Monday, 29 October 2018

Bersatu Perak Bermasalah

Bersatu negeri perak adalah diantara negeri yang pentadbiran partinya bermasalah.

Pengerusi perhubungan negeri gagal menguruskan pentadbiran parti dengan baik dan terdapat banyak rungutan daripada ahli ahli dan ketua ketua bahagian.

Namun ketua ketua bahagian terpàksa menahan sabar kerana takut nama mereka digugurkan dari jawatan ketua bahagian kerana status ketua bahagian hanyalah bertaraf penaja sahaja.

Melihat kepada kegagalan pentadbiran bersatu negeri perak pada hari ini memang patut rasanya Tun menjemput seluruh orang umno melompat ke dalam parti tersebut.

Nak tubuh cawangan pun ketua ketua bahagian bersatu dalam negeri perak tidak mampu.

Malah pengerusi perhubungan negeri pun bercakar dengan timbalan ketua bahagian di bahagiannya sendiri.

Ada ketua bahagian bersatu didalam perak sudah mula mengamalkan budaya umno yakni menawarkan duit kepada budak budak muda untuk hadir mesyuarat.

Mungkin bahagian itu adalah bahagian yang asalnya mempunyai ketua bahagian yang lain dan kemudian dicantas dan diletakkan ketua bahagian yang baru.

Agak pelik juga kenapa mereka sanggup membazirkan duit kerana sekiranya mereka menjemput ahli ahli yang sudah berdaftar lama bukankah tidak perlu keluarkan belanja?

Apabila Tun membuka pintu seluas luasnya kepada orang umno untuk melompat ke dalam bersatu itu adalah satu sindiran tajam kepada kesemua ketua ketua bahagiàn dan pengerusi perhubungan negeri bersatu.

Dengan kata lainnya bermaksud...

"Hampa semua dok goyang teloq tak buat kerja... Laa ni kita panggil orang umno buat kerja untuk hampa..."

Terdapat juga ketua bahagian bersatu cuba mengadakan program bersama rakyat namun tidak mendapat sambutan kerana program tersebut tidak menarik hati rakyat dan berbentuk program syok sendiri yang niatnya untuk menambat hati menteri besar sahaja.

Rakyat perak khasnya mempunyai satu budayà yang telah diterapkan semenjak zaman umno lagi yakni sekiranya mana mana parti mahu mengadakan program maka perlu ada 2 perkara ini..

1. Kehadiran menteri besar dan vvip
2. Perlu ada makan makan.

Rakyat perak hanya mahu lepak ngan vvip sahaja. Kalau setakat ketua ketua bahagian bersatu yang hanya meraih populariti dengan kehadiran rakyat maka rakyat perak tak mau layan.

Suka atau tidak terpaksa juga bercakap berkenaan kepincangan bersatu negeri perak kerana natijahnya amat besar kerana PH berkemungkinan akan kehilangan negeri perak pada pru akan datang sekiranya tiada penambahbaikan.

Perak juga seperti kedah dimana kekuatan PH dan parti lawan àdalah seimbang.

Maka perak amat memerlukan seorang menteri besar yang bijak dan berkaliber sekiranya berminat untuk terus menjadi kerajaan pada pru akan datang.

Sunday, 28 October 2018

Apakah Agenda Sebenar Tun M?

Menurut dakwaan A Kadir Jasin, susulan penyertaan Mustapa Mohamed ke dalam Bersatu semalam, seramai 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan turut berbuat demikian.

Sebagai makluman, pada PRU14 lalu, UMNO menang 54 kerusi Parlimen, tetapi sehingga ini 6 orang sudah keluar parti di mana 4 menjadi Bebas, seorang menyertai Bersatu dan seorang lagi beralih kepada Warisan.

Ini bermakna, UMNO kini ada tinggal lagi 48 Ahli Parlimen bersama dengannya.

