Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Kuasa Melayu bukan untuk rompak rakyat, kata Dr Mahathir

MELAYU tidak akan hilang kuasa di negara ini sekiranya mereka memilih orang yang tiada sejarah mencuri duit, kata Dr Mahathir Mohamad yang merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan itu berkata, sekiranya "kuasa Melayu" digunakan untuk meminjam 42 bilion kemudian hilangkannya, rakyat Malaysia berhak untuk ubah kuasa itu. "Tetapi apabila kita tahu orang yang berkuasa itu menyalahgunakan kuasanya, jadi sudah sampai masanya dia digantikan. Kuasa mesti digunakan sebaik mungkin. Ia mesti mengikut undang-undang dan prosedur yang betul. "Sekiranya kuasa Melayu adalah untuk hilangkan duit, adakah kita patut kekalkan kuasa Melayu itu? Kita ada pilihan. "Kuasa Melayu tidak akan hilang sekiranya kita memilih seseorang yang tiada sejarah mencuri duit," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada program "Policy Talks" Pakatan Harapan di Facebook hari ini. Perdana Menteri Najib semalam member

TANAH BESAR CHINA TELAH MULAKAN Proses MENJAJAH MALAYSIA

1). BANGUN semua bangsa MALAYSIA; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun, dll warganegara Malaysia.. SILA dengar n tonton video ini n BERTINDAK SEGERA SEBELUM terlewat... 2). CHINA target PEMIMPIN yg korup n kleptokrat untuk TERUS dirasuah, n akhirnya MALAYSIA akan TERGADAI... 3). Kini PETANDA telah JELAS n NYATA. Lihat sekeliling kita, dari Johor, Pahang, Melaka n seluruh Malaysia. *(Projek CHINA merata-rata* Ini SERANGAN awal MEREKA ke atas Malaysia)... 4). BANGUN SEKARANG wahai bangsaku, warga Malaysia; *Hapuskan Kleptokrasi SEBELUM terlambat*.  5). *PRU 14 SATU-SATUNYA peluang terakhir yg KITA ADA*.. CHINA kini PERGUNAKAN pemimpin kleptokrat untuk capai tujuan penjajahan ke atas Malaysia.. Maka, SELEPAS PRU 14, jika kleptokrat TERUS berkuasa, segalanya telah TERLAMBAT spt negara lain yg TELAH tergadai spt Pakistan, Myanmar, Sri Lanka, Negara-negara Afrika dll.. 6) Ini ANCAMAN REAL, NYATA n HAKIKAT yg datangnya dari TANAH BESAR CHINA. Bukan Kaum Cina Warga Malaysia TAPI CINA

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding. Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa. Allah SWT t

Macai zahid macai hisham

Suatu hari zahid dan hisham sedang duduk di cafe, sambil menggosip macai dedak mereka.  Zahid : " Hei, kau tau tak, macai aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."  Terus dia panggil macainya " ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."  Macai zahid pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.  Zahid pun dengan bongkaknya berkata, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul"  Hisham : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, macai aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus hisham memanggil macainya. " Cai, ko pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Macai hisham: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.  Hisham pun dengan bongkak juga beritahu kepada zahid, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir,

HADI AWANG WAJIB BACA KENYATAAN MUFTI PERLIS & PERLU MALU PADA DIRI SENDIRI

KENYATAAN MUFTI PERLIS USTAZ ASRI ZAINAL ABIDIN DITUJUKAN PADA HADI AWANG DAN KUNCU-KUNCUNYA. Apakah Yang Mengelirukan? Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam. Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencu

Hadi Wang yang hipokrit

Ameno sedar bahawa keputusan pru akan datang, tidak lagi akan memihak kepada mereka. Strategi untuk menarik semula para pengundi kepada ameno sudah hampir mustahil kerana najib gagal untuk memulihkan poket rakyat yang telah koyak rabak. Hanya yang mampu ameno lakukan ialah memastikan berlakunya pertandingan three corner fight dalam pru nanti. Ini bagi memastikan undi kepada pihak lawan terbahagi kepada dua dan ameno boleh meraih kemenangan. Tugas pas ialah memecahkan undi pihak pembangkang. Saya bagi contoh begini... Katakan lah pengundi adalah 7 orang. 4 menyokong pembangkang dan 3 menyokong ameno. 3 undi itu sudah pasti ameno kalah dan untuk menarik seorang penyokong pembangkang untuk menyokong ameno adalah perkara yang mustahil. Apa yang ameno lakukan ialah wujudkan satu lagi pihak didalam pembangkang untuk bertanding dan pembangkang menjadi pecah dua dan masing masing hanya meraih 2 undi dimana ameno masih kekal 3 undi. Ameno mampu menang dengan 3 undi yang masih ada deng

DIKTATOR

DIKTATOR Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 1. Orang ramai dan media tidak pernah gagal untuk menuding saya sebagai seorang diktator. Yang saya selama 22 tahun memerintah sebuah kerajaan autoritarian (berkuku besi). Setiap kali nama saya di sebut ianya pasti di dahului atau di ikuti dengan perkataan "diktator". 2. Menoleh kebelakang, hari ini saya menyedari mengapa sebagai Perdana Menteri Malaysia saya di gambarkan sebagai seorang diktator. Banyak perkara perkara yang saya lakukan ketika itu jelas bersifat diktator. 3. Sebenarnya saya mula menunjukkan kecenderungan sebagai diktator agak awal di dalam karier saya. Sebaik sahaja di lantik sebagai Menteri Pelajaran, perintah pertama yang saya berikan ialah supaya plat yang tertera perkataan "MENTERI" di atas nombor pendaftaran kereta rasmi saya di cabut. Saya tidak tahu sebabnya. Mungkin saya bimbang kepada sebarang cubaan untuk membunuh saya. Tetapi, tidak seperti menteri lain yang lebih demokratik saya tidak pernah

Napoleon Seorang Islam

Benarkah Napoleon Bonaparte, jeneral perang Perancis ini masuk Islam? Kenapa tidak? Berpuluh puluh tahun Napoleon pernah berada di Mesir dan sering berinteraksi dengan masyarakat dan dunia Islam. Dalam pencarian agamanya, kemungkinan Napoleon mempelajari dan tertarik pada Islam seperti yang dialami pada berjuta-juta mualaf lain hingga hari ini. sumber dari google