkan orang lain dan menganggap nasibnya selalu tidak baik.

Ini berbeza dengan sikap orang berjaya yang menganggap halangan adalah satu pembelajaran baru dan berusaha untuk berfikir bagaimana mahu mengatasi rintangan tersebut.

Apabila soalan ini di ajukan kepada saya maka jawapan yang sesuai ialah orang yang gagal adalah lebih sesuai menceburi bidang politik.

Namun ia wajib menjadi anggota parti pembangkang. Ini kerana parti pembangkang amat memerlukan seorang yang suka merungut dan menyalahkan segala galanya atas kegagalan usaha setiap warganegara.

Buktikan bagaimana orang gagal mampu menukar kerajaan.