Kiranya benar ada 40 Ahli Parlimen UMNO mahu menyertai Bersatu, bukanlah siapa 40 orang itu yang penting untuk diketahui, tetapi yang lebih penting lagi ialah siapakah baki 8 orang yang masih setia tidak mahu meninggalkan UMNO itu?

Tun Mahathir bakal mempunyai
13 Bersatu + 6 UMNO + 40 lagi kerusi UMNO = 59 kerusi.

Dicampur dengan 10 Amanah + 8 Sabah + 19 Sarawak =  37 kerusi
Total = 59 + 37 = 96 ahli parlimen

Andainya PKR berpecah kepada dua yakni 25 kerusi parlimen bersama Tun maka totalnya ialah 121 kerusi parlimen, melebihi 112 simple majoriti untuk tubuhkan kerajaan.

Sekiranya DAP yang mempunyai 42  kerusi kekal bersama Tun maka bertambah lagi sokongan kepada Tun menjadi 163 kerusi, dan menjadi 2/3 majoriti (148 kerusi)

Dimana 2/3 majoriti didalam parlimen boleh mengubah perlembagaan persekutuan.

Apakah agenda Tun yang sebenarnya...?

Zahid dan Najib hampir pasti akan mengosongkan kerusi parlimen masing2 seandainya kes mereka lekat.

Ini menjadikan kerusi umno  terumbang ambing manakala timbalan presiden umno pula bukanlah seorang ahli parlimen.

Dan pastinya beliau tidak berkelayakan untuk mengemudi parti umno.

Andaian yang mengatakan umno akan terkubur nampaknya sudah hampir menjadi kenyataan dan lokman adam bolehlah memohon untuk menyertai parti ibrahim ali.

Pisau kini di tangan Tun, samada mahu memotong ataupun mahu menghiris.

Ahli parlimen umno yang begitu kuat menghina Tun suatu masa dahulu dikabarkan seorang demi seorang mula menghantar mesej memohon untuk diampunkan dosa mereka.

Ramai yang tertanya tanya kenapa Tun memerlukan sokongan orang orang  umno untuk menyertai parti bersatu.

Ini kerana tanpa orang orang umno pun PH mampu mendirikan kerajaan bersama sama komponen PH yang lain.

Sebenarnya ia bukan lagi berkenaan mendirikan kerajaan tetapi sebaliknya ia berkenaan survival parti bersatu itu sendiri.

Parti bersatu hanya mendapat 13 kerusi sewaktu pru yang lepas dan bilangan kerusi tersebut tidak mewajarkan bersatu menjadi sebuah kuasa yang berpengaruh di dalam PH.

Tun sebenarnya risaukan akan nasib parti tersebut setelah peninggalannya nanti.

Friday, 26 October 2018

Fenomena Sungai Hilang

Di Mexico, sebuah lagun besar bernama Chakanbacan telah hilang dalam masa 1 hari sahaja. Kesemua airnya yang sedalam 6 meter itu telah hilang meresap ke dalam bumi pada waktu malam.

Kejadian itu berlaku pada 19 Ogos 2018. Menurut penduduk tempatan, pada petang Ahad satu suara yang kuat terdengar dan mengejutkan penduduk. Bunyi itu seperti sinki air yang sedang menyerap ke dalam lubang keluar air.

Sebelum ini, tiga sungai di Mexico telah pun hilang ke dalam tanah secara tiba-tiba pada waktu malan iaitu Sungai Atoyac, Tliapa dan Tlacuapa. Ia berlaku pada Mac 2016.

Kejadian sungai hilang juga berlaku di Perancis, ia melibatkan sungai Doubs dan Risle. Kedua-dua sungai itu menurun parasnya secara perlahan-lahan dan hilang ke bawah tanah.

Thursday, 25 October 2018

Kisah 13 Mei

Peristiwa 13 Mei 1969.
Untuk ingatan kita semua

Inilah igaun rakyat Malaysia semenjak merdeka 1957..Negara kita yang merdeka tanpa pertumpahan darah amatlah disyukuri oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Tunku Abdul Rahman, Sambanthan dan Tan Cheng Lock telah meyelesaikan rundingan 3 kaum terbesar di Malaya ketika itu dgn jayanya.

