Monday, 29 October 2018

Bersatu Perak Bermasalah

Bersatu negeri perak adalah diantara negeri yang pentadbiran partinya bermasalah.

Pengerusi perhubungan negeri gagal menguruskan pentadbiran parti dengan baik dan terdapat banyak rungutan daripada ahli ahli dan ketua ketua bahagian.

Namun ketua ketua bahagian terpàksa menahan sabar kerana takut nama mereka digugurkan dari jawatan ketua bahagian kerana status ketua bahagian hanyalah bertaraf penaja sahaja.

Melihat kepada kegagalan pentadbiran bersatu negeri perak pada hari ini memang patut rasanya Tun menjemput seluruh orang umno melompat ke dalam parti tersebut.

Nak tubuh cawangan pun ketua ketua bahagian bersatu dalam negeri perak tidak mampu.

Malah pengerusi perhubungan negeri pun bercakar dengan timbalan ketua bahagian di bahagiannya sendiri.

Ada ketua bahagian bersatu didalam perak sudah mula mengamalkan budaya umno yakni menawarkan duit kepada budak budak muda untuk hadir mesyuarat.

Mungkin bahagian itu adalah bahagian yang asalnya mempunyai ketua bahagian yang lain dan kemudian dicantas dan diletakkan ketua bahagian yang baru.

Agak pelik juga kenapa mereka sanggup membazirkan duit kerana sekiranya mereka menjemput ahli ahli yang sudah berdaftar lama bukankah tidak perlu keluarkan belanja?

Apabila Tun membuka pintu seluas luasnya kepada orang umno untuk melompat ke dalam bersatu itu adalah satu sindiran tajam kepada kesemua ketua ketua bahagiàn dan pengerusi perhubungan negeri bersatu.

Dengan kata lainnya bermaksud...

"Hampa semua dok goyang teloq tak buat kerja... Laa ni kita panggil orang umno buat kerja untuk hampa..."

Terdapat juga ketua bahagian bersatu cuba mengadakan program bersama rakyat namun tidak mendapat sambutan kerana program tersebut tidak menarik hati rakyat dan berbentuk program syok sendiri yang niatnya untuk menambat hati menteri besar sahaja.

Rakyat perak khasnya mempunyai satu budayà yang telah diterapkan semenjak zaman umno lagi yakni sekiranya mana mana parti mahu mengadakan program maka perlu ada 2 perkara ini..

1. Kehadiran menteri besar dan vvip
2. Perlu ada makan makan.

Rakyat perak hanya mahu lepak ngan vvip sahaja. Kalau setakat ketua ketua bahagian bersatu yang hanya meraih populariti dengan kehadiran rakyat maka rakyat perak tak mau layan.

Suka atau tidak terpaksa juga bercakap berkenaan kepincangan bersatu negeri perak kerana natijahnya amat besar kerana PH berkemungkinan akan kehilangan negeri perak pada pru akan datang sekiranya tiada penambahbaikan.

Perak juga seperti kedah dimana kekuatan PH dan parti lawan àdalah seimbang.

Maka perak amat memerlukan seorang menteri besar yang bijak dan berkaliber sekiranya berminat untuk terus menjadi kerajaan pada pru akan datang.