Dekad berlalu, Malaysia pun terbentuk..Wpun ada tentangan dr Sukarno namun Malaysia dibentuk dgn jayanya..Malaysia terus aman..

Namun retak menanti belah...13 Mei adalah satu peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh HJ RAHMAN seorang anak jati Kg Baru..beliau masih ingat lagi bagaimana 13 Mei memberikan kesan mendalam pada dirinya..sejarah yang tak dapat dilupakannya sehingga ke hari ini..nampak jelas parut pada kening beliau yang dah dimamah usia

Lebih kurang pukul 9 Pagi 13 Mei 1969 Hj Rahman pergi ke Masjid seorang diri dengan memakai baju Melayu putih dan bersongkok.

Beliau memang anak muda yang berani..membujur lalu melintang patah...sampai di sana tanpa berlengah2 lagi beliau terus masuk ke dalam Masjid...mungkin untuk solat Dhuha...waktu itu di Pasar Chow Kit sudah mula agak riuh..Batu Road org berarak beramai2...

Namun Hj Rahman tak ambil kisah...ada perkara lebih penting kepadanya pada hari itu..

Malang tidak berbau..sebaik sahaja Hj Deraman keluar dari Masjid tiba-tiba 3 org telah menghayun kayu ke mukanya sehingga berdarah keningnya..seorang lagi bertempik seperti hilang akal...seorang lagi menampar Hj Rahman sambil berkata.."Abang ni tak serik2 lagi ke..kami ni bertiga tak cukup lagi sebagai isteri abang..diam2 abang kawin sorang lagikan..ingat kami tak tau ke abang nak nikah dengan janda sebelah rumah kita"

Begitulah kisahnya 13 Mei 1969 yang terjadi kepada Hj Rahman ..sampai sekarang parut akibat dipukul oleh  ketiga2 isterinya masih ada...Sekian

Wednesday, 24 October 2018

Asal usul Grab

Asal usul Grab.

Aplikasi Grab sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi. Ianya dikhususkan untuk pelanggan membuat tempahan atas talian tanpa perlu menelefon operator teksi seiring dengan teknologi.

MyTeksi yang diasaskan oleh cucu kepada pemilik Tan Chong (Nissan) mula bertapak di negara ini melalui kerjasama dengan syarikat Teksi Comfort yang dimiliki oleh Datuk Aslah.

Comfort teksi merupakan syarikat yang mendominasi pasaran di kawasan Subang Jaya.

Ketika mula diperkenalkan aplikasi MyTeksi, pemandu teksi berpusu-pusu merebut peluang. Keutamaan diberikan kepada pemandu Comfort terlebih dahulu. Ye lah, teknologi canggih kut.

Setiap pemandu teksi yang berdaftar dibekalkan dengan kod tersendiri. Tugas mereka adalah memastikan setiap penumpang yang naik teksi sama ada dari tepi jalan atau tempahan individu akan memuat turun aplikasi MyTeksi pada telefon bimbit mereka.

Setiap satu muat turun di telefon bimbit penumpang dengan menggunakan kod yang diberi, melayakkan pemandu teksi mendapat bonus. Dalam erti kata lain, komisen introducer.

Hari demi hari semakin rancak aplikasi MyTeksi. Semakin ramai pelanggan yang guna dan apabila mengetahui pemandu teksi mendapat pendapatan yang lumayan, pemandu yang tidak celik IT juga mula turut belajar menggunakannya.

Berjuta data penumpang dikutip oleh pihak MyTeksi.

Setelah mereka yakin dengan data yang ada, syarikat Comfort teksi dipinggirkan. Pemandu masih setia pada MyTeksi.

Bayangkan, dalam seminggu, pemandu boleh dapat bonus yang besar dengan hanya melengkapkan jumlah trip tertentu.

Malapetaka besar menunggu pemandu teksi bila Uber masuk ke negara ini. Kerajaan melalui salah satu anak syarikat pelaburan negara membuat pelaburan di dalam Uber.

Ketika ini, MyTeksi mula agak goyah. MyTeksi bergantung hanya kepada teksi tetapi sedangkan Uber menggunakan kereta orang awam yang tidak mempunyai permit perdagangan.

Operasi Uber langsung tidak diganggu. Mungkin kerana Kerajaan ada saham didalamnya.

Melihat pada operasi Uber yang tidak diganggu dan jumlah komisen yang tinggi diambil dari pemandu Uber, MyTeksi dalam diam mula merekrut kenderaan persendirian. Bagi mereka ini adalah peluang untuk membuat duit.

Dengan pemandu teksi mereka hanya ambil komisen bermula dari 50sen sehingga maksima RM4 bagi setiap trip.

Lain pula ceritanya bila mereka rekrut kenderaan persendirian. Mereka caj pemandu komisen pada kadar 20% dari tambang penumpang. Hah Tepuk. More money coming.

Jika anda tauke syarikat sudah pasti anda akan beri lebih tugasan kepada kereta persendirian dari teksi. Betul tak? Sebab apa? Lebih pendapatan.

Hari demi hari, tugasan untuk pemandu teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi semakin berkurangan.

Kerana apa?

Kerana dalam aplikasi ditunjukkan kepada pelanggan perbandingan harga. Gilalah, kalau pelanggan ambil yang mahal. Betul tak?

Jika dahulu dalam satu minit, akan ada 10 tugasan yang muncul di aplikasi pemandu teksi, namun kini 10 minit hanya 1 tugasan.

Lama-kelamaan ramai pemandu teksi yang menarik diri dari aplikasi ini kerana ianya sudah tidak membantu. Dari 90% kini hanya tinggal 14% sepertimana kata nenek Nancy Syukri.

Sudah cukup dengan pemandu persendirian, MyTeksi dijenamakan semula dengan nama Grab.

Disini tidak timbul isu pemandu teksi menolak teknologi. Mereka terlebih dahulu menggunakan aplikasi ini didalam negara.

Bilamana Kerajaan meluluskan akta e-hailing, ia sepatutnya telah berkuatkuasa serta merta. Seharusnya Kerajaan bertindak tanpa perlu memberi tempoh yang panjang kepada syarikat e-hailing yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini untuk mendaftarkan kenderaan mereka kepada pihak berkuasa.

Tempoh satu tahun yang diberi adalah sekadar wayang yang akan diulang tayang dari masa ke semasa.

Kenapa perlu satu tahun sedangkan operasi syarikat e-hailing ini telah berada dalam pasaran selama 5 tahun. Data pemandu pada mereka sudah cukup untuk terus mengarahkan segala yang ada dalam akta dipatuhi.

Sunday, 21 October 2018

Sungai Furat Sudah Hampir Kering

Sungai Eufrat Sudah Hampir Kering , Pegang Dengan Kukuh Pesanan Nabi SAW Ini Supaya Kita Selamat Dari Huru Hara Kiamat

Tengok sendiri paras air di Sungai Eufrat ini. Selepas ini menurut Hadis, gunung emas pula akan muncul di sini. 

Ada tafsiran mengatakan gunung emas itu maknanya minyak di dasar sungai, tapi walaubagaimana menggoda pun emas itu nanti, ingat pesan Nabi ini !!

SUNGAI Eufrat, Efrat, atau sungai Furat adalah Sungai bermata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia. Sungai ini panjangnya kurang lebih 2,781 kilometer atau 1,730 mil.
Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Efrat akan surut airnya lalu tampak perbendaharaan emas darinya, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil apapun dari harta itu.”

Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah SAW bersabda: “Hari kiamat tidak akan terjadi sampai (apabila) Sungai Efrat menjadi surut airnya sehingga nampaklah sebuah gunung dari emas. Banyak orang-orang (yang berada disitu) berperang untuk memperebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh qsembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat (dalam peperangan itu) berkata, ‘Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu’.”

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, “Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.
Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahwa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Berbagai polemik soal ketersediaan air dari sungai tersebut selalu mencuat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan DAM selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. Pembuatan DAM di Turki berpengaruh pada debet air yang mengalir di Suriah.

Bendungan raksasa keban yang di bangun di sekitar sungai eufrat setinggi 210 meter memotong alirannya. dengan kata lain menghentikannya Pembuatan DAM di Suriah akan mempengaruhi air yang sampai di Irak. Meskipun belum sampai pada tahap peperangan, tetapi perdebatan soal air ini masih saja terjadi. Banyak orang mulai khawatir, bahwa perkataan nubuwat Nabi Muhammad pada akhirnya menjadi kenyataan.
Nubuwat itu telah disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat menjadi kering dan terjadi peperangan setelahnya. Kekhawatiran ini tampak dari banyaknya pihak yang mengungkap tanda-tanda akhir zaman terkait dengan keringnya sungai yang berakhir di Teluk Persia itu.

Satu lagi tanda- tanda bahwa kiamat mungkin sudah dekat, terdeteksi yaitu kemunculan gunung emas di sungai Eufrat. Ini tandanya bahwa setiap kita mesti selalu waspada dan mawas diri agar menjadi golongan orang yang ‘selamat’. Kiamat-kiamat kecil yang makin kerap terjadi adalah peringatan bagi kita semua.

Gempa- gempa dahsyat yang susul menyusul di berbagai belahan dunia, kehancuran moral manusia, dan rusaknya bumi mungkin memang merupakan indikasi ke arah dekatnya kiamat. Dan kini, tedeteksinya gunung emas Eufrat yang menurut hadis Nabi Muhammad SAW adalah salah satu tanda kiamat sudah dekat.

Sunday, 14 October 2018

Azmin Mendahului Dalam Rebutan Kerusi Timbalan Presiden

TERKINI

Pemilihan timbalan presiden PKR :
Rafizi vs Azmin

Keputusan setakat 6 buah negeri + 9 cabang Selangor.

Azmin : 29,011 undi
Rafizi  : 28,254 undi

Merdeka dalam Cengkaman

Ramai tanya, bagaimana Rothchild memperhambakan manusia & mengawal sesebuah negara?

Rundingan antara British dengan puppet :
Kau nak merdeka?
Nak jadi PM?
Boleh, tapi aku akan letak central bank kat malaysia.. (bank of rothschild a.k.a bank negara malaysia)
Sebelum tu kamu kena jadi tali barut British.. hapuskan pejuang2 kemerdekaan (haluan kiri) dan label mereka sbgai pengkhianat negara. Nanti kami akan tulis semula buku2 Sejarah.. Kalian akan kami agung2kan dlm buku Sejarah sebagai pejuang2 kemerdekaan.. (Sejarah ditulis oleh orang2 yg menang)
Kami balik negara asal dan memerintah malaysia dari sana.. sbb kami dah ada puppet2 yg akan menggantikan kami utk tugas2 seperti memungut cukai, sebarkan ajaran Islam Sekular, memecah belahkan perpaduan Islam etc melalui parti sarkis yg memerintah.. parti tersebut pun guna bahasa penjajah.. united malay national organization.

Dan pemerintahan adalah berlandaskan sistem democrazy yg mana sistem penipu ni dibawah kawalan kami sepenuhnya..

Presidents are selected.. not elected.. 

PRU hanya 'wayang' supaya rakyat percaya pada sistem demokrasi.
Sistem ini akan memecahbelahkan umat Islam dan perpaduan rakyat.. ini kerana MEDIA ARUS PERDANA ikut skrip kami... 

Badan2 kerajaan termasuk PDRM semua ikut telunjuk kamu.. golongan2 bijak pandai akan kami jadikan sebagai bidak catur kerana kami jugalah lah yg control sistem pendidikan...

Golongan2 cendikiawan dan sejarawan2 kami didik mereka dgn ilmu2 acuan kami, agar mereka menentang pihak2 yg ingin membongkar gerak kerja kami, agar kebenaran sentiasa berpihak kepada kami..

Senangkata merdeka hanya atas kertas..
Kami akan memperhambakan rakyat malaysia.. kalian semua bekerja utk kami.. utk bayar riba..bayar pelbagai cukai..

BAGAIMANA??

Kau nk rakyat kau berpelajaran? 
nk bina sekolah? universiti? 
pinjam duit dgn Rothschild.
Nak bina pembangunan??
Pinjam dgn Bank Dunia..
Nak enjoy? 
beli jet peribadi? 
bina kediaman mewah mcm istana?
Kau nk pinjam berapa trillion?
700 trillion?

Bank Dunia pun cetak kertas dollar sebanyak 700 trillion.. teetttt..(daripada kertas yg tiada apa2 nilai)

Ok sekarang kamu dah dapat 700 trillion.. enjoy lah puas2.. bakinya buat pembangunan negara.. rakyat kamu lah yg kena bayar hutang riba pada BANK DUNIA..

Bayar hutang sampai mati...
Bayar mcm2 cukai lagi...
walaupun negara kamu kaya hasil bumi tapi kami tetap minta cukai.. hasil2 bumi ni kami baham dan kamu (pemerintah) juga akan dpt bahagian.. kamu akan hidup kaya raya 7 keturunan..

Asalkan kena patuh setiap arahan kami...
Siapa bos kamu?
Kami akan buat rakyat kamu jadi miskin dan tak mampu sambung belajar, beli rumah dan kereta secara tunai.. tetapi hanya mampu buat pinjaman melalui BANK..

Mengapa?

Ini kerana sistem riba menjadikan harga barang jadi mahal berkali2 ganda... Akibatnya, harga rumah, harga kereta, kos pengajian berlipat2 kali ganda dari harga sebenar..

Kos2 utk pembangunan negara, pembinaan rumah, kos pembuatan kereta jadi mahal berkali2 ganda..
Kemudian bila buat loan, harga rumah tersebut akan berkali2 ganda lagi.. Contoh, harga rumah 500 000, bayar balik 1 500 000..

Dan rakyat kamu hanya mampu memilikinya melalui pinjaman bank..
Kalian semua adalah 'hamba' kepada keluarga Rothschild..

Tahukan kamu jika tiada sistem riba, harga rumah tersebut hanya sekitar 30ribu.. tapi kamu terpaksa bayar dgn harga 1 500 000..

*Bank2 di Libya tiada bunga (riba), pinjam 30ribu bayar 30ribu..
Ini kerana Libya sgt kaya hasil bumi dan Muammar Gaddafi sgt adil dan saksama..

p/s: Jika semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yg akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit2 dlm buku akaun dan akaun online anda.

Hari ini kamu simpan 5000, esoknya kamu keluarkan 900..

Kamu tahu duit dari siapa yg kamu dapat?

Ya, duit dari orang lain... sedangkan duit simpanan kamu telah pun diberikan kepada org2 yg nk buat loan..
Dan begitulah seterusnya sistem
riba berkerja..

Dan sistem inilah yg membawa kepada kehancuran matawang yg amat dahsyat !!!

Sistem ini menjadikan Roth semakin kaya, kaya dan kaya.. semakin berkuasa, semakin rakus cipta peperangan dan membantai umat Islam..

Sistem ini terus berjalan, dan kita adalah mesin yg menggerakkannya..

Thursday, 4 October 2018

Letupan Misteri yang menggegarkan Perak

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengesahkan bunyi letupan disusuli dengan gegaran di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh bukan berpunca daripada gempa bumi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Alui Bahari berkata bunyi letupan dan gegaran itu juga tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.

“Letupan dan gegaran yang berlaku di Perak bukan gempa bumi kerana tiada amaran gempa bumi dikesan melalui alat pengesan gempa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penduduk di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh panik seketika apabila mendengar bunyi letupan disusuli dengan merasai gegaran sekitar pukul 11 pagi Khamis.

Insiden itu tular dan menjadi persoalan di media sosial apabila terdapat netizen mendakwa gegaran itu disebabkan proses pemecahan batu di kawasa kuari di Simpang Pulai di sini.

Selain itu, ada tular bahawa letupan itu adalah latihan serangan menggunakan bom hidup yang dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun pihak TUDM tidak menerima maklumat mengenai latihan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Abdul Rani Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. - Bernama

Wednesday, 3 October 2018

Tengokkan Kalau Sampai Ipoh

Seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas 

"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belom?" 

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" 

Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" 

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.

Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. 

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" 

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. 

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Tuesday, 2 October 2018

ANJING- ANJING NERAKA

Peringatan keras Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam atas kelompok Khawarij.

Berikut ini salah satu contoh tahdzir atau peringatan keras yang dilontarkan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam kepada orang-orang yang menyimpang; Khawarij agar kita umat Islam tidak mengikuti mereka.

Dari Shahabat Abdullah Ibnu Abi Aufa rodhiyallahu ‘anhuma, beliau mengatakan: “Saya pernah mendengar Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الْخَوَارِجُ كِلَابُ النَّارِ
"Khawarij itu anjing-anjing neraka."
[ HR. Ahmad no. 19130 dan Ibnu Majah no. 173 ] , Derajat hadits: shohih.
Dishohihkan Asy-Syaikh Al-Albani –rohimahullah- dalam kitab “Shohih Al-Jami'” no. 3347.

Asy-Syaikh Al-Fauzan hafizhohullah menjelaskan; "Kelompok Khawarij di zaman shahabat adalah orang-orang yang pernah melakukan pemberontakan terhadap penguasa di akhir masa kepemimpinan kholifah Utsman bin ‘Affan rodhiyallahu ‘anhu.

Akibatnya dengan kejadian tersebut kholifah Utsman rodhiyallahu ‘anhu terbunuh.

Kemudian pada masa kepemimpinan kholifah ‘Ali bin Abi Tholib rodhiyallahu ‘anhu kejahatan mereka semakin bertambah buruk. 

Mereka memisahkan diri dari kekuasaan kholifah.

Bahkan sampai mereka mengkafirkan kholifah Ali dan para shahabat Rasul yang lainnya sebab para shahabat tidak setuju dengan madzhab jalan pikiran mereka.

Kemudian mereka juga mengkafirkan siapa saja yang menyelisihi madzhab mereka."
[ Lihat ”Lamhatun ‘anil Firoqidh_Dhoollah” hal. 21. ]

CIRI KESESATAN MEREKA

1- Mereka tidak berpegang dengan sunnah Rasul, serta tidak sejalan dengan Jama’ah kaum Muslimin.

2- Tidak menaati pemerintahnya.

3- Menganggap pemberontakan sebagai bagian dari agama.

4- Menganggap perbuatan merusak ‘tongkat kepemimpinan’ (Sehingga rakyat tidak taat kepada penguasa, pen.) sebagai bahagian dari agama. 

Hal-hal tadi sangat bertentangan sekali dengan prinsip yang diajarkan Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam.
[ Lihat ”Lamhatun ‘anil Firoqidh_Dhoollah” hal. 21-22. ]

5- Mereka menganggap pelaku dosa besar telah kafir, tidak diampuni, dan kekal di dalam api neraka.
[ Lihat ”Lamhatun ‘anil Firoqidh_Dhoollah” hal. 23. ]

Dan kelompok itu terus ada dan berkembang hingga zaman ini. Waspadalah!